Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Korea Selatan punyai internet terlaju di dunia

Imej
Korea Selatan mengekalkan kedudukan mereka sebagai negara dengan kelajuan internet purata paling laju di dunia.Setakat suku 2016, purata kelajuan internet mereka adalah 29 Mbps.Pencapaian itu dilaporkan oleh Akamai melalui laporan mereka yang bertajuk "State of Internet".Norway menduduki tempat kedua, manakala Sweden di tempat ketiga.United Kingdom pula menduduki tempat pertama dalam kategori kelajuan purata internet mobile iaitu pada kelajuan 27.9 Mbps.Singapura pula mengekalkan kedudukannya sebagai negara dengan kelajuan capaian puncak purata tertinggi iaitu pada kelajuan 146.9 Mbps.Prestasi Malaysia pula agak menyedihkan dengan purata kelajuan internet purata hanya 6 Mbps sahaja.

Planet Pluto dinamakan oleh gadis 11 tahun

Imej
AMARAN!!! Ini adalah bacaan untuk orang dewasa sahaja, diharap kanak-kanak atau para remaja mendapatkan bimbingan orang dewasa. Planet Pluto dinamakan oleh seorang gadis berusia 11 tahun dan hanya ia satu-satunya planet yang dinamakan oleh seorang kanak-kanak.Venetia Burney dari Oxford, England mencadangkan kepada datuknya pada tahun 1930 agar planet baru ditemui itu dinamakan sempena nama dewa Rom di alam bawah tanah.Datuknya menyampaikan cadangan itu kepada institut kajian Lowell Observatory dan nama itu terpilih.Nama bulan-bulan yang mengelilingi Pluto juga mengambil nama makhluk-makhluk bawah tanah. Charon mengambil nama seekor makhluk pendayung bot yang mengangkut roh di alam bawah tanah. Ia juga tanda hormat kepada isteri James Christy (Sharon) si penemu Charon.Nix pula nama ibu Charon yang juga dewi kegelapan dan malam.Hydra adalah nama ular berkepala 9 yang mengawal dunia bawah tanah.Kerberos dinamakan sempena nama anjing berkepala tiga daripada mitos Greek.Styx pula adalah nam…

Baki Kuota Semasa Reset SAM

Imej
Alhamdulillah, hari ini berjaya siapkan laporan pertama menggunakan itext dan juga web services.Web services yang digunakan adalah framework WCF, Windows Communication Framework.Juga buat pertama kalinya Tedi gunakan stored procedure untuk dapatkan data daripada pangkalan data.Best juga guna stored procedure dengan Windows Communication Framework tu sebabnya dia terus jana complex type, jadi Tedi tidak perlu membina model untuknya secara manual.Tapi masalahnya pula untuk kontrak data, kena juga buat manual. Tadi ada jumpa juga manusia yang buat data contract tu secara automatik dengan menukar beberapa konfigurasi, tapi ada pendapat yang kata lebih bagus untuk pisahkan entity dengan data contract kerana mereka adalah dua perkara yang berbeza.Jadi laporan permo "Baki Kuota semasa reset SAM" sudah beres, sebenarnya belum selesai pun sebab masih ada beberapa field yang gunakan value hexadecimal yang sepatutnya ditukar dahulu kepada ASCII.alamak, Tedi dah mengantuk... selamat mal…

Kereta Baru Paling Berkualiti Dikeluarkan oleh

Imej
Buat pertama kalinya dalam berdekad-dekad, pengeluar kereta mewah tidak menduduki tempat pertama dalam senarai J.D. Power Initial Quality Study yang dikeluarkan setiap tahun. Jenama yang menduduki di tempat pertama kali ini adalah pengeluar kereta Korea iaitu KIA.Autoblog melaporkan penemuan dalam kajian bagi tahun 2016 tersebut.Pentarafan tahunan ini adalah berbeza dengan senarai J.D. Power yang mengukur kebolehbergantungan jangka masa panjang, tetapi sebaliknya melalui masalah yang dihadapi oleh pemilik kereta baru dalam masa 90 hari.Kia menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut buat pertama kali dalam sejarah, diikuti oleh Porsche, dan Hyundai di tempat ketiga. Toyota menduduki tempat keempat, manakala BMW di tempat kelima.Tempat terakhir diduduki oleh Smart, diikuti FIAT yang baru kembali ke pasaran Amerika 5 tahun lalu, diikuti Volvo di tempat ketiga akhir.Land Rover berada di tempat keempat terakhir dan tempat kelima akhir dikongsi oleh Mazda, Mini, dan Jaguar.Ini adalah sa…

Kanak-kanak Miskin Mati 2 Kali Ganda Berbanding Kawan Mereka Yang Kaya

Imej
NEW YORK (Thomson Reuters Foundation) - Bilangan kanak-kanak tidak berpelajaran meningkat, perkahwinan kanak-kanak takkan turun selama berdekad-dekad, dan jutaan kanak-kanak akan mati kebanyakannya disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah menjelang 2030 jika kemiskinan global tidak dibanteras - lapor UNICEF. Laporan tahunan UNICEF itu menyatakan bahawa bilangan kanak-kanak miskin akan mati pada umur sebelum 5 tahun adalah 2 kali ganda berbanding kanak-kanak kaya, dan bilangan gadis miskin yang menjadi pengantin muda akan meningkat dua kali ganda, sebagai tanda masalah ketidaksetaraan dalam masyarakat.Laporan itu juga menunjukkan bahawa usaha mengurangkan kematian kanak-kanak bawah 5 tahun sejak 1990 dan juga usaha mengimbangkan bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan ke sekolah rendah di 129 buah negara tidak menunjukkan perkembangan yang bagus.Masalah pelarian dan tebusan dikaitkan dengan ketidakseimbangan dalam masyarakat dan juga masalah kemiskinan. Pengurangan jarak perbezaan …

Mata Buntal 28-06-2016

Imej
Pelik sungguh, tak dapat Tedi lelapkan mata pada ketika ini, berbeza dengan suasana Maghrib tadi di mana Tedi mudah saja terlelap.Mungkin ini penangan kafein yang ada dalam secangkir kopi yang Tedi minum semasa moreh tadi. Rasanya ini adalah kali ketiga Tedi ambil kafein dalam bulan puasa ini, menjauhi sasaran sifar kafein yang Master cuba terapkan pada diri Tedi.Rasanya okay juga Tedi tidak minum minuman berkafein kerana ia elakkan Tedi daripada dahaga pada siang hari puasa. Tadi Tedi cuba hantar kiriman baru ke interpretZZ, sempat siapkan satu sahaja, sedangkan Master nasihatkan Tedi supaya siapkan 10 kiriman sehari. Tujuannya ialah supaya kalau setiap kiriman tu dapat 7 pageviews, maka kalau 10 dah dapat 70.. hehe..Tapi tak mampulah Tedi, asalkan dapat hantar satu post pun dah cukuplah buat diri Tedi ini.Tambahan tiada apa nak dicoretkan.Tapi alasan itu takkan pernah menjadi makanan Master. Katanya apa yang Tedi lakukan setiap hari boleh dijadikan sebuah cerita. Mungkin cerita itu b…

Kaca Yang Berdebu

Imej
Lirik nasyid "Kaca Yang Berdebu" Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu keras membersihkannya
Nanti ia mudah retak dan pecah

Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu lembut membersihkannya
Nanti ia mudah keruh dan ternoda

Ia bagai permata keindahan
Sentuhlah hatinya dengan kelembutan
Ia sehalus sutera di awan
Jagalah hatinya dengan kesabaran

Lemah-lembutlah kepadanya
Namun jangan terlalu memanjakannya
Tegurlah bila ia tersalah
Namun janganlah lukai hatinya

Bersabarlah bila menghadapinya
Terimalah ia dengan keikhlasan
Karena ia kaca yang berdebu
Semoga kau temukan dirinya
Bercahayakan iman
Album : Bahasa JiwaMunsyid : MaidanyTonton di YouTube: Kaca Yang Berdebu Maidany with Lirik NasyidKomentar tentang nasyid "Kaca Yang Berdebu"Nasyid ini boleh dikatakan mengenai anak atau seorang wanita, kerana mendidik seorang anak/wanita itu perlu dengan teknik dan taktik yang betul.Rasanya lagu ini khusus buat anak namun kaum wanita yang mendengarnya berasa te…

Jalan Alternatif ke Kelantan sempena raya

PANDUAN DAN JALAN ALTERNATIF MENUJU KE KELANTAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN AIDILFIRI 2016.
BAHAGIAN 1 ( KUALA LUMPUR KE KELANTAN)- Sebarkan kepada perantauan.1) Kuala Lumpur ke Gua Musang melalui Lebuhraya Karak, Bentong, Raub, K.ipis, Gua Musang.→ Sebagai laluan utama dengan jarak 456KM.→Sangat sesak pada musim perayaan.→Alternatif ialah :● Bypass Bandar Bentong – Selepas Tol Bentong, jangan exit ke Bentong Barat, sebaliknya teruskan ke Kg Sertik, Kg Cinta Manis atau Mempaga.●Ambil susur keluar ke kiri dan teruskan perjalanan melalui Felda Mempaga, Kg Lebu dan tembus semula ke jalan utama Bentong-Raub.●Bypass Bandar Bentong dan Raub-Selepas melepasi Felda Mempaga, susur ke kanan melalui papan tanda ‘Jalan Alternatif ke Gua Musang’.→ Anda akan merentasi Felda Krau, Felda Lembah Klau, dan Ulu Gali.→Akhir sekali, anda akan keluar di sebelah Sek Men Sains Tengku Abdullah(SEMESTA) dan masuk ke laluan utama Raub-Lipis.●Alternatif dari Bandar Raub ke Sungai Koyan→selepas memasuki bandar, pilih …

Step Up

Dahsyatnya hari ni.Guru kelas tak datang.Ketua kelas pun cuti panjang jadi terpaksa ganti ketua kelas follow up kerja rumah kawan-kawan.Patutnya hal pertama yang patut dibereskan adalah pergi jumpa Cikgu Azhar untuk set satu mesyuarat bagi Projek KeMaS RaFID. Tetapi tiba-tiba kawan kata Tedi kena temani dia masuk mesyuarat dengan supplier projek KeMaS RaFID tersebut.Pening dah Tedi dalam mesyuarat tersebut. Tambahan ada cikgu yang suruh Tedi step up dan ambil alih projek dengan seganas mungkin. Hadoila...Pada waktu petang pula Tedi sambung urusan pergi setup meeting bersama kelas Cikgu Azhar. Esok meeting tapi terpaksa join meeting yang dianjirkan oleh Si Untouchable kerana Cikgu Azhar nak buat sekaligus.Petang ni sehari suntuk cuba setup linked server pada local machine namun menemui jalan buntu. Takkanlah susah sangat nak setup? 😭Pagi esok kalau tak silap STIX ada temujanji servis 5000 kilometer, nampaknya malam ni kena bawa ia keluar untuk diisi minyak.Peninglah nak ambil alih tam…

Android sebenarnya direka untuk kamera

Imej
Pasti ramai yang kenali Android. Ia adalah sistem operasi untuk telefon pintar yang dibangunkan di atas bahasa aturcara Java. Sistem operasi untuk telefon pintar keluaran Apple pula adalah iOS, manakala Microsoft juga cuba perkenalkan sistem operasi mereka iaitu Windows yang Tedi kenal sebagai Windows CT sebelum Windows 7 RT dan kini Windows 10.Sistem operasi bagi sesiapa yang tak tahu adalah satu sistem yang hubungkan apps pada telefon dengan perkakasan telefon itu sendiri.Menariknya adalah sistem operasi Android itu dikatakan dibangunkan untuk kamera. Perkara ini dikhabarkan sendiri oleh Andy Rubin iaitu pengasas bersama Android pada tahun 2013.Namun apabila telefon pintar mula memasuki pasaran, mereka mula merasakan bahawa pasaran untuk lamera adalah tidak meluas, jadi mereka ubahsuai Android supaya boleh digunakan pada telefon pintar.Langkah yang mereka ambil itu amat bijak kerana kini orang ramai dah tak berapa guna kamera digital untuk menangkap gambar.Android telah dibeli oleh G…

Yee Mee Kari di Mydin USJ

Imej
21-Jun-2016 19:19Hari ni singgah berbuka di Mydin Mall USJ.  Makanan kegemaran Tedi di sini adalah Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge.Panjang kan nama resepi kegemaran Tedi ni?Selain itu ada juga Yee Mee Sizzling tapi di gerai lain di medan selera ni.Harga Yee Mee Kari ni dalam MYR 7.90.Hari ni makcik tu letak dalam dua bekas sebab dia takut yee mee ni kembang kalau rendam lama dalam kari sementara tunggu waktu berbuka puasa.Selepas berbuka puasa mungkin Tedi ikut Mommy pergi beli baju raya pula.Selepas tu baru kami pergi jemput Sakinah di Puchong Kenanga. Harap-harapnya dia nak ikutlah.Mommy pula ambil set Bawal Goreng Berempah dengan harga MYR 10.90.

Best sangat ka pau cendawan Putrajaya ni?

Imej
26-Jun-2016 17:43Tengah beratur nak beli pau cendawan di Bazaar Ramadhan Putrajaya.Punyalah ramai manusia beratur nak beli pau cendawan ni, Tedi tak tahulah berapa ratus meter kami kena beratur.Ini sebab Mommy nak rasa pau cendawan yang heboh di media sosial tu. Kalau ikutkan Tedi, sesedap mana pun kalau kena beratur macam ni,  rela Tedi tak rasa. Tak rugi pun tak rasa sebab kita takkan pernah tau rasanya,  jadi tidaklah rasa rugi sangat.Baru sahaja tokay pau cendawan tu darang,  dia kira ada berapa orang tengah beratur dalam barisan yang macam ular keba palu ni. Dia kata terhad 3 biji pau untuk sekeluarga, dan Tedi termasuk dalam mereka yang boleh dapat pau cendawan tu untuk petang ni.Nak cerita panjangnya barisan ni,  ia melangkau 3 deretan gerai.  Tak boleh nak ceritalah,  kalau rakam video baru nampak kot.Harga Pau Cendawan PutrajayaTak tahulah berapa harga pau cendawan 3 biji tu,  tapi kalau setakat untuk benda yang boleh ditelan tak sampai 5 minit mungkin tak berbaloilah beratur…

Kesulitan Yang Dipermudahkan

Imej
Daripada Ibnu Abbas radiallahu anha berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wassalam bersabda yang maksudnya:"Sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku amal-amal yang khilaf dan lupa dan yang dipaksakan atas mereka."

Riwayat Ibnu Majah nombor 2043, al-Baihaqi (10/60), al-Tabarani nombor 765, al-Daraqutni (VII/170) dan al-Hakim (11/198)Huraian dan intipati:Ibnu Hajar al-Haitami berkata: "Hadis ini mempunyai manfaat yang menyeluruh kerana terdapat 3 perkara yang dibicarakan hadis ini terdapat dalam semua masalah fiqah."Bahkan hadis ini boleh dikatakan setengah daripada syariat.Semua perbuatan tidak terlepas daripada dua keadaan:sengajatidak sengaja merangkumi kekeliruan, lupa, dan dipaksaHadis ini menjelaskan perbuatan manusia yang dilakukan dengan tidak sengaja tidak mendapat dosa. Perbuatan manusia yang dilakukan dengan sengaja akan diberikan hukuman. Hadis ini juga disebut dalam tafsir ayat 284, Surah al-Baqarah maksudnya:"…

Cabaran Berbahasa Inggeris Jika Mengembara atau Tinggal di Malaysia

Pertama kali Tedi baca pengakuan oleh seorang pakcik bernama Steven de Guzman ni, dia bekerja sebagai seorang expat di Kuala Lumpur. Pendapatnya wajar dikongsikan kerana Tedi tahu Tedi tidak fasih berbahasa Inggeris. Sebagai seorang pekerja asing di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur dan hanya bergantung kepada Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi, dia mendapati bahawa Malaysian English adalah sukar untuk difahami oleh seseorang yang fasih berbahasa Inggeris. Dia mengambil masa berbulan-bulan untuk memahaminya,  terutama variasi Malaysian Chinese. Pada hari pertama dia bekerja, dia hanya dapat tangkap beberapa patah perkataan untuk difahami.Dia tidak kisah warga Malaysia tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi masalahnya ialah warga Malaysia ni terlalu bangga berbahasa Inggeris sehinggakan sampai ke tahap mereka rasa mereka perlu difahami oleh pekerja asing yang lebih fasih berbahasa Inggeris, walaupun kefasihan mereka itu tidak mencapai tahap keyakinan mereka. Warga Jepun pula …

Tak Hairan UK Tinggalkan Eropah

Imej
Semalam dalam pengundian referendum, United Kingdom memilih untuk tinggalkan Kesatuan Eropah selepas 40 tahun menyertainya. Tentunya khabar ini meletakkan para pelabur saham dan orang ramai di seluruh dunia dalam keadaan cemas. Tiadalah Tedi punyai pengetahuan mendalam mengenai ekonomi jadi tidak perluah Tedi sentuh apakah kesan undian tersebut kepada ekonomi global. Cuma Tedi nak katakan di sini bahawa Tedi tak terkejut langsung dengan langkah United Kingdom memilih untuk "Brexit."Apa yang mengejutkan adalah penyertaaan mereka ke dalam blok Kesatuan Eropah tersebut. Sebenarnya Tedi agak prejudis bahawa Kesatuan Eropah ini akan berjaya kerana mereka punyai konflik di dalam benua mereka sendiri.Mereka tidak pernah ada kesatuan, sebaliknya dengan kewujudan banyak kumpulan etnik, Eropah adalah sekumpulan manusia daripada pelbagai budaya dan juga pelbagai bahasa yang bekerja dengan tujuan yang saling bertentangan atau bersilangan di antara satu sama lain.Hasilnya mereka selalu t…

Kenapalah Pejabat POS Salak Tinggi tak dibuka pada hari minggu?

Imej
Seperti yang pernah Tedi coretkan pada 12-April-2016 yang lalu kami kelewatan dan mengambil keputusan untuk bercuti separuh hari.Cuti separuh hari itu kami gunakan untuk ke Pejabat POS Salak Tinggi di Kosmopleks bagi mengambil satu bungkusan dokumen yang dihantar melalui POS Laju.Bungkusan POS Laju itu kebetulan pula tidak dapat dihantar pada hari sebelumnya. Mungkin itu takdir bagi kami.Cuma apa yang bermain di fikiran Tedi ialah tentang waktu dan hari operasi Pejabat POS Bandar Baru Salak Tinggi ini iaitu hanya pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 pagi. Pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad, mereka tidak beroperasi.Kenapa mereka tidak beroperasi pada hari minggu? Bukankah ia memudahkan para pelanggan seperti kami? takkanlah kami harus ambil cuti setiap kali kami nak mengambil bungkusan di Pejabat POS Salak Tinggi?Tentulah ia akan menyukarkan orang ramai terutamanya yang amat bergantung kepada penghantaran barang melalui kiriman pos seperti POS Laju ini.Te…

Kereta Kebal Paling Teruk Semasa Perang Dunia Ke-2

Imej
Perang Dunia Ke-2 mengambil masa 6 tahun untuk ditamatkan. Tempoh perang yang panjang itu menyebabkan pihak Tentera Bersekutu dan Tentera Axis masing-masing menghasilkan idea yang ganas untuk kereta kebal mereka, tidak kurang juga di antaranya idea yang teruk.Kereta Kebal King Tiger/Tiger II Kereta kebal ini adalah satu percubaan pihak Jerman untuk menghasilkan kereta kebal yang paling kebal pada Perang Dunia Ke-2, namun sebaliknya ia tidak boleh diharapkan kerana punyai banyak masalah.Rekaannya sangat teruk, menggunakan terlalu banyak bahagian yang sepatutnya boleh diringkaskan dan ia merana disebabkan ketidakberkesanan beberapa bahagian seperti enjin yang kurang berkuasa.Tiger II selalu alami kebocoran minyak, patah drive shaft disebabkan perisainya yang berat, dan tidak mampu bergerak jika salah satu roda rerantai besinya berhenti kerana rekabentuk saling terkunci di antara roda-roda.Apabila kereta kebal Tiger II mula beroperasi pada tahun 1944, anggota German Panzer yang kurang ber…

Adakah Kereta Kebal Rusia Tidak Bagus Berbanding Kereta Kebal Jerman atau Tentera Bersekutu?

Imej
Ini adalah bacaan sejarah dan tidak menunjukkan sokongan Tedi kepada mana-mana pihak.Soviets telah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan tentera Jerman dari Moscow. Stalin terpaksa memindahkan angkatan tentera dari Timur Jauh dan juga Leningrad untuk kukuhkan pertahanan.

Pada masa yang sama juga Soviet berjuang habis-habisan untuk menamatkan kepungan musuh ke atas Leningrad. Pada hujung kepungan selama 900 hari itu, sejuta orang awam kehilangan nyawa mereka.

Soviet juga hampir hilang Stalingrad keseluruhannya kepada Jerman, di mana pada masa itu Jerman telah menawan 90% kota yang telah musnah itu.

Dalam keadaan yang kritikal seperti itu, mereka terpaksa menggunakan semua tentera dan mesin yang ada. Tentera mereka selalunya tidak terlatih, dan jentera mereka selalu bermasalah.Keadaan ini memberikan jawapan kepada persoalan di atas - ya, kereta kebal Soviet lemah pada masa itu.Bagaimana jika dibandingkan dengan kereta kebal Jerman?
Soalan ini susah untuk dijawab.Kereta kebal Jerman punyai tre…

Berapa hampirkah Newcastle dengan pembelian pertama mereka?

Imej
Newcastle United masih berharap memperolehi sekurang-kurangnya seorang pemain baru dalam skuad utama mereka untuk perlawanan pertama pra-musim menentang Bohemian FC di Ireland nanti.Rafa Benitez telah menjelaskan dua posisi yang ingin diisi pada musim panas ini dan beberapa orang pemain baru dijangka akan dibawa masuk menjelang permulaan musim baru Championship.Benites mahukan seorang penyerang berpengalaman dan seorang pemain yang boleh memimpin pasukan untuk dibawa masuk ke dalam skuad utama.“Kami telah bersedia untuk 3 atau 4 perkara"“Cuma kami perlu mulakan dengan yang pertama, dan kemudian kedua dan ketiga, yang mana saya fikir boleh diselesaikan dalam masa seminggu."“Kepada para penyokong Newcastle United, kami sedang bekerja keras. Ia tidak mudah kerana harga pasaran sungguh tinggi tapi kita dalam keadaan baik-baik sahaja."“Jika kami boleh mula berurusniaga, kami telah persiapkan 2 atau tiga perkara. Apabila saya katakan ia hampir sedia, bermakna ia benar-benar h…

Jika Kereta Kebal Mudah Dimusnahkan Roket Anti Kereta Kebal, Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke-2?

Imej
Jika Kereta Kebal dengan Mudah Boleh Dimusnahkan oleh Roket Anti Kereta Kebal, Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke-2?Selalu Tedi tonton dalam filem perang seperti filem lama Rambo, si hero boleh memusnahkan kereta kebal dengan menggunakan senjata anti kereta kebal yang ringan dan mudah dibawa semasa dalam perperangan.Benarkah sebuah kereta kebal dengan mudah boleh dimusnahkan oleh senjata itu? Jadi apa akan berlaku semasa kereta kebal Malaysia terkial-kial mendaki bukit-bukau di dalam hutan? Bukankah dengan mudah musuh yang hanya berjalan kaki boleh memusnahkannya menggunakan roket anti kereta kebal?Pertama, saya percaya anda terlalu percaya bahawa sebuah kereta kebal amat lemah apabila diserang oleh roket anti kereta kebal.Saya pernah mendengar seorang anggota kereta kebal mendakwa bahawa mereka telah dilatih agar tidak takut dengan roket anti kereta kebal. Memandangkan saya tidak pernah menembak menggunakan apa-apa senjata, saya percaya dengan kata-katanya iaitu roket …

Sidang pemilik Subaru XV TMB

Pada malam kami berbuka di Amber Chinese Muslim Restaurant beberapa hari yang lalu, Master sempat bersidang dengan pemilik XV yang lain.Ketika kami sampai ke rumah dah jam 10 lebih. Master dah terlelap dalam kereta sementara tunggu Mommy bukakan pintu pagar rumah apabila ada seorang pakcik yang juga pemilik XV mengetuk tingkap pemandu kereta Proton SAGA BLM kami."Jom check gear knob kereta aku. Tak sempat nak ambil gambar", kata pakcik yang menjadi peneraju XV TMB.Persidangan itu lebih menjurus kepada gear knob STI untuk XV STI yang kami dapati sama sahaja seperti XV premium cuma ada logo STI plastik ditampal pada gear. Main tampal saja, kelakar sungguh, padahal kalau diikutkan gear STI memang lawa dengan kemasan hitam.Kemudian persidangan mereka bersambung kepada beberapa hal lain.1. Stereng kereta yang beratMelalui perbincangan mereka, dipersetujui bahawa stereng XV memang berat dan itu menjadi kelebihan buatnya apabila dipandu laju... err... dipandu sangat laju, kerana ki…

Beli Buku dengan Ann Wan Seng

Imej
Tengahari semalam pakcik Ann Wan Seng datang ke pejabat Master beri ceramah.Sayangnya Tedi sangat mengantuk semalam sampai tersengguk-sengguk dalam ceramah tu. Rasanya dia cerita pasal Rahmat Allah subhanahu wa ta'ala.Di hujung ceramahnya dia jual 2 buah buku yang salah sebuah daripadanya adalah penulisannya.Master belikan kedua-dua buah buku itu dengan harga MYR 37.Satu bertajuk Kisah-kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah tulisan Dzul Khairi Mohd Noor, dan yang kedua bertajuk Wahyu dan Sahabat Nabi sollallahu alaihi wassalam karya Ann Wan Seng sendiri.Buku yang pertama membetulkan Kisah-kisah tidak sahih yang sering tersebar di sekitar masjid dan surau, manakala buku yang kedua menyentuh tentang kisah para sahabat di sebalik turunnya wahyu.

Tak Larat Tidur Atas Lantai

Imej
Malam ni Sakinah datang rumah. Resam kalau dia datang mesti tidur di ruang tamu di hadapan tv, di atas lantai berhamparkan toto.Tapi Master tetap cari katil juga untuk tidur, jadi tinggal Mommy sahajalah temani Sakinah tidur di bawah.Master hairan juga tengok mereka tidur di atas lantai, tidak kesejukankah?Walaupun beralaskan toto Master tetap berasa dingin lantai marmar menyerap ke dalam tulang belulang beliau. Paling teruk apabila bangun esok hari Master berasa seolah-olah paru-paru beliau dipenuhi cecair disertai hidung yang tersumbat dengan mukus.Master hanya boleh tidur di lantai jika permaidani tebal yang keras menjadi alasnya.Apakah tidur atas lantai ada kesan buruknya? Sampai sekarang Tedi belum ketemui jawapan saintifiknya. Belum lagi Tedi berkesempatan mengkaji permasalahan ini.

Cari Baju Melayu Master di Mydin USJ

Imej
20:48Okay.. selepas kenyang membedal Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge tadi, kami tunaikan solat Maghrib.Kemudian kami terus menuju ke tingkat satu Mydin USJ untuk cari baju Melayu buat Master.Tedi berkenan dengan Baju Melayu Dewasa Mikhail yang berharga RM80 sepasang atau RM 40 jika beli baju sahaja. Tedi sukakan ia kerana kainnya keras macam jeans, ada butang yang dijahit terus sebab ianya baju Melayu Teluk Belanga.Tapi akhirnya Master pilih baju Melayu yang lain berwarna pink untuk disesuaikan dengan warna baju Mommy. Harganya sepasang MYR 50 sahaja.Kali ini Master yang terus pergi pilih sendiri, tak perlu Mommy dan Tedi carikan sebabnya Master nak cepat siap-siap habis shopping... 😂Tapi nampaknya Mommy sangkut di bahagian lain pula.

Menu Sahur Corn Flake dengan Madu

Imej
Adus... tak larat rasanya perut Tedi ni untuk sahur sebab buka puasa makan banyak gila.Berbuka di Amber Chinese Muslim Restaurant Sumber gambar: AMBER Chinese Muslim Restaurant Ramadan Buffet @ Nexus Bangsar South Semalam kami berbuka puasa di Amber Chinese Muslim Restaurant [lokasi] di Nexus Bangsar South. Tedi bantai makan macam-macam sebab nak jadikan harga RM 34 untuk sajian buffet tu berbaloi buat Tedi.Tedi makanlah kebab daging, sotong bakar, cendawan sedap, udang goreng, dan yang paling banyak Tedi bantai ialah Mi Tarik sebab tak pernah makan. mang sedap Mi Tarik di sana tapi ia ada banyak jenis, yang satu jenis tu Tedi tak gemar sangat sebab kuah dia macam sup. Mi Tarik yang Tedi gemar tu kuahnya pekat.Akibat dek perbuatan Tedi yang semberono itu kesannya masih terasa sampai ke sahur pagi ni. Sendawa pun masih ada kesan rempah-ratus Mi Tarik semalam.Hakikatnya Tedi adalah di antara puak yang memboikot berbuka puasa secara buffet ni tapi semalam ada function dengan kawan pejabat …

Peti Sejuk Magnetik Pertama Dunia Dilancarkan

Imej
Sebuah firma dari Perancis, Cooltech Application telah melancarkan peti sejuk yang mereka dakwa sebagai peti sejuk menggunakan sistem magnetik komersial yang pertama di dunia.Sistem penyejukannya menggunakan konsep pengaliran air coolant melalui bahan magnetocaloric dalam ulangan kitaran magnet-nyahmagnet.Sistem itu beroperasi tanpa menggunakan sebarang gas pendingin, menjadikan peti sejuk itu lebih mesra alam sekitar berbanding peti sejuk konvensional.

Bagaimana kilat terjadi pada awan volkanik

Para penyelidik Jepun telah menemui jawapan bagaimana petir boleh terhasil pada awanan debu Gunung berapi.Melalui penggunaan kamera berkelajuan tinggi dan alatan penderia akustik, mereka mendapati bahawa petir awan volkanik hanya terdapat berdekatan lohong kawah gunung berapi sahaja.Ini adalah kerana apabila debu volkanik itu dilepaskan, lahar gunung berapi (magma) akan mencaskan cas elektrostatik pada debu itu.Apabila debu itu menjauhi lohong gunung berapi tersebut, cas elektrostatik yang terkumpul pada debu itu akan mengalami proses nyah-cas melalui penghasilan petir.

Tukarkan Plastik Kepada Minyak

Para penyelidik telah menemui kaedah terbaru untuk menukarkan barangan plastik terbuang menjadi minyak menggunakan kaedah dwi-catalyst.Plastik terdiri daripada rantaian panjang atom-atom hidrogen dan karbon.Dalam proses itu, catalyst pertama akan singkirkan hidrogen daripada ikatan dengan karbon, menyebabkan dua atom karbon membentuk dua ikatan lemah.Catalyst kedua pula akan singkirkan dua ikatan lemah itu sekaligus hasilkan rantaian pendek atom karbon yang boleh digunakan sebagai minyak (bahan api).Seingat Tedi, ada cerita pasal warga Palestin yang ekstrak minyak daripada plastik dek kesukaran mereka untuk mendapatkan bahan bakar itu. Nampaknya itu bukan omongan kosong belaka. Cuma mungkin kaedah yang mereka gunakan berbeza.Nampaknya kepungan Zionist Israel telah membangkitkan penggunaan teknologi alternatif di sana sedangkan Malaysia masih nak menjerut leher rakyat dengan alasan kenaikan minyak, tapi bila minyak turun kadar kenaikan tarif yang berlaku dengan alasan kenaikan harga mi…

Penyelidik Bangunkan Cip Pemproses 1000 Teras

Para penyelidik di University of California telah membangunkan satu cip pemproses (processor chip) dengan 1000 teras (core).Cip yang dinamakan KiloCore itu punyai 1000 teras yang setiap satunya boleh diprogram secara berasingan.Ia mempunyai 621 juta perintang dan mampu memproses 178 trillion arahan sesaat.Setiap teras menjalankan program mereka masing-masing secara berasingan menjadikannya 100 kali ganda lebih jimat tenaga berbanding cip pemproses yang terdapat pada komputer riba.Komputer sekolah Tedi pun baru guna cip pemproses 4 teras, itu pun harganya dah cecah RM 3 ribu, kalau KiloCore ni mahu makan ratusan ribu Ringgit Malaysia?Tedi tak dapat nak bayangkan bagaimana mereka boleh hasilkan cip dengan 621 juta perintang (transistor) di dalamnya. Sehalus manakah perintang-perintang itu?Indahnya hidup jika Tedi berpeluang bekerja kaji atau buat cip pemproses (processor chip) komputer ni. 😞

Pasar Ramadhan Kerayong Bera

Imej
18:36Di Pasar Ramadhan di Jalan Kerayong 1 di Bera.Tedi tiada apa nak beli dan tak terliur pun.Apa yang nampak menarik cuma Puyuh Goreng Berempah, Puyuh KFC, dan Murtabak Daging.Minuman pula yang agak menyelerakan ialah Teh Peng Pekat, Carrot Susu, dan Air Kelapa Laut.Puyuh tu memang nampak sedap tapi nanti mesti tak lalu nak makan punya.Liputan telekomunikasi webe di sini di sekitar Bera agak mengecewakan sebab tiada data, Tedi tak cuba tukar webe atas Celcom, mungkin okay sebab Celcom yang Tedi gunakan nampak sangat bagus liputannya.

Guna Inhaler Semasa Puasa

Imej
Saya mempunyai penyakit lelah dan terpaksa menggunakan 'inhaler' untuk membantu pernafasan ketika diserang asma.Jika saya berpuasa, jika saya berpuasa, adakah puasa saya sah?Azie, Jasin. Jawapan daripada Ustaz Haslin Baharim:Walaupun memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga ternuka yang dalam membatalkan puasa, namun penggunaan inhaler adalah perkara yang darurat dan tidak dapat dielakkan.Selain itu penggunaannya terlalu sedikit dan tidak sehingga membatalkan puasa.Ulama terkini sepakat dengan menyatakan penggunaan alat inhaler secara tidak melampau dan mengikut keperluan, ia tidak membatalkan puasa.Ia diqiaskan berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung yang dibolehkan ketika berpuasa.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sempurnakan wudhu dan selatu di antara jari-jemari serta bersungguh-sungguhlah dalam memasukkan air ke hidung (istinsyaq) kecuali saat engkau sedang berpuasa." - Muttafaqun Alaih.Perbuatan berkumur sudah pasti meninggalkan kesan lebihan air dalam m…

Tempoh Panaskan Enjin

Imej
Berapakah masa yang sesuai untuk memanaskan enjin kereta pada waktu pagi? Selain itu, apakah kesan jika membasuh enjin kereta? Ini kerana saya dimaklumkan enjin akan terjejas jika kerap membasuhnya. Rahmat, Kuala Lumpur. Jawapan: Ada beberapa pendapat berhubung pemanasan enjin pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan. Malah ada pendapat yang menyatakan bahawa ia tidak diperlukan. Namin, sebenarnya ia berfungsi seperti manusia yang perlu memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti bagi mengelakkan kejutan. Kenderaan yang direhatkan semalaman akan menyebabkan komponen logam mengecut sedikit. Bergantung kepada lokasi dan kegunaannya, ini akan menjadikan komponen itu lebih ketat atau longgar. Memanaskan enjin cukup sehingga pusingan enjin melahu dengan tenang. Pemanasan enjin kadangkala hanya mengambil masa lima minit bagi enjin moden yang mempunyai injap pemanas dalam sistem penyejukannya. Injap itu akan menghalang bahan cecair penyejuk enjin daripada mengalir supaya lebih cepat panas …

Hidup Ini Pilihan

Imej
Selepas tamat latihan bola sepak, semua pelajar duduk melepaskan lelah di bawah sebatang pokok di tepi padang sambil menunggu guru pengajar membawa minuman.Lima minit kemudian, si guru tiba membawa air sirap yang dibelinya. Berebutlah pelajar-pelajar tadi mengambil air sirap yang dibungkus dalam plastik. Mereka yang dalam kehausan terus minum.Sang guru hanya memerhati kerenah anak muridnya meminum air sirap mereka dengan kerenah pelbagai ragam.Ada yang membuka ikatan mati bungkusan air tadi lalu memasukkan straw sebelum menyedut. Bagi pelajar yang gagal membuka ikatan mati bungkusan air pula, menebuk satu lubang kecil dan memasukkan straw melaluinya.Sesetengah pelajar yang tidak mendapat straw pula, menebuk lubang kecil di bahagian bawah dan minum air melaluinya.Melihat situasi itu, si guru meminta semua murid berhenti minum. Ada sesuatu yang mahu disampaikannya. Gambar seorang nenek tua yang memilih untuk bersusah-payah menjual penyapu lidi demi sesuap rezeki berbanding dengan hanya d…

Kisah Nabi Zakaria lewat dapat anak dalam Al-Quran

Imej
Salah satu kisah Nabi yang mengharukan Tedi ialah kisah Nabi Zakaria alaihissalam. Sebab apa? Sebab baginda adalah seorang Nabi Allah tapi baginda tidak dikurniakan anak sehinggalah baginda sudah tua. Anak baginda adalah Nabi Yahya alaihissalam yang Tedi pernah baca bermaksud hidup kerana lewatnya Nabi Zakaria alaihissalam mendapat anak. Seorang Nabi lewat menerima anak, bersabar dan berdoa, redha dengan rezeki diberi Allah - supaya kisah ini menjadi panduan kepada kita semua. Kisah Nabi Zakaria alaihissalam lewat dapat anak ini diungkapkan beberapa kali melalui beberapa surah dalam al-Quran. Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah Ali Imran Cerita bermula dengan Nabi Zakaria alaihissalam menyediakan tempat untuk Mariam mengabdikan diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala termasuklah membawa makanan kepada Mariam di dalam satu tempat terasing dipanggil Mihrab. Mihrab ni direka supaya tiada siapa boleh masuk dengan mudah, tapi apabila Nabi Zakaria pergi menjenguk Mar…

Mommy nak bela anak kambing?

Ridiculous...Itulah perkataan yang terlintas di benak fikiran Tedi apabila Mommy kata nak bela anak kambing.Tidakkah Mommy tahu bahawa kambing adalah di antara haiwan yang sukar untuk dikawal kerana kedegilannya?Hanya mereka yang sabar sahaja boleh membela kambing, bukan hanya lihat pada kecomelan mereka, tapi juga pada perihal tabiat mereka.Tadi pun semasa memandu pulang ke Sungai Lui, Master terpaksa perlahankan kenderaan kerana ada anak kambing yang bergurau-senda di tengah jalan raya. Ada yang dah melintas, kembali berpusing dan melintas semula. Master telah lama faham perangai kambing di tepi jalan jadi memang dia akan perlahankan kenderaan apabila ternampak kelibat kambing, kerana kambing -kambing ini tiba-tiba sahaja boleh mengubah arah tuju mereka, melompat, berlari ke sana sini.Berbalik kepada cadangan Mommy nak bela kambing tadi, setelah difikirkan semula, tidaklah mengarut mana pun.Para Nabi Allah subhanahu wa ta'ala pada zaman dahulu kala dididik dengan menjadi penggem…

Kenapa tandas wanita di belakang?

Imej
Burrp..  Alhamdulillah...Kekenyangan Tedi dibuatnya setelah menelan Buah Melaka, Bubur Tepung,  dan Badak Berendam.Itu baru Badak Berendam tu,  belum lagi Tedi telan Paus Biru atau Gajah Putih.Tadi sebelum sampai ke Sungai Lui kami singgah di Masjid Kariah Felda Lui Barat untuk menunaikan solat Asar.

KeMaS CTU membakar diriku

Sebelum tidur rasa nak conteng sikit dalam interpretZZ ni.. hehe..Pagi tadi duk godek-godek PosBO untuk keluarkan data pengguna yang berada di luar sana. Alhamdulillah sukses.Kemudian sibuk kacau Mr R untuk dapatkan status KeMaS CTU, minta database daripada beliau, kesian beliau asyik terganggu dek pertanyaan demi pertanyaan, sedangkan beliau masih bergelut nak siapkan KeMaS RFID.KeMaS CTU tu pun sebenarnya setelah Tedi periksa statusnya masih ada yang belum siap iaitu bahagian laporan. Tedi tanya dia sama ada dia dah bersedia biarkan Tedi ambil alih sistemnya itu, dan dia kata dia gembira berbuat demikian. Kalau Tedi lah kan, macam payah je Tedi nak bagi orang sambung bangunkan sistem yang Tedi mulakan. Sebab tu lah Tedi susah nak tukar sekolah... huhu.Transisi ini macam bertukar sekolah juga kepada diri Tedi kerana ia bagi Tedi peluang untuk mengekod semula. Tedi bukan beruang yang suka menghadap dokumen... bosan... Tedi bosan...Tadi tak sempat install pangkalan data versi 2014... u…

Kepupusan Pertama Mammalia kerana Perubahan Iklim

Imej
Melalui satu kajian terbaru, sejenis rodent Australia yang hanya boleh dijumpai di Terumbu Karang Great Barrier kini pupus angkara perubahan iklim yang dihasilkan manusia.Spesies yang dikenali sebagai Bramble Cay melomys itu mula ditemui pada 1845 dan telah lama tidak kelihatan sejak 2009. Ia adalah haiwan seperti seekor tikus kecil dan ditemui pada 1845 oleh orang Eropah yang ketika itu menjadikan aktiviti menembak haiwan Melomy rubicola itu sebagai satu bentuk sukan. Kali terakhir ia dilihat adalah pada 2009 oleh seorang nelayan profesional.Seorang penyelidik menyatakan bahawa punca utama kepupusan itu berlaku adalah disebabkan oleh fenomena ombak tinggi dan peningkatan paras air laut seperti yang dilaporkan kajian oleh kerajaan negeri Queensland dan University of Queensland tersebut.Usaha menjejaki haiwan tersebut adalah melalui pelbagai kaedah seperti memasang perangkap, penggunaan kamera dan pencarian yang ternyata tidak membuahkan hasil.Spesies itu bagaimanapun diharapkan dapat d…

Terlanggar Burung

Imej
Inna lillah wa inna ilaihi raji'un.Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah subhanahu wa ta'ala juga kita semua kembali.Semalam semasa memandu dengan kelajuan 100 kilometer sejam di Jalan Bangi-Dengkil menghala ke persimpangan Dengkil, Master telah terlanggar seekor burung yang sedang terbang melintasi jalan raya tersebut.Pada mulanya burung itu terbang ke hadapan dan sudah melepasi lorong yang bakal kami lalui, tetapi secara tiba-tiba sahaja burung itu berpatah balik dan terbang ke arah kereta Proton Saga BLM 1.3 MT yang sedang kami kenderai. Kami terlanggar burung tersebut di mana ia dirempuh di bahagian cermin hadapan. Mungkin ketika itu ia cuba terbang ke altitud lebih tinggi untuk mengelakkan kenderaan kami.Rempuhan kuat itu menyebabkan kami menyangka cermin hadapan pecah tapi nasib baik ia tidak berlaku.Nasib malang burung tersebut tidaklah Tedi ketahui namun tiada kesan darah pada kenderaan kami. Semoga ia dalam keadaan baik-baik sahaja.Hal ini menyebabka…

Miss Sahur... KeMaS... Ebit Lew... Gerbang Selatan

Pagi tadi boleh pula terlajak tidur, terjaga hanya apabila bilal mengalunkan azan Subuh. Mujur juga dah minum banyak air malam semalam. Suasana agak sejuk sepanjang hari dek penangan penghawa dingin dan rintikan hujan di luar turut membantu mengurangkan dahaga.Selepas mesyuarat berdiri, Mr R tunjukkan sistem KeMaS RaFID yang bakal diambil alih Tedi tidak lama lagi. Dapatlah faham sedikit apa yang beliau ajari, tapi tak tahulah semasa proses pengkodan nanti Tedi akan hadapi masalah.Usai proses pengalihan ilmu, Tedi membantu seorang kawan menyiasat satu isu berkenaan ejen kami di Kempas 04P86 yang tidak menghantar sebarang khabar berita sejak 2 April 2016. Kami mendapati bahawa ejen kami kehilangan akses ke atas fail sistem, sesuatu yang memeningkan kepala kerana ejen-ejen lain tidak menghadapi masalah yang sama.Jam 13:00, pergi ke ceramah yang disampaikan oleh Ebit Lew yang memiliki Paramount Café yang kami pernah kunjungi di Bangi Sentral suatu masa dulu. Caramahnya agak kelakar dan s…