Penggera ADT sudah keluarkan mesej "trouble communication".

Master dengan yakinnya menekan button kecemasan perubatan pada pad kekunci penggera ADT tersebut, namun masih mesej yang sama dipaparkan dan lampu amaran kuning bernyala.

Pelik, dah topup akaun prepaid untuk penggera ADT, tapi masih ada communication troubles.

Master cari telefon lama yang ada yang boleh memuatkan kad sim yang besar punya. Nasib baik jumpa telefon Sony Ericsson W910i (W tu maksudnya walkman), tapi tak boleh hidup pula.

Caj dalam sehari, kemudian cuba hidupkan. Tak boleh juga, walaupun katanya bateri dah fully charged.

Check sekeliling telefon tersebut dan baru nampak ada button untuk hidupkan telefon itu. Lama sangat tak guna sampai dah tak ingat ada button tu. Padahal dulu itulah telefon yang dah rasa canggih yang amat. Harganya pun seribu tu kalau tak silap.

Master dah nak ambil tangga untuk panjat dan periksa kad sim ADT, tapi tiba-tiba terasa malas pada pagi-pagi buta ni.

Tergerak hati Master untuk check akaun CIMB Clicks kalau tak topup lagi kad sim ADT tersebut.

Memang tak topup pun, yang bayar tu bil telefon Master, bukannya telefon ADT.... huhuhu...

gambar pad kekunci penggera keselamatan ADT

Kepada yang tidak tahu pasal ADT

  1. ADT ni ada kotak penggera yang boleh hantar maklumat ke markas ADT.
  2. Kotak ni gunakan talian telefon untuk berkomunikasi sama ada gunakan talian telefon tetap (kabel), atau gunakan telefon mobil.
  3. Kami gunakan telefon mobil, di mana kad sim dimasukkan ke dalam kotak utama ADT tersebut.
  4. Kadangkala akan ada masalah komunikasi di antara kotak itu dengan markas ADT.
  5. Masalah itu selalunya disebabkan oleh line telefon tak bagus, atau kredit telefon dah habis (nak kena topup).
  6. Selepas topup, terus tekan button medical emergency supaya kotak itu hantar maklumat kepada ADT. Tekan lama sikit dalam 5 saat.
  7. Kalau sukses nanti markas ADT telefon kita untuk pengesahan.