Waktu Urusniaga:

4:00 petang hingga 10:00 malam.
Sabtu hingga Khamis
Jumaat cuti.

Telefon: 012-9557615 (sedia menerima tempahan)

Tok Abah bawa makan di Top Pizza

 

Kedai makan atau restoran Top Pizza & Western Food yang terletak di tepi jalan di Berangan, Kelantan ni mungkin agak istimewa bagi penduduk Tumpat kerana jarang makanan sebegini ditawarkan di luar bandar Kota Bharu. Ia boleh dikatakan tempat makan yang best di Tumpat.

Malahan di Sepang pun Tedi tak jumpa kedai yang jual homemade pizza sebegini.

Selain pizza ada ditawarkan juga masakan barat memberikan pilihan kepada rakyat Tumpat khususnya dan Kelantan umumnya yang mungkin nak mencari kelainan setelah asyik menghadap nasi kerabu, nasi kukus, nasi ala kak wok, laksa, laksam dan sebagainya.

Master pesan nescafe tarik, manakala Mommy pula pesan Cincau Float, nama yang Tedi bagi sendiri.. ahahaha..

Gambar suasana di Top Pizza and Western Food Kelantan

Menu Pizza buatan sendiri yang ditawarkan di Top Pizza & Western Food:

Mereka menawrkan pelbagai jenis pizza buatan tangan mereka sendiri seperti Ayam Pedas (Spicy Chicken), Beef Pepperoni (Pepperoni Daging Lembu), Super Supreme, Chicken Pepperoni (Pepperoni Ayam), Hawaii, Bebola Daging (Meat Ball), Udang (Prawn), Tuna, Tom Yam, Makanan Laut (Seafood), Pedas BBQ (BBQ Spicy), Bebola Kambing Dewasa (Mutton Ball), Extravaganza, dan Cendawan Ayam (Chicken Mushroom).

Kesemua pizza ini ditawarkan dalam 3 saiz dengan harga dari lingkungan RM 7 sehingga RM 19.

Kita boleh menambah keju dengan harga dari RM 1 sehingga RM 4, dan lebih inti dengan harga yang sama.

Menu pizza yang ditawarkan di tempat makan Top Pizza & Western Food Kelantan
 

Gambar minuman Cincau Float yang boleh didapati di kedai Top Pizza and Western Food di Kelantan

Menu istimewa di Gerai Top Pizza & Western Food

Selain pizza mereka ada menjual apa yang mereka namakan sebagai menu istimewa dan kebiasaannya orang panggil menu sebegini sebagai makanan barat (western food).

Menu istimewa mereka terdiri daripada Kepak Ayam (Chicken Wings), Ikan dan Cip (Fish and Chip), Ayam Cincang Istimewa (Chicken Chop Special), Ayam Cincang Gril (Grill Chicken Chop), Ayam Cincang Cendawan (Chicken Chop Mushroom), Kambing Cincang (Lamb Chop), Beef Steak, Rusa Steak, Kentang Lenyek (Mashed Potato), Ayam Berkeju (Chicken Cheesy), Steamboat, Cheezy Wedges, French Fries Special, French Fries Original, Curly Fries, Sup Cendawan (Mushroom Soup), Roti Bawang Putih (Garlic Bread), Coselowe, Sphaghetti Bolognaise, Sphaghetti Carbonara, Sphaghetti Meatball, dan Bebola Daging Lada Hitam (Meatball Black Pepper).

Harga western food di sini adalah dari RM 2 sehingga RM 25.

Menu istimewa (special) yang ditawarkan di Restoran Top Pizza and Western Food di Kelanta

Menu Burger di Top Pizza & Western Food

Mereka juga menawarkan deretan burger seperti Burger Ayam (Chicken Burger), Burger Daging Lembu (Beef Burger), Burger Kambing Muda (Lamb Burger), Burger Istimewa (Special Burger), Burger Bongkah (Block Burger), Pita Burger, Pita Kebab, Twister Kebab, Nugget dan Sausage.

Lingkungan harga burger yang dijual di sini adalah dari RM 3.00 sehingga RM 6.00.

Menu masakan burger yang dijual di kedai makan Top Pizza dan Western Food di Kelantan