kiosk tambah nilai (reload) tanpa caj dan beli kad Touch 'n Go percuma di KLIA2. touch n go self service kiosk.

05:32 pagi, KLIA2.

Kami baru sahaja menghantar Tok Mak dan Tok Ayah menaiki kapal terbang untuk bercuti di Bandung. Tibalah masanya untuk ambil kereta di tingkat CP7 tempat letak kereta B.

Sebelum itu kami perlulah membayar tiket dahulu di CP4 atau lobi tempat letak kereta.

Di situ Tedi melihat ada satu mesin untuk tambah nilai (reload) kad Touch 'n Go yang Master kata namanya ialah Self-service Kiosk atau Kios Layan Diri Touch 'n Go.

Apa yang Tedi sempat baca pada mesin itu ialah tambah nilai (reload) kad TnG adalah percuma, dan kita boleh juga membeli kad baru Touch 'n Go melalui mesin itu.

Jadi kepada kawan-kawan di sekitar kawasan Sepang yang mahu mencari tempat jual kad touch n go tidak perlulah bersusah-payah lagi kerana anda boleh mendapatkannya di Kiosk Layan Diri Touch 'n Go di KLIA2.

 

Kiriman lain yang berkaitan dengan kad Touch 'n Go:

  1. Tukar kad Touch 'n Go (TnG) tamat tempoh
  2. Tambah nilai (reload) kad Touch 'n Go (TnG) di ERL KLIA2
  3. Lorong tambah nilai Touch 'n Go (TnG) di Lebuhraya Pantai Timur
  4. Rebat Touch 'n Go (TnG) terakhir

Sinopsis:

Karangan ini adalah berkenaan touch n go self service kiosk atau touch n go reload kiosk atau kiosk layan diri touch n go yang membolehkan pelanggan tambah nilai touch n go tanpa sebarang caj yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) atau Kuala Lumpur International Airport 2.


20160508