• Satu soal-selidik di Jepun menunjukkan bahawa negara itu mempunyai lebih banyak stesen untuk caj tenaga elektrik pada kereta berbanding bilangan stesen minyak.
  • Soal selidik tersebut dijalankan oleh syarikat pembuat kereta Jepun, Nissan.
  • Bilangan stesen caj tenaga elektrik kereta di Jepun adalah 40000 berbanding 35000 buah stesen minyak.
  • Keputusan kajian tersebut membolehkan para pegawai di syarikat pengeluar kereta tersebut menyimpulkan bahawa kereta elektrik mempunyai masa hadapan yang cerah di sana kerana banyaknya infrastruktur atau kemudahan yang membolehkan para peminat kereta untuk memiliki dan menggunakan kereta berkuasa elektrik.
  • Selain itu penggunaan kereta elektrik dan hybrid di Jepun turut menerima sokongan daripada kerajaan Jepun yang memberikan subsidi untuk pemilikan kenderaan sedemikian.
  • Bagaimana pula di Malaysia? Adakah kereta berkuasa elektrik mempunyai masa hadapan yang cerah? Mungkin apa yang akan dikatakan kepada kita hanya "Jangan jadi rakyat yang bermentalitikan subsidi".
  • Laporan soal selidik itu bagaimanapun agak boleh dipertikaikan kerana kebanyakan stesen caj tenaga elektrik untuk kereta itu adalah harta peribadi di mana ia digunakan oleh seorang atau sebuah keluarga sahaja.
  • Namun kini mula muncul aplikasi yang membolehkan para pemandu mencari stesen caj kereta elektrik menggunakan GPS, dan aplikasi ini membolehkan para pemilik stesen caj kereta elektrik untuk "berkongsi" kemudahan yang mereka ada. Peluang buat duit yang takkan dilepaskan sebegitu sahaja, kan?
  • Trend itu bukan sahaja berlaku di Jepun kerana syarikat Tesla mempunyai rangkaian stesen caj kereta elektrik di Amerik Syarikat, Jepun, China, dan Eropah.
  • Syarikat BMW dan 2 buah syarikat lain pula telah mengumumkan rancangan untuk membina 100 stesen caj kereta elektrik di jalan-jalan sibuk di pantai timur dan barat Amerika Syarikat.
Kereta sport biru berkuasa elektrik

http://www.theguardian.com/world/2016/may/10/japan-electric-car-charge-points-petrol-stations