Inna lillah wa inna ilaihi raji'un.

Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.

Semalam pada jam 7 malam, ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, kami terima berita kematian Tok Muda di Pulau Pinang.

Tok Muda jatuh dan kemudian dia dibedah, namun sebelum dia meninggal dia ada berkata: "Jatuhnya dia itu hanyalah asbab".

Berita yang agak menekan jiwa Master kerana pada Isnin dia mohon cuti, dan pada hari ini sepatutnya ada deployment sistem baru beliau.

Namun setelah berfikir dengan gunakan emosi, akhirnya Master memutuskan untuk pulang menyertai pengebumian jenazah Tok Muda.

Sekarang kami singgah di Rapat Baru, Ipoh dan sebentar lagi kami akan sambung perjalanan ke Sungai Bakau, Nibong Tebal.

Semoga kami selamat sampai. Amin.