Newcastle United pasti mengalahkan Aston Villa?

  1. Minggu ini Newcastle United akan bertemu dengan Aston Villa, pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris.
  2. Newcastle United dijangka akan menang berdasarkan prestasi semasa, namun Aston Villa mungkin boleh mengamuk untuk saja-saja menyusahkan hidup penyokong Newcastle, tambahan pula pada 2009, Aston Villa berjaya kalahkan Newcastle dan sekaligus menyingkirkan kelab kesayang Master itu.
  3. Penyerang Aston Villa, iaitu Ayew perlu dikawal rapi, manakala pertahanan Aston Villa mungkin akan terus kelam-kabut.

Semoga pemain Chelsea bersemangat kalahkan Norwich dengan kehadiran bos baru.

  1. Chelsea sebenarnya dah tak perlu kejar apa-apa, kerana mereka ketinggalan 7 mata di belakang Liverpool.
  2. Selain itu para pemain Chelsea mungkin akan dipilih sertai EURO.
  3. Jadi Norwich mungkin bernasib baik kerana para pemain Chelsea mungkin akan menjaga kaki masing-masing.
  4. Cuma dikhabarkan bahawa bos baru Chelsea kan hadir, jadi ini mungkin akan menaikkan semangat pemain untuk "membodek" bakal bos mereka.
  5. Norwich kalah.

Manchester United masih perlu kejar tempat ke-4, jadi mereka perlu baham Sunderland.

  1. Sunderland kini ketinggalan 1 mata di belakang Newcastle.
  2. Namun Sunderland masih ada 1 perlawanan yang belum dimainkan berbanding Newcastle.
  3. Memandangkan Manchester United perlukan slot ke Champions League, pastilah mereka akan bermain bersungguh-sungguh dalam perlawanan ini.
  4. Namun Sunderland adalah pasukan yang agak hebat bertahan dan mampu membuat serangan balas. Mereka mungkin akan kecewakan pasukan lawan. Mereka adalah pakar dalam mendapatkan keputusan seri.
  5. Sunderland kalah juga... hihi..

Jika semuanya berjalan seperti di atas:

gambar kedudukan liga jika Newcastle menang dan musuh ketatnya kalah
  1. Newcastle akan dapat 36 mata
  2. Sunderland 32
  3. Norwich 31
  4. Kelebihan 4 mata ini masih tak selamat kerana Norwich dan Sunderland masih boleh dapatkan maksimum 38 dan 37 mata kerana mereka masih ada 2 baki perlawanan.
  5. Apap-pa pun kita berharap semuanya memihak kepada Newcastle.