Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Penyokong EPL Malaysia berentap

Imej
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA, 31 MEI 2015 Halim (belakang, tujuh, kiri) bersama wakil daripada kelab menyokong sebelum kejohanan futsal bermula, semalam. BAGI meneruskan kehangatan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sudah menutup tirai musim ini, Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) mengambil inisiatif menaja kejohanan futsal antara kelab penyokong, semalam.
Kejohanan yang digelar Kejohanan Futsal Kelab Penyokong EPL Edisi ke-5 itu menarik minat 16 pasukan daripada 11 kelab penyokong rasmi di Malaysia.
Kelab itu antaranya Malaysia Red Devils, Arsenal Malaysia, KL Kopites, Kelab Penyokong Manchester City Malaysia, Toon Army Malaysia, Malaysian Blue Army Supporters dan Blackburn Rovers Supporters Malaysia.
“MCCF sememangnya menyokong penganjuran kejohanan seperti ini sebagai langkah mempromosikan perpaduan dan penyatuan melalui sukan,” kata Pengerusi MCCF, Halim Ishak.
Dalam kejohanan itu, KL Kopites muncul sebagai juara selepas menumpaskan Malaysian Blue Army Supporters di pentas final.
Tem…

Tukar tayar di Lim Tayar Bangsar

Imej
Akhirnya Master menggantikan juga tayar Michelin Energy XM2 yang telah digunakan sejak 2012 lagi.Tiba-tiba sahaja Master ambil keputusan drastik untuk menukar tayar pada petang ini kerana tayar Proton Saga BLM Duel Blitz Monster 1.3 Manual Transmission itu salah sebuah dari 4 tayarnya selalu kekurangan angin.Tayar Michelin Energy XM2 185/60R14 kini selalu kehilangan angin.Semalam lebih teruk apabila tayar Michelin Energy XM2 itu pancit keseluruhannya, nasib baik masih boleh diisi angin semula di pam minyak Petron Salak Tinggi. Master takut kalau tayar tu tiba-tiba pancit di tengah jalan, keluar rim berapi pula nanti, naya je.Pada mulanya Master nak ke kedai Lim Tayar USJ di mana beliau beli tayar Michelin Energy XM2 tersebut namun apabila diketahui kedai Lim Tayar ada cawangan di Bangsar iaitu di Jalan Tandok off Jalan Maarof, Master memutuskan untuk ke cawangan Lim Tayar yang terhampir, dengan harapan perkhidmatan mereka sama seperti Lim Tayar USJ. Tayar lembut Michelin Energy XM2 mem…

Pasar Kemboja (bangunan) Parit Buntar

Imej
11:30, Pasar Kemboja, Parit Buntar.Hari ini sepatutnya gerak balik ke Sepang, namun seperti biasa Mommy nak kederat (berjalan) pula.Persinggahan jalan-jalan cari pasar Parit Buntar kami kali ini adalah Pasar Kemboja. Hasrat awalnya nak ke Pasar Kemboja yang betul-betul pasar di tepi jalan, tapi apabila tiba sahaja di Permatang Tok Mahat, kami rasa ditipu Waze kerana hanya tiang-tiang khemah yang kelihatan.Tapi Waze ternyata tidak bersalah kerana setelah Master bertanya kepada warga stesen petrol Petronas berdekatan, mereka memaklumkan bahawa waktu operasi Pasar Kemboja Parit Buntar itu adalah sehingga jam 1 petang sahaja, dan hanya dibuka pada hari Sabtu sahaja.Jadi kami menukar arah ke Gudang Pasar Kemboja atau Bazar Kemboja atau Tedi panggil juga Kompleks Pasar Kemboja kerana destinasi ini adalah di dalam sebuah bangunan kekal.Lokasinya adalah:Kualiti enam bulan sahaja?Jadi kami ke singgah di Pasar Kemboja yang di dalam bangunan. Orang lokal kata harga di sini mahal sedikit berbandi…

Response Kaku

Imej
Apabila menerima berita yang agak mengejutkan daripada si empunya badan, masih tak berjaya berikan response yang mengesankan.Nak buat terkejut gila babi? Tak pandai nak berlakon.Nak senyap je macam itu berita biasa? Kantoi la nanti dah tahu berita tu...Akhirnya response jenis kedua yang diberi Master.Tapi Tedi rasalah response kaku Master tu dah mencukupi, nak lagi real apabila Master buka mulut sikit macam nak kata sesuatu tapi akhirnya tak keluar apa.Terbaiklah Master, boleh jadi pelakon terbaik abad ini.Tapi sebenarnya Master memang terkejut pun sebab Master bukan rapat sangat dengan empunya badan, tak pernah sangka dia akan jadi tempat luahan berita. Apatah lagi berita itu yang jenis membujur lalu melintang patah!Ironinya sempat pula yang berkongsi cerita itu menasihati Master, jangan ikut perbuatannya itu! Tapi selepas itu disambungnya akan melakukannya lagi dan lagi. Master tak pastilah sama ada itu cakap mulut sahaja, almaklumlah tok dagang... hik hik... jahat tul la Master ni..…

Di Sungai Dua Char Koay Teow

Imej
10:12 malamSelepas singgah Padang Kota Lama,  Mommy ajak pergi Sungai Dua pula.Berpusing kami dibuatnya menurut panduan Garmin,  rupa-rupanya Sungai Dua ada dua di Pulau Pinang ni.Sungai Dua yang kami nak pergi adalah Sungai Dua Butterworth,  di Exit 165 Lebuhraya PLUS.Masuk Sungai Dua pula terpaksa berpusing dalam 2 kilometer lagi apabila kami tak dapat parking.  Tak sangka pula kereta dan kedai berderet-deret di sini. Special sangat gamaknya char kuew tiaw dan kedai makan di sini?Kami ke kedai Sungai Dua Char Koay Teow Telur Ayam Dibasuh.  Tak tahulah sama ada "telurayamdibasuh" tu trademark kedai ni atau nama kedai ni.Nak masuk sini pun kena tunggu dapat meja dulu memandangkan ramai sangat pelanggan.Bila dah masuk barulah kami tahu bahawa kedai Sungai Dua Char Koay Teow Telur Ayam Dibasuh ini mempunyai cawangan di Seri Kembangan...  Huk aloh... Alamat di Seri Kembangan adalah di No: 42 JalanPUJ 3/4 TamanPuncak Jalil.Mommy order char koay teow special manakala Master order…

Sampai di Taman Rasa Ria Sungai Bakap

Imej
12:40Akhirnya sampai gak di Taman Rasa Ria,  Sungai Bakap. Sepupu Mommy langsungkan kenduri kahwin di sini. Kami gerak dari Sungai Besar dalam jam 8:30 pagi. Tadi memula lalu jalan ke Setiawan, kemudian masuk A180, keluar di Gopeng, masuk PLUS. Ada jam di PLUS tadi,  tapi hala Johor,  rasanya ada penunggang motosikal meninggal kemalangan.  Sebab bukan ambulans yang jemput, tapi jeep polis.

Elakkan lalui Sungai Besar waktu malam

Imej
Kami tiba di rumah Mak Long Ili lebih kurang jam 10:40 malam...Master memang gemar memandu pada waktu malam ke Sungai Besar.Jalannya kira bagus juga sebab ada empat lorong, dua lorong pada tiap hala, walaupun beralun dan senget sebelah pada sesuatu tempat kerana tanah mendap.

Kantuk ketika memandu

Imej
9:20 malam, TESCO Kuala Selangor.Kami masih menunggu Mommy yang shopping, kelihatan beberapa orang dengan baju Sabak Bernam Rugby, mungkin baru balik dari latihan ragbi...Master selalu mencari sebab kenapa beliau boleh mengantuk semasa memandu.Namun hakikatnya Master memang cepat terlelap apabila dalam kereta kerana tiada apa untuk dilakukannya.Hal ini berbeza dengan perangainya semasa kecil yang boleh tidak tidur apabila berada dalam kereta kerana terujanya beliau untuk melihat suasana di hadapan atau di sekitar.Jika jadi penumpang, Master memang mudah terlelap, dan jika sebagai pemandu, Master mempunyai lebih ketahanan mungkin kerana ada aktiviti yang dilakukan.Namun kini mungkin semua itu tiada bermakna cuma nampak papan tanda dan jalannyang seolah tiada makna dan sama rupanya.Hakikat ini terlihat apabila selalunya Master cepat mengantuk ketika memandu pergi dan balik kerja.Selain itu Master akan mengantuk apabila kepanasan dan kehausan. Ketika ini beliau boleh minum satu tasik air…

Singgah TESCO Kuala Selangor

Imej
Jam menunjukkan 8:20 malam.Kami dalam perjalanan ke Sungai Besar, singgah sebentae di TESCO Kuala Selangor kerana Mommy nak beli kain dalam.Boleh pula beliau terlupa bawa kain dalam... huhu...Selain itu kami singgah solat dan Master mungkin juga mahu minum Nescafe dulu untuk alas perut. Nak makan, Mak Long Ili dah masak katanya, takkan tak makan pula di rumahnya nanti?Kekawan Tedi pada masa ini sudah berada di The Challenger Sport Centre untuk latihan badminton pada malam ini. Tedi ponteng lagi latihan badminton malam ni.Liputan Celcom di sini agak terhad dan sangat perlahan. Selalunya liputan Celcom ini hilang begitu sahaja.Celcom perlu improve perkhidmatan mereka di Kuala Selangor untuk memuaskan hati pelanggan.Tedi nak publish kiriman ni pun susah.Merayau di TESCO Kuala Selangor ni tiada niat untuk membeli-belah. Di sini adalah ATM CIMB Bank, restoran makanan segera KFC dan ada juga Bazaar Rakyat yang banyak jual pakaian untuk wanita.Restoran nasi kandar asli Hameed pun ada, terlet…

NUFC: Rafa Benitez kekal di SJP

Berita yang ditunggu para penyokong Newcastle United FC akhirnya menjelma juga.Setelah melalui proses perbincangan yang agak lama, akhirnya Newcastle United mengumumkan bahawa Rafa Benitez akan kekal di Newcastle United dengan perjanjian baru selama 3 tahun.Benitez diambil bekerja menggantikan Steve McLaren pada bulan Mac lalu dengan sasaran mengelakkan Newcastle United daripada tersingkir.Walaupun beliau gagal mencapai sasaran tersebut dalam baki 10 perlawanan terakhir, namun impak yang dibawa beliau dalam mewujudkan pasukan yang lebih tersusun di Newcastle United telah berjaya memikat hati para penyokong The Magpies.Tambahan pula Benitez berjaya membuatkan Newcastle membelasah Tottenham Hotspur 5-1 pada perlawanan terakhir.Ia seolah memberi mesej kepada pengurusan pasukan apa yang beliau boleh capai jika lebih masa diberi kepadanya.Pengurusan Newcastle khabarnya telah memberi kuasa penuh kepada Benitez dalam urusan bolasepak, satu hal yang agak janggal di Newcastle United di mana pa…

Dia Semanis Honey episod finale

Imej
Tedi tak tengok sangat cerita Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana ni.Hari ni kebetulan sempat tonton pula drama bersiri ni.Memang Tedi agak terhibur dengan drama komedi ni. Tak pernah Tedi tonton drama ada babak Tok Kadi kena culik!Adoi pecah perut Tedi dibuatnya, tapi ini bermakna drama Dia Semanis Honey ni tidak klise... err... pada babak tu je la.Selain itu aksi Bella bunuh mak dia guna bantal pun agak kelakar. Inilah pertama kali Tedi tengok babak bunuh orang guna bantal di mana Tedi tengok si pembunuhnya sopan-santun. Sedutan dari drama bersiri Dia Semanis Honey episod ke-16 Rasanya kalau macam tu lah aksi si pembunuh tu memang kena tendang je dengan si mangsa. Tengok mangsa punya meronta-ronta tu pun lebih bertenaga daripada aura membunuh si pembunuh.Polis pula datang 3 orang saja, si penjenayah pun lebih ramai berbanding polis. Tapi itu bermakna Polis Di-Raja Malaysia adalah sangat hebat dan supercop.Mula-mula Polis macam nak serbu tapi kemudian dialog klise "jangan berg…

Usah Negatif Master

Negatif adalah satu hal yang nyata membawa kesan dalam kehidupan kita. Master juga pernah negatif sebelum ini apabila mendapati bahawa bonus yang diperolehi adalah tidak seperti apa yang dijangkakan dan digembar-gemburkan.Master terlupa agaknya bahawa rezeki itu adalah ketentuan Allah subhanahu wa taala. Bukan manusia bergelar bos atau pengurus yang menentukan rezeki para pekerja. Bukan juga manusia yang memegang jawatan di jabatan sumber manusia yang menentukan rezeki manusia.Master terlupa agaknya bahawa bonus yang banyak itu adalah rezeki, dan bonus yang sedikit itu adalah rezeki juga.Mengimbau kembali pada permulaan kembara Master di atas bahtera pekerjaannya itu, dia mempunyai satu tujuan yang jitu, iaitu untuk membantu manusia di luar sana yang bernama pelanggan. Master pernah bercita-cita tidak mahu pelanggannya berdukacita atau menanggung kerugian kerana kelemahan pada produk yang ditawarkan oleh syarikatnya.Master pernah berkata bahawa dia adalah pelanggan dan kreativiti dan …

Versi Baru Tidak Semestinya Lebih Bagus

Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah, petang tadi selesai juga proses pemasangan sistem terbaru PBO yang diusahakan Master selama ini. Proses yang dimulakan petang semalam itu pada awalnya lancar kemudian tersekat kerana ada masalah keserasian di antara Windows service dan sistem pelayan. Hanya pagi tadi Master menemui kunci kepada permasalahan tersebut.Terima kasih kepada bro Nizam, Naqi, dan terutamanya Ilham yang telah membantu memasang sistem tersebut. Tinggal bahagian pengesahan di bahagian pangkalan data perlu diperhatikan.Mungkin pagi nanti Master perlu mencadangkan aliran kerja yang baru untuk menggunakan sistem terbaru itu.Kemasukan data daripada sistem POS di luar nampak bagus, cuma ada beberapa kelompongan yang perlu diperhatikan, mungkin disebabkan oleh enjin servis yang lama atau mungkin juga kerana POS itu tidak beroperasi lagi.Master kembali berbelah-bahagi sama ada untuk kekal dengan enjin SFTP yang digunakan sekarang atau menggunakan WebAPI.
Kalau ikut pengal…

Baju dalam Superman

Imej
Mommy beli baju dalam lelaki berlogo Superman untuk Master di Tesco Kota Bharu hari tu.Tak tahulah apa yang Master fikir semasa bersetuju untuk membelinya.Harganya RM 30 dan ia cuma baju dalam lelaki menggunakan kain jersi.Kalau guna baju jersi biasa saja pun sudah cukup patutnya.Hari ini Master teringin untuk berlari setelah sekian lama tidak bersenam.Adakah dia akan memakai baju dalam lelaki Superman tersebut? Atau adakah dia hanya akan memeramnya menjadikannya tukun?Baju dalam atau inner shirt Superman untuk lelaki ini boleh didapati dalam warna hitam, biru, hijau, dan oren di TESCO Kota Bharu dengan harga RM 30. Tak tahulah kalau TESCO di tempat lain ada menawarkan produk yang sama seperti ini.

Keropok Lekor Identiti Malaysia

Imej
22:41, Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tengah menunggu penerbangan AK6445 jam 11:15 ke Kuala Lumpur. Semoga penerbangan lancar dan kami tiba awal di KLIA2 kerana kami perlu menaiki ERL ke Salak Tinggi sebelum jam 1 pagi. Tok Ma masakkankeropoklekorPetang tadi Tok Ma gorengkan keropok lekor atau disebut juga keropok gote, kalau Tedi tak salah eja.  Kawan-kawan pernah makan atau dengar pasal keropok lekor?Kalau tak pernah mungkin kawan-kawan bukan orang Malaysia. Keropok lekor ni adalah makanan ringan orang Pantai Timur Semenanjung Malaysia selalunya berasal dari negeri Terengganu atau Kelantan. Keropok lekor yang popular dari Terengganu adalah keropok lekor Kosong,  manakala dari Kelantan tidaklah Tedi punyai pengetahuan tentangnya. Keropoklekorduta Malaysia?Itulah pendapat Tedi kerana Tedi selalu juga terserempak dengan keropok lekor ni di Jalan Masjid India yang sering menjadi tumpuan pelancong asing. Keropok-keropok lekor yang dijual di sana ser…

Singgah di Nasi Air Berlauk Wakaf Bharu

Imej
4:00 petang, kami pergi makan di Nasi Air Berlauk di simpang ke Kampung Kebakat.
Tadi kami tempah banyak lauk juga seperti ikan pari, telur masin, kangkung, dan ikan bilis. Semuanya kami tempah untuk 2 orang makan jadi harganya RM5 sepinggan.
Nasi airnya tidak dikenakan bayaran walaupun ditambah. 
Master melahap jugalah sebabnya ada ikan pari goreng yang jadi kegemarannya, selain ada cili api dalam kerabu yang apabila digigit kepedasannya menggigit lidah tapi apabila dihirup nasi air, kepedasan itu dapat dipadamkan...  Chewah... 
Ikan pari yang liat tu memang enak digigit perlahan, tapi rasanya mungkin lebih enak jika ikan pari goreng tu dipotong kecil-kecil. 

Terpaksa abaikan coklat Daim dan Pepero

Imej
Pada 23 Mei 2016 yang lalu, kami cari coklat di Edaran Impian Suri di Pengkalan Kubor buat kesekian kali. Di kedai Edaran Impian Suri tu memang ada macam-macam jenis coklat kegilaan manusia.Dua jenama coklat yang ada di sana adalah Coklat jenama Pepero dan coklat Daim yang agak murah,  dan nampak sedap tapi malangnya tidak disenaraikan dalam direktori halal JAKIM.Tedi sebagai seekor penyokong Halal JAKIM sebagai tanda piawai halal di Malaysia terpaksa membutakan mata kepada kedua-dua coklat Pepero dan coklat Daim tersebut. Tambahan pula Pepero ada letak sijil halal IFANCA tapi bila Tedi semak di laman web IFANCA tiada pula nama Pepero. Lagilah Tedi terpaksa abaikan.Bukannya Tedi fanatik sangat dengan logo halal JAKIM tu cuma Tedi ingin tegaskan sekali lagi bahawa "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum" atau "di mana langit dipijak, di situ langit dijunjung", para pemilik label atau jenama makanan di Malaysia hendaklah ada logo halal JAKIM su…

Dalam Perjalanan ke Pengkalan Kubor

Imej
Sekarang Tedi dalam perjalanan ke Pengkalan Kubor.Kami ambil jalan Wakaf Baru - Chabang Empat - Berangan sebelum singgah di Husna Nasi Berlauk. Pemandangan di sepanjang perjalanan agak menenangkan. Beberapa ekor lembu meragut rumput nan menghijau di sebelah kanan. Seekor anjing putih sedang mengukur bahu kiri jalan,  manakala seekor anjing berwarna hitam agak terburu-buru mahu melintas dari bahu kanan jalan namun ia sempat berhenti apabila sedar bahaya di sekitar. Kami melintasi sebuah tokong Siam yang menjadi satu pemandangan biasa di kawasan ini kerana ia dihuni komuniti Siam, sekaligus menjawab persoalan berkenaan kehadiran anjing -anjing yang agak banyak. Kelihatan pula berderet-deret lori membawa padi berbaris menunggu giliran untuk menghantar muatan mereka ke kilang padi berhampiran.  Kesemuanya berhenti di bahu kiri dan kanan jalan. Nasi Berlauk HusnaKami tiba di kedai Nasi Berlauk Husna di sekitar jam 9:44 pagi.  Lauk-pauk hampir kehabisan kerana biasanya perniagaan mereka aka…

Buang foto daripada akaun Blogger

Sekarang Tedi cuba gunakan telefon pintar ZTE Blade milik Mommy untuk mengirim beberapa kiriman bergambar. Gambar-gambar itu Tedi ambil terus menggunakan kamera telefon pintar Mommy ini. Sekali baru Tedi perasan yang gambar ditangkap adalah bersaiz 9MB!Habislah ruang storan dalam akaun Blogger Tedi nanti kalau semua gambar sebesar itu. Dan Tedi pula tentunya tak berkesempatan untuk edit gambar yang ditangkap terus gunakan kamera telefon pintar Mommy.Rupa-rupanya gambar-gambar itu semua boleh dibuang melalui Puasa web album. Cuma perlu logonya ke dalam akaun Puasa anda, cari album yang menggunakan nama blog anda, masuk ke dalamnya dan delete sahaja gambar yang tidak diingini. Lega hati Tedi selepas mengetahuinya. Hik hik hik...

Patutlah Dolphin...

Imej
Master berada di sebuah pertunjukan akuatik dengan ramai penonton di sana.Seekor ikan lumba_lumba dengan megah dan tangkas melakukan aksi melompat keluar dari air dan kemudian menjunam masuk semula ke dalam air.Ikan lumba-lumba atau nama rasminya dolphin itu tangkas di air dan juga udara.Kemudian ia keluar semula dari air sambil menimang sesuatu benda yang berwarna cerah dengan menggunakan muncungnya.Pada akhirnya dolphin itu "menendang" benda mainannya itu jauh ke arah penonton."kuk", benda itu jatuh ke atas lantai platform dengan ganas tapi ia masih kukuh.Rupa-rupanya ia adalah sebuah lampu suluh berjenama Eveready yang besar dan tahan lasak.Dan kini baru Master tahu yang nama lampu suluh itu adalah Dolphin.Patutlah ikan lumba-lumba digunakan dalam iklan tersebut...

Top Pizza and Western Food di Berangan, Tumpat, Kelantan

Imej
Waktu Urusniaga:4:00 petang hingga 10:00 malam.
Sabtu hingga Khamis
Jumaat cuti.Telefon: 012-9557615 (sedia menerima tempahan)Tok Abah bawa makan di Top PizzaKedai makan atau restoran Top Pizza & Western Food yang terletak di tepi jalan di Berangan, Kelantan ni mungkin agak istimewa bagi penduduk Tumpat kerana jarang makanan sebegini ditawarkan di luar bandar Kota Bharu.Malahan di Sepang pun Tedi tak jumpa kedai yang jual homemade pizza sebegini.Selain pizza ada ditawarkan juga masakan barat.Master pesan nescafe tarik, manakala Mommy pula pesan Cincau Float, nama yang Tedi bagi sendiri.. ahahaha..Menu Pizza buatan sendiri yang ditawarkan di Top Pizza & Western Food:Mereka menawrkan pelbagai jenis pizza buatan tangan mereka sendiri seperti Ayam Pedas (Spicy Chicken), Beef Pepperoni (Pepperoni Daging Lembu), Super Supreme, Chicken Pepperoni (Pepperoni Ayam), Hawaii, Bebola Daging (Meat Ball), Udang (Prawn), Tuna, Tom Yam, Makanan Laut (Seafood), Pedas BBQ (BBQ Spicy), Bebola Kam…

Kelapa Jeli RM1 di Tesco Kota Bharu

Imej
Keluar dari Tesco, kami terserempak dengan seorang pakcik ni.Dia jual Kelapa Jelly RM1. Pada mulanya kami tak perasan sangat tapi selepas faham apa yang pakcik tu promosikan, kami berhenti sekejap."Nak beli ke bang?" tanya Mommy kepada Master."Belilah dua" cadang Master.Bukan nak minum sangat pun, kalau benarlah kelapa jelly tu sejenis minuman.Bukan nak makan sangat pun, kalau benarlah kelapa jelly tu sejenis makanan.Tapi nak kongsi rezeki dengan pakcik tu yang nampaknya tidak meminta-minta, dan berniaga tanpa memaksa.Tengok-tengok Mommy beli 5, saja je nak tolong pakcik tu berniaga.Ketika kami dalam kereta, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ke jalan utama, pakcik tu melintasi kami dengan motosikalnya.Mungkin dia pulang untuk bersiap menunaikan solat Maghrib berjemaah. Tak tahu kenapa, tapi itulah yang terlintas di hati Tedi.Balik rumah Tok Abah, Tedi cuba makan, wah manisnya kelapa jelly tu, sama manis macam sumi di pasaran.Mungkin lidah Tedi sudah semakin …

Tabung Jalinan Budi

Imej
Tabung Jalinan Budi adalah projek kerjasama di antara Tesco dengan Univerisiti Malaya.
Tedi amat mengalu-alukan usaha sebegini kerana Tedi memang amat berkira ketika nak bersedekah kepada mereka di jalanan.
Bukannya apa, Tedi takut sedekah atau derma Tedi tu jatuh ke tangan pihak yang tidak bersesuaian.
Atau mungkin juga Tedi mudah dipengaruhi syaitan la'natullah untuk tidak berbuat kebajikan?
Jadi dengan adanya tabung sebegini yang menggunakan nama pihak yang ada kredibiliti akan memudahkan umat manusia bersedekah sesama manusia.
Kalau tak sampai juga kepada mereka yang memerlukan, tak tahulah Tedi nak harapkan siapa lagi...

Koleksi Mickey Mouse di Tesco Kota Bharu

Imej
Mommy adalah pengumpul Mickey MouseJadi kalau dia terserempak dengan koleksi Mickey Mouse selalunya dia akan belek-belek jugalah.Mana yang cantik dan murah akan jadi pilihan. Kalau ada yang mahal tapi berkenan pun akan disambar Mommy juga.Apa yang comel sangat si Mickey Mouse tu tiadalah Tedi ketahui.Rasanya Mickey Mouse tu serupa je dengan tikus-tikus yang lain.Di Tesco Kota Bharu ada koleksi baru sweater atau baju panas Mickey Mouse dengan harga RM 60. Selain itu ada juga tshirt lengan pendek dan panjang.Apa-apa je lah Mickey Mouse oiii...

Kuat pula line Celcom di Tesco Kota Bharu ni

Imej
Laju la pula line Celcom niBaru je tadi Tedi kutuk line Celcom First38 di AEON Mall Kota Bharu, tapi bila masuk je Tesco Kota Bharu ni berdesup perginya sekaligus mempercepatkan lagi kadar jari-jemari Tedi yang runcing dan lembut lemah gemalai ini menaip hal merapu.Nampaknya memang masalah Celcom tu di kawasan AEON Mall Kota Bharu sahajalah...Agak tak boleh diterima akal juga beza berapa blok bangunan je pun. Nampaknya AEON Mall Kota Bharu wajib minta Celcom pasang apa-apa untuk kuatkan liputan Celcom di sana.Merayau dalam Tesco Kota Bharu
Selepas Nagoya Textiles kami masuk dalam Teso nak cari barangan yang dipesan Tok Abah iaitu susu HL.Nak masuk sini tak boleh bawa barangan dari luar iaitu plastik berisi barangan yang dibeli di kedai lain. Kita terpaksa menyimpan barangan itu ke dalam peti simpanan yang disediakan dengan caj 50 sen sahaja.Jika tiada syiling boleh tukar di kaunter khidmat pelanggan yang terletak berhadapan dengan peti simpanan tersebut.Selama Tedi berkelana di atas mu…

Kerja Kosong di Nagoya Tesco Kota Bharu

Imej
Sekarang jam 4:22 petang.Selepas melahu di AEON Mall Kota Bharu, kami terjah pula Nagoya Textiles di dalam Tesco Kota Bharu. Sebenarnya inilah tujuan utama Mommy ke Kota Bharu hari ni, nak beli kain untuk hari raya nanti.Tapi biasalah kaum wanita, detournya banyak sangat.

Tak Kuat Pula Line Celcom di AEON Kota Bharu

Imej
Bersusah-payah Tedi publish satu kiriman di AEON Kota Bharu ni tapi masih tak lepas-lepas.Mungkin kerana kiriman tersebut kandungi banyak foto.Padahal Tedi dah duduk berhampiran MR DIY yang paling kuat line Celcom di sini.Celcom Kelantan kena berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah kesesakan trafik Celcom di sini, atau Celcom akan alami nasib aama seperti Maxis yang ditinggalkan beramai-ramai oleh pelanggannya.Iklan je Usain Bolt tak guna juga beb..

Tiba di AEON Kota Bharu

Imej
13:12Kami tiba di AEON Kota Bharu. Ia terletak bersebelahan stesen bas di Lembah Sireh, kawasan terletaknya Tesco Kota Bharu.Sekilas pandang memang besar AEON Kota Bharu ni, rasanya lebih besar daripada AEON Seri Kembangan. Kalau nak bandingkan dengan AEON Seremban 2 mungkin lebih kurang sama atau AEON Kota Bharu ni lebih besar.Hal ini agak membingungkan kerana negeri yang serba miskin seperti Kelantan ni boleh punyai 2 pasaraya yang besar di satu kawasan. Siapalah agaknya yang shopping di pasaraya-pasaraya mega seperti ini?Agaknya mungkin orang Kuala Lumpur sering turun membeli-belah di sini? Atau rakyat Thailand yang datang shopping di sini? Atau rakyat Terengganu?Apa-apa pun semoga peluang pekerjaan yang ditawarkan di sini takkan disambar oleh pekerja-pekerja asing seperti di negeri-negeri lain.Tedi belanja sedikit gambar di dalam AEON Mall Kota Bharu ni. Malangnya liputan Celcom tak berapa bagus di sini.

Rush Hour: Landing Time

Imej
18:30, Kota Bharu.Baru mendarat di Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan Chepa setelah tidur dalam penerbangan berdurasi 50 minit.Tadi terkocoh-kocoh berlari kejar cari pintu balai berlepas. Penerbangan jam 5:30 petang, dan jam 4:30 baru tiba di KLIA2. Jam 5:10 petang pintu balai berlepas akan tutup jadi kami memang kena berlari.Check in pun lewat tadi, dapat pula hot seat. Tapi hot seat tu cuma dapat duduk depan saja pun, seat sama ja macam biasa.Sudahlah jauh berjalan ke balai berlepas tu. Berpeluh jugalah dibuatnya.Flight jam 5:30 petang, kami bergerak jam 3 lebih, tiba di ERL Salak Tinggi jam 4:00 petang. Tren seterusnya hanya akan tiba dalam 22 minit. Sampai di KLIA2 dalam jam 4:30 dan terus berlari kejar kapal terbang.Benarlah kalau nak naik kapal terbang di KLIA2 ni kena 2 jam sebelum kapal terbang berlepas, bukan seperti naik bas, turun kereta boleh terus naik bas.Naik kapal terbang di KLIA2 mula-mula kena check in, lepas tu lalui pemeriksaan imigresen, lepas tu berlari ke …

Bayangan Ketika Memandu

Imej
Tengah tunggu kereta dicuci di Car Wash 64. Di sini kereta dibasuh dalam bangunan, Proton Saga BLM upahnya RM 10 siap vakum, manakala bagi mini SUV upahnya RM13 termasuk vakum.Sambil tunggu layan blog kejap, tak tahu nak buat apa.Kiriman semalam mengenai kepulangan kami dari Bukit Mertajam telah menimbulkan beberapa persoalan apabila Tedi ada sebut tentang bayangan semasa memandu.Bayangan semasa memandu disebut juga "lintasan" oleh segelintir manusia atau mungkin juga istilah itu lebih popular di kalangan manusia.Apa yang selalu disebut orang adalah "ada benda melintas". Benda apa? Wallahu'alam.Hal "benda melintas" ini adalah sesuatu yang dipandang sinis oleh MasterCard sehinggalah dia mengalaminya pada suatu siang. Pengalaman pertama itu adalah pengalaman yang paling menyentak jantung sehingga terasa mahu luruh jantung dibuatnya.Pengalaman pada malam itu pula, adalah lintasan yang tidak menyentak jantung tapi membuatkan Master menekan brek mengejut. …

Piala Thomas 2016: Malaysia gagal ke final setelah kalah kepada Denmark

Imej
Wah, boleh kalah pula pasukan Malaysia, kalah dengan perseorangan kedua, beregu kedua, dan perseorangan ketiga.Semua itu menunjukkan bahawa pasukan Malaysia masih belum mempunyai skuad pelapis yang kuat.Semalam Tedi dikecewakan oleh persembahan Iskandar Zulkarnain yang kelihatan banyak melakukan pergerakan yang sia-sia walaupun semangatnya tampak membara. Selain itu Iskandar Zulkarnain perlu lebih kuat psikologinya, jangan tunjukkan kepada pihak lawan bahawa anda sedang tertekan, dan jangan tunjukkan kepada lawan bahawa anda sedang dalam kepenatan.Jika boleh, lebihkan permainan menyerang, jangan ikut sangat rentak lawan. Smash tu janganlah smash ke bahagian yang pihak lawan selesa, kalau boleh biar sampai dia berpusing nak angkat smash tu, lama-lama dia akan kepenatan juga.Selain itu Tedi kecewa kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak memilih Zulfadli Zulkifli walaupun ranking beliau lebih baik. Kasihan bagi pemain yang berusaha keras naikkan ranking tapi tidak dipanggil mewak…

Kecewa.. moga tidak lama

Imej
Kecewa dan tension, itulah yang Tedi rasa ketika ini.Iskandar Zulkarnain terlalu defensive, tak mahu serang apabila ada peluang.Kecewa betul apabila orang yang kita harapkan tidak memenuhi jangkaan, apatah lagi apabila kesilapan yang sama diulangi.Walaupun kalahnya Iskandar Zulkarnain belum tentu bermakna Malaysia akan kalah malam ni, tapi bagi Tedi seolah-olah dunia sudah menjadi kelam.Cuba lagi Iskandar Zulkarnain.Semoga kekalahan ini menjadi pengalaman berguna pada masa depan.Iskandar kalah 18-21