Aiseh, tak boleh tidur pula. Mungkin kerana jadual tidur telah lari, maka mata tidak berapa mengantuk.

Tedi tak kisah nak berjaga, cuma pagi nanti di sekolah mesti jantung rasa tak sedap.

Jantung pun perlukan rehat yang cukup selain penjagaan makanan dan senaman yang berkala.

Tedi selongkar jap kamera kesayangan Tedi dan tengok apa boleh dikongsikan.

Nampaknya tiada lagi alasan untuk Mommy ajak gi Vietnam.. hehe..

 

  • Sebab apa?
  • Kerana semasa kami merayau di Mydin Mall Seremban 2 semalam kami telah terserempak dengan Telekung Vietnam.
  • Harganya cuma RM 79.90.
  • Telekung Vietnam terkenal di kalangan pembeli Malaysia sebagai produk telekung yang cantik bersulam dan harganya murah.
  • Tapi tadi Mommy duk intai telekung ni tampak dia tak berminat...