Saja-saja je kami merayau ke Bandar Baru Nilai, terserempak pula dengan cafe unik ni.

Pilot Cafe

restoran pilot kafe di Bandar Baru Nilai. 
  • Adakah kawan-kawan kenal kedai ni? Rasa macam familiar tak?
  • Tedi tidaklah mengikuti perkembangan filem tanah air, tapi rasanya ini macam tajuk filem romantis lakonan Fahrin Ahmad dan Izara Aishah?
  • Tak sangka pula dapat jumpa kafe ni di Bandar Baru Nilai ni.
  • Tapi kafe ini tutup sahaja, mungkin ia hanya beroperasi pada malam hari.
  • Tedi rasakan tema warnanya agak menarik, di samping corak minimalis yang digunapakai.
  • Warnanya walaupun biru, tak nampak macam balai polis...

 

Filem bertajuk Pilot Cafe

Filem “Pilot Cafe” adalah sebuah filem romantik Malaysia yang diarahkan oleh Osman Ali dan dibintangi oleh Neelofa, Izara Aishah, Eizlan Yusof dan Fahrin Ahmad. Filem ini diadaptasikan daripada novel “Pilot Cafe” hasil nukilan Ahadiat Akashah.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang juruterbang bernama Amer Reza (Fahrin Ahmad) yang kesepian kerana terkenang kesalahannya terhadap Sharmilla (Neelofa), seorang pramugari yang paling cantik kerana menyebabkan gadis itu merana. Kemudian Amer bertemu Maya (Izara Aishah), seorang gadis yang melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk mencari kekasih hatinya.

Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 April 2015. Menurut IMDb, filem ini mendapat penilaian 6.7/10.

 

Rujukan

  1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pilot_Cafe
  2. https://www.imdb.com/title/tt4267602/ 

20160412