Satu kajian terkini mencadangkan bahawa Planet X, yang dikatakan planet ke-9 dalam sistem solar mungkin menjadi punca kepada kepupusan besar-besaran di Bumi.

Punca kepada pancuran komet yang berlaku setiap 27 juta tahun.

Gambar angkasa lepas, Kuiper Belt yang terletak selepas Planet Neptune, kandungi komet dan objek2 lain
 
  • Planet yang masih belum ditemui itu dikatakan mencetuskan pancuran komet yang dikaitkan dengan kepupusan di atas Planet Bumi pada sela masa kira-kira setiap 27 juta tahun.
  • Melalui kajian sebelum ini, para pengkaji secara tidak sengaja menemui Planet X apabila objek-objek di Kuiper Belt mengalami keanehan orbit. Kuiper Belt adalah daerah yang berbentuk cakera dan mengandungi kumpulan komet dan objek-objek gergasi selepas orbit Planet Neptune.
  • Menurut Daniel Whitmire dan kawan-kawan beliau dari University of Arkansas, Amerika Syarikat, orbit Planet X yang menyerong perlahan-lahan berputar sehingga Planet X melintasi deretan komet-komet di Kuiper Belt setiap 27 juta tahun menyebabkan beberapa komet tersebut dirempuh masuk ke bahagian dalam Sistem Solar.
  • Komet-komet yang terbabas itu bukan sahaja menghentam Bumi malahan mereka akan bertaburan dalam Sistem Solar semasa mendekati Matahari, sehingga mereka menghalang jumlah cahaya Matahari yang sampai ke Bumi.
  • Pada tahun 1985, satu rekod paleontologi menyokong idea berlakunya pancuran komet-komet pada tarikh 250 juta tahun lalu.
  • Kajian yang lebih baru pulamembuktikan bahawa perkara yang sama berlaku pada kira-kira 500 juta tahun lalu.
  • Pengkaji meyakini Planet X bersaiz di antara 1 hingga 5 kali saiz Planet Bumi, dan berada pada kedudukan 100 kali lebih jauh daripada jarak Bumi ke Matahari.
  • “Apa yang menarik adalah terdapatnya kebarangkalian sebuah planet yang jauh mempunyai pengaruh yang amat penting kepada evolusi kehidupan di Bumi” – Whitmire.
  • Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Monthly Notices terbitan Royal Astronomical Society.