Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Petanda Kucing Kesayangan Sedang Sakit

Imej
Kucing memberikan kita kasih-sayang tanpa minta apa-apa sebagai balasan. Sang Kucing menjadi ahli keluarga kita. Selain itu kajian saintifik juga menunjukkan bahawa kucing membantu kita jadi lebih tenang dan juga sihat.Cuma menjadi satu masalah bagi kita untuk fahami bahasa kucing, jadi kita tak boleh nak faham jika Sang Kucing cuba menyatakan sesuatu kepada kita.Lebih bermasalah apabila Sang Kucing sebenarnya ada masalah kesihatan,  bagaimana kita nak tahu mereka tak sihat?Walaupun kita tak faham meow meow meow Sang Kucing, sebagai seorang atau seekor tuan kepada Sang Kucing, kita haruslah perhatikan bahasa badan mereka, kerana sesungguhnya mereka pasti menunjukkan sesuatu tanda melalui tingkah-laku mereka.Manusia memang harus peka terhadap kucing mereka kerana kucing memang suka bersembunyi apabila sakit, menyebabkan ramai manusia susah mengesan masalah kesihatan Sang Kucing.Berikut adalah petanda Sang Kucing sedang sakit:Nafas berbau busukBau nafas yang busuk mungkin menunjukkan ba…

Selenggara 1000 kilometer di Rangkaian Auto Trade (Subaru Seremban)

Imej
Jam sudah pukul 2 pagi, 30 April 2016.Ini adalah karangan kedua Tedi setelah karangan sebelum ini hilang kerana komputer riba Ted ini tiba-tiba sahaja keluar skrin biru.Tapi Tedi gagahkan menaipnya semula kerana ini adalah pengalaman penting yang ringkas tapi mungkin bermakna. Mungkin sahaja skrin biru itu sebagai amaran agar Tedi tidak meneruskan karangan ini yang ternyata berkenaan dengan rezeki seseorang.Tapi Tedi yakin dengan “apa yang disemai itu yang dituai” atau “what you give, you get back”, jadi tiada salah Tedi meneruskan niat jahat Tedi ini.Atau mungkin sahaja Tedi akan menangisi kekhilafan Tedi jika ternyata Tedi berburuk sangka dengan manusia.Selenggara 100 kilometer pertama XV STI di Subaru SerembanPetang tadi Mommy bawa Subaru XV STI ke Subaru Seremban a.k.a Rangkaian Auto Trade Sdn Bhd dengan niat buat penyelenggaraan 1000 kilometer pertama.Ternyata mekanik di sana agak peramah dan berikan tunjuk ajar. Dia kata XV ni ada dua masalah iaitu bunyi angin ketika memandu, da…

Cuba webe di Salak Tinggi

Imej
Cuba kad sim webe di Salak Tinggi Tadi Mommy minta Tedi cuba satu kad sim yang pelik pada tablet ASUS Zenpad 7.0 milik Master.Kad sim tu adalah kad sim webe, satu produk telekomunikasi baru hasil penjenamaan semulaP1 adalah perkhidmatan telekomunikasi mobil yang dahulu menggemparkan Malaysia dengan iklan “dah potong ke belum?”.Iklan double meaning tu selain bermaksud dah bersunatkah belum sebenarnya ditujukan kepada produk TM Berhad yang menawarkan internet berwayar iaitu Streamyx.Kononnya dengan gunakan P1, rakyat Malaysia tak perlu dah internet berwayar. Malangnya perkhidmatan mereka mula merosot walaupun pada awalnya bagus, dan akhirnya P1 tidak mampu bersaing dalam dunia perkhidmatan telekomunikasi mobil.Ironinya P1 dibeli pula oleh TM Berhad yang ternyata produk internet berwayarnya tidak “dipotong” oleh rakyat Malaysia sama ada dengan gembira atau terpaksa.Dipendekkan cerita TM Berhad tukarlah nama P1 itu kepada webe, mungkin mahu nama P1 yang dah busuk itu terkubur terus dan tak…

Logo Minimalist Haiwan yang comel

Imej
Pereka grafik dari India, Shibu PG menggunakan sentuhan ajaib untuk menambahkan cirri kehaiwanan ke dalam perkataan.Dia cuma ubah satu huruf dalam perkataan-perkataan tersebut untuk menambahkan cirri-ciri eksklusif  haiwan itu, seperti huruf “u” dalam perkataan “bull” diubah menjadi tanduk. Jika diperhatikan dengan teliti sebenarnya bentuk huruf-huruf itu turut memainkan peranan besar dalam rekaan tersebut, sebagai contoh perkataan “tanduk” pada perkataan “bull” mempunyai huruf yang bersegi dan tiada sebarang lengkungan.Logo Minimalist Anak Itik Logo Minimalist Burung Hantu Logo Minimalist Gajah Logo Minimalist Helang Logo Minimalist Katak Logo Minimalist Kucing Logo Minimalist Lembu Jantan Logo Minimalist Rusa

Jersi Liverpool & Manchester United murah di Mydin Seremban 2

Imej
Tedi bukanlah minat kedua-dua pasukan ini.Kepada peminat Liverpool, Manchester United, dan Arsenal, bolehlah serbu Mydin Seremban 2 sebab mereka jual jersi pasukan kegemaran anda pada harga murah.Tedi tengok hari tu harga dalam RM 25 (dua puluh lima ringgit) sahaja.Nasib baik jersi pasukan Master tak ada, kalau tak, mungkin dia pun dah borong.Jersi pasukan Newcastle United memang susah dicari, selalunya kalau nak jumpa pun di Rantau Panjang atau Pengkalan Kubor.Kasut wanita bewarna hijau dy Mydin Mall Seremban 2.

MH: Keju Gegak Gempita (Rumble Cheese)

Imej
Penggunaan Keju Gegak GempitaKeju Gegak Gempita digunakan untuk mengumpan Master of the Dojo Mouse di kawasan Pinnacle Chamber.Buat masa ini tiada tikus lain yang berminat dengan keju ini.PengenalanTidak banyak yang diketahui berkenaan keju iniRamai pemburu beranggapan ia dicipta oleh Angkatan Furoma untuk hancurkan Gnawnia.Keju ini sangat tidak stabil dan memancarkan kuasa misteri daripada asasnya.Kuasanya mengganggu ketenangan tikus-tikus sehinggakan mereka menjauhinya, tetapi para pemburu percaya ia adalah umpan terbaik untuk menangkap seekor tikus yang hebat.Oleh itu, sebelum menggunakannya, pastikan anda ada perangkap jenis taktikal yang kuat.

Keyakinan Diri Bukan Anugerah, Ia Kemahiran yang diasah.

Imej
Tiada siapa yang berkeyakinan sejak lahir. Ia adalah mainan minda, membuatkannya menjadi satu kemahiran yang boleh diasah.Tidak dapat dinafikan, Tedi bersetuju dengan kenyataan ini.Salah satu cara mengasah keyakinan adalah melalui peperiksaan contohnya bagi pelajar sekolah, membiasakan diri mereka dalam tekanan agar dapat tempuhi peperiksaan sebenar dengan yakin.Bagi bakal peguam pula mereka ada perbicaraan olok-olok untuk tingkatkan keyakinan, agar nanti mereka boleh berbahas dengan yakin.Para tentera pula diasak dengan latihan keras dan perperangan simulasi, semoga jika mereka terpaksa berperang di kemudian hari, mereka boleh laksanakan dengan yakin.Keyakinan diri hadir melalui pengalaman, dan jika tiada ruang untuk timba pengalaman, maka timba ilmu sebanyak mungkin, belajar daripada pengalaman orang lain.Orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, suka memuji orang dan tidak suka dipuji. Tetapi, mereka suka ditegur, mereka bersedia dan tidak takut, kerana mereka kenali keboleh…

Tips Mengatasi Amarah

Imej
Marah adalah satu nafsu yang sukar untuk dikawal.Ia bagaikan api, dan asalnya daripada api neraka, perlu dikawal ketika ia menerpa jiwa agar kita tidak meledak dan kemudian menyesal, sehinggakan orang yang dapat menahan marah digolongkan sebagai manusia yang gagah perkasa.Ini adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menguasai kemarahan:Jangan berkata apa-apa ketika kita sedang marah - kerana selalunya semasa marah kita akan keluarkan ayat-ayat yang mengarut dan tak sedap didengar.Berfikir sebelum bercakap - lebih mampu kita berfikir, lebih cool kita boleh jadi, jantung pun lebih relax.Ambil masa untuk bertenang.Banyakkan minum air kosong - kerana ia menyejukkan.Kekal gunakan perkataan ganti diri "saya", dan bukannya "aku".Tarik nafas dalam-dalam.Jangan berdendam - sentiasa memaafkan.Gunakan bahasa yang sopan.Senyum - dengan menawan.

Janji Tinggal Janji

Imej
Saja feeling dengar lagu ni, mungkin sebab melodinya indah walaupun liriknya tiada kena mengena dengan kehidupan Tedi.Ada kenalah sikit batang hidung Master sebab setelah di-propaganda-kan dengan keuntungan syarikat, tiba-tiba sahaja bonus beliau ciput, kenaikan gaji pun mujurlah dapat.Tak faham.. cerita untung tapi dapat kurang berbanding masa tak untung. Tak mengapalah, rezeki beliau dah setakat itu sahaja. Dengar lagu Janji Tinggal Janji oleh KRU bukan sebab putus cintaTibalah kita di penghujung persimpangan
Di penghujung jalan cinta kita berdua
Terpaksa kurelakan, Tak daya ku halangkan
Kerna ku tahu cintamu bukan lagi milikku
Menanti hatimu kembali padaku
Menanti purnama jatuh ke riba
Beratnya di mata sebaknya di dada
Melihat kau bersama dirinya…Gadisku, yang ku pinta hanyalah satu
Semadikanlah kenanganmu bersamaku
Walau ditakdirkan tak bersama lagi
Kau gadis pertama yang kucintaiOh kasih, sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatla…

Panduan Umum Ketika Terserempak dengan Ular

Imej
Apakah yang perlu Tedi lakukan jika tiba-tiba Tedi terserempak dengan ular? Musim panas ini memang banyak kita dengar kes ular serbu kediaman manusia untuk menyejukkan badan.Jika dikatakan kita tiba-tiba terserempak dengan ular, apa yang patut kita lakukan?Ini pesanan Touch 'n Go Sdn Bhd dengan inspirasi daripada JPAM:Nasihat Umum Ketika Berhdapan dengan UlarJangan panik jika anda mengetahui atau mengesyaki kawasan anda dimasuki ular.Kenalpasti kawasan yang diketahui atau disyaki terdapat ular dan kuarantinkan kawasan tersebut.Jangan lakukan pergerakan provokasi atau gerakan mengejut terhadap ular. Peratusan untuk ular menyerang adalah lebih tinggi jika berasa diri mereka terancam.Cuba kenalpasti ular itu berbisa atau tidak, dan jika tidak pasti, anggap sahaja ia rerbahaya.Telefon 999 panggilan kecemasan untuk minta bantuan (contohnya JPAM).Perhatikan ular dari jauh supaya ia tidak hilang dari pandangan dan sekaligus menyukarkan pencarian sementara menunggu bantuan sampai.

interpretZZ di Masjid Taman Dato' Harun

Imej
Masjid Taman Dato' Harun, U Mobile, Klinik Salim. Ini adalah salah sebuah masjid yang Tedi suka tengok.Jika lalu sahaja di Lebuhraya Pantai Baharu berdekatan Taman Medan, pasti Tedi akan menoleh mengintai kelibat masjid ini. Mungkin atapnya itu yang memberikannya kelainan dengan ciri-ciri senibina Melayu tradisi.Selain itu masjid ini terletak dalam kawasan dikeliling kedai-kedai, menjadikan ia masjid yang agak "mesra", tidak terasing dalam satu kawasan dia sendiri sahaja.Di hadapannya pada musim raya, ada penjualan lemang besar-besaran.

Kerja Sekolah Lukis Obor-obor

Imej
Tadi dah siapkan draft kertas kerja untuk Analisa Keperluan Pengguna. Insya-Allah esok akan dibentangkan jika ketua projek tidak menyibukkan diri beliau. Kalau beliau sibuk pun Tedi tidak merisaukan diri, kerana Tedi bolehlah buat kerja-kerja amal yang lain... amal la sangat... hahaha...Esok Proton Saga BLM 1.3 MT IAFM Duel Blitz Monster mungkin akan keluar bengkel. Tedi tak sabar dah nak bertemu beliau. Gayatlah naik kereta Subaru XV STI yang tinggi tu.Alhamdulillah, ini adalah kiriman ke 1000 Tedi dalam interpretZZ ni.. semoga akan berterusan mengirim... manalah tahu boleh jadi sumber rezeki.Aduhai.. nak kena siapkan lukisan obor-obor pula dah...Tedi dah lah kaku tangan kalau bab melukis ni, diminta pula melukis obor-obor.Manalah Tedi reti... huhu...Obor-obor ni dah lah lembik macam agar-agar macam mana Tedi nak serlahkan kelembikan beliau dalam lukisan?Ermm... Cari ilham dululah...Bagaimana ya nak lukis obor-obor?Nasib baik ada teman yang sudi kongsi ilmu, semoga lukisan Tedi boleh…

D'Herbs taja Hijau Kuning selama tiga tahun

Imej
PENGASAS D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengesahkan pihaknya merupakan penaja utama pasukan Kedah selama tiga tahun bermula musim ini.Majlis perasmian bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan diadakan pada masa terdekat  dan Aliff Syukri juga akan mengadakan satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur untuk meraikan jalinan kerjasama yang dimeterai tersebut."Saya bersetuju untuk menaja pasukan Kedah selama tiga tahun dan jumlah yang diminta oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) adalah sebanyak RM30 juta."Saya berharap tajaan ini dapat mengkomersialkan jenama pasukan, baikpulih stadium dan membangunkan pembangunan di peringkat akar umbi. Semua pihak sudah bersetuju dan kita hanya akan menunggu majlis perasmian dan pelancaran sahaja selepas ini," katanya pada sidang media, semalam.Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menaja Hijau Kuning untuk jangka masa lebih panjang selepas ini berikutan melihat kepada potensi semasa pem…

Bagaimana mengalahkan formasi 4-4-2 dalam Top Eleven?

Imej
Formasi 4-4-2 memang memeningkan kepala Tedi kerana ia adalah formasi yang stabil untuk menyerang dan bertahan.Apatah lagi apabila bertemu lawan yang sama kuat atau lebih kuat, kalau lawan yang lemah tu, selamba saja Tedi titik. Hehehe.Namun setelah sekian lama menanti dan mencuba, Tedi rasa Tedi dah tahu formasi yang konsisten untuk menewaskan formasi 4-4-2 Default tersebut.

Adakah bahaya tukar gear automatik dari Neutral ke Drive semasa bergerak?

Imej
Ya, ianya berbahaya lebih-lebih lagi pada kelajuan tinggi.Pertukaran transmisi automatic dari Neutral ke Drive sepatutnya hanya dilakukan semasa kenderaan tidak bergerak sama sekali.Hukum yang sama juga terpakai pada penukaran gear auto ke Reverse, patut hanya dilakukan semasa kenderaan berhenti sahaja.Sebabnya pertukaran dari Neutral ke Drive semasa kenderaan bergerak akan memberi tekanan kepada transmisi automatik.Tindakan itu akan membuatkan torque converter dan enjin tiba-tiba terpaksa bekerja keras.Ini akan memberi tekanan torque yang tinggi ke atas sistem transmisi.Walaupun ia mungkin takkan jahanamkan sistem transmisi automatik sekaligus, ia akan tinggalkan parut yang besar kepada enjin, dan apabila dilakukan berulangkali, kadar sistem gear untuk rosak adalah lebih tinggi.Hukum  yang sama juga terpakai apabila menggunakan gear rendah, jangan sesekali tukar kepada gear rendah semasa kenderaan sedang memecut.

Kedah Seri... Newcastle Seri jugak...

Imej
Kedah 1 - 1 Johor DTLega, Kedah dapat 1 mata menentang JDT malam ni.Namun permainan malam ini agak kurang menarik kerana pemain JDT lebih gemar sepak kaki dan berlakon.Mungkin mereka dah biasa bermain tahap lebih tinggi, maka peel baru ini mula diterapkan dalam permainanKedah jaringkan gol seawal 1 minit permainan, manakala JDT diberikan sepakan penalti.Liverpool 2 - 2 Newcastle United Ini adalah satu perlawanan yang mendebarkan kerana jika kalah Newcastle akan terus di tangga ke-19 Liga Perdana Inggeris.Selain itu gol Liverpool dijaringkan seawal minit ke-1 permainan.2 gol Liverpool pada separuh masa pertama menjadi alamat teruknya pertahanan Newcastle.Mujurlah Cisse dan Colback berjaya cari gol penyamaan pada separuh masa kedua.1 mata penting ini akan menjadi lebih berharga jika Sunderland kalah besar kepada Arsenal esok.

Pasang Tinted Subaru XV STI, Shark Fin dan Tailgate Chrome Lining

Imej
Petang tadi kami pergi pasang tinted kereta Subaru XVUrusan pemasangan tinted dibuat di Pataling Jaya, di kedai Cool Master di USJ Taipan.Kos pemasangan semua dalam RM 600, pada awalnya bajet RM 300 sahaja, tapi biasalah bila dah masuk kedai akan dicuci otak oleh si penjual.Kami nak buat sandblasting sekali, tapi si penjual tak buat sebab ada pelanggan complaint hasilnya tak memuaskan kerana bahan kimia yang digunakan mereka sekarang tak bagus, mungkin mereka tunggu stok baru.Sebentar sahaja mereka buat, kami pergi makan tengah hari, balik makan, dah siap keretanya.Nampak macam ada buih-buih sikit pada tinted tu, kami komen, mereka jawab bahawa filem tinted keselamatan memang macam tu, nanti air dalam tu akan kering dalam masa beberapa minggu.Mungkin betul kata mereka, sebab semasa kami sampai rumah tadi, pada waktu senja tadi, tinted tu nampak semakin okay.Ke AE untuk pasang door visor dan sirip jerung (shark fin)Kemudian kami ke Glenmarie, di sana ada kedai alat ganti Subaru dan jug…

Bilik Sewa Bujang Lelaki Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Tadi pergi ke kedai haiwan perliharaan di Taman SerojaPada mulanya kami nak ke pasar malam Taman SerojaLetak kereta pula berhampiran dengan sebuah kedai haiwan perliharaanMommy ternampak ada sangkar kucing tiga tingkat di kedai tersebut, maka dia pun nak merisik khabar.Kononnya Mommy nak bela kucing ala-ala macam kucing selebriti Oh My Jep tu.Adalah sangkar kucing berharga RM 550 untuk tiga tingkat dan RM 450 untuk dua tingkat.Dalam perjalanan ke kedai haiwan perliharaan tu ada pula kedai dobi Pada kedai dobi tu ada papan notisPada papan notis tu ada sekeping posterPada poster itu ada iklan bilik bujang lelaki untuk disewaLokasi rumah sewa tu tak dinyatakan di mana, mungkin di Bandar Baru Salak Tinggi gamaknya di sekitar Taman Seroja.Jadi kepada lelaki bujang yang mencari bilik sewa boleh hubungi nombor 013-6024039.Kalian risik khabarlah sendiri ya, jaga-jaga, hati-hati, mana tahu ada unsur penipuan.Tapi Tedi faham susahnya cari bilik sewa ni, jadi Tedi tumpangkanlah iklan tu di sini, …

Kenapa Berat Badan Tedi Tak Turun?

Imej
Kenapa Berat Badan Tedi Tak Turun? Tedi dah penat mengikat perut. Tedi juga dah selalu bersenam – berlari, main badminton, malahan ikut senam aerobic.Tapi berat badan Tedi masih sama je… turun pun dalam 0.5 kilogram?Pening kepala Tedi dibuatnya.Namun setelah melalui beberapa sesi pencerahan, Tedi mula dapat jawapan kepada persoalan “kenapa berat badan saya tak turun?”

Pendapat Benitez berkenaan prestasi Georginio Wijnaldum

Imej
Pemain yang telah jaringkan 9 gol buat Newcastle itu gagal hasilkan gol sejak Januari.Dia juga tidak bermain dengan baik beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya apabila beraksi di tempat lawan.Bagaimanapun, Rafa Benitez, kelihatan tidak mahu gugurkan Wijanldum daripada kesebelasan utama, mungkin kerana dia adalah kapten PSV Eindhoven yang menjuarai Eredivisie musim lepas. Apabila ditanya berkenaan prestasi Wijnaldum, Benitez menjawab: “Apabila kamu punyai pemain dengan pengalaman antarabangsa, pemain yang boleh memberikan kelainan, kamu pastinya mahu lihat mereka menangi perlawanan. Apabila kamu perhatikan dia dalam latihan, kamu akan nampak dia punyai banyak kualiti yang boleh membawa perbezaan. Kami akan bantu dia melakukannya.”Wijnaldum telah berubah daripada Pemain Terbaik Tahunan Belanda yang menjaringkan 9 gol pada awal musim kepada seseorang yang tidak dikenali.Tapi dalam perlawanan yang sengit sebegini, pastinya dia mahu pertingkatkan diri, dan selamatkan pasukannya daripa…

Badak Sumbu gigit jari kakitangan Zoo Lincoln Park

Imej
CHICAGO, Ill. – Seorang penjaga haiwan di Lincoln Park Zoo di Chicago telah digigit jari telunjuknya oleh seekor Badak Hitam Timur (Eastern black rhinoceros) pada hari Sabtu lalu, menurut kenyataan pihak zoo.

Kakitangan itu berada di ruangan Regenstein African Journey semasa satu latihan rutin ketika tragedi itu berlaku.

Beliau telah dibawa ke hospital dan dibenarkan keluar pada jam 2 petang.
Badak Sumbu itu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan terus dibenarkan keluar masuk ke ruangan dalam dan luar seperti biasa.

Newcastle United harapkan Manchester City terganggu dek Real Madrid

Imej
Pagi esok jam 2.45 pagi waktu Malaysia akan menyaksikan Newcastle United melayan Manchester City. Rafael Benitez berharap fokus Manchester City akan terganggu oleh persiapan separuh akhir Champions League menentang Real Madrid.Perkara yang sama juga menjadi impian semua penyokong Newcastle United apabila pasukan kesayangan mereka akan menentang pasukan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris itu.Tambahan lagi Manchester City telah membelasah Chelsea 3-0 minggu lepas.City mara ke separuh akhir Champions League untuk kali pertama, melayan kunjungan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung pada 26 April, dan Benitez mencadangkan bahawa para pemain City mungkin akan jimatkan tenaga mereka dan cuba elakkan kecederaan supaya mereka dapat bermain di pertandingan peringkat Eropah tersebut, sekaligus memberi peluang kepada Newcastle untuk menang. “Mereka adalah pemain professional dan mereka akan cuba menang tetapi Champion League akan berlegar-legar dalam minda m…

Penerbangan AK 6440 dari Kota Bharu dibatalkan

Imej
Petang Tadi master menerima satu email daripada AirAsia menyatakan mereka membatalkan penerbangan kami menaiki AK 6440 ke Kelantan.Terkejut beruk Master dibuatnya, lalu Master segera forward kandungan email tersebut kepada Mommy.Mommy cuba nak call AirAsia untuk penjelasan, tapi cajnya mahal pula.Master cuba gunakan live chat tetapi ruangan chat tersebut tiba-tiba down.Akhirnya kami ke KL Sentral untuk ke kaunter AirAsia.Mujurlah ketika kami tiba suasana di AirAsia tidaklah sesibuk mana.Kakitangan AirAsia di kaunter nombor 9 menjelaskan bahawa penerbangan AK 6440 yang kami sepatutnya naiki telah digantikan dengan AK 6443, iaitu pesawat yang berlepas sejam selepas AK 6440 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.Kami tidak perlu berbuat apa-apa jika bersetuju dengan cadangan penerbangan baru itu, dan kakitangan itu tolong cetakkan keterangan lanjut tetang penerbangan kami yang baru itu.AK 6440 sebelum ini pernah meletup tayar di Sibu, mungkinkah pesawat itu mengalami …

Kelajuan Maksimum Manusia

Imej
Secara teorinya, manusia boleh mencapai kelajuan 40 batu sejam atau 64.3738 kilometer sejam seperti yang pernah dikaji oleh Southern Methodist University pada 2010.Teori ini berdasarkan daya maksimum yang boleh dikenakan oleh kaki pelari ke atas tanah. Rekod larian terpantas adalah 44.64 kilometer sejam (12.4 meter per saat atau27.8 batu sejam),  dicipta oleh Usain Bolt dalam perlumbaan final 100 meter  di World Championships, Berlin pada 16 Ogos 2009  (purata laju di antara meter 60 dan 80 yang dicapainya dalam 1.61 saat).Usain Bolt hanya capai separuh daripada kelajuan yang boleh dicapai oleh manusia.Artikel lain yang berkaitan: Lima kali ganda lebih pantas berbanding Usain BoltArtikel ini dilabelkan sebagai: kelajuan Usain Bolt

Yeay... Newcastle kalahkan Swansea 3-0

Imej
Wah, malam semalam adalah malam yang menggembirakan Master kerana kedua-dua pasukan bola sepak yang beliau sokong telah berjaya jinakkan lawan masing-masing.Pertama, Kedah FA telah tewaskan Johor Darul Takzim dengan jaringan gol 2-1 dalam perlawanan Piala FA. Bekalan tipis ini mungkin boleh membantu Helang Merah dalam perlawanan timbal balik di Stadium Larkin nanti.Kedua, pasukan Newcastle United berjaya tundukkan Swansea City 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.Newcastle gunakan formasi 4-4-1-1 untuk kalahkan formasi 4-4-2 Swansea. Newcastle tidak asing dengan kekalahan sehingga mereka kini terperosok di tempat kedua terbawah Liga Perdana Inggeris.Perlawanan semalam adalah penting bagi Newcastle kerana jika menang, ia akan bantu mereka dekatkan jurang dengan Norwich, dalam usaha membantu mereka hindari penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.Sebelum itu, Sunderland telah berjaya belasah Norwich, 3-0 pada perlawanan yang telah berlangsung lebih awal. Jika Newc…

Piala FA: Kedah kejutkan JDT

Imej
Persatuan Bolasepak Kedah (KEDAH FA)melakukan kejutan apabila mengalahkan juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Newcastle United tolak permintaan mainkan lagu peringati MH17.

Imej
Newcastle United menolak permintaan daripada Barry Sweeney untuk mainkan lagu  MH17 kepada para pemain sebelum perlawanan menentang Swansea City pada malam ini.Barry, kehilangan anak lelaki bernama Liam dalam tragedi MH17, telah mencadangkan kepada Newcastle United untuk tunjukkan kepada para pemain petikan video lagu tribut bertajuk United We Stand yang dinyanyikan Junior Turner sebelum sepak mula untuk naikkan semangat permain.Tapi Newcastle menolak permintaan itu atas alasan mereka tidak mahu ganggu persediaan pasukan pada masa yang cukup kritikal (sebelum sepak mula).Barry berkata: “Saya cuma mahu tunjukkannya kepada para pemain klip video tersebut. Saya sangat gembira jika kelab mahu berusaha sehabis baik dalam perlawanan Sabtu ini”.Barry bermaksud mahu pemain tonton video yang memaparkan semangat penyokong itu, tetapi dia juga terima alasan pasukan, kerana dia tahu lagu itu lagu sedih.“Apa yang saya mahukan adalah komitmen 100% daripada para penyokokng. Kita perlu salurkan semua…

Kasut Wanita Hijau di Mydin Hypermarket Seremban 2

Imej
Aiseh, beza RM 4 tu.Berjalan-jalan dalam Mydin Seremban 2 sekali nampak pula sepasang kasut yang serupa dengan kasut yang selalu Mommy pakai.Memang serupa benar kasut tu, memang sah kasut yang sama.Yang tak sama, harganya cuma RM 7.90 sahaja berbanding kasut yang serupa Mommy beli di TESCO Bandar Baru Nilai iaitu RM 12.00.Tak apalah, dah rezeki Mommy pakai kasut mahal sikit... hehehe.

Latihan Badminton Siri Ke-2 di The Challenger

Imej
Latihan Badminton Bersama Nik FaizAlhamdulillah, buat pertama kali Tedi sempat sertai latihan badminton anjuran TnG Racquet Club .Latihan diadakan di The Challenger Petaling Jaya.Jurulatihnya, Nik Ahmad Faiz Nik Abdullah adalah bekas pemain Malaysia yang kini mempunyai kedai sukan sendiri yang diberi nama Nikman Sports.Hari ini latihannya ada 2, yang pertama adalah bagaimana ambil bola belakang dan melangkah ke depan, dan yang kedua bagaimana cara sambut bola hadapan.Latihannya walaupun nampak ringkas tapi memang memenatkan macam baru lepas lari 100 meter.

Semua Itu Silap Sistemmu

Imej
Sistem adalah satu alat untuk membantu manusia memudahkan kerja mereka.Malangnya manusia selalu anggap sistem adalah untuk selesaikan pekerjaan mereka. Apabila kerja mereka selesai dengan jayanya dengan bantuan alat tersebut mereka okay sahaja.Tapi apabila mereka hadapi masalah dengan kerja mereka, sistem disalahkan atau menjadi "kambing hitam".Tedi tak boleh hadap mereka yang negatif sebegini. Jika mereka tak mampu nak gunakan sistem itu dengan betul, usah gunakan. Jika mereka rasa alat itu tidak membantu, usah gunakan.Ini tidak, nak salahkan sistem, mentang-mentanglah sistem itu Tedi yang perkenalkan.Pisau.. pisau adalah alat untuk memotong.Ia boleh digunakan untuk menyiang ikan, tapi jika manusia tidak pandai siang ikan, adakah salah pisau?Ia boleh digunakan untuk mencederakan orang, dan jika ia digunakan untuk cederakan orang, adakah pisau yang salah?Padahal ia diciptakan untuk memudahkan kerja manusia.Atau mungkin sahaja manusia mahukan pisau yang boleh siang ikan sendir…

Susu Skim dan Susu Rendah Lemak Salah Satu Penyumbang Diabetes

Imej
Selama ini Tedi  makan bijirin cereal campur susu skim kerana Tedi fikirkan ia sangat bagus untuk kesihatan.Kebelakangan ini Tedi dah jarang makan bijirin cereal bersama susu skim kerana Tedi akan ke-angin-an atau rasa berangin satu badan.Tapi yang Tedi terkejut hari ini apabila tahu ada banyak kajian yang nyatakan bahawa susu penuh lemak dari ladang adalah lebih baik berbanding susu rendah lemak dan susu skim.Kenapa? Sebab kajian mereka menunjukkan siapa yang minum susu tanpa lemak lebih cenderung untuk menghidap diabetes. Kajian oleh Harvard University dan Tufts UniversityPara penyelidik dari Harvard University dan Tufts University telah menguji darah lebih 3000 manusia dewasa berumur dari 30 hingga 75 tahun yang bebas diabetes.Mereka kemudiannya membuat ujian susulan ke atas peserta tersebut dan mendapati bahawa mereka yang lebih tinggi kandungan produk sampingan susu penuh lemak dari ladang dalam darah mereka adalah 46% lebih kurang menghidap diabetes dalam tempoh 15 tahun penyelid…

Kaitan Jerung dan Pemanasan Global

Imej
Manusia mungkin takutkan jerung apatah lagi apabila melihat susunan giginya yang menawan itu. Tapi tahukah manusia bahawa jerung turut membantu mengamankan dunia?Nasib kita bergantung kepada jerung. Jerung memainkan peranan penting yang manusia tidak berapa sedari dalam mengawal perubahan iklim dunia.Jerung merupakan pemangsa utama yang makan penyu, ketam, dan ikan pari, yang mana masing-masing menjadikan tumbuhan lautan yang menyerap karbon sebagai makanan.Apabila populasi jerung berkurangan, spesis haiwan yang sepatutnya jadi makanan mereka akan berlebihan.Saintis menganggarkan jika hanya 1 peratus sahaja tumbuhan penyerap karbon di lautan berkurangan, 460 juta tan karbon akan terbebas ke atmosfera, kuantiti pencemaran yang dihasilkan oleh 97 juta kereta.Jerung terancam kerana ada kegiatan haram yang memburu mereka hanya untuk mendapatkan sirip mereka. Sirip jerung atau sirip ikan yu adalah makanan eksotik yang tidak terbukti khasiatnya. 100 juta jerung terancam setahun dek kegiatan …

Berjalan-jalan di malam hari, moga ketemui apa yang dicari.

Imej
Mommy sedang memasak di dapur, bekalan untuk esok hari. Mommy tanya nak ikan goreng biasa ka ikan goreng sambal?Pelik soalan Mommy itu... Tidakkah beliau mengerti bahawa seekor beruang yang comel makannya hanya layak ikan-ikan yang segar-bugar belaka.Nak mengarut pasal aktivit blogging minggu ni... Tedi baru sahaja balik dari aktiviti blogwalking.Sudah lama juga Tedi tidak melakukan aktiviti sebegini dek kerana dihambat kekangan masa.Siang bersekolah dan malam pula mahu menaip kata-kata mengarut, memang tiada masa dibuatnya.Tapi lebih baik Tedi mengarut di sini daripada Tedi menonton drama Suami Tanpa Cinta. Bosan.Bloqwalking pun Tedi sempat dalam 10 blog sahaja tadi.Ermm.. tadi sempat juga intai berapa lawatan dah blog Tedi ni dapat dalam minggu ni, adalah dalam 1107 setakat ni dengan lawatan terendah harian ialah 151 dan tertinggi 325.Purata lawatan bagi 5 hari terkini adalah 221 laman setiap hari, satu angka yang tak Tedi jangka, walaupun tak sehebat blogger lain, kerana Tedi bukan …

Lapan Pemain yang Rafa Benitez Boleh Pertimbangkan untuk Tentang Swansea

Imej
Skuad Newcastle United kelihatan seperti tinggal tulang namun Benitez sebenarnya miliki banyak pilihan untuk perlawanan Sabtu ini.Rafa Benitez kata dia dah sedia asah kapak untuk pertemuan seterusnya di antara Newcastle dan Swansea pada Sabtu ini di St James’ Park.Dia pun mengaku yang dia berasa marah yang amat, tidak pernah dia semarah itu sejak bertugas di Newcastle, ketika perlawanan menentang Soton, Sabtu lalu. Dia ketika itu terpaksa menamatkan permainan dengan menggunakan 2 pemain tengah untuk mengisi pertahanan tepi dan 2 pemain pertahanan tengah yang kurang berpengalaman.Bahagian tengah pula menyaksikan mereka kurang bersaing dan cuma menyerang apabila sudha terlewat. Aleksandar Mitrovic, Ayoze Perez, dan Papiss Cisse tidak menerima sebarang hantaran yang bagus sepanjang 90-minit permainan.Ini adalah perubahan yang dicadangkan oleh peminat Newcastle untuk perlawanan Sabtu ini.Fabricio Coloccini Colo adalah pemain tengah yang diharapkan dapat menggantikan Steven Taylor yang berak…