Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Kisah 30 Mac 2015

Imej
Ini adalah kisah semalam... 30-Mac-2016Kisah di kelas...Pada pagi hari, sampai di kelas jam 09:15, terlambat gara-gara tertinggal tanda nama dalam kereta Master.semak dengan pengurus projek kelas, Salleh Yaakob berkenaan proses review dokumen spesifikasi teknikal PBO 1.1.0.1. Agak rasa bersalah kerana dokumen itu baru sahaja dihantar semalam dan Tedi dah tanya perkembangannya hari ini.Semak dengan penguji sistem, Lisa Surihani, di mana beliau memaklumkan tiada sebarang masalah. Tedi bertanya beberapa soalan dan meminta beliau uji jika harga jualan kad foto menerima diskaun yang betul jika ada beberapa config diskaun dihantar dalam sehari. Alhamdulillah tiada masalah.Encik Zed Zaidi mendapati anak buahnya tidak memasukkan mesej ke dalam log SVN, dan apabila mereka cuba edit mesej tersebut, ada ralat sistem dipaparkan SVN. Encik Zed Zaidi meminta Tedi memeriksa jika hal itu boleh diatasi.Setelah melakukan beberapa kajian Tedi menemui konfigurasi yang sesuai di mesin pelayan untuk memben…

Van Toyota HIACE untuk disewakan

Imej
Sambil makan tengahari di Kedai Ketereh di Kosmpoleks, tersua iklan yang menarik hati.Pada 13-Mac-2016 bersamaan hari Ahad jam 12:33 tengahari, kami singgah makan di Kedai Ketereh sebelum menghantar Mak Long Norly berlepas dengan pesawat MAS ke Kota Bharu.Usai menjamu selera, satu sepanduk mengiklankan perkhidmatan sewaan van menggamit Tedi mengintainya kerna apa? Kerana ia menyediakan perkhidmatan sewaan van sama ada dengan pemandu atau tanpa pemandu.Ia menggamit memori tatkala kami bercuti ke Indonesia dahulu. Perkhidmatan Sewaan Van (Toyota HIACE)sama ada van sahaja atau beserta pemanduHubungi: UJANGTelefon: 017-608 4786WhatsApp: 018-374 3091Alamat: Pondok Bustanul Ariffin, Jalan Haji Amin, Kampung Labuhan Dagang, 42700 Banting, Selangor.Facebook: van sewa ujangArtikel ini diterbitkan di bawah label: van Hiace untuk disewa

Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Tukang Urut Siber

Imej
Susah juga nak cari tukang urut wanita di sekitar Sepang ni...Tapi sebenarnya tak cari pun di sekitar Sepang ni, Mommy duk tanya Master manalah Master punyai pengetahuan.Master cadangkan Mommy bertanya dalam group WhatsApp wanita, Mommy tak tanya kot...Jadi Master tanyalah kepada kawan beliau yang tinggal di Bangi yang berurut dengan seorang pakcik ini kerana masalah tulang belakang.Semoga maklumat ini berguna buat Mommy.

Maklumat niaga Pusat Rawatan Tradisional Pak RajaNama PusatPusat Rawatan Tradisional Pak RajaNama Pengamal LelakiRaja Kamaruddin Raja AhmadNama Pengamal Wanita Hajjah AnimahAlamat No 16 Jalan Megah 4, Taman Megah,Batu 10, Cheras, 43200 Kajang, Selagor.Nombor Telefon Bimbit 012 - 203 1937 019 - 269 1040 Laman web:Utusan.com: Pak Raja Tukang Urut Siber Waktu rawatan9 pagi sehingga 9 malam


Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Rawatan Tradisional Pak RajaUrutan memulihkan tenaga batin lelaki dan wanita.Urut sakit pinggangSesak nafasSakit kepalaDarah tinggiPitamKebas tanga…

Cara menghilangkan kesakitan atau ketegangan kaki selepas berlari

Imej
Selepas berlari 12 kilometer minggu ni, kaki Tedi rasa macam terbakar...Jadi bagaimanakah caranya untuk Tedi kembali pulih dan segar untuk larian seterusnya?Ada beberapa tips yang diberi oleh cikgu-cikgu Tedi seperti:Segera minum air selepas berlari agar badan terhidrat semula dengan minuman berelektrolit tinggi.Regangkan otot-otot major dan juga otot-otot yang berasa tegang. Golek dengan span pengguling jika ada otot-otot yang bermasalah. Lebih baik 25-30 minit selepas berlari dalam tempoh 10-15 minit.Makan makanan ringan dengan kadar 4 karbohidrat kepada 1 protein.Berendam dalam ais, suhu cukup sekadar ais mencair dalam 2 hingga 3 minit. Sejuk memanglah sejuk, tapi selepas tu otot akan berasa lega.Makan makanan sihat bersaiz sederhana, elakkan makanan tak sihat.Tidur dengan kaki ditinggikan ke atas untuk kurangkan tekanan darah di bahagian kaki, amat bagus untuk kaki bengkak.Dapatkan urutan.Mandi 10-15 dengan 4 cawan garam mandian Epsom dalam air panas untuk singkirkan toksin di sek…

Makan Sizzling Sotong, Ikan Ala Thai dan Nasi Goreng Daging di Sharin Low Cyberjaya

Imej
Makan di Sharin Low Cyberjaya agak menyegarkan namun mungkin sedikit berminyak...Mata ku sudah mengantuk, namun jari-jemariku masih mahu berbicara...Baiklah, kali ini mahu Tedi kongsikan hal atau pengalaman makan malam di Restoran Sharin Low di Cyberjaya.Kalian mungkin pernah dengar tentang restoran ini yang popular di Bangi, dan cawangan di Cyberjaya ini sahajalah cawangan mereka yang Tedi pernah sampai. Almaklumlah, tak mampu rasanya ke Bangi usai sekolah sepanjang hari.Sizzling Squid Seumur hidup Tedi, inilah kali pertama Tedi dengar berkenaan Sizzling Squid ini. Master selalu je makan Sizzling Mee, jadi tidak salah untuk dirinya mencuba makanan ini.Tak dapat dinafikan, rasanya sedap, cuma harganya.... RM 20 (dua puluh ringgit sahaja).Nasi Putih dan Ikan Ala Thai Fantastic... segar... manis.. masam... hidangan ini memang sedap seperti makan kerabu.. mungkin hidangan ini layak digelar Kerabu Ikan? Harganya RM 9.00 (sembilan ringgit sahaja).Nasi Goreng Daging Nasi goreng ni namanya bias…

Petua senyum menawan tanpa jumpa doktor

Imej
Pergi berjumpa doktor gigi bukanlah sesuatu yang popular di kalangan kanak-kanak.Tapi kalau kita mahukan gigi kita sihat walafiat dan cantik berseri, tersusun rapi, haruslah kita pergi bertemujanji dengan doktor gigi, dinasihatkan setahun dua kali.Tapi benarkah kita harus bergantung kepada doktor gigi dalam dunia yang serba canggih ini?Tidak semestinya! Itulah yang dibuktikan oleh pakcik Titipan Pantu, seorang blogger dari Thailand.Petua dia mendapatkan senyuman menawan adalah dengan hanya menggunakan gunting dan juga makanan ringan Lays.Bagaimana dia melakukannya, lihat saja foto di bawah.

Kami takkan kalah!

Imej
Maafkan jika tulisan ini menyakitkan mata... Tapi cikgu Tedi kata kalau mahukan mata yang cerah kenalah pandang benda yang hijau...
Semalam kami bergerak pulang dari Sungai Besar ke Sepang menggunakan jalan yang kami tak pernah lalui hasil panduan daripada aplikasi Waze.
Master sengaja menggunakan aplikasi tersebut semasa dalam perjalanan pulang manalah tahu jika ada jalan pintas atau ada apa-apa info penting yang boleh menyekat perjalanan kami.
Tetapi, semalam bukannya kami dibawa melalui jalan pintas, sebaliknya kami dibawa melalui jalan yang orang lain mungkin tak mahu lalu. Ironinya di sepanjang perjalanan ini kami dapat melihat sawah padi saujana mata memandang, beburung beterbangan di kawasan sawah, sungai yang luas dan panjang di tepi jalan, dan deretan anak muda bertenggek atas motosikal di tepi-tepi jalan.
Dalam masa 3 jam lebih kami sampai di rumah.
Siaran langsung Newcastle vs Sunderland di saluran HyppTV 708 Kami sampai lewat sedikit daripada jangkaan, sepatunya kami perl…

Selenggara Proton SAGA BLM : 18 Mac 2016

Imej
Misi utama adalah untuk tukar minyak gear manual kerana terasa sangkut ketika dalam kesesakan lalu lintasMinyak transmisi manual sepatutnya ditukar setiap 20000 (dua puluh ribu) kilometer.Selain itu minyak enjin juga ditukar, menggunakan Petronas Syntium 1000 sintetik penuh. Master gemar gunakan sintetik penuh kerana kami berjalan jauh. Ia sepatutnya ditukar setiap 10000 (sepuluh ribu) kilometer, namun ramai yang cadangkan tukar setiap 7000 (tujuh ribu) kilometer kerana kami selalu sangkut dalam kesesakan lalu lintas. ItemKeteranganBilanganUnitHarga SeunitDiskaunJumlah1.Periksa dan ganti145.000.0045.002.Minyak enjin Pertronas Syntium 1000 15W/50 Sintetik Penuh 4 Liter1Botol200.000.00200.003.Penapis minyak1Set 12.220.0012.224.Spark plug - BPR6EF-111Set 38.000.0038.005.Minyak gear manual HQ Multi 75SW-852Botol42.000.0084.006.Penjajaran roda hadapan1Set 25.005.0020.00GST6%23.95Jumlah423.25

Liridon Krasniqi Dedah Sebab Pilih Kedah

Imej
"SAYA tak peduli apa orang kata, saya ada matlamat penting untuk pasukan Kedah," tegas pemain import Kedah dari Kosovo, Liridon Krasniqi.Pemain tengah skuad Helang itu berkata demikian bagi menjelaskan mengenai isu terdapat pasukan dari Liga Super yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Nak kurus? Jauhi gula.

Imej
Petang tadi ada ceramah kesihatan oleh Doktor Eliza AzizHafiz**Kemaskini: boleh silap nama la pulak, patut Mommy cari tak jumpa...**Beliau dijemput oleh Kelab Kecergasan untuk menerangkan kepentingan badan yang cergas kepada otak yang cerdas.Ceramah beliau tidaklah membosankan dan pada akhir sesi ada pula sesi bersenam dengan hanya duduk di atas kerusi. Walaupun dengan hanya duduk di atas kerusi, senaman itu agak menyemputkan Tedi.Ini adalah beberapa intipati ceramah beliau, dan kekawan semua pasti akan dapat kenalpasti apa yang ditekankan oleh beliau.


Jika ada sakit-sakit pada badan, kurangkan gula.Gula adalah penyebab kepada 100 jenis barah.Badan tidak perlukan gula, sebaliknya cuma perlukan karbohidrat, protein, dan lemak.Insulin akan serap gula. Apabila insulin tinggi, kadar metabolisme akan jatuh.Jika mahu turunkan berat badan, jangan ambil gula.Ubat terbaik buat manusia adalah senaman, jika tak bergerak sejam, umur pendek 6 minit.Perokok yang bersenam adalah lebih sihat berbandin…

Rafael Benitez kalah dalam perlawanan menentang Leicester City, namun...

Imej
Adakah ini tanda kebangkitan, atau cuma kesan sementara? Yes... akhirnya Newcastle United mula menunjukkan perubahan, dari segi pertahanan yang semakin padat, dan juga beberapa percubaan yang nyaris memberikan kemenangan.Benar, The Magpies kalah dalam perlawanan menentang Leicester tempoh hari, namun perubahan yang ketara dapat dilihat.Perlu diingat jua bahawa pasukan yang bermain pada pagi Selasa lalu kebanyakannya dibarisi pemain bukan utama kerana masalah kecederaan yang membelenggu para pemain.Cuma apa yang Tedi harapkan adalah corak perubahan yang diperlihatkan akan dapat dikekalkan, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.Rafael Benitez tetap positif dengan pasukannya walaupun kalah kepada Leicester City.Dia gembira dengan persembahan, komitmen, dan kerajinan yang ditunjukkan para pemainBenitez akan mencari perkara-perkara kecil yang perlu diperbaiki yang boleh memberi perubahan dan membantu kita menang.Dia gembira apabila The Magpies menyerang dan membuka peluang, namun bahagian p…

Sayonara McClaren... Selamat datang Benitez.

Imej
Akhirnya Newcastle menggugurkan McClaren

Peminat Newcastle United mungkin boleh bergembira apabila Toon Army akhirnya memecat Steve McClaren, dan menggantikan dengan pengurus Rafael Benitez yang pernah mengemudi kelab-kelab besar seperti Liverpool, Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid.McClaren dilihat tidak mampu mengemudi Newcastle dengan baik, kelihatan tidak mampu member motivasi yang diperlukan.Taktik yang digunakan beliau juga agak tak menarik dan dengan mudah dipatahkan pihakSelain itu beliau dilihat hanya menjadi pak turut kepada pemilik kelab, tanpa kebebasan hakiki untuk memilih dan membentuk pasukan yang bagus.
Rafael Benitez pilihan yang bagus untuk Toon Army?Ini adalah satu persoalan yang subjektif, namun dengan perlantikan beliau, Newcastle memecah tradisi daripada memilih ketua jurulatih yang hanya menjadi boneka pihak pengurusan, ini adalah kerana Benitez punyai nama dan diketahui bahawa beliau mahukan kebebasan dalam membentuk skuadnya sendiri.Benitez juga pernah menang…

Honda HR-V terkeluar... Subaru XV STI mula mengambil tempat.

Imej
Pandu uji Honda HR-V sekali lagiPagi semalam kami hantar Mak Long Ili ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Dia naiki pesawat MAS ke Kota Bharu, bersama anak sulungnya, Amar.Usai urusan menghantar mereka ke Balai Berlepas, dan sesudah membayar lapan ringgit lebih untuk parking selama sejam lebih, kami kehilangan arah tuju.Master membawa kami melalui Charterfield Town dan kemudian kami tersilap masuk ke hotel Concorde. Apalah pelik benar bulatan di sana yang simpangnya terus ke dalam kawasan hotel.Kemudian kami membelah Labohan Dagang terus ke Bandar Baru Nilai, dengan tujuan memandu uji sekali lagi HR-V di Honda Nilai. Malangnya apabila kami sampai di sana, HR-V pandu uji tidak nampak kelibatnya.Setelah bertanya kepada ejen penjual di situ yang kelihatan agak berat menjawab, kami dapat tahu bahawa kereta pandu uji HR-V itu berada di Tesco Nilai untuk satu majlis promosi Honda.Majlis itu agak meriah, di mana semua produk berkaitan Honda ada dipamerkan. Setelah mendaftar dan men…

Aku bukan bimbo, bukan juga bambino... aku Tedi.

Imej
Apakah itu Bimbo?Pada masa ini iklan drama "Aku bukan Bimbo" sering dimainkan di layar televisyen, dan Tedi serta Mommy sering terserempak dengan iklan tersebut.Kalau sekadar terserempak tidak mengapalah, tapi perkataan bimbo itu asyik ditanya apakah maksudnya oleh Mommy.Tedi jawab dengan jawapan klise, "Mommy Google-lah", tapi seperti biasa Mommy malas nak Google, melainkan ia gossip artis.Baiklah... setelah sekian lama... pada pagi ini Tedi mencari apa makna bimbo itu.Rupanya ia adalah daripada Bahasa Inggeris slanga (rojak?) yang bermakna, "perempuan yang nampak menarik tapi otak kosong (a.k.a bodoh?)  - selalunya wanita muda yang menggunakan tarikan seks".Bodoh mungkin tak berapa sesuai tapi kalau tak berilmu pengetahuan itu mungkin ya.Perkataan ini wujud seawal 1919 di Amerika Syarikat, tapi pada masa itu ditujukan kepada lelaki yang tidak cerdik atau yang jenis brutal membabi-buta. Almaklumlah pada zaman dulu mereka yang kuat anggap diri mereka heba…

Hon sapa jiran

Imej
Anda sedang memandu kereta dan ternampak jiran anda dalam kawasan rumahnya.Bagaimanakah untuk menyapa jiran anda itu? Selalunya hon lembut akan diberikan.Ini adalah cerita tentang hon lembut, iaitu tentang 3 personaliti manusia yang berkaitan dengan hon lembut.Individu pertama adalah mereka yang menekan hon dengan sangat lembut, menyapa mesra jirannya. Dia amat yakin dan punyai ilmu bagaimana menekan hon selmut mungkin.Insan kedua pula, adalah insan yang cuba menyapa jirannya, namun adakalanya hon ditekan terlalu kuat, memeranjatkan jirannya, namun jirannya yang kenali hati budi si pemandu segera sejuk hati apabila melihat siapakah pemandunya.Pemandu ketiga pula tidak tahu bagaimana menekan hon dengan baik untuk menyapa jirannya, maka dibiarkan sahaja. Jika jirannya menoleh, dia cuma tersenyum mesra.Begitulah kita dalam kehidupan, apabila menegur, berbual, atau berbahas. Ada saja yang mesra dan positif, ada yang sering lepas cakap, manakala ada juga yang mesra dalam diam.Anda adalah p…

Buang 302 tambah 320... bila nak habis?

Imej
Usaha selama sejam akhirnya terbakar sebgitu sahaja...Hari ini Tedi telah berjaya membakar 302 kalori melalui aktiviti jogging selama sejam, mengambil jarak larian hampir mencecah 5 kilometer.Kemudian Master membawa Tedi dan Mommy ke KFC di Jalan Sultan, Petaling Jaya.Tedi memesan wrapper box yang kandungi seketul ayam goreng dan beberapa ketul nugget.Setelah habis makan Tedi baru teringat untuk memeriksa kalori dalam seketul ayam goreng KFC, ternyata ianya mengejutkan kerana mencecah jumlah 320 kalori.Hanya kerana seketul ayam goreng dan suapan dalam masa beberapa minit, Tedi telah menghancurkan keberkesanan regim larian Tedi.Macam mana nak kurus kalau macam ni?Kepada kekawan di luar sana, jika mahu makan ayam goreng KFC, pastikan anda berlari 5 kilometer untuk setiap ketul ayam.

Puasa dan Diabetes

Imej
Amalan beribu tahun semakin dilupakan, dilakukan apabila hanya diwajibkan.Pengenalan: Artikel ini adalah berkenaan kepada puasa, namun akan menyentuh banyak tentang Vivix yang sedang Tedi selidiki. Hari ini seharian Tedi mengkaji mengenai Vivix, satu jenis makanan tambahan yang dikatakan bagus untuk melawan diabetes.Dan setelah Tedi gelintar laman sesawang di serata dunia, memang nampaknya banyak yang Tedi jumpa berkenaan keberhasilan Vivix menentang diabetes.Namun Tedi terus bersikap skeptikal kerana harga Vivix ni mahal, dan Tedi tak rasa Allah SWT ciptakan alam ini hanya untuk dinikmati oleh mereka yang kaya-raya sahaja. Tapi Tedi tentu sahaja akan mencubanya jika benar ia oleh membantu.Sikap skeptikal Tedi ini bukan sahaja didorong oleh harga Vivix yang mahal itu, tapi kerana ia dinaungi oleh Shaklee, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat. Adakah Tedi anti-Amerika? Tidak juga, cuma Tedi lebih yakin yang syarikat dari sana lebih mengejar keuntungan.Apakah itu Vivix?Vivix melalui car…

Macam mana CX5?

Imej
Apakah komen Master selepas pandu uji Mazda CX5 pada Sabtu lepas?"So, macam mana pengalaman kau pandu uji Mazda CX5 tu?"Soalan daripada Mr J itu memulakan bicara di stesen kerja beliau, tatkala Master agak mengantuk pada saat itu."Bagus, pengendalian dia bagus."Bagi Master, CX5 yang diuji Sabtu lalu agak mengejutkan kerana mudah dipandu, dengan sistem kemudi yang ringan, manakala pandangan hadapan sangat luas, lebih luas berbanding memandu kereta sedan, sedangkan CX5 lebih besar."Tapi aku tak berkenan 3 perkara." CX5 ternyata punyai titik buta yang luas di bahagian belakang yang menyebabkan Master agak terkial-kial untuk reverse parking, namun itu disebabkan Master tidak biasa gunakan reverse camera.Gril hadapan yang tidak sukan (sporty kata omputeh). Luas ternganga, tersengih macam kerang busuk. Tapi semasa memandu, bukannya nampak pun kan? hehehe.Ada bunyi pada tayar yang agak mengganggu semasa memandu, yang memang kurang menyenangkan terutama ketika pan…