Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

The Challenger, Mazda CX5 dan Belladeon

Imej
Mencuri masa sebentar mengisi ruang kosongTerjaga Tedi daripada lena yang singkat, dan badan terasa mulai pulih dari keletihan bermain badminton di The Challenger PJ semalam.Habis bermain jam 10 malam, kemudian tunggu Mommy pick up dalam jam 11 malam baru sampai kerana beliau kesesatan dalam perjalanan dari Mydin Mall USJ.Kemudian kami ke Puncak Jalil, menukar beg duit Master yang kawan beliau tertukar setelah menumpang simpan barang dalam beg raket beliau.Terasa tekak haus setelah terjaga, gagahi diri ke dapur bawah untuk minum air dari mesin penapis berjenama Cuckoo.Setelah membasahkan tekak terlihat pula komputer riba berjenama DELL Latitude D630 yang tidak diusik semalaman, maka Tedi mula menghadapnya.Mana tahu kalau ada nukilan menarik?Tiada apa untuk dinukilkan, maka Tedi habiskan masa menonton Prince of Tennis.Bakal pandu uji CX5 Pagi nanti, sekitar jam 10 pagi, kami telah berjanji untuk memandu uji sebuah kereta Mazda CX5 di Bangi.Ini adalah rentetan kepada pandu uji ke atas se…

KPI ikut giliran itu najis lembu!

Imej
Kenapa harus diberi markah tinggi ikut giliran?Alkisahnya adalah bos kepada ahli keluarga Tedi yang kononnya akan memberi markah tinggi dalam KPI kepada anak buahnya mengikut giliran.Ini bermakna setiap anak buahnya kan dapat markah tinggi pada suatu masa.KPI adalah "key performance index" atau selalu disebut Pak Najib sebagai Indeks Keberhasilan Utama, satu piawaian untuk menyukat prestasi pekerja, jabatan, atau syarikat.Bagi Tedi, sistem giliran itu adalah amat mengarut! Ia kan menyebabkan mereka yang tidak berprestasi tinggi mendapat laba yang tak sepatutnya, dan mungkin juga mereka takkan berusaha untuk berprestasi tinggi. Lebih-lebih lagi buat mereka yang menjadi kesayangan bos, walaupun ada staff lain yang lebih berprestasi, mereka kan lebih diutamakan.Tambahan pula apabila janji lisan diberikan, "setiap pekerja akan berpeluang mendapat giliran memperolehi markah tinggi", tiada siapa akan dapat menyukat ketepatan kata-kata itu.Lagi sakit hati apabila pekerja…

Sambar kasut Brooks Ghost 7 di al-Ikhsan, Bangi

Imej
Setelah kenyang perut, kami cuci mata pula... Selesai sahaja makan di Paramount Coffe, Mommy ajak kami melawat kawasan sekitar, maklumlah di kawasan itu terdapat banyak butik.Mommy juga kata dia ada nampak kedai barangan sukan al-Ikhsan Factory Outlet ada di sekitar ketika kami sibuk mencari petak letak kereta.Tanpa berlengah kami segera ke sana, dan apabila sampai sahaja di kedai sukan tersebut, kelihatan ramai manusia menyerbunya.Kedai itu ada 3 tingkat yang dibuka kepada pelanggan sempena jualan promosi tersebut. Tingkat pertama terletaknya longgokan kasut berlari, kasut futsal, dan bermacam-macam kasut.Tingkat 2 pula ada jual peralatan bola sepak dan futsal termasuklah jersi replika. Buat pertama kali Tedi melihat kasut bola keranjang yang turut diletakkan di tingkat tersebut.Tingkat 3 pula lebih banyak barangan futsal.Master turun ke tingkat 1 dan di sana dia berpusing-pusing meninjau kasut berlari dengan spesifikasi yang agak pelik iaitu tapak kasut berlari itu mestilah berceraca…

Makan-makan di Paramount Coffee House Bangi Sentral

Imej
Petang 14 Feb 2016, tiba-tiba sahaja Mommy ajak Master pergi ke Bangi, jalan-jalan cari makan.Kami ada 2 pilihan ketika itu yang dipilih melalui review di Facebook, memandangkan kami tak arif kawasan jajahan Bangi.Yang kami tahu, Bangi ada menawarkan banyak kedai makan yang selalu dihurungi manusia.Dua pilihan itu adalah Zawara Coffee dan Paramount Coffee yang secara kebetulan terletak di kawasan zon niaga yang sama iaitu Bangi Sentral.Punyalah banyak kereta di Bangi Sentral, jadi semasa berpusing mencari kawasan letak kereta, Zawara Coffee terkeluar dari zon rayauan kami, kerana kami letak kereta di zon niaga bersebelahan yang bertentangan dengan Paramount Coffee.Persekitaran yang okay. Paramount Coffee adalah sebuah kafe dan Tedi tidak biasa lepak di kafe, jadi jika dibandingkan dengan Secret Recipe (yang agak biasa dilawati), ia lebih kurang sama.Rupa-rupanya restoran Paramount Cafe ni adalah milik Ustaz Ebit Lew yang Tedi temui dalam sebuah program. Ejaan namanya setelah disemak ia…

Mulut gatal natijah makan keropok

Imej
Kenapa mulut gatal setelah makan keropok ikan? Sedap je Tedi kunyah keropok ikan, sebelah kanan keropok lekor dari Terengganu, manakala sebelah kiri pula keropok ikan.
Tapi itulah, semasa makan keropok lekor tiada masalah pun, sedap je, tapi semasa makan keropok keping, rasa gatal-gatal mulut. Gatal pun gatallah, Tedi tetap sambung makan.
Selalunya apabila makan keropok gatal, Tedi akan kata ikan yang digunakan untuk pembuatan keropok tu jenis gatal. Tapi kemudian terfikir pula, ikan apa yang gatal? Bermain di fikiran, mungkin bukan salah ikan, tapi salah cara pembuatan keropok ikan itu sendiri?
Mulut berasa gatal adalah tindakbalas alahan. Melalui bacaan awal, rasa gatal di mulut adalah salah satu tanda alahan, jadi mungkin Tedi alah kepada ikan-ikan tertentu?
Selain alahan disebabkan jenis-jenis ikan tertentu, yang mana Tedi tiada masalah makan ikan segar, tindak balas alahan boleh disebabkan oleh penga…