Signal dan lampu kecemasan Proton SAGA BLM tidak berfungsi, tren, dan tol.

Satu lagi masalah selepas kemalangan di MEX tempoh hari

  • Pagi semalam Tedi teman Master ke bengkel kereta yang kami selalu pergi, sebabnya lampu isyarat kereta kami tidak berfungsi.
  • Alkisahnya semalam kami baru sahaja ambil kereta kami dari bengkel Evergreen Auto Center selepas kerja pembaikan kerosakan akibat kemalangan yang kami alami di Lebuhraya MEX pada 5 Oktober lalu.
  • Sepatutnya selepas ambil kereta tu hati kami riang gembira kerana dapat menggunakan kereta sendiri dan tak perlu lagi meminjam kereta orang lain, namun baru sahaja bergerak dari bengkel tersebut kami dapati lampu isyarat kami tidak berfungsi sama sekali.
  • Lampu isyarat kanan kiri, lampu kecemasan, malahan lampu di dashboard yang menunjukkan lampu isyarat dibuka pun tidak berfungsi. Bunyi tik tak tik tak yang selalu kedengaran semasa memasang lampu isyarat pun langsung tak kedengaran, sunyi sepi semuanya.
  • Apabila ditanya kepada staf bengkel tersebut jawabnya suis sudah rosak, mereka langsung tak usik apa-apa.
  • Mereka juga katanya tak maklumkan masalah tersebut kerana mereka tak boleh usik, kalau mereka usik nanti pelanggan tuduh mereka tukar barang.
  • Pada mulanya Master nak tukar terus suis yang dikatakan rosak itu, tapi apabila ditanya harga, mereka kata kedai alat ganti sudah tutup, kerana pada masa itu jam menunjukkan jam 5 petang ke 6 petang.
  • Rata-rata mereka yang melihat hasil kerja Evergreen Auto Center memuji hasil ketukan mereka, kontra dengan komen negatif di dalam alam maya, cuma Tedi tak puas hati dengan cermin sisi yang bergegar-gegar tak macam cermin sisi asal, ditambah dengan bunyi bersiul yang dihasilkan cermin sisi itu... apa-apa pun bersyukurlah dengan apa yang ada.
  • Setelah diperiksa, memang didapati bahawa suis lampu kecemasan sudah rosak, kena ganti seketul dengan harga RM 60 (enam puluh ringgit sahaja) untuk suis bukan jenama Proton. Kata mereka yang jenama Proton tiada stok... huhu...

Kemalangan di MEX kembali membuka diari?

  • Telah lama Tedi menyepi, bukannya tiada cerita, tapi tiada cerita yang boleh memaksa diri menaip dalam interpretZZ, hehe.
  • Tiba-tiba sahaja muncul dengan masalah pada kereta Proton SAGA BLM kami, itupun dek kerana kemalangan.
  • Kereta itu bagi kami sesuai dengan usianya menjangkau 6 tahun tiadalah masalah kecuali kena tukar barang dan ada bunyi sikit pada enjin. Tapi kali ini terpaksa dibaiki akibat kemalangan, bukannya rosak saja-saja.
  • Kemalangan berlaku pada senja 5 Oktober 2015, dalam keadaan trafik sesak di Lebuhraya MEX meghala Putrajaya, tiba-tiba sahaja sebuah Toyota VIOS hitam menghentam sisi kiri kereta kami sebelum menghentam sisi kanan sebuah Volkswagen POLO. Sebenarnya tampak ia menyelit di celah-celah kami.
  • Kereta kami calar dan remuk sedikit di sisi kanan dari belakang ke depan dan cermin sisi kami patah.

Kos perjalanan menaiki ERL yang menekan jiwa...

  • Tiada kereta memaksa kami menggunakan perkhidmatan tren.
  • Pada mulanya kami menggunakan perkhidmatan ERL dari Putrajaya dengan tambang sembilan ringgit lebih sehala dan sewa letak kereta RM 2 (dua ringgit) sehari.
  • Kemudian kami gunakan ERL dari Salak Tinggi dengan tambang dua belas ringgit lebih sehala dan sewa letak kereta RM 2 sehari.
  • Kedua-duanya memakan belanja yang tinggi lebih kurang dua puluh empat ringgit dan tiga puluh ringgit sehari!
  • Kemudian kami gunakan perkhidmatan Komuter dari stesen KTMB Batang Benar dengan tambang RM 4.70 (empat ringgit dan tujuh puluh sen) sehala dan tiada sewa letak kereta digunakan, cuma kami terpaksa berdiri dalam tren untuk sejam kerana ramai manusia menaikinya.
  • Untuk sampai ke destinasi, kami sambung perjalanan menggunakan LRT Putra dengan tambang RM 1.60 sehala.
  • Kalau guna ERL, harapan untuk kami sampai ke destinasi pada masanya adalah okay, manakala jika naik komuter, selalunya merah, jadi kena keluar rumah seawal jam 6.30 pagi.

Kenaikan kadar tol.

  • Sebaik sahaja kereta kami siap dibaiki, kami dikejutkan dengan satu berita kurang enak, iaitu kadar tol laluan kami dinaikkan sebanyak RM 1 (seringgit sahaja) dan RM 0.70 (tujuh puluh sen sahaja) sehala. Peningkatan sebanyak RM 1.30 sehala!
  • Pengumuman ini dibuat oleh konsesi tol masing-masing dan juga radio, boleh dikatakan kerajaan hanya membisu sesuai dengan janji mereka untuk menurunkan kadar tol di Malaysia secara berperingkat-peringkat.
  • Mungkin juga mereka meniru sikap peniaga Malaysia yang akan naikkan harga barang sebelum diberi potongan harga.

Semua ada hikmahnya

  • Kejadian yang berlaku dalam 2 minggu ini meninggalkan Tedi dengan satu pertanyaan, "Mungkinkah Allah menurunkan ujian kemalangan kereta ini untuk mengajar kami menggunakan pengangkutan lain? dan juga mengajar kami cara berhadapan dengan kemalangan?"
  • Kerana Tedi sebelum ini selalu berfikir, bilakah kami akan kemalangan? kerana Tedi berpendapat semua kereta akan kemalangan, cuma kecil atau besar sahaja, moga dijauhkan.
  • Bermegahlah dengan kenderaan kita yang sebesar mana pun, satu hari ia akan rosak atau kemalangan jua....

Ulasan

Trending