Suasana

Puisi tentang keseorangan, mungkin dek kerendahan hati, menekan diri.

Suasana mesra... telah lama menjelma,
Namun daku masih berduka di sini,
Mengapakah hatiku resah sebegini?
[Melayan keresahan hati]

Adakah aku bersendiri menyendiri?
Cuba menghindari realiti?
Perlukan sandaran hidup di muka bumi.

 Terasa ingin meluahkan semua... ianya benar,
Melempiaskan beban duka... melerai resah di jiwa,
Namun siapakah sudi mendengarnya?

Memandang sekitar ku terpana... ianya benar,
Dengki dan iri hati memenuhi jiwa ini,
Dapatkah lautan luas untuk menelannya?

Cuba menterjemah suasana, Berdasarkan refleksi diri,

Mula ku atur langkah-langkah ini,
Perlahan menghampiri destinasi,
Mengharapkan keupayaan diri.
Keupayaan diri?

Walau ramai menghulurkan tangan,
Tiada yang sanggup ku sambut,
Siapalah diriku untuk menerima?

Terasa ingin meluahkan semua... ianya benar,
Melempiaskan beban duka... melerai resah di jiwa,
Namun siapakah sudi mendengarnya?

Memandang sekitar ku terpana... ianya benar,
Dengki dan iri hati memenuhi jiwa ini,
Dapatkah lautan luas untuk menelannya?

Baru kini aku tersedar, teringat?
Sekian lamanya telah aku tersasar,
Daripada pengharapan kepada-Nya, Yang Maha Esa.

 Hanya kepada-Nya, Tuhan,
Ku serahkan harapan,  Menghapus duka mengubati jiwa,
Menterjemah semula suasana.

[Tajuk: Suasana | Karya: Master of Tedi | Lokasi: UTM Skudai | 31 Januari 2004, 23:05:21]

Ulasan

  1. walau apapun yang berlaku jangan sesekali kita lupa, yang Dia sentiasa ada bersama kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu, thanks for the advice

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Trending