Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Nama saya Kinah

Imej
Ragam si kenit apabila mengantuk tapi tak mahu tidur. Macam-macam ragamlah Sakinah ni... ketika kami sampai di Sungai Lui, hari sudah lewat, dan dia masih tak mahu tidur.Orang lain dah bersiap mahu tidur, dia boleh pula bangkit dari pembaringan, capai beg kertas, dan berlagak macam nak berniaga pula.Mata tu kuyu semacam je, tapi tetap juga degil.Macam-macam perangai kanak-kanak zaman milenia ni.

Iftar, kemalangan, dan KL Raya Fest

Imej
Bermula dari Puchong, merayau hingga ke PWTC 12 Julai 2015, kami ke Nusaputra untuk berbuka puasa di rumah kawan Master. Pada mulanya Master agak kemalasan kerana agak keletihan, dan sebenarnya Master mahu membereskan projek taman di belakang rumah. Tapi dek kerana memikirkan salah satu hak seorang saudara muslim adalah dipenuhi jemputannya, maka Master pun pergi. Aturcaranya adalah berbuka puasa, kemudian solat Maghrib, solat Isya', tahlil dan solat tarawikh. Kawan Master turut menjempur seorang ustaz untuk imamkan solat tarawikh, dan selepas selesai solat, kawan Master dan kawan-kawannya berbicara soal bekam …

Suasana

Imej
Puisi tentang keseorangan, mungkin dek kerendahan hati, menekan diri. Suasana mesra... telah lama menjelma,
Namun daku masih berduka di sini,
Mengapakah hatiku resah sebegini?
[Melayan keresahan hati]Adakah aku bersendiri menyendiri?
Cuba menghindari realiti?
Perlukan sandaran hidup di muka bumi. Terasa ingin meluahkan semua... ianya benar,
Melempiaskan beban duka... melerai resah di jiwa,
Namun siapakah sudi mendengarnya?Memandang sekitar ku terpana... ianya benar,
Dengki dan iri hati memenuhi jiwa ini,
Dapatkah lautan luas untuk menelannya?Cuba menterjemah suasana, Berdasarkan refleksi diri,Mula ku atur langkah-langkah ini,
Perlahan menghampiri destinasi,
Mengharapkan keupayaan diri.
Keupayaan diri?Walau ramai menghulurkan tangan,
Tiada yang sanggup ku sambut,
Siapalah diriku untuk menerima?Terasa ingin meluahkan semua... ianya benar,
Melempiaskan beban duka... melerai resah di jiwa,
Namun siapakah sudi mendengarnya?Memandang sekitar ku terpana... ianya benar,
Dengki dan ir…

Singgah di Yemen dan IKCM

Imej
Semalam kami singgah di Yemen untuk berbuka puasa. Yemen yang dimaksudkan bukanlah sebuah negara di Timur Tengah ataupun Asia Barat, melainkan sebuah restoran makanan timur tengah yang terletak di Cyberjaya. Lokasinya ialah di sebelah Restoran Sharin Low dalam kawasan komersial yang sama dengan Restoran Saba. Ia menyediakan buffet berbuka puasa bermenukan Nasi Arab pada harga RM 30 (tiga puluh ringgit sahaja) tanpa caj perkhidmatan 10% seperti yang dikenakan Restoran Saba. Dengar khabar, Restoran Saba menyediakan juga buffet berbuka puasa pada harga RM 50 (lima puluh ringgit) sekepala di samping GST 6% dan caj perkhidmatan 10%. Sebut tentang makanan, bolehlah kekawan cuba sendiri. Bertemu bekas teman sepejabat.Adapun kami ke sana bukanlah saja-s…

Syntium 3000 memang mengkagumkan Tedi

Imej
Minggu lepas, 27-Jun, Master pergi hantar kereta untuk diganti minyak hitam dan minyak gear.
Seperti biasa apabila ditanya minyak jenis apa untuk digunakan, Master akan jawab "guna minyak fully synthetic".Tapi kali itu, Master ditanya lagi, "nak guna fully synthetic yang mana?"Rupa-rupanya di kedai itu ada 2 jenis minyak hitam sintetik penuh, iaitu Synthium 1000 yang biasa digunakan Master, dan Syntium 3000 yang Tedi tak pernah dengar.Mekanik tu kata, "Syantium 3000 lebih bagus, minyak dia lebih nipis, jadi performance kereta lebih bagus" yang mana Tedi tak berapa nak faham, kerana bagi Tedi, lebih tebal minyak lah lagi bagus sebab lebih banyak perlindungan terhadap enjin kereta."Berapa ringgit?", tanya Master sebelum membuat keputusan terakhir."225 sahaja bos"Memandangkan harga minyak itu lebih mahal 25 ringgit sahaja berbanding minyak Syntium 1000 yang selalu digunakan, Master memilih untuk mencubanya sejauh 7000 (tujuh ribu) kilomet…