Lagu "Selimut Tetangga" selalu dimainkan DJ setiap kali kami dalam kereta ke menuju dan pulang dari sekolah."

Lagu ini merupakan salah sebuah lagu yang berjaya menarik minat Tedi kerana liriknya yang sukar difahami, malahan Tedi punyai terjemahan sendiri berkenaan lagu ini.

penjelasan maksud "Selimut Tetangga" yang dinyanyikan kumpulan Republik dari Indonesia

Namun setelah Tedi cari maksud lirik lagu ini, ternyata ianya memang tak bagus langsung! Hahahaha, suka hati Tedi je...

Selimut Tetangga itu apa?

Mungkin seperti gambar, lirik punyai seribu interpretation... dan ini interpretation interpretZZ, di mana jika dibandingkan dengan maksud lirik sebenar, ternyata tafsiran Tedi jauh berbeda, tapi mungkin lebih naif dan comel.

  • Lagu ini bagi Tedi adalah berkenaan seorang perantau dari Indonesia yang merantau meninggalkan keluarganya, di mana Tedi berharap "sayang" dalam lagu ini adalah bermaksud isteri.
  • Di mana pemergiannya itu adalah dalam tempoh yang lama kerana ada ayat "Meski ku tak selalu di sampingmu", seperti kebiasaannya mereka merantau bertahun-tahun, jadi dalam lirik itu dia berpesan "Bersabarlah sayang, aku akan pulang", dan juga "Berjanjilah sayang, kau selalu setia",
  • Selain itu si perantau ini juga mengharapkan pasangannya jangan mudah percaya dengan khabar angin serta jangan berburuk sangka dengan pemergiannya itu dengan berkata, "Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku"
  • Dia pergi merantau mencari rezeki maka pesannya, "Tak usah kau menangis meratapi aku, Jangan berfikir ku meninggalkanmu", kerana dia mahu merantau itu untuk mencari kerja, seperti bapa berkata kepada anak, "Jangan menangis, ayah pergi kerja je, petang nanti ayah baliklah."
  • Dia merantau ke mana? Ini soalan yang sungguh enteng, tentunya Malaysia, kerana dia menyebut "tetangga" yang bererti jiran yang terhampir, dan jiran terhampir dari segi budaya buat Indonesia adalah Malaysia, di mana Malaysia menjadi medan mencari rezeki, manakala Australia menjadi medan mereka mencari tempat tinggal baru (berhijrah).
  • "Mana mungkin selimut tetangga, hangati tubuhku saat kedinginan" adalah bermakna dia takkan terus menetap di Malaysia kerana sebagus manapun Malaysia takkan sebagus negaranya sendiri seperti kata pepatah, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri".
  • "Malam-malam panjang setiap tidurku selalu kesepian" - jika diteliti adalah luahan yang amat berat. Bagaimana boleh terasa malam yang panjang? Apabila kita tiada apa untuk dilakukan, kebosanan contohnya, dan si perantau ini dengan jelas menyatakan dia kesepian.
  • Kenapa kesepian? Kerana perantau lazimnya dikelilingi budaya dan orang yang berbeda, jadi tidak mustahil dia kesepian bukan saja kerana tiada teman, tetapi kerana tiada aktiviti yang serupa dengan tempat asalnya.
  • "Bersabarlah sayang, aku akan pulang" - sekali lagi menguatkan lagu ini adalah berkenaan perantau, kerana sabar selalunya dikaitkan dengan masa, di mana lebih lama masa diambil, lebih tinggi tahap kesabaran diperlukan, dan menuggu pasangannya bersabar kerana dia akan pulang, menunjukkan dia lama tak pulang, selain itu janji "akan pulang" menunjukkan dia tak pasti bila dia akan kembali.

Itulah terjemahan Tedi, dan kemudian Tedi men-Google untuk mencari maksud sebenar lagu ini.

Menyesal! Dikatakan lagu ini berkenaan pesanan seorang kekasih kepada pasangannya, bahawa dia tak mungkin mencari perempuan simpanan (selimut tetangga = perempuan lain) ketika berjauhan. Selain itu istilah "Selimut Tetangga" itu juga dikatakan kiasan kepada pasangan orang lain.. huk aloh..

Tafsiran Tedi atau tafsiran asal lagu itu lebih baik?

Rasanya lepas ni Tedi tak layan dah lagu ni sebab Tedi minati lagu kerana lirik, jarang ada lagu yang Tedi suka kerana iramanya.

Nota Kaki:

maksud selimut tetangga ialah perempuan lain.

Indeks:

lirik lagu bersabarlah sayang aku akan pulang {97} teks lagu selimut tetangga {83} mana mungkin selimut tetangga lirik {79} berjanjilah sayang aku akan pulang {78} bersabarlah sayang aku akan pulang {63}