Pagi tadi semasa Master bersarapan pagi, dia terserempak dengan kawan sepejabat.


Usai bertanya khabar dan sambil menikmati sarapan, mereka berbual mengenai isu semasa.

Antara topik yang menjadi perhatian adalah isu pembuangan pekerja oleh Malaysian Airline System (MAS).



Kawan Master itu memberikan satu hujah dari sudut pandang yang menarik.
  • Katanya kesatuan pekerja MAS terlalu berkeras selama ini.
  • Ketika MAS dalam 2,3 tahun kebelakangan ini mencata kerugian, kesatuan pekerja terus meminta pekerja diberi berbagai-bagai kemudahan.
  • Sepatutnya mereka sedikit lunak dan menyedari kedudukan kewangan syarikat.
  • MAS juga tidak dapat memberhentikan atau membuang pekerja kerana gangguan kesatuan pekerja.
  • Lainlah, jika syarikat untung besar, kesatuan pekerja memang perlu untuk meminta pekerja diberi peluang berkongsi keuntungan sama rata.
  • Kesatuan pekerja pada satu masa memang bagus membela nasib pekerja, namun adakalanya mendatangkan masalah kepada syarikat dan golongan pekerja.
  • Namun apabila MAS dah tak mampu untuk survive maka ketika itulah kerajaan terpaksa melantik "orang luar" untuk jadi CEO dan tampak kerjanya sekarang ini adalah membuang pekerja dan isytihar MAS bungkus.
  • Gamaknya tiada rakyat Malaysia yang sanggup menjadi kambing hitam maka dilantik pula kambing putih, nasib baik bukan kambing sawo matang...
Erm, memang menarik untuk difikirkan dan pakcik tu pun pandai bercakap, mungkin benar telahan beliau itu.

Bagaimanalah mereka yang biasa bergaji mahal itu mahu teruskan hidup, dan Master yang bergaji kecil pula, tiada simpanan macam ayam "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", kalau kena pecat, bolehkah teruskan hidup?