Selepas Tarawikh tadi baru sedar (teringat) yang minyak rambut Master telah kehabisan.

gambar minyak rambut Gatsby THC Normal di Malaysia
Gambar minyak rambut Gatsby THC Normal iaitu minyak rambut lelaki. THC bermaksud Treatment Hair Cream atau Krim Rambut Rawatan. Tak tahulah rawatan apa? Mungkin rawatan kulit kepala atau rawatan rambut. Harganya di 7-Eleven ialah RM 5.75 untuk kandungan 125g.
  1. Kalau tiada minyak rambut, memang akan terjejaslah kekemasan Master di pejabat beliau esok.
  2. Sudahlah Master memang tak berapa nak kemas pun, rambut panjang, tak pakai tali leher, kasut tak bertumit dan macam-macam lagi.
  3. Jadi kami pun keluarlah mencari minyak rambut lelaki Gatsby, di samping mengisi petrol kereta, takut esok tak berkesempatan isi.
  4. Destinasi kami untuk beli minyak rambut lelaki kali ini adalah 7-Eleven, almaklumlah malam-malam buta ni mana ada kedai yang buka, kecuali kedai 24 jam seperti 7-Eleven.
  5. Master tak berapa suka beli barang di 7-Eleven ni kerana mereka jual arak atau disebut juga minuman keras.
  6. Di sana ada minyak rambut yang Master selalu gunakan iaitu Gatsby THC, tapi harganya ya ampun, RM 5.75 untuk 120g. Mahal bangat deh.
  7. Selalu beli di Mydin Mall tiadalah harga sebegitu, walaupun yang berat 250g. Jadi sepatutnya minyak rambut Gatsby THC ni bukan kategori minyak rambut mahal.
  8. Nampaknya kami ada alasan lain untuk elakkan membeli di 7-Eleven.
  9. Keadaan ini membuatkan Tedi terfikir, kenapa 7-Eleven sahaja mampu buka kedai 24 jam, dan mungkin sebab itulah mereka menaikkan harga, kerana mereka perlu imbangi balik kos operasi mereka.
  10. Semoga nanti kita akan ada alternatif kepada 7-Eleven ini.

20150629