Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Mahalnya Gatsby THC di 7-Eleven

Imej
Selepas Tarawikh tadi baru sedar (teringat) yang minyak rambut Master telah kehabisan. Kalau tiada minyak rambut, memang akan terjejaslah kekemasan Master di pejabat beliau esok.Sudahlah Master memang tak berapa nak kemas pun, rambut panjang, tak pakai tali leher, kasut tak bertumit dan macam-macam lagi.Jadi kami pun keluarlah mencari minyak rambut, di samping mengisi petrol kereta, takut esok tak berkesempatan isi.Almaklumlah malam-malam buta ni mana ada kedai yang buka, kecuali kedai 24 jam seperti 7-Eleven.Master tak berapa suka beli barang di 7-Eleven ni kerana mereka jual arak atau disebut juga minuman keras.Di sana ada minyak rambut yang Master selalu gunakan iaitu Gatsby THC, tapi harganya ya ampun, RM 5.75 untuk 120g. Mahal bangat deh.Selalu beli di Mydin Mall tiadalah harga sebegitu, walaupun yang berat 250g.Nampaknya kami ada al…

Batalkan kad kredit di The Garden

Imej
Batalkan kad kredit Maybank Petronas di The GardenLetih sungguh badan ni, tidur lewat sedikit dek penangan ice blended mocha original yang Mommy beli di Midvalley malam semalam.Semalam kami ke Midvalley untuk batalkan kad kredit Maybank Petronas milik Master. Alhamdulillah, dia dah dapat langsaikan segala baki hutang dalam kad hutang Maybank Petronas tersebut. Urusan pembatalan ini kami selesaikan di Maybank The Gardens di tingkat 3 kalau tidak silap, terletak berdekatan BlueCube The Gardens. Survey telefon pintar buat MasterKemudian kami survey telefon pintar untuk Master di kedai SONY Midvalley, di mana Mommy berkenan dengan SONY C3, tapi Master dah tetapkan bajet hanya RM 500 (lima ratus ringgit sahaja) untuk pembelian telefon pintar.Kemudian kami bergerak ke medan selera untuk berbuka puasa, sambil singgah di beberapa kedai, dan dari si…

Formasi untuk kalahkan formasi 4-1-2-2-1

Imej
Terima kasih kepada yang bertanya, dan ini jawapannya setelah sekian lama tertangguh.

Anda bakal menemui satu pasukan dengan formasi 4-1-2-2-1.

Formasi itu selalunya digunakan begini.

GK
DL - DC - DC - DR
DMC
MC - MC
AMC - AMC
FC
Oleh kerana ada 5 pemain tengah (DMC MC MC AMC AMC), maka Tedi selalu gelar formasi ini sebagai 4-5-1, jika 2 AMC digantikan dengan AML dan AMR, Tedi gelar ia formasi 4-5-1 Winger.

GK
DL - DC - DC - DR
DMC
MC - MC
AML - - AMR
FC
Pada zaman dulukala Tedi gemari kedinamikan kedua-dua formasi ini, jadi Tedi selalu beli pemain sayap yang boleh bermain di bahagian tengah. Formasi ini mungkin lebih sesuai untuk menyerang, jika pertahanan kental di tengah, tukar kepada serangan melalui sayap.

Tapi formasi ini ada kelemahan jangka panjang iaitu pemain sayap (AML AMR) atau pemain tengah menyerang (AMC) akan cepat kehabisan tenaga, jadi pemain simpanan yang betul perlu ada. Ini adalah kerana kurangnya pemain di ba…

Sedekah yang tidak punya

Imej
Kembara 100 kilometer sehari dalam perjalanan ke tempat mengaji bukanlah satu jarak yang dekat.Tempoh masa yang diambil untuk tiba di destinasi memungkinkan Tedi melihat banyak peristiwa terutama hal melibatkan perlakuan manusia.Terutamanya apabila menempuh kesesakan di Lebuhraya Pantai Baharu (New Pantai Expressway), satu ujian yang memaksa manusia memperlihat peribadi sebenar mereka. Kelam-kabut menempuh kesesakan trafik, mungkin mengejar masa masuk ke pejabat supaya tidak "merah", manusia memandu kenderaan mereka berpusu-pusu mencari lorong yang sesuai menuju destinasi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuknya masing-masing.Ketika ini masing-masing tampak mementingkan diri, fokus kepada sasaran mereka untuk segera tiba tak kira dengan apa cara pun, sehinggakan ada yang memotong barisan menggunakan lorong kecemasan.Master kadangkala sengaja menghalang separuh laluan kecemasan itu supaya hanya motosikal boleh lepas, tapi hanya apabila hatinya panas, tidak tahan dengan s…

Singgah di Barokah Nursery

Imej
Singgah ke Barokah Nursery, hajat nak beli batu hiasan untuk diletak di belakang rumah, satu lagi projek Mommy.Dulu beli RM 17 sekeping sekarang dah RM 25, alasan biasa, GST.Kami selalu ke sini memandangkan di sekitar Salak Tinggi ni susah juga nak cari tapak semaian macam ni.Beli dalam 15 keping, kena tempah dulu dan tunggu dalam seminggu kerana tiada stok.Stok yang ada dalam saiz 1 kaki kali 1 kaki, sedangkan Mommy nak saiz 1 kaki kali 2 kaki.

DreamBowl Kompleks Sukan Airport Nilai

Imej
Baru 2 kali kami bermain di sini, harganya pun tidak kami ingat berapa? Peluang kerja sebagai juruwang dan marshall lorong di DreamBowl. Harga satu permainan adalah di antara RM 5.50 sehingga RM 6.50 mengikut masa dan hari.
Main bowling di Kompleks Sukan Airport ni agak best sebab tempatnya selesa, ada juga ruangan VIP yang Tedi tak tahu digunakan oleh siapa? Mungkin sesiapa sahaja boleh menggunakannya asalkan sanggup bayar lebih?Kepada mereka yang mahu bekerja di sini mungkin boleh mencuba nasib, itupun jika masih terbuka peluangnya.Kalau kerja di sini, mungkin boleh menggilap bakat sebagai pemain bowling, manalah tahu suatu masa nanti boleh menjadi pemain negara?Lagipun Tedi tengok pekerja di sini selalu juga bermain (berlatih barangkali) di tempat kerja mereka sendiri.

Aduhai Sakinah

Imej
Kali ini memang Sakinah ini membuat kejutan dan perbuatannya kali ini membuatkan seisi rumah hingar... Terkejut Tedi melihat foto yang dikirim oleh Mak Ngah Zira tu.Dahsyat betul keadaan si Sakinah tu.Bapa Sakinah yang tiada di kampung turut terkejut melihat keadaan anaknya.
Tedi mati-matilah ingatkan Sakinah cedera parah, rupa-rupanya dia dah habiskan gincu neneknya...Kepada kaum ibu di luar sana, berhati-hatilah dan awasi anak perempuan anda, walau sekecil mana pun dia, kerana wanita dan gincu bibir berpisah tiada.

Awas! Ular dalam kasut...

Imej
Setiap apa perbuatan kita mungkin akan menjadi bencana jika silap tempat, masa dan cara.Ini adalah foto yang dikongsi melalui aplikasi Whatsapp, tidak tahulah asalnya dari mana dan daripada siapa.Namun ia amat terkesan di hati Tedi dan mungkin kepada kawan-kawan di luar sana.Berhati-hatilah dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana kemalangan bisa terjadi di mana-mana.Contohnya dalam foto ini terdapat seekor ular duduk berlingkar dalam selipar.

Selimut Tetangga memoir perantau?

Imej
Lagu "Selimut Tetangga" selalu dimainkan DJ setiap kali kami dalam kereta ke menuju dan pulang dari sekolah."Lagu ini merupakan salah sebuah lagu yang berjaya menarik minat Tedi kerana liriknya yang sukar difahami, malahan Tedi punyai terjemahan sendiri berkenaan lagu ini. Namun setelah Tedi cari maksud lirik lagu ini, ternyata ianya memang tak bagus langsung! Hahahaha, suka hati Tedi je...

HALAL JAKIM harus kita sokong!

Imej
Kebelakangan ini Tedi melihat satu trend yang agak membimbangkan berkaitan tanda HALAL yang dilesenkan JAKIM Mari kita melihat mengenai kepentingan tanda HALAL JAKIM, ia:sebagai sumber rujukan kepada umat Islam di Malaysia khususnya berkaitan kehalalan produk makanan, sebagai satu penanda aras mengikut nas Al-Quran.Namun sedih apabila Tedi melihat tanda HALAL JAKIM ini tidak kita sokong sepenuhnya, terutamanya apabila produk yang gagal mendapat tanda HALAL JAKIM atau yang ditarik lesennya itu adalah produk yang kita gemari!Mula keluar pandangan seperti: "Apa yang JAKIM kata halal tak semestinya halal, dan apa yang JAKIM kata tak halal, tak semestinya haram!"Tedi bersetuju dengan pandangan ini dari satu sisi, ia adalah pandangan yang benar.Namun Tedi masih mahu tanda HALAL JAKIM itu disokong, kerana apa?Seperti Tedi kata, ia adalah tanda aras kehalalan produk di Malaysia. Dengan adan…

Aduh.. Sakitnya nggak bisa login

Imej
Puaslah Tedi nyah-ralat tadi, sangkakan salah setting akaun pengguna pangkalan data, tetapi rupa-rupanya akaun tu tidak diberikan akses sebagai pemilik pangkalan data.Alhamdulillah dapat juga temui punca masalah.Tak teringat langsung bahawa setting pada pangkalan data pun kena bebetul.Tambahan pula ini adalah projek pertama yang Tedi sediakan pengguna baru selain daripada akaun pengguna super yang biasa digunakan dalam projek sekolah kami.Malam ni dah berjaya skip login yang menggunakan perkhidmatan LDAP, kiranya macam back-door la ni, tapi guna pintu depan, hehehe.Walaupun agak penat setelah berjaya menewaskan Mommy dalam permainan bowling siang tadi, dituruti lawatan ke TESCO Nilai untuk mencari bahan-bahan cheesecuit, terpaksa Tedi sambung kerja sekolah yang bertingkat-tingkat bertingkat-tingkat bertingkat-tingkat...Okaylah, nak tolong Mommy pukul adunan cheesecuit sekejap.

Tips memilih bola bowling

Imej
Yey.. hari ni nak pergi bermain bowling di Kompleks Sukan Airport Nilai.Mommy akan ada perlawanan bowling pada minggu hadapan bersama teman sepejabat, jadi pada hari ini Master akan membawa Mommy pergi bermain bowling di gelanggang bowling paling hampir.Kami pun pergilah berlatih di lokasi yang sesuai untuk bermain boling di Nilai iaitu Kompleks Sukan Airport Nilai.Tedi pun tentulah terpaksa turut serta dalam permainan bowling tersebut.Orang tua-tua kata, jika mahu menduga laut yang dalam, janganlah kail sejengkal cuma, maka Tedi perlulah menuntut ilmu bagaimana cara mahu bermain bowling.Tedi perlu tahu bagaimana cara memilih bola bowling dan apakah bola bowling yang sesuai untuk Tedi.Kali ini Tedi mahu belajar bagaimana cara memilih bola bowling yang betul dan sesuai dengan diri kita.Pilih bola bowling yang lubangnya muat jari kita. Tedi pilih bola bowling yang takkan tersangkut di jari semasa melontar. Biar longgar jangan ketat lubang jari tu.Pilih berat bola bowling yang satu perse…

Melepaskan Naga

Imej
Hari ini Tedi mahu berbicara sekilas pandang mengenai satu taktikal perang dalam Clach of Clan. Taktikal yang Tedi maksudkan ini adalah taktik berperang menggunakan naga.
Padanan Naga dan Pertahanan Udara:Naga lvl 1 : Pertahanan Udara lvl 4,Naga lvl 2 : Pertahanan Udara lvl 5,Naga lvl 3 : Pertahanan Udara lvl 6.Jangan letakkan naga anda sekaligus di suatu tempat kerana ia akan menyebabkan naga itu berpecah dan berpusing mengelilingi kubu musuh. Selain itu, bom udara akan memberikan kemusnahan yang lebih dahsyat apabila naga berkumpul, selain serangan Menara Sihir.Serang dengan naga terlebih dahulu sebelum lepaskan Mantera Petir (lightning spell), ini akan menjimatkan masa.Hantar seekor naga untuk musnahkan pondok pekerja jika ada di bucu kubu, jangan risau kerana naga ini akan segera menuruti kawan-kawannya sebaik sahaja pondok pekerja dimusnahkan.Sasaran pertama adalah untuk memusnahkan per…

Pekerja MAS dibuang kerana silap kesatuan pekerja?

Imej
Pagi tadi semasa Master bersarapan pagi, dia terserempak dengan kawan sepejabat.
Usai bertanya khabar dan sambil menikmati sarapan, mereka berbual mengenai isu semasa.

Antara topik yang menjadi perhatian adalah isu pembuangan pekerja oleh Malaysian Airline System (MAS).



Kawan Master itu memberikan satu hujah dari sudut pandang yang menarik.
Katanya kesatuan pekerja MAS terlalu berkeras selama ini.Ketika MAS dalam 2,3 tahun kebelakangan ini mencata kerugian, kesatuan pekerja terus meminta pekerja diberi berbagai-bagai kemudahan.Sepatutnya mereka sedikit lunak dan menyedari kedudukan kewangan syarikat.MAS juga tidak dapat memberhentikan atau membuang pekerja kerana gangguan kesatuan pekerja.Lainlah, jika syarikat untung besar, kesatuan pekerja memang perlu untuk meminta pekerja diberi peluang berkongsi keuntungan sama rata.Kesatuan pekerja pada satu masa memang bagus membela nasib pekerja, namun adakalanya mendatangkan masalah kepada syarikat dan golongan pekerja.Namun apabila MAS dah tak…

Seorang wanita "campak" Apple 1 berharga $200,000 ke pusat kitar semula!

Imej
Mungkin ramai terfikir komputer apa yang semahal itu?
Jawapannya, Apple I adalah komputer generasi pertama Apple, boleh dikira sebagai dinosaur dan nenek moyang kepada iPhone mahupun iPad.Dan siapa pula yang sanggup menyerahkannya ke pusat kitar semula dengan percuma? Mungkin dia tidak tahu nilai komputer tersebut?Naib presiden Clean Bay Area menyatakan perempuan yang menyerahkan komputer itu membersihkan rumahnya selepas kematian suami dan tidak mengambil apa-apa sebagai bayaran.Selepas syarikat itu membuka bungkusan barulah mereka tahu apa isinya, dan pada mulanya mereka menyangka ianya barangan palsu.Namun ternyata ia asli dan terjual pada harga $200,000 atau RM 739,380! Boleh beli rumah yang kami duduk sekarang ni 3 buah!Selain itu Apple 1 juga pernah terjual pada harga $387,750 atau RM 1,433,472.97! Satu juta ringgit tu, wawawawa......Kini syarikat itu mencari wanita tersebut dan mahu memberikan separuh daripada hasil jualan Apple 1 itu.