Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Bertukar kepada pelan Celcom First Basic 38

Imej
Semalam ikut Mommy dan Master ke BlueCube The Garden.Mommy dan Master mahu bertukar kepada pelan Celcom First Basic 38 yang jika pendaftaran dibuat sebelum 31 Mei 2015, pelanggan akan dapat langganan 3 GB data pada harga RM 38, berbanding 2 GB jika pendaftaran dibuat selepas tarikh itu. Itu jika mengikut kata si penjual lah, jika ikut iklan dalam internet nampak macam 3 GB ini untuk masa terhad saja.Kami memilih untuk ke BlueCube The Garden sebab bukan semua tempat menawarkan khidmat tukar pakej! Ada tempat yang hanya menjual pelan terbaru ini kepada pelanggan baru atau untuk nombor baru. Jika nak guna nombor sedia ada kena cari tempat yang boleh melakukannya. Kami sampai di sana dalam jam 7 malam, sistem bermasalah pula, maka kami mencari surau yang berdekatan.Tanya kepada pakcik Baskin Robbin, tiada surau di The Garden! Terpaksa kami ke Midvalley yang terletak berdekatan. Mungkin surau tak layak berada di tempat seperti itu...Sebelum sampai ke surau terserempak pula dengan Minions da…

Mana gunting?

Imej
Ahad lepas semasa Master duduk berehat di ruang tamu, Sakinah datang membawa sebungkus kerepek.
Kononnya dia nak Master bukakan bungkusan kerepek tersebut.

Master sebenarnya malas nak beri Sakinah yang baru berusia 2 tahun tu makan kerepek, jadi Master cuba membuat helah.

"Tak boleh nak buka ni. Gunting mana? Kena buka guna gunting", kata Master kepada Sakinah seolah-olah budak kecil tu faham apa Master maksudkan.
Tiba-tiba sahaja Sakinah bergegas ke dapur, lama dia diam di sana.

Tedi tak sedap hati, manalah tahu Sakinah pergi ambil barang-barang tajam?
Apabila Tedi pergi ke dapur, rupa-rupanya dia merenung tempat gantung gunting. Dia tunjuk seolah-olah mahu menyatakan, "itu gunting". Master pun terpana, Tedi pun sama, terpaksalah Master membuka bungkusan kerepek tersebut.



Layan budak kecil seperti seorang dewasa? Melihat kepada kes seperti itu, nampak gaya budak kecil tidaklah sekecil yang disangka.
Mungkin hanya layanan kita kepada mereka membezakan tahap pekermb…

Siapa suruh tak letak senarai harga?

Imej
Mummy ajak Master ke Seksyen 2 Shah Alam untuk menikmati ABC special.
ABC tu apa? Ia adalah singkatan kepada Air Batu Campur, satu minuman daripada ais yang dikisar halus dan dimasukkan campuran perasa, pewarna, susu manis, kacang dan kadang-kala buah-buahan.Mungkin ia merupakan sejenis minuman tradisional kerana ABC telah lama dinikmati oleh masyarakat Malaysia.Tak pastilah jika ABC ni ada di negara lain. Mungkin ada tapi dengan nama yang lain pula.Selain minum ABC, Mommy dan Master turut menikmati makanan tengahari di sana yang terdiri daripada pelbagai jenis lauk-pauk.Master yang tidak minum ABC pada masa kejadian seperti biasa mencari minuman asasi beliau iaitu Nescafe Tarik.Master intai ke kedai yang berhampiran dengan tempat duduk kami, adalah kedai Fradoo ABC... tapi Master nak Nescafe Tarik dan bukannya ABC.Master pergilah beli air di kedai yang lebih jauh.Ironinya setelah selesai menjamu selera, ada pula pelanggan yang membeli air di Fradoo ABC tu, ada je rupanya minuman la…

Singgah di Kolej ke-13 Universiti Putra Malaysia

Imej
Blok Utarid D itu menjadi destinasi kami kali ini untuk mengambil barang-barang Pak Long Fikri.

Pak Long Fikri telah menamatkan pengajian asasinya dan perlu mengosongkan bilik untuk diduduki pelajar baru.
Sebut mengenai Kolej Ke-13 ni, Tedi tengok bangunannya adalah rekabentuk lama seperti berek polis zaman British.
Tandasnya pun terletak di luar, tak kiralah untuk siswa atau siswi. Nak ke tandas tu kena melalui koridor yang juga terletak di luar, jadi memang orang ramai boleh nampaklah kita ke tandas.
Salah satu perkara yang menarik perhatian Tedi adalah perkataan Putra Niaga yang terpampang pada satu papan tanda di blok itu. 
Papan tanda Putra Niaga ni Tedi nampak ada di mana-mana di UPM ni, Tedi pun tak tahu apa kejadahnya Putra Niaga tu, tapi mungkin satu projek atau kesatuan yang membantu para siswa siswi di sana berniaga, almaklumlah pada zaman ini siswa siswi tidak dijanjikan pekerjaan sebaliknya mereka digalakkan mencipta pekerjaan.

House stay dan catering Kampung Sungai Leman, Sekinchan

Imej
Jika pulang dari Sungai Besar ke Sepang, pastinya akan terserempak dengan papan tanda ini.
Seolah ia menjadi satu mercu tanda sedangkan ianya biasa-biasa sahaja.

Di kawasan ini ada kedai jual Mentarang bakar dan juga sup Belut.


Sarang Kelulut dibongkar beruang

Imej
Tak habis lagi rupanya cerita mengenai sarang kelulut ni.Sebelum ini Tedi menampilkan gambar sarang kelulut yang comel itu, kali ini Tedi sertakan foto sarang kelulut yang telah dibongkar dek beruang.

Gamaknya selagi kerja sekolah Tedi tak siap maka Tedi akan hanya merapu upload gambar semata.

Sehari sekeping gambor pun cukuplah kan sebagai kenangan?
Sementara itu kerja sekolah Tedi hari ini agak perlahan apabila selepas berjaya gunakan AJAX, tetiba sahaja dapat error kerana ada validation semasa post back... adus lah, kenapa complicated sangat?

Sarang Kelulut Kuala Tahan

Imej
Sarang Kelulut yang sekecil itu pun menjadi sasaran Sang Beruang untuk mendapatkan madunya.Patutlah madu kelulut sangat mahal, sarangnya sungguh kecil, tak tahulah berapa banyak sarang perlu dibongkar untuk mendapatkan madunya dalam jumlah yang banyak?Lokasi: Taman Negara Kuala Tahan, Pahang, Malaysia. Kiriman berkaitan "Sarang Kelulut Kuala Tahan":Lensa Tedi: dulu terapung, kini hill view Gambar Sarang Kelulut setelah dibongkar sang beruangKata kunci: beruang kelulut

Apakah itu vignette?

Imej
Tedi baru sahaja menemui satu perisian untuk membaiki komposisi warna gambar yang diambil.
Perisian PhotoCleaner yang Tedi muat turun secara percuma itu memang amat berguna dalam membantu Tedi mencapai apa yang Tedi ingini.
Cuma kalau boleh Tedi mahukan perisian ini boleh melaksanakan tugasnya secara berkumpulan atau dalam batch. Jadi tak perlulah Tedi membaiki warna gambar itu satu-persatu.
Salah satu pilihan yang diberikan perisian ini adalah adaptasi vignette kepada gambar yang dibaiki.
Pertama kali Tedi mendengar perkataan Bahasa Inggeris tersebut.
Setelah melakukan beberapa kajian rupa-rupanya vignette yang disebutvin-yet itu bermaksud "gambar potret yang perlahan-lahan tenggelam ke dalam latar belakang tanpa sempadan yang nyata". Kaedah vignette adalah dengan meletakkan bingkai sedikit gelap di sekeliling foto, selain itu, kesan ini juga diperoleh apabila kita mengambil gambar jarak jauh menggunakan lensa jarak jauh.

Ini pula adalah foto yang Tedi ambil menggunakan l…

Tiga atau empat?

Imej
Pening sudah Tedi memikirkan jawapannya namun masih juga tidak ketemu...
Apakah jawapan kawan-kawan kepada permasalahan 2 orang watak di bawah ini?

Ada tiga batang kayu kah? atau ada empat?

Cuba tolong jawab sikit.


Lensa Tedi: dulu terapung, kini hill view

Imej
Bencana banjir yang melanda Malaysia turut membadai Taman Negara di Kuala Tahan.
Ini adalah salah sebuah mangsanya, sebuah restoran yang dulunya terapung di atas sungai tetapi kini tersadai di tebing sungai.

Dengar cerita, air surut mendadak dan si penjaga terlelap, akibatnya tambatan tidak dibuka menyebabkan restoran ini tergantung sebegitu rupa.


Jangan bawa benda-benda ini dalam checked in bagasi.

Imej
Semasa menaiki kapal terbang, kita boleh membawa barang-barang bersama kita sama ada yang dimasukkan ke dalam kargo atau yang dibawa bersama kita ke dalam kabin pesawat.
Barang-barang yang dibawa bersama kita ke dalam kabin pesawat dipanggil hand luggage.
Selain hand luggage, ada pula checked in  baggage, yang akan disimpan di dalam bahagian kargo pesawat di mana kita takkan dapat akses kepadanya sehinggalah pesawat tiba di destinasi.

Tahukah kita bahawa kita dinasihatkan untuk tidak membawa barang-barang ini sebagai checked in baggage? Wang tunaidokumen kontrak perniagaanbarang kemasjam tangankamera atau peralatan video barang elektronikkomputerteropong, teleskop, dan cermin matabarangan perakbatu permatahasil seni / ukiranartifak sejarahmanuskrip aslikoleksi terhad peribadi seperti buku, kad peminat, barangan antik dll.kunciubat-ubatansampel jualantrofi Kenapa kita tidak patut membawa barang-barang itu sebagai checked in baggage?
Kerana keselamatan barang-barang itu tidak akan dita…

Ke Lembaga Zakat Selangor cawangan Subang Jaya

Imej
Hari ini Tedi bersekolah petang, jadi pada waktu paginya tiada apa Tedi lakukan.
Kebetulan pula terserempak dengan pakcik dan makcik yang mahu menyewakan rumah mereka yang Tedi ceritakan sebelum ni.

Mereka mahu ke Lembaga Zakat Selangor kerana bakal penyewa mereka telah menghubungi mereka kembali dan mengajak mereka bertemu dengan ustaz yang menguruskan permohonan zakat mereka.

"Tedi nak ikut ke? Meh la sekali", pakcik A mengajak Tedi, mungkin hanya ajak-ajak ayam.
Tapi oleh kerana Tedi tidak memahami akan ajak-ajak ayam mereka itu  (kerana Tedi ni seekor beruang), maka Tedi pun bersetuju untuk menurut mereka.

Sebelum ke Lembaga Zakat Selangor, kami singgah dahulu di TNB Petaling Jaya kerana Makcik N mahu menguruskan pertukaran nama pada bil yang sebelum ini atas nama pemilik terdahulu.

Kemudian kami berpusing-pusing dalam bandar Petaling Jaya kerana Pakcik A tidak berapa faham akan jalan sehala di sana.

Jam 11:20, kami tiba, lewat 20 minit dari masa yang dijanjikan.

Masuk s…

Lee Chong Wei masuk... Chong Wei Feng keluar...

Imej
Sungguh dramatik pemilihan pemain ke Kejuaraan Dunia kali ni.Sebelum ini Tedi tak pernah kisah siapa yang terpilih kerana pastinya mereka terpilih kerana kedudukan mereka dalam ranking dunia.Namun kali ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terpaksa membuat pemilihan drastik tentang siapa yang bakal ditendang jika mereka memilih Lee Chong Wei untuk mewakili Malaysia di kejohanan tersebut.2 pemain Malaysia yang layak adalah Chong Wei Feng (ranking 31), dan Zulfadli Zulkiffli (ranking 41), manakala Lee Chong Wei di ranking ke-6.BAM tentunya akan memilih Lee Chong Wei kerana status pemain bintang itu.
Namun siapa yang perlu ditendang?Secara mudahnya, jika ikut ranking, jika Lee Chong Wei masuk, maka Zulfadhli Zulkiffli keluar, namun tentu sahaja pemain itu tidak bersetuju kerana bukan senang untuk sertai kejohanan berprestij seperti itu.Tambahan baginya, itu adalah urusan dalaman BAM, dan dia sebagai pemain bebas tak patut terjebak.Chong Wei Feng juga tentunya tidak mahu terlepas peluan…

Menghalau nyamuk dalam kereta

Bagaimanakah caranya untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang menyelinap masuk ke dalam kereta manusia?
 Erm... Sang Nyamuk ni pun seekor, yang duk ganggu manusia tu kenapa? tak pasal-pasal Tedi terpaksa bersubahat memberikan khidmat bimbingan bagaimana mahu nyahkan kalian dari dalam kereta mereka.Panduan ini sebenarnya tidak relevan bagi kaum beruang, namun Tedi kongsikan juga dari sudut perspektif manusia. Cara menghalau nyamuk dari dalam kereta: Bakar lilin citronella, asap selalunya akan halau serangga. Citronella ni selalunya dalam bentuk cecair, minyak yang dihasilkan dari keluarga serai.Belah limau dan simpan dalam kereta sambil pintu dibuka.Buka semua pintu dan jemur kereta di bawah terik mentari.Simpan daun pandan atau serai dalam kereta.Bersihkan kereta daripada sampah-sarap seperti dedaunan kering dan gula-gula lama...... sembur racun serangga.... hehe... Cara hindari nyamuk daripada tertarik kepada kereta anda:Jangan simpan benda berbau seperti kasut sukan. Karpet kereta pun ke…

AJAX untuk ASP.Net Webform 4.0

Imej
Hari ini hampir tak bergerak kerja sekolah Tedi.Di samping membantu rakan sekelas menyiasat beberapa masalah, Tedi juga sangkut ketika mahu meletakkan Drop Down pada Paparan Grid.Sangkut tang nak jadikan beberapa Drop Down tu sebagai Cascading Drop Down.Sebenarnya boleh sahaja Tedi mengelat dengan meletakkan Drop Down tu di luar Paparan Grid, namun tak baguslah untuk mereka yang bakal meggunakan sistem tu nanti.Pada masa dahulu semasa Tedi menggunakan bahasa JAVA, fungsi tersebut disediakan menggunakan teknologi AJAX.Bingkai kerja AJAX yang pernah Tedi gunakan dahulu adalah seperti Google Web Toolkit, Direct Web Remoting, DOJO, dan yang paling popular tetapi Tedi tak gemar adalah JQuery.
Berbalik kepada permasalahan tadi, Tedi pun melakukan penyelidikan. Tedi jumpa cara yang gunakan auto post back dan juga AJAX.Tedi tak gemari auto post back ni sebab pada dasarnya ia cuma page yang disegarkan beberapa kali atau lebih senang disebut page yang memanggil dirinya sendiri.Jadi Tedi tumpuka…

Apa gunanya lampu kabus?

Imej
Benarlah sangkaan Tedi selama ini bahawa lampu kabus tiadalah sangat berfungsi. Ini kerana Tedi mendapati bahawa apabila Master memasang lampu kabus pada waktu malam, tiadalah cahayanya menambah sangat kepada suluhan yang lebih terang.
Jadi kenapa kereta ada lampu kabus?
Persoalan ini selalu bermain di minda Tedi... adakah lampu kabus itu hanya sekadar hiasan? kenapa dipanggil lampu kabus?
Semua itu terjawab apabila pada 1 Mei lalu kami menggunakan laluan Simpang Pulai - Lojing - Gua Musang untuk ke Kelantan dari Perak.
Pada waktu itu jam menunjukkan jam 1 pagi.
Hampir tiada kenderaan yang melalui jalan itu pada waktu itu dan beberapa kenderaan yang ada pun begitu pantas meninggalkan kami.
Keadaan jalan yang diselubungi kegelapan malam agak menyeramkan, namun cabarannya agak menyeronokkan.
Sehinggalah kami tiba di Lojing dan tiba-tiba satu makhluk putih menyerbu ke arah kami. Master agak terkejut dan suluhan lampu tinggi agak menyilaukan pandangan.
Rupa-rupanya kawasan itu kuat disel…

Nak sewa ke tak nak?

Imej
Alkisah ada sepasang suami isteri ingin menyewakan sebuah rumah pangsa di Desa Mentari.

Tuan rumah (pasangan A) pun mengiklankannya dalam laman web mudah.comMaka ramailah yang berminat, termasuklah sepasang suami isteri (pasangan B) yang mendakwa menumpang rumah keluarga di Dato Harun,Mereka mahu berpindah kerana ramai ahli keluarga tinggal di rumah yang sama, tambahan pula anak mereka menghidap masalah kesihatan yang agak kritikal.Jadi bakal penyewa ini pun datang melihat hartanah yang bakal disewa, dan mereka segera bersetuju.Pasangan B mahu membayar sejumlah wang, iaitu sepertiga daripada jumlah deposit, sebagai tanda menempah hartanah tersebut.Tetapi tuan rumah menolak kerana bagi mereka biarlah selesai hitam putih dan lebih baik semuanya dilangsaikan sekaligus, di samping menghindarkan masalah dituduh menipu duit orang lain.Tuan rumah berjanji akan menunggu bakal penyewa ini sedia berpindah.Tuan rumah pun memadamkan iklan di mudah.com sebagai tanda hormat di samping tidak mahu me…