Mereka berjaga untuk keselamatan kami.

  • Pada awalnya malas Tedi nak taip mengenai perkara ini, namun apabila memikirkan pada suatu hari ia akan menjadi sesuatu yang akan dikenang, Tedi catatkannya.
  • Pagi ini beberapa orang pakcik berjaga dan meronda kawasan taman perumahan kami.
  • Ini adalah kesan daripada beberapa aktiviti pecah rumah di kawasan kami ini.
  • Pecah rumah itu bukanlah kerana tuan rumah mahu melakukan pengubahsuaian ke atas rumah mereka, sebaliknya rumah mereka telah dirompak.
  • Kejadian yang berlaku pada awal pagi semalam itu melibatkan 2 buah rumah.
  • Sebuah rumah dirompak dengan penghuni lena tidur di dalam rumah, dipercayai di antara jam 2 hingga 5 pagi kerana tuan rumah terjaga jam 2 pagi untuk menutup suis kipas dan anaknya pula menyedari sebuah bilik telah digeledah pada jam 5 pagi.
  • Mujur pula si penjenayah tidak membuat sesuatu kepada tuan rumah. Mereka telah menggunting pintu grill dan kemudian masuk melalui pintu gelongsor (sliding door) rumah lot tepi itu.
  • Sebuah rumah lagi si penjenayah hanya mampu memecahkan pintu grill dapur tapi tak berjaya masuk ke dalam rumah.
  • Tedi sebenarnya malas nak panggil penjenayah dengan gelaran si penjenayah, kerana Tedi percaya perangai mereka itu lebih sesuai dipanggil sang penjenayah.