Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Berjaga mengekang rompakan

Imej
Mereka berjaga untuk keselamatan kami.Pada awalnya malas Tedi nak taip mengenai perkara ini, namun apabila memikirkan pada suatu hari ia akan menjadi sesuatu yang akan dikenang, Tedi catatkannya.Pagi ini beberapa orang pakcik berjaga dan meronda kawasan taman perumahan kami.Ini adalah kesan daripada beberapa aktiviti pecah rumah di kawasan kami ini.Pecah rumah itu bukanlah kerana tuan rumah mahu melakukan pengubahsuaian ke atas rumah mereka, sebaliknya rumah mereka telah dirompak.Kejadian yang berlaku pada awal pagi semalam itu melibatkan 2 buah rumah.Sebuah rumah dirompak dengan penghuni lena tidur di dalam rumah, dipercayai di antara jam 2 hingga 5 pagi kerana tuan rumah terjaga jam 2 pagi untuk menutup suis kipas dan anaknya pula menyedari sebuah bilik telah digeledah pada jam 5 pagi.Mujur pula si penjenayah tidak membuat sesuatu kepada tuan rumah. Mereka telah menggunting pintu grill dan kemudian masuk melalui pintu gelongsor (sliding door) rumah lot tepi itu.Sebuah rumah lagi si …

Cikgu yang canggih

Imej
Benarkah kecanggihan dalam pengajaran akan menambah impak keberkesanan penerimaan ilmu oleh murid-murid?


Dah lama Tedi tidak melalut di sini, dan seperti biasa kesibukan di sekolah menjadi alasan.Tadi Tedi sengaja melihat gambar-gambar lama guru-guru Tedi, mengimbau kenangan.Dan satu perkara ini menarik perhatian Tedi... iaitu mengenai teknik pengajaran yang canggih.Bagi Tedi, perkara paling penting adalah keikhlasan hati si guru untuk menyampaikan ilmu.Apabila si guru itu ikhlas, maka tentu akan terbit idea-idea bernas bagaimana beliau mahu menyampaikan ilmu di dadanya.Tentu jugalah di antara idea bernas itu akan ada idea-idea canggih yang sesuai dengan keadaan semasa dan peredaran zaman.Ada masanya mungkin cikgu-cikgi terpaksa pula belajar dengan murid-murid berkenaan perkembangan teknologi semasa, maklum sahajalah... lain generasi, lain caranya.