Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Merah kepada hijau? atau hitam?

Imej
Hari ini Tedi tidak hadir separuh hari ke sekolah sebab lewat. Setelah beberapa bulan menerima surat tunjuk sebab kerana lewat ke sekolah, maka Tedi telah diberi beberapa buah fikiran.Di antaranya ialah jangan hadir lewat ke sekolah.Apa punya cadangan lah tu kan? Walaupun benar tapi dah lewat, terlewat, bukannya melewat-lewatkan.Tapi apabila difikirkan semula, benarlah cadangan itu.Maka Tedi mengubah strategi. Apabila lewat, Tedi terus takkan pergi sekolah... hahahahaha...Jadinya nanti tiadalah rekod Tedi lewat ke sekolah kan?Ermmmmmm...Kepada kawan-kawan di luar sana, janganlah diikut perangai Tedi ni.

Bagaikan enau dalam belukar, begitulah manusia di hutan besi.

Imej
Dunia di hutan konkrit dan gelas ini penuh dengan pancaroba.Ia mencorakkan insan menjadi egois dan hanya mementingkan diri masing-masing.Ketika Master sampai di Kuala Lumpur dahulu, dia agak menghormati orang tua. Jika menaiki bas dan Master dapat duduk, akan diserahkannya kepada mereka yang lebih memerlukan.Namun lama kelamaan sikap itu terhakis. Lama kelamaan sifat Master bertukar rona.Gamaknya pada masa sekarang Master akan lebih rela menduduki tempat duduk itu sendiri tanpa menyerahkannya kepada sesiapa.Adakah ia kerana sombong? Tedi tidak berasa demikian.Dalam mengharungi kehidupan seharian di kota kaca ini, kita mungkin kelelahan dan mengalami tekanan.Kelelahan dan tekanan itu mencorak diri kita sehingga kita lupakan kelelahan dan tekanan pada orang lain.Ketika itulah kita hanya mementingkan diri sendiri.Perkara ini membuat Tedi terfikir seketika, mengenangkan satu peribahasa yang agak cerdik tinggalan mereka yang terdahulu daripada kita."Bagaikan enau dalam belukar, melepa…

Bersua Tok Moh

Imej
Bersua Tok Moh di TM Fan Run 2014...07 September 2014Satu memori yang terakam dalam benak fikiran Tedi adalah saat Tedi bersua Tok Moh.Bomoh? Eh.. bukan Tok Bomoh... tapi Tok Moh.Tok Moh ni Tedi tak kenal sangat, tapi Tedi perasan muka dia ni dalam televisyen apabila ada acara sukan melibatkan kontijen Malaysia, muka dia akan masuk televisyen sama.Tengok sahajalah pakaiannya menunjukkan betapa patriotiknya beliau!Masa kami duk mengintai Tok Moh ni dari kejauhan (kerana segan nak interframe), berpusu-pusu orang ramai nak ber-foto dengan beliau... cumanya kalau Khairy Jamaluddin dikelilingi gadis-gadis, Tok Moh pula dikelilingi jejaka-jejaka yang tentu sahaja mengkagumi semangat kesukanan beliau.

Kecekapan hidang makanan di Pepper Lunch

Imej
Mommy pernah bawa Tedi sekali makan di Pepper Lunch Pepper Lunch ini terletak di Medan Makan Midvalley yang di tingkat atas, tak ingat pula tingkat berapa.Pepper Lunch menyediakan makanan tengahari ala Jepun yang pantas.Cara penyediaannya ala-ala masak sizzling.Contohnya Tedi ambil set nasi berlaukkan ikan tuna, mereka akan masukkan nasi sejemput ke dalam kuali panas, kemudian di sekitarnya diletakkan cebisan tuna sebelum ditambah sayuran dan lada hitam.Kemudian dengan segera ia dihidangkan kepada pelanggan.Pelanggan hanya perlu menggaulkan kesemua bahan-bahan itu sebelum makan.Dari segi rasa, tidaklah hebat sangat sehingga menjilat jari, sedap lagi nasi goreng biasa di Medan Makan Cyberjaya.Cuma apa yang Tedi kagumi adalah kecekapan penyediaan makanan orang Jepun yang tentunya diwarisi daripada ketabahan mereka memikat hati pelanggan.Cuba kita bandingkan dengan gerai tampatan pada waktu puncak, seolah tiada strategi ampuh untuk menyediakan makanan dengan pantas!Adakalanya mereka hany…

Rumah Usang

Imej
Hari ini Tedi nak meninjau beberapa lukisan rumah usang.Kenapa pula Tedi gatal tangan nak meninjau lukisan-lukisan rumah usang ini? Kerana ia ada kena mengena dengan kerja sekolah yang Tedi perlu siapkan untuk kawan-kawan di luar sana.
Lukisan rumah usang oleh Susan Isakson
Gambar ringkas rumah usang dari http://talesfeaturingthepenguinsdemise.blogspot.com/2011/02/story-saturday-part-one-of-zompocalypse.html. Walaupun ringkas namun cukup jelas menggambarkan keuzuran rumah tersebut. Jika dilukis dengan lebih professional mungkin akan menjadi lukisan yang mengkagumkan kita semua. Wow! Lukisan rumah usang di atas bukit karya Che Hafizie Che Ahmad ini memang memukau indera penglihatan Tedi! Walaupun dari segi pewarnaan dan strok lukisan tidak menampakkan keusangan sebuah rumah, namun belia mengambil inisiatif dengan melukis tumbuhan menjalar yang menyelimuti rumah tersebut. Selain itu lukisan bukit juga tidak menghampakan. Lukisan ini Tedi panggil lukisan rumah usang minimalis dari ht…

Senarai harga susu dibandingkan di Pasaraya PKT Wakaf Bharu

Imej
Dalam perjalanan menziarahi mangsa-mangsa banjir, kami singgah di Pasaraya PKT Wakaf Bharu untuk membeli sedikit barangan untuk disumbangkan kepada mereka.Pasaraya PKT ini sebenarnya adalah sebuah pasaraya yang mungkin tidak boleh dipanggil pasaraya pun. Ia adalah sebuah kedai dua tingkat yang menawarkan pelbagai barangan.Sebagai sebuah pasaraya kecil tiada apa yang menjadikan ia sebuah pasaraya yang istimewa.Namun satu "poster" berjaya menarik minat Tedi di mana pasaraya ini berusaha memudahkan para pembeli dengan menyenaraikan semua harga susu isian dalam tin untuk dibandingkan oleh para pengguna.Senarai 19 jenama susu itu ternyata agak unik di samping membantu Tedi mengenal beberapa produk yang Tedi tak pernah dengar.Contoh jenama susu dan harganya adalah seperti berikut:Carnation Krimer Sejat 390g (RM 2.70)Crispo Krimer Manis (RM 2.30)F&N Kalsium Tinggi (RM 2.65)F&N Krimer Sejat (RM 2.70)F&N Susu Isian Sejat (RM 2.95)Gold Coin Krimer Manis (RM 2.35)Gold Coin …