Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Microsoft hentikan pengeluaran Surface 2

Imej
Microsoft hentikan pengeluaran Surface 2 berasaskan Windows RTMicrosoft secara rasminya menghentikan pengeluaran Surface 2, gadget yang takkan menampung Windows 10.Produk ini dikeluarkan pada 2013 dan khabarnya merugikan Microsoft apabila terdapat stok bernilai $900 juta tidak terjual.Masalah utama pada Windows RT adalah perisian legasi Windows tidak dapat dioperasikan di atasnya.Selain itu penjualannya perlahan, menyebabkan pembangun perisian hanya memandangnya sebelah mata.Ia mempunyai spesifikasi yang tinggi namun kekurangan aplikasi dari pihak ke-tiga menyebabkan ia gagal bersaing.Selain itu Microsoft sedang membangunkan Windows 10 yang takkan beroperasi di atas gadget Windows RT, namun mereka akan mengeluarkan perisian yang menawarkan ciri-ciri Windows 10 pada gajet RT.Selain itu sokongan kepada Windows RT akan tamat pada12 Januari 2016, dan sokongan kepada Windows 8.1 RT akan tamat pada 9 Januari 2018.Pada masa yang sama Windows 10 dijangka akan muncul untuk pasaran telefon pi…

Bermain dengan Ionic.Zip dan EPPlus

Imej
Yeay...
Hari ini Tedi ada satu misi.Misi untuk menggelitar satu folder yang mengandungi beberapa fail yang dipadatkan (zip).Kemudian kandungannya perlu diekstrak.Dan hasil ekstrak itu perlu dikeluarkan dalam satu fail Excel.Alhamdulillah misi Tedi berjaya!Pertama Tedi gunakan pustaka ionic.zip untuk bermain dengan fail yang dipadatkan.Kemudian Tedi gunakan pustaka EPPlus.Esok kena kemaskini fail Excel yang dihasilkan, kena teliti semula regex pattern yang digunakan kerana ada kandungan fail yang tidak diingini telah termasuk ke dalam fail Excel itu.

Rahsia seluar dalam

Imej
Hari ini Master lambat ke tempat kerja kerana malam tadi beliau balik kerja lewat. Hari Ahad, Sabtu pun kena kerja sebabnya vendor lambat siapkan sistem mereka maka Master pun terpaksa memastikan sistem yang dijaganya sejajar dengan perkembangan sistem vendor.

Apa-apa pun hari ini Tedi terkejut apabila menerima kiriman gambar seluar dalam. Tak sangka pula ada saja idea mereka ini. Inilah jadinya apabila ilmu dan idea tidak berlandaskan agama dan iman. Idea itu disalurkan pada tempat yang salah.

Kepada mereka yang mempunyai pembantu rumah perlu lebih berjaga-jaga, perlu lebih waspada, perlu lebih menjaga harta benda mereka.

Kerana kini mereka sudah punyai seluar dalam yang punyai poket untuk menyimpan barang curi.