Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Jumlah Paparan Halaman

Cat kereta murah di kawasan Jenderam

Bukan senang menemukan bengkel cat kereta yang murah dan bagus kerjanya.Rencana ini Tedi nukilkan sebagai rujukan jika diperlukan pada masa hadapan.Seorang daripada jiran kami, keretanya telah dilanggar, agak sedikit, namun kena 4 bahagian.Selalunya walaupun sedikit, tapi kalau dah 4 panel tu, kena keluar duit dalam RM 800 (lapan ratus ringgit sahaja) jika dikira satu panel perlukan kos RM 200 (dua ratus ringgit sahaja).Tapi jiran Master ni keretanya dibaiki dengan modal RM 450 (empat ratus lima puluh ringgit sahaja), untuk kereta Proton SAGA BLM.Melihat kepada hasilnya, nampak memuaskan.Bengkel kereta seperti diceritakan terletak di rumah pemilik berhampiran kedai bundle di Jenderam.Boleh hubungi Hairi, 012-3386801.f

Tayar Pesawat A320 Milik AirAsia Pecah Ketika Mendarat di Sibu

Pesawat AK6440 Tidak Dibenarkan Berlepas, Penumpang Terkandas17 Disember 2015 SIBU - Pesawat A320 AirAsia tidak dibenarkan berlepas di Lapangan Terbang Sibu malam ini, selepas tayar belakangnya meletup sebaik sahaja mendarat kira-kira 7.20 malam ini.Pengurus Malaysia Airport Berhad Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, kesemua 138 penumpang serta enam anak kapal penerbangan AK6440 itu tidak mengalami kecederaan, dan pesawat tidak dibenarkan berlepas setelah diarah ke 'Bay 3', sebaik sahaja mendarat.Beliau berkata kejadian itu mengakibatkan satu unit lampu di tepi landasan mengalami kerosakan, namun ia tidak menjejaskan jadual lain-lain penerbangan, malam ini."Pesawat sudah diletakkan di 'open bay' kami dan sedang dibaiki manakala lampu landasan sudah ditukar," katanya ketika dihubungi di sini.Beliau berkata penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan Sibu-Kuching pada 7.50 malam ini, terpaksa menunggu sebuah pesawat AirAsia lain yang dijangka berlepas awal pagi…

Kerja kosong di MNB Zemart dan MNB KLIA2

Sementara menanti Mommy beli-belah tingkap di KLIA2, Tedi sempat menilik poster kerja kosong.Berita baik buat mereka yang rajin mahu bekerja di KLIA2, ada kerja kosong di sana.MNB KLIA 2 dan MNB Zemart sedang mencari promoter (tukang promosi) atau pembantu jualan untuk membantu mereka menjual pakaian di KLIA2.Boleh hubungi 012-690 0638 (Ms. Chong), atau 016-656 6779 (Ms. Lim), atau 03-3141 1808 (pejabat).Selamat mencuba dan jangan putus asa.

Bergembiralah selagi boleh

Sistem baru telah dilancarkan dengan agak lancarAlhamdulillah, sistem baru telah dilancarkan, nampaknya tanpa sebarang masalah.Bergembiralah juak-juak pengurus, sedangkan bagi pasukan Master ianya biasa-biasa sahaja.Sudah beberapa kali mereka melakukan tugasan yang sama, ada cabaran dan halangan, saat berhalangan akan gegak gempita alam seperti dilanda garuda, padahal hanya seekor semut hitam menumpang lalu.Saat nampak semuanya lancar, hebohlah mereka bergembira, sedangkan pelancaran itu hanya sebahagian sahaja. Pasukan Master tidak menumpang rasa, kerana percaya akan sentiasa ada selumbar mencucuk daging.Tiada salah mereka bergembira... sambutlah puas-puas... hebahkanlah serata alam...Tapi apabila diungkit kesilapan lalu yang menambah pengalaman, itu bukan satu keseronokan buat mereka yang berkorban tenaga dan masa.Apabila silap, waima sedikit, dituding-tuding siapa sahaja, asalkan bukan sendiri yang kena.Ap…

Sakinah ke Uptown Sports Bangi

21-Nov-2015 09:55 pagi hari Sabtu
Sakinah galas beg pink Pony Tail ikut Master pergi main badminton di Uptown Sports Bangi
Sony D2533 2015-11-21-0955 Ketika ini Master telah berjaya mengumpulkan satu pasukan untuk bermain badminton daripada kalangan rakan sekerja beliau.Mereka mula bermain di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi kerana pengasas kumpulan ini iaitu Master dan Mr Zack Zaidi tinggal berhampiran Bangi. Pada zaman kegemilangan pasukan ini, mereka turut menerima tajaan daripada bos Master untuk beli bulu tangkis. Tetapi akhirnya kumpulan ini telah di-hijack menjadi kumpulan riadah mendaki bukit sebelum ia terkubur kerana masalah kecederaan yang dialami oleh Mr Zack Zaidi. Sebelum terkuburnya pasukan ini, mereka juga aktif bermain di Pantai Dalam.Salah satu lokasi bermain badminton pilihan mereka di Bangi adalah di Uptown Sports yang menyediakan perkhidmatan sewa gelanggang badminton dan gelanggang futsal, malahan meja ping pong. Suasana di Uptown Sports ini memang selesa dan me…

Cari raket Voltric di Sports Direct Subang Jaya

Master telah berjaya mengumpulkan beberapa rakan untuk bermain badmintonSemalam, 03 November 2015 - kami segera bergegas ke Sports Direct Subang Jaya untuk melengkapkan peralatan bermain badminton kepunyaan kami sekeluarga.Tujuan utama adalah untuk membeli 1 raket dan sepasang kasut buat Mommy. Sebabnya raket yang ada agak berat, dan mommy pun tak punya kasut badminton, kalau kasut jogging tu ada 3 pasang kalau tak silap.Malangnya main badminton tak boleh pakai kasut jogging, takut terseliuh kaki kerana kasut jogging punyai tapak tebal untuk serap tekanan semasa berlari, manakala kasut badminton punyai tapak rendah lebar untuk kestabilan.Persediaan kali ini adalah kerana Master dan beberapa rakan sepejabat telah merancang aktiviti bermain badminton bersama keluarga pada hujung minggu ini, di mana diharapkan aktiviti akan menjadi aktiviti pejabat mereka sama ada secara mingguan atau bulanan. Voltric VS NanospeedSebelum pergi ke Sports Direct Subang Jaya, Master telah mengkaji raket yang…

Scam iklan SMS oleh M Edge Sdn Bhd sakitkan hati

Sejak gunakan pasca-bayar Celcom First ni, makin banyak belanja bil telefonSakit hati rasa apabila bayar bil telefon kena RM 52 untuk bulan ini sahaja.Apabila disemak penggunaan tidaklah banyak sangat, tak cecah kuota pun!Tapi dicaj oleh penerimaan SMS yang berjumlah RM 1 untuk satu SMS! Dikatakan kita melanggan perkhidmatan mereka tetapi sebenarnya tidak pun.Senang sungguh manusia durjana merompak duit orang lain, manusia keparat seperti M Edge Sdn Bhd ini tidak peduli nasib orang asalkan mereka kaya-raya.Ramai yang terkena dengan syarikat ini malahan nama mereka ada dalam laporan SKMM kerana melakukan kesalahan atas platform perkhidmatan SMS/MMS.Lagi sakit hati apabila kita sebenarnya tidak menerima apa-apa pun dari M Edge S/B ni tapi dikenakan bayaran, bulan ini sahaja habis RM 14 Master dicaj!Celcom pun satu, halang sahajalah perkhidmatan dari syarikat ini, tapi Celcom pun peduli apa, mereka pun perlukan wang. Telco lain pun sama sahaja. Mungkin gamaknya syarikat M Edge ni ada sha…

Selamat datang PBO

Setelah sekian lama menanti, akhirnya PBO dilancarkanTerjaga awal pula Tedi pagi ini, resam apabila kerja sekolah membebani, kali ini dek kerana pelancaran sistem PBO 1.0 yang telah lama dinanti.PBO adalah satu sistem berasaskan web yang membolehkan pengguna mengurus konfigurasi sistem Point of Sales di serata Malaysia secara pasif, yang bermaksud ia tiada hubungan terus secara masa nyata.Sistem sulung ini Tedi tahu tidaklah sebagus mana terutama untuk pengalaman pengguna namun secara konservatif, ia berfungsi dengan baik dalam melaksanakan tugasnya. Pelancarannya nanti tentunya akan hadir bersama seribu satu cabaran yang lazimnya hadir bersama mana-mana sistem, dan tentunya cabaran pertama adalah untuk meyakinkan pengguna untuk menggunakannya.Semalam sehari suntuk Tedi troubleshoot semua masalah yang menghalang PBO dari dilancarkan lebih awal, iaitu masalah sambungan kepada LDAP d…

Signal dan lampu kecemasan Proton SAGA BLM tidak berfungsi, tren, dan tol.

Satu lagi masalah selepas kemalangan di MEX tempoh hariPagi semalam Tedi teman Master ke bengkel kereta yang kami selalu pergi, sebabnya lampu isyarat kereta kami tidak berfungsi.Alkisahnya semalam kami baru sahaja ambil kereta kami dari bengkel Evergreen Auto Center selepas kerja pembaikan kerosakan akibat kemalangan yang kami alami di Lebuhraya MEX pada 5 Oktober lalu.Sepatutnya selepas ambil kereta tu hati kami riang gembira kerana dapat menggunakan kereta sendiri dan tak perlu lagi meminjam kereta orang lain, namun baru sahaja bergerak dari bengkel tersebut kami dapati lampu isyarat kami tidak berfungsi sama sekali.Lampu isyarat kanan kiri, lampu kecemasan, malahan lampu di dashboard yang menunjukkan lampu isyarat dibuka pun tidak berfungsi. Bunyi tik tak tik tak yang selalu kedengaran semasa memasang lampu isyarat pun langsung tak kedengaran, sunyi sepi semuanya.Ap…

Imbuhan untuk skuad Helang Merah

Alor Setar: Pemain dan pegawai skuad bola sepak Kedah yang menjuarai Liga Perdana baru-baru ini menerima imbuhan sebanyak RM10,000 setiap seorang dan pakej mengerjakan umrah untuk yang beragama Islam.Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, imbuhan itu diberikan kepada setiap pemain dan pegawai yang bertungkus lumus memastikan Kedah juara sehingga layak ke Liga Super musim depan dan Piala Malaysia dalam masa terdekat. Menurutnya, setiap pemain dan pegawai akan menerima bonus sebanyak RM10,000 setiap seorang berserta pakej umrah bagi beragama Islam."Bagi mereka yang bukan beragama Islam akan menerima wang tunai setaraf dengan pakej umrah."Saya berharap pasukan bola sepak Kedah akan berusaha lebih pada cabaran Liga Super musim depan dan mampu layak ke peringkat akhir Piala Malaysia tahun ini," katanya ketika berucap selepas menyaksikan perlawanan akhir Liga Bawah 19 tahun bagi merebut Piala Menteri Besar antara …

Badminton: Aksi Cemerlang Elak Pembaziran

Oleh Ferzalfie Fauzi (ferzalfie@hmetro.com.my)Kuala Lumpur: Pemain yang dihantar ke kejohanan luar harus menghasilkan keputusan memberangsangkan bagi mengelak pembaziran dan pendekatan itu akan digunakan kelab badminton Nusa Mahsuri ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.Menurut Presidennya, Datuk Seri Jalani Sidek, pendekatan itu akan menjadi amalan ketika mengharungi kegawatan ekonomi dan badan induk itu juga mahu mengkaji semula sasaran yang diletakkan ke atas setiap pemain.“Memang betul sekarang zaman kegawatan ekonomi dan sebagai kelab pasti sedikit sebanyak kami terjejas tetapi kita kena lihat kejohanan apa yang harus disertai pemain. Sebagai kelab luar kami mempunyai bajet tertentu,” katanya.Beliau berkata, pemain tetap perlu beraksi di luar negara untuk pendedahan tetapi sebagai sebuah kelab profesional mereka harus bersedia dengan dana yang cukup. “Bagaimanapun, pemain yang berada di dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga perlu tahu sama ada mereka mempuny…

Ke Bukit Jalil tonton Kedah juarai Liga Perdana

Karangan Tedi kali ini adalah mengenai pengalaman kami berkunjung ke Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur di Malaysia untuk menyaksikan Persatuan Bolasepak Negeri Kedah yang dikenali sebagai Lang Merah atau Hijau Kuning menjuarai Liga Perdana Malaysia tahun 2015.Pada malam itu Kedah FA menentang Kuala Lumpur DRB Hicom.Kami ke sana tentulah dengan menaiki kereta Proton SAGA BLM 1.3 IAFM transmisi manual. Kami letakkan kereta di kawasan perumahan orang, susah jugalah nak cari parking, maklum sahajalah ramai yang mahu melihat Kedah membelasah DRB Hicom. Gerai yang Master dan Mommy serbu untuk cari jersi Kedah edisi lengan panjang buat Mommy

Tutup Periuk Nasi?

Tadi Tedi baca satu kiriman mengenai perangai kurang ajar seorang peniaga di Pantai Klebang, Melaka. Kiriman bertajuk "Kedai makan popular sebab maki hamun." itu mengisahkan mengenai sikap biadab peniaga terhadap pelanggan.Pelanggan itu rasa sakit hati dan memuatnaik gambar kedai itu ke dalam media sosial sehingga menjadi viral.Tedi percaya ramai di antara kita berasa teraniaya dek tindakan ramai peniaga di Malaysia ni. Terkadang kita rasa nak hebahkan ke seantero dunia supaya "bakal" pelanggan takkan terkena.Tedi percaya ramai juga di antara kita yang membatalkan niat itu kerana tak mahu "menutup periuk nasi" orang lain.Perkara yang sama juga sering Tedi alami.Selalu bertanya kepada diri, adakah salah jika kita menghebahkan "penganiayaan" yang berlaku ke atas kita supaya pihak lain boleh berwaspada, atau pihak berkuasa boleh bertindak?Tedi rasa tak salah. …

Format tarikh yang degil

Sejak semalam Tedi memeriksa semua kod yang ditulis sebelum ini. Ini adalah kerana beberapa function dalam sistem yang Tedi bina tidak berjalan dengan betul.2 buah komputer yang digunakan dalam Ujian Integrasi masing-masing menunjukkan kegagalan.Sedangkan semuanya berjalan dengan baik pada komputer Tedi dan juga komputer yang digunakan untuk Ujian Alpha.Komputer A memaparkan satu masalah berlaku namun tiada maklumat lanjut mengenai masalah itu, manakala pada komputer B, semua rekod yang dihasilkannya tidak dapat diproses oleh komputer pelayan utama.Untuk masalah pada komputer A, Tedi memeriksa kod dan mendapati bahawa ada sebahagian kod tidak menggunakan fungsi baru yang Tedi sediakan, maka Tedi hanya menukarnya semula, dan dari sana Tedi dapati bahawa pangkalan data di Komputer A sebenarnya bermasalah.Masalah B pula memakan masa lebih lama untuk dikenalpasti. Setelah habis …

Berapalah gaji politikus Malaysia ek?

Kadangkala terfikir kenapa manusia sibuk nak jadi ahli politik...
Setelah meneliti gambar di bawah ni barulah Tedi rasa Tedi mengerti kenapa?Pernah berbual dengan seorang Pegawai Daerah, dia kata kerja sebagai D.O memang mencabar kerana nak jaga tanah-tanah di bawahnya. Lebih-lebih lagi ahli politik yang akan menggunakan tanah untuk sumber dana bagi menampung perbelanjaan politik mereka. Usah hairan bagaimana tanah rizab Bumiputera boleh menipis dengan rancaknya walaupun pentadbiran Malaysia diterajui parti Melayu.... "wang adalah raja, ibu kejahatan".Kadangkala hairan juga bagaimana mereka ini memperolehi saham-saham syarikat? Dan terkadang pelik juga apabila melihat kebetulan syarikat-syarikat yang ada hubungan kekeluargaan dengan pemimpin tiba-tiba berkembang pesat.Bagi Tedi, semua orang politik sama sahaja, tak kisahlah parti mana pun, kawan sendiri pun boleh ditikam, apatah lagi musuh, tiba masanya rakyat Malaysia sedarkan mereka bahwa kuasa menentukan jatuh naik mereka…

Nama saya Kinah

Ragam si kenit apabila mengantuk tapi tak mahu tidur. Macam-macam ragamlah Sakinah ni... ketika kami sampai di Sungai Lui, hari sudah lewat, dan dia masih tak mahu tidur.Orang lain dah bersiap mahu tidur, dia boleh pula bangkit dari pembaringan, capai beg kertas, dan berlagak macam nak berniaga pula.Mata tu kuyu semacam je, tapi tetap juga degil.Macam-macam perangai kanak-kanak zaman milenia ni.

Iftar, kemalangan, dan KL Raya Fest

Bermula dari Puchong, merayau hingga ke PWTC 12 Julai 2015, kami ke Nusaputra untuk berbuka puasa di rumah kawan Master.Pada mulanya Master agak kemalasan kerana agak keletihan, dan sebenarnya Master mahu membereskan projek taman di belakang rumah. Tapi dek kerana memikirkan salah satu hak seorang saudara muslim adalah dipenuhi jemputannya, maka Master pun pergi.Aturcaranya adalah berbuka puasa, kemudian solat Maghrib, solat Isya', tahlil dan solat tarawikh.Kawan Master turut menjempur seorang ustaz untuk imamkan solat tarawikh, dan selepas selesai solat, kawan Master dan kawan-kawannya berbicara soal bekam dengan ustaz tersebut.Master sebenarnya berminat, tetapi pada masa berbuka sebelum itu, kami menerima berita bahawa Pak Long Shah kemalangan motosikal dek mengelakkan sebuah kereta yang tiba-tiba sahaja menukar arah. Nasib bermotosikal, silap sendiri merana, silap orang menderita, seperti mentimun dengan durian, menggolek luka, digelek apatah lagi? Ke Kampung KenanganUsai meminta…

Suasana

Puisi tentang keseorangan, mungkin dek kerendahan hati, menekan diri. Suasana mesra... telah lama menjelma,
Namun daku masih berduka di sini,
Mengapakah hatiku resah sebegini?
[Melayan keresahan hati]Adakah aku bersendiri menyendiri?
Cuba menghindari realiti?
Perlukan sandaran hidup di muka bumi. Terasa ingin meluahkan semua... ianya benar,
Melempiaskan beban duka... melerai resah di jiwa,
Namun siapakah sudi mendengarnya?Memandang sekitar ku terpana... ianya benar,
Dengki dan iri hati memenuhi jiwa ini,
Dapatkah lautan luas untuk menelannya?Cuba menterjemah suasana, Berdasarkan refleksi diri,Mula ku atur langkah-langkah ini,
Perlahan menghampiri destinasi,
Mengharapkan keupayaan diri.
Keupayaan diri?Walau ramai menghulurkan tangan,
Tiada yang sanggup ku sambut,
Siapalah diriku untuk menerima?Terasa ingin meluahkan semua... ianya benar,
Melempiaskan beban duka... melerai resah di jiwa,
Namun siapakah sudi mendengarnya?Memandang sekitar ku terpana... ianya benar,
Dengki dan ir…

Singgah di Yemen dan IKCM

Semalam kami singgah di Yemen untuk berbuka puasa. Yemen yang dimaksudkan bukanlah sebuah negara di Timur Tengah ataupun Asia Barat, melainkan sebuah restoran makanan timur tengah yang terletak di Cyberjaya. Lokasinya ialah di sebelah Restoran Sharin Low dalam kawasan komersial yang sama dengan Restoran Saba. Ia menyediakan buffet berbuka puasa bermenukan Nasi Arab pada harga RM 30 (tiga puluh ringgit sahaja) tanpa caj perkhidmatan 10% seperti yang dikenakan Restoran Saba. Dengar khabar, Restoran Saba menyediakan juga buffet berbuka puasa pada harga RM 50 (lima puluh ringgit) sekepala di samping GST 6% dan caj perkhidmatan 10%. Sebut tentang makanan, bolehlah kekawan cuba sendiri. Bertemu bekas teman sepejabat.Adapun kami ke sana bukanlah saja-s…

Syntium 3000 memang mengkagumkan Tedi

Minggu lepas, 27-Jun, Master pergi hantar kereta untuk diganti minyak hitam dan minyak gear.
Seperti biasa apabila ditanya minyak jenis apa untuk digunakan, Master akan jawab "guna minyak fully synthetic".Tapi kali itu, Master ditanya lagi, "nak guna fully synthetic yang mana?"Rupa-rupanya di kedai itu ada 2 jenis minyak hitam sintetik penuh, iaitu Synthium 1000 yang biasa digunakan Master, dan Syntium 3000 yang Tedi tak pernah dengar.Mekanik tu kata, "Syantium 3000 lebih bagus, minyak dia lebih nipis, jadi performance kereta lebih bagus" yang mana Tedi tak berapa nak faham, kerana bagi Tedi, lebih tebal minyak lah lagi bagus sebab lebih banyak perlindungan terhadap enjin kereta."Berapa ringgit?", tanya Master sebelum membuat keputusan terakhir."225 sahaja bos"Memandangkan harga minyak itu lebih mahal 25 ringgit sahaja berbanding minyak Syntium 1000 yang selalu digunakan, Master memilih untuk mencubanya sejauh 7000 (tujuh ribu) kilomet…

Mahalnya Gatsby THC di 7-Eleven

Selepas Tarawikh tadi baru sedar (teringat) yang minyak rambut Master telah kehabisan. Kalau tiada minyak rambut, memang akan terjejaslah kekemasan Master di pejabat beliau esok.Sudahlah Master memang tak berapa nak kemas pun, rambut panjang, tak pakai tali leher, kasut tak bertumit dan macam-macam lagi.Jadi kami pun keluarlah mencari minyak rambut, di samping mengisi petrol kereta, takut esok tak berkesempatan isi.Almaklumlah malam-malam buta ni mana ada kedai yang buka, kecuali kedai 24 jam seperti 7-Eleven.Master tak berapa suka beli barang di 7-Eleven ni kerana mereka jual arak atau disebut juga minuman keras.Di sana ada minyak rambut yang Master selalu gunakan iaitu Gatsby THC, tapi harganya ya ampun, RM 5.75 untuk 120g. Mahal bangat deh.Selalu beli di Mydin Mall tiadalah harga sebegitu, walaupun yang berat 250g.Nampaknya kami ada al…

Batalkan kad kredit di The Garden

Batalkan kad kredit Maybank Petronas di The GardenLetih sungguh badan ni, tidur lewat sedikit dek penangan ice blended mocha original yang Mommy beli di Midvalley malam semalam.Semalam kami ke Midvalley untuk batalkan kad kredit Maybank Petronas milik Master. Alhamdulillah, dia dah dapat langsaikan segala baki hutang dalam kad hutang Maybank Petronas tersebut. Urusan pembatalan ini kami selesaikan di Maybank The Gardens di tingkat 3 kalau tidak silap, terletak berdekatan BlueCube The Gardens. Survey telefon pintar buat MasterKemudian kami survey telefon pintar untuk Master di kedai SONY Midvalley, di mana Mommy berkenan dengan SONY C3, tapi Master dah tetapkan bajet hanya RM 500 (lima ratus ringgit sahaja) untuk pembelian telefon pintar.Kemudian kami bergerak ke medan selera untuk berbuka puasa, sambil singgah di beberapa kedai, dan dari si…

Formasi untuk kalahkan formasi 4-1-2-2-1

Terima kasih kepada yang bertanya, dan ini jawapannya setelah sekian lama tertangguh.

Anda bakal menemui satu pasukan dengan formasi 4-1-2-2-1.

Formasi itu selalunya digunakan begini.

GK
DL - DC - DC - DR
DMC
MC - MC
AMC - AMC
FC
Oleh kerana ada 5 pemain tengah (DMC MC MC AMC AMC), maka Tedi selalu gelar formasi ini sebagai 4-5-1, jika 2 AMC digantikan dengan AML dan AMR, Tedi gelar ia formasi 4-5-1 Winger.

GK
DL - DC - DC - DR
DMC
MC - MC
AML - - AMR
FC
Pada zaman dulukala Tedi gemari kedinamikan kedua-dua formasi ini, jadi Tedi selalu beli pemain sayap yang boleh bermain di bahagian tengah. Formasi ini mungkin lebih sesuai untuk menyerang, jika pertahanan kental di tengah, tukar kepada serangan melalui sayap.

Tapi formasi ini ada kelemahan jangka panjang iaitu pemain sayap (AML AMR) atau pemain tengah menyerang (AMC) akan cepat kehabisan tenaga, jadi pemain simpanan yang betul perlu ada. Ini adalah kerana kurangnya pemain di ba…

Sedekah yang tidak punya

Kembara 100 kilometer sehari dalam perjalanan ke tempat mengaji bukanlah satu jarak yang dekat.Tempoh masa yang diambil untuk tiba di destinasi memungkinkan Tedi melihat banyak peristiwa terutama hal melibatkan perlakuan manusia.Terutamanya apabila menempuh kesesakan di Lebuhraya Pantai Baharu (New Pantai Expressway), satu ujian yang memaksa manusia memperlihat peribadi sebenar mereka. Kelam-kabut menempuh kesesakan trafik, mungkin mengejar masa masuk ke pejabat supaya tidak "merah", manusia memandu kenderaan mereka berpusu-pusu mencari lorong yang sesuai menuju destinasi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuknya masing-masing.Ketika ini masing-masing tampak mementingkan diri, fokus kepada sasaran mereka untuk segera tiba tak kira dengan apa cara pun, sehinggakan ada yang memotong barisan menggunakan lorong kecemasan.Master kadangkala sengaja menghalang separuh laluan kecemasan itu supaya hanya motosikal boleh lepas, tapi hanya apabila hatinya panas, tidak tahan dengan s…

Singgah di Barokah Nursery

Singgah ke Barokah Nursery, hajat nak beli batu hiasan untuk diletak di belakang rumah, satu lagi projek Mommy.Dulu beli RM 17 sekeping sekarang dah RM 25, alasan biasa, GST.Kami selalu ke sini memandangkan di sekitar Salak Tinggi ni susah juga nak cari tapak semaian macam ni.Beli dalam 15 keping, kena tempah dulu dan tunggu dalam seminggu kerana tiada stok.Stok yang ada dalam saiz 1 kaki kali 1 kaki, sedangkan Mommy nak saiz 1 kaki kali 2 kaki.

DreamBowl Kompleks Sukan Airport Nilai

Baru 2 kali kami bermain di sini, harganya pun tidak kami ingat berapa? Peluang kerja sebagai juruwang dan marshall lorong di DreamBowl.
Harga satu permainan adalah di antara RM 5.50 sehingga RM 6.50 mengikut masa dan hari.

Main bowling di Kompleks Sukan Airport ni agak best sebab tempatnya selesa, ada juga ruangan VIP yang Tedi tak tahu digunakan oleh siapa? Mungkin sesiapa sahaja boleh menggunakannya asalkan sanggup bayar lebih?Kepada mereka yang mahu bekerja di sini mungkin boleh mencuba nasib, itupun jika masih terbuka peluangnya.Kalau kerja di sini, mungkin boleh menggilap bakat sebagai pemain bowling, manalah tahu suatu masa nanti boleh menjadi pemain negara?Lagipun Tedi tengok pekerja di sini selalu juga bermain (berlatih barangkali) di tempat kerja mereka sendiri.

Beli insurans hayat online di Malaysia

Kuala Lumpur: U for Life Sdn Bhd (U for Life), syarikat pengendali platform insurans hayat atas talian pertama di negara ini yakin penyelesaian insurans menyeluruh yang ditawarkannya mampu membantu usaha kerajaan meningkatkan kadar penembusan insurans hayat kepada 75 peratus menjelang 2020 berbanding 56 peratus ketika ini.Pengurus Besarnya, Iskandar Ezzahuddin berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada ciri penyelesaian insurans terbabit yang membolehkan pelanggan membeli insurans hayat secara lebih mudah, pantas dan murah. “Sebelum ini, kebanyakan individu menganggap pembelian insurans hayat sebagai satu proses remeh dan membabitkan kos tinggi, sekali gus menjadi halangan untuk mendapatkan insurans hayat,” katanya di sini.Beliau berkata, platform U for Life mengubah kembali cara pelanggan membeli insurans hayat di mana segala masalah membabitkan pembelian polisi dilakukan secara lebih mudah.Menurutnya, platfom itu menyediakan maklumat mengenai insurans hayat melalui bahasa lebih…

Rumah Biru Identiti Kampung Baru Kuala Lumpur

Oleh Nadzreen Shah Mat Salimrencana@hmetro.com.myKampung Baru di tengah-tengah hutan batu dan konkrit Kuala Lumpur melambangkan kehidupan masyarakat Melayu yang unik kerana ia satu-satunya perkampungan Melayu yang wujud selepas pembangunan menyebabkan Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum kini hanya tinggal nama.Menyusuri sejarah, kampung berusia 115 tahun dengan keluasan 378.93 hektar itu bermula dengan satu Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1990 mengenai The Malay Agricultural Settlement yang membenarkan orang Melayu membuka penempatan dan mengamalkan gaya hidup kampung.Berikutan pembangunan pesat, Kampung Baru dihimpit bangunan moden dan pencakar langit. Ini menyebabkan ramai generasi yang ada berpindah keluar dan me­nyewakan kepada orang luar.Justeru, usaha perlu dilakukan bagi memastikan keunikan Kampung Baru terutama seni bina yang ada dipertahankan bagi menjaga warisan Melayu dan tatapan kepada pelancong luar.Terletak di lingkungan segi tiga emas, nilai …

Awas! Ular dalam kasut...

Setiap apa perbuatan kita mungkin akan menjadi bencana jika silap tempat, masa dan cara.Ini adalah foto yang dikongsi melalui aplikasi Whatsapp, tidak tahulah asalnya dari mana dan daripada siapa.Namun ia amat terkesan di hati Tedi dan mungkin kepada kawan-kawan di luar sana.Berhati-hatilah dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana kemalangan bisa terjadi di mana-mana.Contohnya dalam foto ini terdapat seekor ular duduk berlingkar dalam selipar.
Awas. Selalu kita tinggal kasut kat luar rumah... Tapi setiap kali kita nak guna kita akan terus pakai.
Selepas ni pastikan kita check dulu sebelum guna. Clicks Sport.

Selimut Tetangga memoir perantau?

Lagu "Selimut Tetangga" selalu dimainkan DJ setiap kali kami dalam kereta ke menuju dan pulang dari sekolah."Lagu ini merupakan salah sebuah lagu yang berjaya menarik minat Tedi kerana liriknya yang sukar difahami, malahan Tedi punyai terjemahan sendiri berkenaan lagu ini. Namun setelah Tedi cari maksud lirik lagu ini, ternyata ianya memang tak bagus langsung! Hahahaha, suka hati Tedi je...

HALAL JAKIM harus kita sokong!

Kebelakangan ini Tedi melihat satu trend yang agak membimbangkan berkaitan tanda HALAL yang dilesenkan JAKIM Mari kita melihat mengenai kepentingan tanda HALAL JAKIM, ia:sebagai sumber rujukan kepada umat Islam di Malaysia khususnya berkaitan kehalalan produk makanan, sebagai satu penanda aras mengikut nas Al-Quran.Namun sedih apabila Tedi melihat tanda HALAL JAKIM ini tidak kita sokong sepenuhnya, terutamanya apabila produk yang gagal mendapat tanda HALAL JAKIM atau yang ditarik lesennya itu adalah produk yang kita gemari!Mula keluar pandangan seperti: "Apa yang JAKIM kata halal tak semestinya halal, dan apa yang JAKIM kata tak halal, tak semestinya haram!"Tedi bersetuju dengan pandangan ini dari satu sisi, ia adalah pandangan yang benar.Namun Tedi masih mahu tanda HALAL JAKIM itu disokong, kerana apa?Seperti Tedi kata, ia adalah tanda aras kehalalan produk di Malaysia. Dengan adan…

Aduh.. Sakitnya nggak bisa login

Puaslah Tedi nyah-ralat tadi, sangkakan salah setting akaun pengguna pangkalan data, tetapi rupa-rupanya akaun tu tidak diberikan akses sebagai pemilik pangkalan data.Alhamdulillah dapat juga temui punca masalah.Tak teringat langsung bahawa setting pada pangkalan data pun kena bebetul.Tambahan pula ini adalah projek pertama yang Tedi sediakan pengguna baru selain daripada akaun pengguna super yang biasa digunakan dalam projek sekolah kami.Malam ni dah berjaya skip login yang menggunakan perkhidmatan LDAP, kiranya macam back-door la ni, tapi guna pintu depan, hehehe.Walaupun agak penat setelah berjaya menewaskan Mommy dalam permainan bowling siang tadi, dituruti lawatan ke TESCO Nilai untuk mencari bahan-bahan cheesecuit, terpaksa Tedi sambung kerja sekolah yang bertingkat-tingkat bertingkat-tingkat bertingkat-tingkat...Okaylah, nak tolong Mommy pukul adunan cheesecuit sekejap.

Tips memilih bola bowling

Yey.. hari ni nak pergi bermain bowling di Kompleks Sukan Airport Nilai.Mommy akan ada perlawanan bowling pada minggu hadapan bersama teman sepejabat, jadi pada hari ini Master akan membawa Mommy pergi bermain bowling di gelanggang bowling paling hampir.Kami pun pergilah berlatih di lokasi yang sesuai untuk bermain boling di Nilai iaitu Kompleks Sukan Airport Nilai.Tedi pun tentulah terpaksa turut serta dalam permainan bowling tersebut.Orang tua-tua kata, jika mahu menduga laut yang dalam, janganlah kail sejengkal cuma, maka Tedi perlulah menuntut ilmu bagaimana cara mahu bermain bowling.Tedi perlu tahu bagaimana cara memilih bola bowling dan apakah bola bowling yang sesuai untuk Tedi.Kali ini Tedi mahu belajar bagaimana cara memilih bola bowling yang betul dan sesuai dengan diri kita.Pilih bola bowling yang lubangnya muat jari kita. Tedi pilih bola bowling yang takkan tersangkut di jari semasa melontar. Biar longgar jangan ketat lubang jari tu.Pilih berat bola bowling yang satu perse…

Melepaskan Naga

Hari ini Tedi mahu berbicara sekilas pandang mengenai satu taktikal perang dalam Clach of Clan. Taktikal yang Tedi maksudkan ini adalah taktik berperang menggunakan naga.
Padanan Naga dan Pertahanan Udara:Naga lvl 1 : Pertahanan Udara lvl 4,Naga lvl 2 : Pertahanan Udara lvl 5,Naga lvl 3 : Pertahanan Udara lvl 6.Jangan letakkan naga anda sekaligus di suatu tempat kerana ia akan menyebabkan naga itu berpecah dan berpusing mengelilingi kubu musuh. Selain itu, bom udara akan memberikan kemusnahan yang lebih dahsyat apabila naga berkumpul, selain serangan Menara Sihir.Serang dengan naga terlebih dahulu sebelum lepaskan Mantera Petir (lightning spell), ini akan menjimatkan masa.Hantar seekor naga untuk musnahkan pondok pekerja jika ada di bucu kubu, jangan risau kerana naga ini akan segera menuruti kawan-kawannya sebaik sahaja pondok pekerja dimusnahkan.Sasaran pertama adalah untuk memusnahkan per…

Kiriman Berkaitan