Ramai kawan meminta bantuan Tedi untuk menyelesaikan kerja sekolah mereka.

  • Mula-mula Tedi nak minta maaf kerana lambat membalas, setakat private message, Tedi layan setakat yang mampu.
  • Berkenaan soalan mengenai lukisan seorang nenek tua membelai kucing, Tedi cuba bagi nasihat setakat yang mampu.
  • Nasihat kali ini kita pandukan kepada beberapa contoh lukisan.
Lukisan Komen Tedi
gambarlukisan nenek belai kucing
  • Ini adalah contoh lukisan yang sungguh epik kerana berani mempertaruhkan latar-belakang berwarna hitam.
  • Kalau lukis semasa peperiksaan, memang nahas!
  • Lukisan ini menunjukkan seorang nenek dengan kedutan jelas di wajahnya sedang membelai kucingnya.
  • Gambaran rumah usang juga turut membantu menggambarkan situasi di mana nenek ini berada. Mungkin sukar nak nampak keusangan rumah itu, tapi kehadiran meja yang ringkas agak membantu.
gambar lukisan seorang nenek membelai kucing sambil berbual
  • Lukisan dua orang nenek berbual sambil salah seorang membelai kucing.
  • Tedi tak galakkan lukisan seperti ini kerana ketelitian pada figura tidak jelas kelihatan.
gambar lukisan seorang nenek mencium kucing
  • Lukisan ini menunjukkan seorang nenek mencium kucingnya.
  • Latar belakang di kebun agak membantu kerana nenek selalunya suka berkebun.

Label: gambar nenek tua membelai kucing, lukisan makcik membelai kucing, contoh lukisan seorang nenek tua sedang membelai kucing. 20141220