Tedi perlu tahu apakah itu FTPS untuk digunakan dalam projek sekolah Tedi.

Pagi ini Tedi nak menelaah sedikit kerja sekolah untuk esok hari.

Semua ini berkaitan dengan masalah satu sistem di sekolah Tedi yang seringkali tersangkut semasa pemindahan fail dalam rangkaian tertentu. Buat masa ini kami gunakan HTTPS yang mungkin menyumbang kepada keperlahanan itu.

Oleh sebab itu Tedi perlu mencuba teknik baru untuk pemindahan fail tapi perlu kekalkan penggunaan port sedia ada iaitu 22 dan 443.


Contoh sambungan FTPS gunakan WIN-SCP
Apakah itu FTPS?
  • satu jenis peningkatan kepada FTP (File Transfer Protocol / Protokol Perpindahan Fail) yang melibatkan penambahan kebolehan Transport Layer Security (TLS) dan protokol kriptografi Secure Socket Layers (SSL).
  • Turut dikenali sebagai FTP-ES, FTP-SSL dan FTP Secure.
Kesesuaian dengan IIS
  • IIS 6 tidak sokong FTPS.
  • IIS 7.0 sokong FTPS melalui FTP 7 tapi kena install berasingan.
  • IIS 7.5, IIS 8.0 dan IIS 8.5 - punyai sokongan FTPS sebagai salah satu cirinya.
Bolehkah guna Port 443?
  • Boleh jika guna FTPS Explicit.
Bolehkah kongsi Port 443 dengan HTTPS?
  • Belum jumpa jawapan lagi.
Rujukan

Peninglah Tedi dengan kerja sekolah Tedi ni... semoga dipermudahkanlah esok supaya Tedi tidak menyusahkan kawan-kawan sekelas.

Esok nak kena pinjam satu pelayan (server) untuk cuba-jaya bab FTPS ni.