Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Balik atau tak balik?

Imej
Dilema betul memikirkan di antara kehendak dan keperluan...Hari ini di pejabat Master rata-rata manusia berbicara mengenai kepulangan ke kampung yang dilanda musibah banjir.Mereka akan pulang dengan membawa barang-barang keperluan terutamanya makanan.Selain itu ada juga yang mengumpul derma untuk membantu kawan-kawan yang menjadi mangsa banjir.Kami pula masih berkira-kira hendak pulang atau tidak? Kerana tiket kapal terbang sangat mahal. Jika hendak beli yang murah, tentu saja pada hari yang agak tidak sesuai.Boleh saja beli tiket yang mahal itu, dengan harapan kepulangan kami nanti akan berbaloi.Tapi kadangkala terfikir juga jika harga tiket itu disalurkan kepada saudara-mara yang menjadi mangsa.Alternatif lain mungkin sahaja pulang dengan kereta tapi dengan jalan yang rosak selepas banjir, ia agak merbahaya...Tedi berasa, baiklah pulang sahaja, kurang-kurang menjenguk keluarga, walaupun Tok Ma melarang kerana bekalan air bersih tiada di sana.Kalau Master dapat cuti lama-lama kan bag…

Untung telur timbul, untung telur tenggelam

Imej
Seperti biasa pada waktu pagi Tedi akan sediakan 2 biji telur sebahagian masak buat Master.Caranya mudah sahaja iaitu dengan merebus air. Kemudian masukkan kedua-dua biji telur itu ke dalam sebuah jag.Masukkan air panas ke dalam jag itu.Biarkan sehingga air itu sejuk. Namun, sesuatu hal yang menarik berlaku pada minggu lalu apabila ada sebiji telur tu tak mahu tenggelam.Selama Tedi menyediakan telur sebahagian masak, inilah pertama kali Tedi temui telur tak mahu tenggelam.Apabila selesai mandi, Tedi segera mengeluarkan telur yang direndam.Tedi mulakan dengan telur yang tenggelam... cantik isinya.Diikuti dengan telur yang timbul... Tedi pecahkan ke dalam bekas yang berbeza.Apabila Tedi ketuk sahaja dengan sudu, ia terus mengembang dan retak dalam banyak arah.Ia mahu meletup namun nasib baik ia tidak meletup!Rupa-rupanya telur itu sudah busuk dan mungkin itulah telur yang dipanggil telur tembelang.Kalau meletup, sudah pasti Tedi akan demam dan cuti sekolah selama seminggu!.

Please dont take, customer order

Imej
Terharu melihatkan kesungguhan rakyat Malaysia menghulurkan bantuan apa yang termampu.Pada jam 11:00 pagi semalam, kami menjemput Pak Long dan Mak Long yang baru sahaja tiba dari Kelantan melalui penerbangan FireFlyz di Lapangan Terbang Subang.Kemudian kami segera ke MYDIN USJ untuk membeli sedikit barangan keperluan untuk disedekahkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Kelantan.Sampai di MYDIN, kami mengalas perut terlebih dahulu. Ada satu kedai yang jual nasi lemak (Tedi tak ingat nama kedai) nyata mengecewakan apabila nasi gorengnya hangit.Selepas makan kami menuju tingkat 3 di MYDIN USJ tersebut yang meletakkan barang-barang yang dijual pukal \ borong.Kami beli setakat 2 kotak biskut tawar, kain pelikat, kain sarung dan 1 kotak sabun Antabax.Kali ini untuk kain-kain, kami memilih kualiti berbanding kuantiti kerana pada masa musibah sebegini tentunya bilangan barang yang diperlukan amat banyak. Ramai rupanya yang memborong barang di sana dengan tujuan yang sama seperti kami.Ada…

Tak jadi terbang ke Kota Bharu

Imej
Rakyat Malaysia umumnya mengetahui bencana banjir yang sedang dahsyat melanda negeri Kelantan Darul NaimPetang tadi, sekitar jam 3.30 petang, Mommy sepatutnya terbang ke Kota Bharu (Kelantan) dari KLIA 2.Manakala Master pula akan menyusul usai kerja pada jam 8.30 malam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.Mommy petang tadi hanya menunggu masa untuk masuk ke balai berlepas, menunggu di luar pintu sambil menanti berita terkini daripada keluarga di Kelantan.Akhirnya Mommy memilih untuk tidak menaiki penerbangan tersebut kerana Jambatan Sultan Yahya Petra telah ditutup dan Pasir Pekan telah dinaiki air.Manakala Pak Ngah sekeluarga pula telah meninggalkan rumah mereka untuk berlindung di pejabatnya.Tidak tergamak rasanya menyusahkan mereka di sana pada ketika mereka benar-benar dalam kesusahan.Tak sangka banjir tahun ini sungguh dahsyat! Sebelum ini memang tiada kelibat air bertakung namun kini di Wakaf Bharu pun deretan rumah kedai sudah digenangi air.Sungguh susah memut…

The Battle of The Five Armies amat menyedihkan

Imej
Hari Ahad yang lalu Tedi ditaja menonton The Hobbit: The Battle of Five Armies oleh PLUS Expressway Group. Tedi bukanlah peminat tegar The Hobbit kerana bagi Tedi ia agak membosankan. Tapi dek kerana orang ramai sibuk memperkatakan mengenainya, Tedi pun sibuk nak menontonnya, dan hasilnya Tedi sangat kecewa, mungkin kerana jangkaan yang diletakkan amat tinggi!

Ini beberapa komen Tedi.
Kosong kosong kosong Apabila menonton filem ini, Tedi berasakan kekosongan yang amat sangat!Aksi perangnya banyak tapi tanpa aksi yang mengkagumkan.Tiada emosi yang menyeksa kita yang memaksa kita berharap akan datang hero atau peralatan canggih membantu mereka yang hampir tewas. Thorin bukan Optimus Prime! Ada satu ketika di mana pasukan Iron Foot dari Iron Hill pimpinan sepupu Thorin hampir tewas dan dia memerlukan bantuan Thorin, Thorin tak keluar kerana dia mabuk harta.Tapi akhirnya dia keluar dengan pasukannya.Ketika ini Tedi berharap dia akan keluar dengan senjata canggih atau mesin yang hebat yan…

Lukisan seorang nenek membelai kucing.

Imej
Ramai kawan meminta bantuan Tedi untuk menyelesaikan kerja sekolah mereka.Mula-mula Tedi nak minta maaf kerana lambat membalas, setakat private message, Tedi layan setakat yang mampu.Berkenaan soalan mengenai lukisan seorang nenek tua membelai kucing, Tedi cuba bagi nasihat setakat yang mampu.Nasihat kali ini kita pandukan kepada beberapa contoh lukisan.LukisanKomen Tedi Ini adalah contoh lukisan yang sungguh epik kerana berani mempertaruhkan latar-belakang berwarna hitam.Kalau lukis semasa peperiksaan, memang nahas! Lukisan ini menunjukkan seorang nenek dengan kedutan jelas di wajahnya sedang membelai kucingnya.Gambaran rumah usang juga turut membantu menggambarkan situasi di mana nenek ini berada. Mungkin sukar nak nampak keusangan rumah itu, tapi kehadiran meja yang ringkas agak membantu. Lukisan dua orang nenek berbual sambil salah seorang membelai kucing.Tedi tak galakkan lukisan seperti ini kerana ketelitian pada figura tidak jelas kelihatan. Lukisan ini menunjukkan seorang ne…

Naga Dataran Merdeka

Imej
Naga adalah seekor binatang mitos, mungkin semua orang tahu itu.Ia sama mitos macam Burung Garuda, Burung Pheonix, Unicorn, Ikan Duyung dan macam-macam lagi.Ada naga yang digambarkan berbadan seperti ular dan ada yang berbadan seperti biawak, ada yang berkepak, ada yang tidak berkepak, tapi yang selalunya kedua-duanya boleh terbang dan boleh mengeluarkan api daripada hidung atau mulutnya.7 September 2014 - Tedi telah menemui beberapa ekor naga di Dataran Merdeka, tak sangka pula di Dataran Merdeka boleh bertemu si naga ini.Tedi tak tahulah apa sejarah naga Dataran Merdeka ni sebab nampak gaya macam naga ni naga Eropah sedangkan rakyat Malaysia rakyat Asia.Tak tahu jika ia adalah bawah pengaruh British atau tidak.Dan tidak pula Tedi tahu jika ia telah lama wujud bersama Dataran Merdeka atau Bangunan Sultan Abdul Samad yang berdekatan.Mungkin ia barang bersejarah atau cuma hiasan semata-mata...

FTPS.. oh FTPS...

Imej
Tedi perlu tahu apakah itu FTPS untuk digunakan dalam projek sekolah Tedi. Pagi ini Tedi nak menelaah sedikit kerja sekolah untuk esok hari.Semua ini berkaitan dengan masalah satu sistem di sekolah Tedi yang seringkali tersangkut semasa pemindahan fail dalam rangkaian tertentu. Buat masa ini kami gunakan HTTPS yang mungkin menyumbang kepada keperlahanan itu.Oleh sebab itu Tedi perlu mencuba teknik baru untuk pemindahan fail tapi perlu kekalkan penggunaan port sedia ada iaitu 22 dan 443.
Contoh sambungan FTPS gunakan WIN-SCP Apakah itu FTPS? satu jenis peningkatan kepada FTP (File Transfer Protocol / Protokol Perpindahan Fail) yang melibatkan penambahan kebolehan Transport Layer Security (TLS) dan protokol kriptografi Secure Socket Layers (SSL).Turut dikenali sebagai FTP-ES, FTP-SSL dan FTP Secure. Kesesuaian dengan IIS IIS 6 tidak sokong FTPS.IIS 7.0 sokong FTPS melalui FTP 7 tapi kena install berasingan.IIS 7.5, IIS 8.0 dan IIS 8.5 - punyai sokongan FTPS sebagai salah satu cirinya…

Pusat Boling Ole Ole Super Bowl di Mydin Mall Seremban 2

Imej
Ramai bertanya kepada Tedi, adakah terdapat tempat permainan di dalam Mydin Mall Seremban 2?Nombor telefon (contact number) bowling Mydin Seremban 2 (S2) : 06-601 1106Soalan itu agak sukar untuk dijawab... kerana Tedi tidak pula menumpukan perhatian kepada sebarang tempat hiburan di sana, kecuali Pusat Boling Ole Ole Super Bowl di tingkat paling atas.Kenapa hanya tempat itu sahaja yang Tedi fokus?Kerana memang Mydin tak pernah ada Pusat Boling (merujuk kepada Mydin Mall USJ sahaja sebab Tedi tak pernah sampai Mydin Mall Melaka dan Terengganu).Jadi kepada peminat tegar permainan boling, bolehlah mendaftarkan diri anda ke sana. Terkejut pakcik tu apabila gambarnya dirakam oleh seekor beruang yang cute macam Tedi ni...

Coretan lain:http://interpretzz.blogspot.com/2014/09/mss-di-mydin-mall-seremban-2.htmlhttp://interpretzz.blogspot.com/2014/01/besarnya-mydin-mall-seremban-2.htmlhttp://interpretzz.blogspot.com/2013/07/membeli-belah-di-aeon-seremban-2.htmlbest je tempat permainan di dalam…

Sakinah Hantu Kerepek

Imej
Master kalau kerepek, memang makanan dia.Kalau tak ingat orang belakang, memang habislah kerepek tu dia makan.Tapi tak sangka pula si kenit Sakinah pun tahu apa itu kerepek.Nampak kerepek pisang je, dia angkat balang dan minta bukakan."Nak" - pinta Sakinah sambil buat muka kasihan.

Malaysia kalah kepada Vietnam?

Imej
Semalam Malaysia kalah dengan Vietnam, 1-2 dalam perlawanan Separuh Akhir Pertama di Stadium Shah Alam.Okay la, adat permainan, ada menang, ada kalah.Tapi ada pula penyokong Malaysia ni yang sibuk nak mencetuskan huru-hara.Relax la bro, hero memanglah kalah awal. Tunggu sahajalah keputusan perlawanan kedua nanti.Sedih betullah tengok keadaan sebegini, kerana ia mencemarkan nama baik Malaysia sebagai destinasi perlancongan untuk melihat panda (ada kena mengena ke?).


Mengenai pemain Malaysia pula, janganlah dikecam sangat...Tedi dah jangka perkara ini akan berlaku kerana sebelum ini kita dibuai dek kemenangan ke atas Singapura.Namun jangan lupa, Harimau yang bahaya adalah Harimau yang cedera! Dari segi permainan Malaysia memang hampeh, namun jika mereka muhasabah diri untuk perlawanan seterusnya, mungkin mereka akan bangkit!

Bolehkah Harimau Malaya menewaskan Vietnam?

Imej
Selamat berjuang Harimau Malaya!


Esok, para Harimau Malaya akan berjuang menaikkan nama Malaysia dalam pertandingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014.Jika Harimau Malaya bermain seperti ketika mereka menentang Thailand, Tedi percaya kita ada peluang untuk menang.Namun jika mereka bermain seperti ketika menewaskan Singapura 3-1, mungkin kita akan kecewa.Kerana dalam perlawanan tersebut ternyata bahagian tengah kucar-kacir dengan hantaran bola yang selalu terkandas atau terlepas kepada pihak lawan.Selain itu pihak penyerang pula sering naik ke atas bersendirian, dan seolah-olah kelam-kabut untuk terus menghantar bola atau menendang bola tanpa menunggu kawan-kawan tiba untuk memberi sokongan.Tapi tak mengapa, inilah masanya untuk kita meyakini mereka, mereka yang berada di atas padang dan mereka yang lebih mengetahui potensi diri mereka sendiri.Bagi pihak penyokong, gemuruhkan stadium dengan sokongan anda!

Adakah lembu minum susu?

Imej
Apabila Tedi ditanya soalan ini, dengan spontan Tedi menjawab "Ya!"
Namun setelah membaca beberapa bahan bacaan berkaitan lembu, maka jawapan yang diperolehi agak klise. Lembu tidak minum susu, sebaliknya hanya anak lembu minum susu.Apabila lembu telah makan rumput, ia akan kurang bergantung kepada susu.Majoriti lembu akan bercerai susu setelah mencapai usia 9 minggu.Setelah bercerai susu, lembu seperti kebanyakan haiwan mammalia lain akan kehilangan keupayaan untuk menghadamkan susu.Manusia pula sebahagiannya mempunyai keupayaan untuk menghadamkan susu dalam diet harian setelah bermutasi.Anak lembu sangat memerlukan susu ibunya untuk hidup.Lembu dewasa pula mungkin akan muntah jika minum susu, selain membina lemak dalam badan mereka.

Kenapa kena bangun pada jam 0530?

Imej
Seperti yang Tedi sedia maklumi, Tedi telah diberi surat tunjuk sebab kerana prestasi kehadiran Tedi ke sekolah tidak memberangsangkan kerana Tedi hadir lewat ke sekolah 4 hari pada bulan Oktober.

Jadi bagaimana mahu mengawalkan kehadiran Tedi ke sekolah?Salah satunya adalah bangun pada jam lima setengah pagi dan mengejut Master dan Mommy.Kerana waktu itu waktu Subuh dan mungkin akan membantu Master bersolat Subuh berjemaah di surau berdekatan.Dan kerana Mommy memerlukan masa sejam untuk bersiap (minimum), jadi kami sepatutnya kena bertolak pada jam 0630 (enam setengah pagi), maka lima setengah pagi adalah masa sesuai untuk mengejutkan Mommy dari lena beliau.