Bercerita mengenai Kelantan, tentunya ada banyak tempat menarik, tapi kedai RM 2 juga yang dituju warga Kuala Lumpur seperti Mommy ni.

Kisah bermula di sekitar kawasan bernama Wakaf Che Yeh yang terkenal di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ketika Mommy sibuk membeli-belah, Tedi membuang masa dengan mengambil beberapa keping gambar. Ini adalah Subaru S204. Lawa kan?

Inilah kedai yang Mommy serbu. Kedai Serbaneka ECO, sebuah kedai RM 2.

Dalam kawasan yang sama ada juga kedai lain seperti Bahtera Timur Enterprise ni yang menjalankan aktiviti jualan borong dan runcit produk kesihatan dan kosmetik.
Telefon 019-3215580

Di seberang jalan pula ada D'Klasik White Coffee, tempat sesuai untuk melepaskan dahaga..

Kalau rasa tak puas shopping sehari, boleh tempah bilik di Ombak Boutique Hotel yang juga terletak di seberang jalan..

Ketika kami singgah ni, kami sebenarnya dalam perjalanan pulang ke Sepang dari Kota Bharu...

20140731, 20141120