Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Kereta mati 6 kali dalam perjalanan!

Imej
Hari ini sepatutnya Tedi bersekolah petang, dan pada waktu paginya Tedi temani Master ambil kereta di bengkel. Kereta yang mana? Proton SAGA BLM 1.3 MT tu lah.Master hantar kereta tu pada Sabtu lalu kerana nak tukar cakera klac.Setelah ambil kereta pada jam 11 pagi, kami bergegas ke Bandaraya Kuala Lumpur.Tapi kami mula mengalami masalah setelah tiba di bandar tersebut apabila kereta kami tiba-tiba mati.Matinya tiadalah tersengguk-sengguk, tapi apabila perlahan di satu-satu tempat, tiba-tiba sahaja ia senyap, rupa-rupanya enjin mati.Nasib baik ia tidak berlaku semasa dipandu laju.Oleh sebab itu. Master mengambil keputusan untuk berpatah balik sejauh 50 kilometer dari Bangsar semata-mata untuk menghantar kereta itu ke bengkel kereta yang terletak di Salak Tinggi semula.Bayangkan kami mengembara sejauh 100 kilometer hari ini semata-mata pergi dan pulang, tak sempat melaksanakan apa-apa urusan,Setibanya kami di bengkel, si mekanik pada mulanya menguji Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM itu mengg…

Bagaimana membalas surat tunjuk sebab lewat hadir ke sekolah?

Imej
Surat balasan kepada surat tunjuk sebab dek kelewatan hadir ke sekolah perlu dijawab dengan ringkas dan tepat.

Penggunaan tatabahasa yang betul adalah sangat perlu.Penjelasan atas kelewatan perlu diberikan dengan jelas.Elakkan nada memberi alasan.
Contoh surat tunjuk sebab yang Tedi gunakan:
Rujukan Tedi: Tedi/Comel/Tunjuk-Sebab/2014/0001


TEDI Kelas 1 Comel
25 November 2014
GURU BESAR Sekolah Tedi belajar sekarang

Cikgu,
SURAT PENJELASAN LEWAT HADIR BELAJAR

Pertama, Tedi ingin meminta maaf di atas kelewatan Tedi ke sekolah. Tedi sedar sikap itu amat tidak professional bagi beruang yang comel seperti Tedi.
Kedua, sekadar untuk makluman Tedi tinggal jauh dari sekolah dengan jarak 50 kilometer, hadir ke sekolah menaiki kereta, dan faktor trafik amat memberi kesan. Di samping itu Tedi perlu menghantar Mommy ke pejabat beliau terlebih dahulu.
Ketiga, tapi Tedi amat berharap pihak sekolah turut mengambilkira komitmen Tedi kepada sekolah di mana Tedi ada masanya pulang lewat semata-mata untuk …

Pergi tak kembali: Nyang Shahidan

Imej
Pagi tadi Master hantar kereta Proton SAGA BLM 1.3 IAFM tu ke bengkel untuk tukar cakera klac.

Balik sahaja dari bengkel, Tok Mak hubungi Master untuk memaklumkan mengenai kematian Nyang Shahidan.Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali, pemergiannya adalah setelah berusia 91 tahun dan lumpuh dalam masa 8 tahun.Pemergian Nyang Shahidan agak mengejutkan, dan alhamdulillah, segala pujian bagi Allah subhanahu wa ta'ala kerana telah menemukan kami dengan Nyang Shahidan pada minggu lepas.Pertemuan kami itu tidak kami rancang kerana ketika itu kami baru sahaja mendarat di jeti selepas bercuti di Pulau Pangkor, di mana kami dihubungi mak saudara Master yang memaklumkan mengenai keadaan Nyang yang tidak berapa sihat.Maka bergegaslah kami ke Ipoh untuk menziarahi arwah pada masa itu.Ketika Nyang nampak Master, dia segera menyapa nama Master dan menyebut-nyebut perihal Master yang pernah hilang dan disangka terjun ke tali air ketika Master masih kecil.Perbuatan Nyang itu agak …

Siapa Annie?

Imej
Tadi Master tunjukkan kepada Tedi klip video "Smooth Criminal" nyanyian Michael Jackson.

Walaupun Tedi tak berapa kenal siapa dia ni, Tedi agak tertarik dengan lirik lagu dia.Dalam lagu tu disebut beberapa kali, "Adakah awak okay, Annie?"Dan lagu tu menceritakan mengenai seorang wanita bernama Annie yang diserang oleh seorang penjenayah licik dipanggil "Smooth Criminal".Dan pakcik Michael Jackson ni tak habis-habis bertanya, "Adakah awak okay, Annie?"Bila mendengar perkataan itu diulang banyak kali dan penceritaan dalam bait-bait lagu tu, Tedi mula yakin, mesti lagu ini mengenai sebuah kes jenayah ke atas seorang wanita.Maka Tedi mula menggelitar siapakah Annie tersebut? Apa yang terjadi kepadanya sehingga dimasukkan dalam lagu?Setelah beberapa pembacaan, rupa-rupanya watak Annie tu merujuk kepada Resusci Anne, sebuah patung yang digunakan dalam latihan bantuan CPR.Dalam latihan itu frasa, "Adakah awak okay Annie?" akan diulang untuk m…

Serbu Kedai Serbanika ECO .. dua ringgit..

Imej
Bercerita mengenai Kelantan, tentunya ada banyak tempat menarik, tapi kedai RM 2 juga yang dituju warga Kuala Lumpur seperti Mommy ni.






Gedik sungguh!

Imej
Merujuk kepada Kamus Dewan, "gedik" bermaksud tubuh badannya yang montok.
Mungkin sukar untuk ditafsirkan, tapi bagi Tedi biasanya gedik ni apabila seseorang itu melakukan perbuatan/pergerakan mengada-ngada yang tak sesuai dengan keadaan.
Contohnya?



Rujukan:http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gedik

Restoran Naimah Adik-Beradik

Imej
Restoran yang terletak di Bandariang, Gerik ini merupakan kedai makan pertama kami temui selepas menembusi Lebuhraya Timur Barat pada tengah malam.
Kehadirannya membawa berita gembira setelah berjam-jam (2 jam lebih) menempuhi Lebuhraya Timur Barat yang gelap gelita dan tiada hentian rehat.Ketika ini kami dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Sepang.



Dinosaur Malaysia Berasal dari Siam

Imej
KUALA LUMPUR – Penemuan fosil dinosaur di Gunung Gagau dekat Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seperti diumumkan Menteri Besar Terengganu kelmarin dipercayai daripada kumpulan dinosaur yang berasal dari Korat, Thailand.Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu, Mohd. Zukeri Abdul Ghani berkata, negara ini bukan tumpuan haiwan prasejarah tersebut, sebaliknya haiwan itu dipercayai sebahagian daripada dinosaur yang berhijrah dari Thailand memasuki negara ini bagi mencari makanan.Menurut beliau, dinosaur dikenal pasti tinggal di kawasan dataran atau tanah yang luas seperti Korat manakala tanah di Semenanjung Malaysia tidak sesuai sebagai tempat tinggal dinosaur.“Lazimnya dinosaur hidup dalam kumpulan besar dan dataran di Semenanjung kecil berbanding kawasan seperti Korat yang menjadi kawasan habitatnya,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.Semalam Kosmo! melaporkan kewujudan dinosaur di Malaysia suatu ketika dahulu semakin terbukti dengan penemuan terbaharu fosil haiwan…

Hentian sebelah Ceneh Baharu

Imej

Pesan Cikgu

Imej
Tedi masih bertungkus-lumus untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan...Entah apa masalah sehinggakan isu capaian menggunakan HTTPS masih belum ada penyelesaian.Tedi diberi masa sehingga minggu ini untuk menyelesaikannya.Sedangkan minggu ini Tedi dan keluarga akan sertai Hari Keluarga di Pulau Pangkor.Ini bermakna Tedi kena siapkan ia pada hari ini juga... Ini masanya Tedi mengenang kembali semua pesanan cikgu-cikgi Tedi... Kalau dapat sahaja kertas soalan, harus bawa bertenang.Abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab (dahulu) di halaman seterusnya.Ingat kembali formula-formula penting (atau kata kunci).Abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab (dahulu) di halaman seterusnya.Jika tiada soalan yang boleh diselesaikan, kembali ke halaman pertama (pangkal jalan).Kalau tak boleh juga, lantak Tedi lah, sebab cikgu dah pesan!

Sakinah dan makhluk hijau.

Imej
Lama juga tak melihat foto-foto si ketot, Sakinah. Jadi apabila mengemas kamera tadi, tak sangka pula ada banyak gambar dia.Ini pun dah gambar 5 bulan lepas yang diambil di Dataran Nilai selepas kami pulang dari Aquaria KLCC.Masa ini dia memang suka menggigit dan semua benda nak digigitnya.


Jangan dedahkan aurat anda.

Imej
Pakailah pakaian yang sesuai ketika solat.Ada manusia yang solat dengan memakai baju yang singkat atau ketat, dan apabila mereka ruku' atau sujud, aurat mereka terdedah.Apatah lagi ada lelaki yang suka memakai seluar londeh! Apabila sujud nampak boxer! Nasib baik nampak boxer! Tu pun dah meloyakan jemaah di belakang.Ada lagi teruk yang terdedah lurah punggung... eeei... kekadang Tedi pelik kenapa manusia sebegini ada? Bagaimana mereka ni boleh dikatakan cukup hebat kerana berjemaah namun tak jaga tatacara solat berjemaah?Jika aurat terdedah lebih daripada masa yang diambil untuk mengucapkan Subhanallah sebanyak 3 kali, solat anda terbatal.Selain itu elakkan pakaian yang mengganggu jemaah lain contohnya pakaian dengan gambar-gambar atau tulisan.Bagi lelaki pula, elakkan pakai seluar atau pakaian yang melebihi buku lali.

Pelancaran selesai, cabaran baru bermula.

Imej
Tadi selesai satu majlis pelancaran salah sebuah projek sekolah Tedi.

Kelam-kabut juga Tedi sepanjang hari menyiapkan apa yang patut.Lagi kelam-kabut apabila apa yang selama ini diuji dengan baik, tiba-tiba sahaja tidak berjalan!Nasib baiklah dapat sedikit ilham.Nasib baiklah ada rakan sekerja yang boleh membantu menyelesaikan sedikit cabaran yang dihadapi.Hari ini balik lewat, esok ada kerja sekolah yang lain menanti...Tedi kepenatan...

Menara Rebung vs Cendol Time

Imej
Tujuan Master ajak kami minum adalah untuk mengelakkan mengantuk semasa memandu, namun apabila mengantuk ditambah cendol, apalah sangat kesannya?

Dunlop... Power... dan Prokennex

Imej
Semalam ke One Utama untuk tebus SmartTAG menggunakan kredit Maybank.

Sejurus keluar dari Maybank, Master ternampak kedai Studio R, sebuah kedai peralatan sukan.Master mahu belikan towelling grip untuk raket badminton beliau, jadi kami singgah di sana.Malangnya tiada towelling grip sebaliknya ada grip yang biasa.Master mahu gunakan towelling grip kerana mahu tiru Taufik Hidayat, bezanya Taufik Hidayat guna barangan mahal manakala Master cari yang murah-murah sahaja.Tak jumpa towelling grip, Master mula perhatikan semua kasut di sana. Ternyata kasutnya murah-murah dan kasut badminton punyalah banyak!
Walaupun Master sudah punyai kasut Power Vapor D 214 yang dibeli sebelum ini di Kedai Kasut BATA di Tesco Bandar Baru Nilai, beliau bercadang untuk menggantikan kasut itu dengan kasut yang lain supaya kasut Power tu boleh digunakan untuk berlatih berlari di gym nanti.
Akhirnya Master membeli kasut Dunlop D 5562 dengan harga RM 42 (empat puluh dua ringgit Malaysia) sahaja selepas diskaun 30% …

Keropok ikan Jalan Tunku Abdul Rahman tak mampu dimakan.

Imej
Master adalah penggemar keropok terutamanya keropok lekor atau keropok keping.Oleh itu semasa Master menemani Mommy dan adik-beradiknya membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 25 Oktober lalu, dia singgah di sebuah gerai menjual keropok.Gerai itu bernama Keropok Jalan T.A.R, menjual keropok yang dah digoreng mahupun yang mentah,salah satu promosinya adalah beli 3 bungkus dengan harga RM 5, sedangkan harga sebungkus adalah RM 2.Oleh kerana bilangan kami ramai, maka Master beli 3, satu pembelian yang dikatakan berbaloi ketika itu.Namun sebaik sahaja keropok itu dimasukkan ke mulut, ternyata ia tak mampu dimakan, kerana ia terlalu masin.Jadi kepada pembeli di luar sana, kalau nak membeli Keropok Jalan T.A.R ni, agaknya lebaih baik cuba rasa dulu.Kepada peniaga pula, jangan sibuk kejar untung sehingga tak pedulikan kualiti produk anda. Apatah lagi keropok lekor ini seharusnya jadi produk kebanggaan negara, jika dimakan pelancong dan tak sedap, apa nak dibanggakan lagi? Selain itu…

Berjaya tangkap Harvester Mouse

Imej
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya salah seorang rakan seperjuangan, si RM berjaya memburu Harvester Mouse sekaligus membolehkan dia membina Zugzwang's Tower Key.

Ini adalah langkah penting untuk kumpulan kami memiliki perangkap taktikal terulung.Selamat berjaya RM, dan nanti Tedi akan kumpul info mengenai Zugzwang's Tower.

Memburu Relic Hunter

Imej
Memandangkan Tedi agak kebosanan, salah satu cara untuk mendapatkan objektif baru adalah dengan memburu Ancient Relic Hunter.
Langkah 1 – Cari Ancient Relic Ini kerana tikus Ancient Relic Hunter ni adalah seekor tikus yang nomad, selalu berpindah-randah, jadi kita kena cari dia melalui bantuan kawan-kawan yang terserempak dengannya.Tapi sebelum tu kita kena cari Ancient Relic sebab tikus ni hanya datang apabila ada benda tu.Jadi Tedi telah meminta bantuan salah seekor kawan Tedi untuk mencari Ancient Relic yang selalunya diperolehi apabila kita dapat tangkap bos-bos tikus-tikus itu.Selalunya dia akan bertapa di Acolyte Realm untuk memburu Acolyte Mouse.Untuk maklumat lanjut sila ke http://goo.gl/VpKHM
Langkah 2 – Tangkap Relic Hunter Ancient Relic Hunter telah menukar modus operandi beliau daripada kitaran 7 hari kepada kitaran 25 hari di 25 lokasi berbeza (sejak kemaskini pada 6 Mei 2013).


Para pemburu masih menunggu maklumat lanjut tentang Kitaran tersebut. Buat masa sekarang, lokasi A…

Kuching Hitam

Imej
Keluar sahaja daripada kereta Mommy, Tedi terperasan satu hal pada sebuah teksi di sebelah. Buat mereka yang tidak mengenali kumpulan Gagak Hitam yang Tedi maksudkan, boleh baca di sini "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gila-Gila_Remaja". Kumpulan ini merupakan watak antagonis dalam filem tersebut.


Liverpool sesat di Lebuhraya Pantai Baru

Imej
Semasa duk berasak-asak dalam kesesakan lalulintas di Lebuhraya Pantai Baru, boleh pula terserempak dengan sebuah kereta peminat Liverpool.