Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Menari... meminta... yong tau foo

Imej
Hari ini satu kelas sibuk menari.

Sebabnya hari Sabtu nanti sekolah kami ada persembahan sempena Hari Sekolah.Kelas Tedi buat lakonan drama hantu dan ada sedikit tarian.Letih jugalah nak menari, kelam-kabut kami semuanya.Pada esok hari, kami nak kena buat raptai persembahan di hadapan ahli jawatankuasa Hari Sekolah, di mana semua kelas terlibat. Hari ini Tedi keletihan
Kelam-kabut selain menghadiri latihan tarian, Tedi kena juga siapkan kerja sekolah.Tadi ada isu baru pula apabila Kelas 7 memaklumkan bahawa kami tak boleh gunakan FTP, kena tukar kepada sFTP.Lebih malang lagi apabila pustaka yang Tedi gunakan selama ini tampak tidak menyokong sFTP.Puas Tedi cari pustaka baru namun semuanya kena beli.Jadi Tedi menguar-uarkan kepada satu kelas meminta bantuan mereka jika mereka ada pustaka yang sesuai dengan kerja sekolah Tedi itu.Esok Tedi akan berdiskusi dengan mereka dan semoga kerja Tedi siap esok. Bang, dua ringgit bang...

Jam 2 (dua) petang, Tedi sertai Master pergi makan tengahari d…

Kerana kita akan akhirnya... Sendiri

Imej
Nasyid "Sendiri" oleh munsyid Saujana seringkali dipandang sebagai sebuah lagu cinta yang memuja seorang wanita.

Pendapat itu sebahagian benar... ia adalah lagu cinta bukan buat sebarangan wanita, tetapi buat wanita bergelar ibu.

Terasa tersisihSendiri di pinggir sanaKau tiada lagi di sampingkuBerbicara menyalakan api
Tedi pun tak faham maksud bait ini. Adakah ia bermakna si ibu sering berbicara tika memasak? Atau adakah si ibu sering memberi nasihat yang membuatkan anaknya bersemangat?Kedua- duanya mungkin benar.
Tika kau di sampingkuTuturmu ku anggap bisuTingkahmu untukku sumbang bagi dirikuHarapanmu padaku, tidakku endahkan
Selalunya ibu apabila masih ada, kita tak endahkan. Perasaannya kita tak hiraukan.
Nasihatmu madu penyembuh lukaPabila bersamamu hilang dukakuLewat ku sedari nilai cintamuApabila kau tiada lagi di sisiku
Belaianmu kini masih terasaRestu darimu membawaku ke syurga
Inilah bait yang membuktikan lagu ini buat seorang ibu, kerana belaian seorang ibu boleh membawa …

Makan malam di Warong Sanget

Imej
Bosan asyik singgah di restoran yang sama untuk makan malam, kami mencuba makan di Warong Sanget pula.
Warong Sanget adalah sebuah kedai makan kecil yang terletak di tepi Jalan Dengkil - Bangi.Makanan yang dijual adalah masakan panas tipikal kedai Melayu yang biasa.Namun masakannya ternyata agak bagus berbanding beberapa kedai makan yang selalu kami singgah.Masakannya seolah ringan daripada segi rasa dan ada hiasan pula.Selain itu ada Kerang Bakar yang rasanya agak segar berbanding kedai lain, tapi kawan-kawan kena cuba sendiri lah, mungkin Tedi je berpendapat sedimikian.Dari segi kebersihan dan hiasan, okay, tidak memualkan dan ada beberapa dekorasi menggunakan papan Carrom dan gitar (yang boleh dimainkan jika anda mahu).Dari segi tandas, Tedi tak pernah masuk.Dari segi menu, tiada pula Tedi nampak disediakan.Secara keseluruhannya, untuk sebuah warung, ia memang terbaik!Jadi Tedi uar-uarkan di sini semoga perniagaan mereka mendapat perhatian dan semoga mereka maju jaya. Jika manusia …

Kedah FA kena balun!

Imej
Sedih sungguh melihat pasukan yang disokong  seolah-olah tidak pernah bermain bolasepak!

Namun, itulah hakikat yang perlu diterima Master dan mana-mana penyokong kepada mana-mana pasukan pun apabila pasukan mereka tidak beraksi baik.Menang atau kalah, sokongan tetap diberikan.Bukan hanya berani pakai jersi pasukan apabila masuk final atau menang kejuaraan.Bukan hanya pandai mengaku sokong pasukan dan bangga jadi juara, sedangkan apabila ditanya siapa jurulatih, tak kenal pun siapa!Kedah kena balun di Pahang 5 gol tanpa balasan malam tadi.Puncanya adalah kerana pertahanan Kedah amat bersopan santun dan bertahan terlalu ke bawah sehingga dikucar-kacirkan pemain import Pahang yang berbadan besar.Selain itu semasa serangan Kedah hanya bermain hantaran bola jarak jauh.Padang yang agak basah juga memberi masalah kepada Kedah yang mahu bermain memperagakan skill sedangkan serangan terus diperlukan dalam keadaan sebegitu kerana padang basah menyusahkan kawalan ke atas bola.Melihatkan kehancur…

Hang Kedah tang mana?

Imej
Malam itu Master sertai permainan badminton dengan kawan-kawan barunya.

Tiba-tiba sahaja ramai yang menegurnya.Teguran itu pula dalam loghat utara, loghat Kedah."Hang Kedah tang mana?""Jeles aku dengan jersi hang ni"Master jawab, "Aku asal Negeri Sembilan""Habis, awat hang pakai jersi Kedah ni??""Alah, mula-mula aku tengok bola dulu, aku tengok Kedah main cantik."Ramai mula menerima jawapan Master tu walaupun di Malaysia ni selalunya sokongan diberikan kepada pasukan negeri kelahiran masing-masing."Alah, kalau korang boleh sokong Manchester United, takkan aku tak boleh sokong Kedah?", hujah keramat Master.Setahu Tedi, ada seorang artis Malaysia, iaitu Yusri KRU, suami kepada Lisa Surihani yang gemar memakai jersi pasukan-pasukan negeri di Malaysia, tanpa mengira negeri, mungkin satu langkah selamat dalam menyatakan cinta kepada bolasepak tanah air.




Lisa Surihani dan Yusri pakai jersi Sarawak

Berapa lama masa tukar cakera klac Proton SAGA BLM?

Imej
kos tukar clutch plate saga blm Pagi semalam Tedi temani Master pergi ke bengkel untuk tukar cakera klac (clutch disc).Cakera klac (clutch plate) ini rasanya perlu diganti kerana dah susah nak tukar gear dan ada bunyi halus ketika tukar gear 4 dan 5, tambahan jarak perjalanan sudah mencecah 150000 (seratus lima puluh ribu) kilometer sedangkan purata jangka hayat cakera klac (clutch plate) adalah sekitar 100000 (satu ratus ribu) kilometer.Sampai sahaja di bengkel, si mekanik kata tak dapat siapkan dalam masa sehari, kena tinggal kereta di bengkel semalaman.Itu bukan satu pilihan buat kami kerana kami tiada pilihan pengangkutan lain.Memandangkan Master tidak berkenan dengan jawapan itu, kami segera bergegas ke Pusat Servis Proton Petronas LCCT, salah sebuah pusat servis Proton berhampiran Salak Tinggi.Kaunter di sana menyatakan memang perlukan masa seharian tapi tidaklah sampai kena tinggalkan kereta semalaman, cukup hantar pagi dan ambil kereta pada waktu petang.Harga penukaran clutch…

Kerja sekolah masih belum siap

Imej
Pagi ini cadangnya Tedi nak pinjam komputer riba Mommy untuk siapkan kerja sekolah yang tertunggak.

Kalau boleh, Tedi tak mahu tidur, dan kemudian esok boleh tolong Mommy kemas rumah.Mommy pun demam sekarang ni.Tapi tiba-tiba rasa macam tak larat pula untuk siapkan kerja sekolah Tedi tu... rasa mengantuk sangat...Tengoklah, kalau paksa pun, idea takkan hadir, tapi yang pasti hari Isnin cikgu nak kerja sekolah Tedi tu siap.

Lintah bersarang di dalam hidung

Imej
Wow! Ini satu berita yang agak mencemaskan!14 Oktober 2014: seekor lintah bersarang dalam hidung seorang pelancong beg galas (bagpackers) semasa dia bercuti di Vietnam.



Selama ini Tedi sangkakan berita mengenai salah seekor kawan Tedi bernama Sang Lintah yang naik dan bersarang di bahagian atas tubuh manusia adalah dongengan semata-mata.Namun persepsi Tedi itu terpaksa ditukar setelah membaca mengenai seorang makcik yang "membela" seekor lintah sepanjang 3-inci di dalam hidungnya selama sebulan!Makcik Daniela Liverani dari Edinburgh dikatakan "mendapat" lintah itu semasa bercuti di Vietnam, di mana dia sering mengalami pendarahan di hidung yang tidak dipedulikannya kerana sebelum itu dia telah mengalami kemalangan yang menyebabkan hidungnya cedera.Mungkin Sang Lintah itu terhidu bau darah kesan dari kemalangan sebelum itu dan mencari punca bau darah itu sehinggalah ia menemui lubang hidung makcik Liverani.Perkara sama juga berlaku kepada Master pada suatu masa dahu…

Pinggan tak retak, nasi tak dingin

Imej
Malam ini Master meluahkan isi hatinya.
Tedi nak tahu satu cerita?

"Apa dia Master? Ceritalah... Tedi sedia mendengarkannya."
Beberapa minggu yang lalu, dalam wassap kumpulan kawan-kawan Master, mereka sibuk mengundang orang untuk bermain badminton, memenuhkan gelanggang yang ditempah mereka.

Ketika itu wassap kumpulan itu laju dikemaskini dengan kiriman-kiriman penuh semangat kesukanan dan kekawanan. Lajunya kemaskini itu bak bertih digoreng.

Pada mulanya Master cuba menolak kerana Master kan tak pandai bersukan, namun kawan-kawan Master duk sibuk memujuk dengan ayat-ayat klise berbunyi "kalau tak pandai, boleh belajar".



Master pun hadirlah untuk menunjukkan semangat setia kawan.
Hadir kali pertama, terasa seronok pula sebab dapat mengeluarkan peluh. Jadi Master mengambil keputusan untuk membeli kasut badminton pula.

"Owh, kasut badminton harga RM 80 tu kan?"
Kemudian ketika beraya di Kelantan, Master dianugerahkan pula raket badminton Fleet oleh Tok Abah…

Karya agung: Canon D (Pachelbel's Canon)

Imej
Master selalu kata lagu Bawaku Pergi oleh Zizan dan Kaka macam saduran sebuah lagu lama.
Master kata lagu itu dibawa oleh Spice Girls, tapi Master sampai sekarang tak ketemui lagu bawaan Spice Girls yang dikatakan itu.

Maka Tedi mula melakukan eksplorasi sendiri.

Lagu yang mungkin menjadi saduran Bawaku Pergi.Pachelbel's CanonSalah sebuah lagu yang Tedi dengar mempunyai rima yang mungkin disadur Bawaku Pergi adalah Canon D atau Pachelbel's Canon.Tedi dengar lagu ini memang dahsyat, ia seolah mengimbau memori. Berhantu!Sebab itulah agaknya Bawaku Pergi ni jadi berhantu juga, dek kehebatan lagu klasik ini.Lagu ini telah dibawa dalam pelbagai versi seperti:Canon Rock oleh Jerry CVersi Piano oleh iklan Tosando Music, iklan ini menjadi viral dan berjaya membuka hati ramai warga dewasa Jepun untuk belajar piano.How Where When oleh Cleo Laine dan James Galway.Klasik ala Pagagnini. Persembahan muzik klasik yang kelakar.OST Drama My Sassy Girl.
Beberapa lagu yang turut disadur daripad…

Masjid Mukim Meranto

Imej
Tempat persinggahan dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur melalui jalan Jeli - Dabong - Gua Musang.
Menurut perancangan awal, kami akan pulang dari Kelantan melalui Lebuhraya Timur Barat.Tapi entah kenapa ketika di Jeli, di simpang terakhir ke Gerik, Master mengubah haluan untuk melalui jalan Dabong - Gua Musang.Ternyata jalan baru itu agak menarik dihiasi pemandangan naik turun bukit berlatarbelakang Gunung Setong.Ada juga sebuah tempat rekreasi untuk dikunjungi.Selain itu tiada tempat sesuai untuk berhenti walaupun banyak gerai di tepi jalan.Sehinggalah kami nampak papan tanda ke Masjid Mukim Meranti. Itupun dah terlajak, terpaksa buat pusingan U sebelum masuk ke kawasan masjid yang terletak di atas bukit itu.




Kek Ikan kering buat mengalas perut yang lapar

Imej
Kek Ikan memang sedap dimakan terutama apabila betul cara memasaknya. Alkisahnya, pada jam 3 pagi 4 Oktober 2014, beberapa minit sebelum kami berangkat pulang ke Kelantan, Master mengadu kelaparan.Tedi pun segera menghulurkan bantuan.Tedi selongkar peti sejuk dan menjumpai Kek Ikan beberapa potong.Tanpa berlengah Tedi memasukkannya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan set masa 3 minit.Apabila keluar sahaja, Tedi mendapati ia sangat kering dan mengembang macam belon.Master pula memakannya dengan terpaksa, dan berkerut-kerut.Tedi bertanya, "Kenapa Master? Tak sedap ke?"Master jawab, "Nah, rasalah sendiri."Memang tak sedap! Rasanya sungguh masin...Apa-apa pun Master tetap menghabiskan masakan Tedi tu... hehehehe... bak kata pepatah, "tiada rotan, akar pun berguna", yang bermaksudnya jika tiada yang baik, yang kurang baik pun boleh digunakan...Atau boleh juga dinasihatkan kepada semua kawan-kawan, "jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan dicuba!…

Muslimah dan kata-kata

Imej
Kecantikan akhlak muslimah mengatasi kecantikan paras rupa
Betullah kata-kata di atas seperti contoh Saiyidatina Siti Khadijah, Aishah, Halimatus Saadiah, dan Rabiatul Adawiyah serta banyak lagi tokoh, nama mereka "kekal" disebut zaman berzaman kerana ketokohan dek kebagusan akhlak mereka.Betul! Jika hati kita bagus, maka luaran kita bagus.Tentunya cahaya dari hati itu berkait rapat dengan iman.Wanita yang mempamerkan kecantikannya boleh sahaja menarik perhatian ramai lelaki, manakala wanita yang solehah pula akan membantu tingkatkan iman seseorang lelaki.
Mendamba cinta Illahi Rabbi
Merendah diri mengharap cinta Illahi.Sedar selalu lakukan kesilapan untuk mengelak daripada dibenci Kekasih abadi.

***
***

Kadar pertolongan Allah

Imej
Komen Tedi mengenai kenyataan di atas:
"Jangan bersangka buruk dengan Allah"itulah pesanan seorang guru Tedi.jika kita awal-awal sudah bersangka buruk, bagaimana kita boleh dikurniakan apa yang kita hajati?Berdoa dan bersabarJika niat kita sempurna, tentu cara kita untuk mencapainya juga sempurna.ianya termasuklah kita bersabar dan berterusan berdoa kepada-Nya, disertai usaha yang bersungguh-sungguh."Pertolongan Allah takkan pernah tidak sempurna"Pada pendapat Tedi, pertolongan Allah sentiasa sempurna, takkan pernah tak sempurna.Bezanya sempurna pada perkspektif manusia dan pada pandangan Allah itu berbeza.Manusia hanya berasa sempurna apabila memperolehi sesuatu yang manis-manis, manakala Allah pula akan memberikan kepahitan apabila kepahitan itu terlebih baik buat hamba-Nya.Adakah sempurna apabila kita seronok minum minuman manis yang lazat sehingga dijangkiti penyakit? Atau adakah sempurna itu apabila kita minum ubat yang pahit untuk mengubat sakit? Atau adakah …

Ujian Asap pada hujung minggu

Imej
Tiba-tiba petang semalam mendapat informasi mengenai satu ujian yang akan diadakan.

Ujian yang dinamakan Ujian Asap kepada Ujian Penerimaan Pengguna untuk subjek CBO itu akan diadakan pada hari ini.Tedi dan kawan-kawan terpaksa turun padang pada hari ini untuk membantu perlaksanaan ujian tersebut.Maka terpaksalah Master menghantar Tedi ke Kerinchi pada hari ini, sekaligus melupakan hasrat beliau untuk ke Pusat Selenggara PROTON yang berdekatan.Cadangnya Master nak tukar cakera klac kerana proses penukaran gear agak tidak lancar dan prestasi pecutan kereta Proton SAGA BLM IAFM 1.3MT milik Mommy semakin berkurangan.Berkenaan ujian yang dinamakan Ujian Asap itu, Tedi sendiri pun tidak pasti apa tujuannya dan Tedi pun tidak pernah mendengarnya.Adakah ia memang nama ujian itu? atau ia satu istilah?Yang pasti ramai yang berasap kerana kena datang ke sekolah pada hujung minggu.Kawan Tedi kata Ujian Asap itu adalah sejenis Ujian Tekanan.Tapi Tedi rasa mungkin ia adalah satu teknik ujian yang …

Cakap Perlahan-lahan

Imej
"Tedi, mari ke sini."
"Panggil sekali Encik AD", tambah Cik D
Panggilan Cik D itu agak memeranjatkan kerana memang jarang ketua kelas Tedi tu memanggil Tedi untuk sebarang perbincangan.

Jika dipanggil ketua kelas, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena.



"Saya ada hal nak bincangkan mengenai kehadiran kamu. Oleh kerana Encik AD adalah mentor kamu, maka dia saya jemput untuk turut serta dalam perbincangan ini." Tedi tersenyum. Tak sangka sama sekali ketua kelas Tedi itu akan terjebak dalam permasalahan ini.

"Puan R maklumkan saya bahawa untuk bulan lepas kamu telah lewat hadir ke sekolah melebihi 3 kali. Oleh itu dia mahu saya cakap perlahan-lahan dengan kamu, untuk mengetahui mengapa kamu selalu lewat? Adakah kamu menghadapi sebarang masalah?""Tiada masalah cik. Cuma sekarang paling awal kami hanya mampu keluar rumah pada jam 6.45 pagi, kalau terlewat dalam 10 (sepuluh) minit pun, kami akan terjejas teruk." "Saya tahu rumah kamu ja…

Mari mewarna.. mula dengan angka kosong

Imej
Kepada kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik yang ada anak tu, aktiviti mewarna mungkin satu cara meluangkan masa bersama.
Jadi Tedi mahu kongsikan gambar Tedi ni. Sila warna mengikut kreativiti masing-masing ya!
Semoga kalian bergembira melaksanakan aktiviti ini...


Ya Rasulullah

Pagi ini Tedi mahu berkongsi satu nasyid yang amat syahdu, Ya Rasulullah yang dipopularkan kumpulan nasyid Raihan.
Lirik nasyid ini beberapa kali menekankan ayat "Alangkah indahnya hidup ini"
Munsyid: Raihan Album: Senyum
Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat ku tatap wajahmu Akan pasti mengalir air mataku Kerana pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat ku kucup tanganmu Moga mengalir keberkatan dalam diriku Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah Tak pernah ku tatap wajahmu Ya Rasulullah, Ya Habiballah Kami rindu padamu
Allahumma sholli 'alaa Muhammad Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim
Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat ku dakap dirimu Tiada kata yang dapat aku ucapkan Hanya Tuhan saja yang tahu
Ku tahu cintamu kepada ummat Ummati ummati Ku tahu bimbangnya kau tentang kami Syafa'atkan kami
Ya Rasulullah, Ya Habiballah Terimalah kami sebagai umatmu Ya Rasulullah, Ya Habiballah Kurniakanlah syafa'atmu
Komentar Tedi mengenai lirik nasyid ini:Nas…

Memanaskan Rumah

Imej
Tadi duk kemas komputer Tedi ni, terjumpa pula satu foto yang sungguh nostalgia.


Tak sangka dah dekat 2 tahun berpindah ke kawasan baru ni.Semasa mula-mula anjurkan majlis housewarming ni, pakcik makcik semua duduk atas lantai je sebab yang ada cumalah meja makan, tiada perabot.Pada masa itu ramai yang sesat kerana jalan rumah kami masih tiada dalam peta.Semoga rumah ini berkeadaan baik dan tak bermasalah hendaknya.Amin...

Tunggu 40 tahun lebih baik

Imej
Umum mengetahui melintas di hadapan hamba yang sedang bersolat adalah dilarang.

Namun Tedi mahu berbicara dari sudut pandangan yang agak kontra.Bukannya kerana Tedi mahu mempertahankan mereka yang melintas di hadapan mereka yang bersolat, cuma supaya muslimin saling bantu-membantu dan bukan saling menyalahkan di antara satu sama lain.
Jangan solat di laluan orang ramaiMemanglah sakit hati jika ada manusia melintas di depan ketika manusia bersolat, namun harus salahkan diri sendiri (atau berlapang dada) jika hal itu terjadi dek pilihan diri sendiri.Satu contohnya adalah bersolat di belakang laluan pintu masuk masjid, atau di bahagian belakang masjid.Tentulah orang ramai terpaksa melintas kerana itu adalah laluan mereka.Mereka pun ada urusan dan mungkin tak dapat menunggu, atau mungkin mereka tidak perasan kerana adatnya itu adalah memang laluan utama. Letakkan halangan atau solat di belakang halangan. Jika mahu solat di kawasan yang orang ramai boleh melintas, letaklah sesuatu (contohny…

MH#28 Living Garden

Imej
Taman Hidup memang agak mencabar, tidak menguntungkan tetapi berbaloi untuk mendapatkan perangkap Hidro, Arcane dan Shadow yang terkuat pada masa ini!Peralatan Sokongan http://mousehuntguide.com/mh-essenceWizard.php : kira jika esen bawahan cukup untuk dijadikan esen atasan.Rumusan

Turutan Pembinaan Perangkap Baru Kalau nak cepat habiskan tugasan di Living Garden ni, kita kenalah bina perangkap yang dikehendaki mengikut turutan yang betul. 1. Phantasmic Oasis Trap (Hydro) Perangkap ini menjadi tujuan utama kerana ia membantu kita mengumpul Dewtheif Petal, Graveblossom Petal dan menangkap Twisted Carmine!Dengan adanya perangkap ini, bukan sahaja kadar pengumpulan kelopak-kelopak bunga itu bertambah, malah kadar tangkapan Twisted Carmine akan turut meningkat. Resepi Pembinaan1 Phantasmic Oasis Trap Blueprint = Est + Fel + Icuri Essences1 Oasis Water Node Trap Parts3 Phantasmic Essence2. Grand Arcanum Trap (Arcane) Nota: dengan jangkaan anda telah memiliki Reaper’s Perch, jika tidak, sila ut…

Microsoft Security Essential jadi pilihan

Imej
Memilih perisian antivirus percuma bagi Mommy bukannya satu perkara mudah.
Pagi ini Tedi menolong memasang perisian yang diperlukan ke dalam komputer riba pejabat milik Mommy.
Selain memasang pelayar internet percuma Google Chrome, menaiktaraf pelayar internet Microsoft Internet Explorer ke versi 11 (IE11), Tedi juga memasang perisian keselamatan Microsoft Security Essential (MSE).

Sesungguhnya banyak lagi antivirus percuma namun kenapa harus Tedi pilih MSE?
MSE pun bukannya terletak paling atas dalam senarai perisian antivirus percuma.
Sebabnya kerana komputer ini adalah komputer pejabat Mommy, maka tidak boleh pasang antivirus percuma yang didedikasikan kepada penggunaan di rumah sahaja. Jika mahu guna di dalam rangkaian pejabat seharusnya kena guna yang berbayar.
Ketika inilah MSE muncul mengatasi antivirus lain seperti Panda Security, AVG Free dan Avast. 
Lagipun Tedi pasang sementara Tedi guna internet di rumah sahaja, nanti apabila di pejabat, Mommy kenalah minta pakcik di peja…