Langkau ke kandungan utama

Senarai susu tanpa laktosa untuk kucing Malaysia

Okay, sebelum ni Tedi kata kucing Malaysia (dan yang sejenis dengannya) tak boleh minum susu yang ada laktosa.

Tak kisahlah kucing anda tu anak kucing, baru lahir, anak yatim, mak kucing bunting, ibu kucing menyusukan anak, bapa kucing, datuk kucing, nenek kucing... susu tanpa laktosa untuk keluarga kucing memang amat sesuai untuk mereka.

Masalahnya di Malaysia ni apakah jenama susu tanpa laktosa yang sesuai untuk kucing?


Ini senarainya seperti yang dimaklumkan pihak CatsnDogs.my


Imej Nama Keterangan Jangkaan Harga
Bengy Barry Animal Milk Powder, 350g
  • Vitamin A, B & C.
  • Nutrisi penuh untuk anak kucing.
  • Jaminan penghadaman lemak susu optimum.
  • Sesuai untuk kucing sakit
RM10.90
Green Empire Goat Milk for Cats, 250g
  • 100% semulajadi.
  • Bagus untuk sistem imunisasi.
  • Bebas laktosa.
  • Kaya dengan vitamin B kompleks, enzim dan Kalsium
  • Sesuai untuk anak, bapak dan mak kucing.. datuk nenek pun boleh juga.
  • Sesuai untuk ibu yang sedang menyusukan anak (ibu kucing tau!).
RM28.00
Pet Point Milk Powder for Puppies and Kittens, 250g
  • Nutrisi seimbang yang hampir serupa dengan susu mak kucing atau mak anjing.

  • Ada protein, lemak, karbohidrat, vitamin-vitamin, garam dan asid amino yang diperlukan anak kucing dan anak anjing yang sedang membesar.
RM19.90

Petalac Kitten Milk Replacer, 215g
  • Nutrisi seimbang untuk kucing membesar dan ibu (kucing) menyusukan anak.
  • Ada Omega 3, Taurine, Omega 6, vitamin dan garam.
  • Sesuai untuk anak kucing yatim (kehilangan ibu) dari saat kelahiran sehingga mereka mula makan makanan pejal.
  • Sesuai untuk ibu (kucing) yang sedang bunting.
  • Produk Australia.
RM29.90
Pets Own Milk, 250mL
  • Semua susu UHT bebas laktosa Pets Own adalah tanpa laktosa. (Dah memang bebas laktosa, mestilah tanpa laktosa, kan?)
  • Susu asli.
RM7.90
Veterina Powgalac milk replacer, 25g (1 sachet)
  • Disyorkan untuk anak anjing dan anak kucing yang sedang membesar yang memerlukan nutrisi mudah hadam.
  • Ditambah Arginine untuk mengelakkan katarak.
  • Simpan di tempat sejuk dan kering.
  • Campurkan 1 saket dengan 100mL air suam sebelum dihidangkan.
  • Jangan dihidangkan dengan air batu.
RM3.90

Label:

  • susu Bengy untuk kucing 
  • makanan (susu) untuk anak kucing
  • susu Nestle
  • harga susu kucing Malaysia
  • susu palsu untuk anak kucing
  • jenama susu untuk anak kucing

Ulasan

  1. di mana saya boleh dapatkan/beli susu untuk kucing ni ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh semak di http://catsndogs.my/ untuk senarai terkini.

      Padam
  2. Saya tersalah beli susu anjing utk ank kucing saya. Nak buang ke atau bole truskan bagi je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay. Kena pastikan susu tu sesuai untuk kucing atau tidak. Umumnya susu untuk anjing tak sesuai untuk anak kucing sebab keperluan mereka berbeza. Tapi ada juga jenama/produk yang direka untuk kedua-dua anak kucing dan anjing.

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Kiriman Berkaitan