بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Setelah sekian lama tidak menebus rebat Touch 'n Go, kini khabar tidak enak pula diterima.

Gambar resit tebus rebat Touch 'n Go. Khabarnya rebat ini akan ditamatkan oleh kerajaan.
Rebat GFTP terakhir kami tebus berjumlah RM 129 (seratus dua puluh sembilan Ringgit Malaysia) hasil transaksi selama 3 bulan.

 

  • Kami adalah pengguna utama Touch 'n Go menggunakan SMARTTag dan juga laluan bertol di Malaysia yang tercinta ini.
  • Setiap hari kami akan melalui 4 buah tol dengan jumlah transaksi minimum RM 8.20 (Ringgit Malaysia lapan dan dua puluh sen).
  • Jadi dalam sebulan kami akan melakukan sekurang-kurangnya 80 kali transaksi tol menggunakan Touch 'n Go.
  • Jumlah transaksi sebegitu melayakkan kami menikmati rebat bulanan 20% yang dianjurkan kerajaan melalui Government Frequent Traveller Programme  (GFTP) yang diberikan kepada mereka yang melakukan transaksi Touch 'n Go sebanyak 80 kali sebulan.

 *****

Gambar iklan rebat tol 20% untuk 80 transaksi sebulan.
GFTP kini tinggal kenangan. Dengan tamatnya program ini, Tedi tak tahu mana nak cari makan...

*****

  • Ia memberikan kami penjimatan sebanyak RM 32 (Tiga puluh dua Ringgit Malaysia) atau 4 hari perjalanan dalam masa sebulan.
  • Tedi secara peribadi merasakan Touch 'n Go harus meneruskan pemberian rebat ini walaupun tanpa dana daripada kerajaan kerana ia sebenarnya adalah satu promosi yang baik di samping menyejukkan hati pengguna Touch 'n Go itu sendiri.
  • Tengoklah, kami belanja minimum RM 160 sebulan, bukankah kami patut diraikan?
  • Tedi menyeru Touch 'n Go meneruskan usaha ini.
  • Selain itu kepada mereka yang merasakan mereka layak untuk menebus rebat GFTP ini sila berbuat demikian sebelum Januari 2015 kerana ia akan luput pada masa itu (kecuali kalau tiba-tiba kerajaan gerun untuk menarik semula program tersebut).

Notis Penamatan Program Pengembara Kerap

gambar notis kepada para pelanggan Touch 'n Go mengenai penamatan rebat penggunaan kad Touch 'n Go untuk bayaran tol di Malaysia.
Penamatan Program Pengembara Kerap (Government Frequent Traveller Program)        

 Kepada Pengguna yang "Dihargai" 

Seperti yang diumumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), program GFTP yang menawarkan 20% rebat tol akan ditamatkan berkuatkuasa 15 Julai 2014.
Mereka yang layak perlu menebus rebat sebelum *15 Januari 2014.

Rebat tol boleh ditebus di:
Kaunter Khidmat Pelanggan di sepanjang lebuhraya, 
Touch 'n Go Spot di stesen minyak terpilih, dan 
Touch 'n Go Hub. 

 
  • Tedi tak pasti jika para pengguna tahu di mana nak tebus rebat tu, oleh itu sila perhatikan logo-logo di bawah:

Gambar logo Touch 'n Go Spot di mana tiada caj dikenakan ke atas tambah nilai kad Touch 'n Go.
Touch ' Go Spot selalunya terdapat di Petronas dan Shell. Reload kad Touch 'n Go di sini tidak dikenakan bayaran.    

****

Gambar Touch 'n Go Hub.
Touch 'n Go Hub boleh dikatakan sebagai pusat khidmat pelanggan Touch 'n Go, boleh lakukan macam-macam urusniaga di sini yang tidak ditawarkan di tempat lain. Tedi tahu cuma 2 lokasi sahaja iaitu di Bangsar South (Kerinchi) dan KL Sentral.
  • Selain itu kawan-kawan boleh ke laman https://privilege.touchngo.com.my/index.php?mod=tng_mod_leftmenu&id=9 sementara ia masih beroperasi.
  • Kalau nak tunggu diadakan lagi program sebegini mungkin kena tunggu Pilihanraya Umum yang seterusnya, tapi kena juga sedia menerima jawapan, "wang itu lebih baik dibelanjakan kepada mereka yang lebih memerlukan", kalau betul sampai kepada mereka yang memerlukan, baguslah.

****

08 Mei 2016, 05:32 pagi, KLIA2.

Kami baru sahaja menghantar Tok Mak dan Tok Ayah menaiki kapal terbang untuk bercuti di Bandung. Tibalah masanya untuk ambil kereta di tingkat CP7 tempat letak kereta B.

Sebelum itu kami perlulah membayar tiket dahulu di CP4 atau lobi tempat letak kereta.

Di situ Tedi melihat ada satu mesin untuk tambah nilai (reload) kad Touch 'n Go yang Master kata namanya ialah Self-service Kiosk atau Kios Layan Diri Touch 'n Go.

Apa yang Tedi sempat baca pada mesin itu ialah tambah nilai (reload) kad TnG adalah percuma, dan kita boleh juga membeli kad baru Touch 'n Go melalui mesin itu.

Jadi kepada kawan-kawan di sekitar kawasan Sepang yang mahu mencari tempat jual kad touch n go tidak perlulah bersusah-payah lagi kerana anda boleh mendapatkannya di Kiosk Layan Diri Touch 'n Go di KLIA2.

kiosk tambah nilai (reload) tanpa caj dan beli kad Touch 'n Go percuma di KLIA2.

 

Kiriman lain yang berkaitan dengan kad Touch 'n Go:

  1. Tukar kad Touch 'n Go (TnG) tamat tempoh
  2. Tambah nilai (reload) kad Touch 'n Go (TnG) di ERL KLIA2
  3. Lorong tambah nilai Touch 'n Go (TnG) di Lebuhraya Pantai Timur

20140902