Dinosaur pertama Malaysia ditemui di Pahang

Dinosaur pertama di Malaysia ditemui fosilnya di Pahang oleh sebuah pasukan ahli paleontologi antarabangsa. Penemuan fosil gigi ini adalah hasil kajian selama 2 tahun bermula pada tahun 2012.


...
Kajian diketuai ketua penyelidik dari Jabatan Geologi Universiti Malaya, Prof Madya Masatoshi Sone. Selamba je dia pegang fosil tu ek? Kalau Tedi lah kan, Tedi tak berani sentuh... Mungkin itu beza di antara seorang pakar dengan seekor beruang comel?

  • Kajian ini melibatkan kerjasama Universiti Malaya dengan 2 buah universiti Jepun iaitu Waseda University dan Kumamoto University.
  • Ketua penyelidik Waseda University, Professor Ren Hirayama, seorang pakar paleontologi reptilia mengenalpasti bahawa salah satu daripada gigi yang ditemui, dikenali sebagai UM10575 adalah milik kepada dinosaur spinosaurid.
...
Lokasi penemuan adalah di Pahang namun lokasi sebenar dirahsiakan untuk mengelakkan penyamun tarbus melaksanakan operasi merompak khazanah negara.
Penemuan ini membuka perdebatan mengenai populasi dinosaur pemakan daging (maging) atau karnivor di Pahang yang dikatakan sesuai untuk didiami mereka.
Dinosaur pertama Malaysia ini adalah dinosaur yang menjadikan ikan sebagai makanan ruji mereka. Eh, sama macam Tedi pula! Agaknya kami ni ada hubungan bau-bau bacang?



Gambaran seekor dinosaur Spinosauridae memakan seekor Ikan Yu Gergaji.

Ulasan