Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Bunga kembang selaman

Imej
Bunga yang ditanam Tok Mak berkembang mekar di bawah cahaya pagi.
Tedi tak tahu pun nama bunga ini, rasanya Tok Mak panggil pokok kucai. Adakah sama dengan kucai yang manusia masak tu, tiada pula Tedi tahu.
Kawan Master ada minta bunga-bunga ini setelah melihat foto ini, tapi Master tak beri sebarang jawapan kerana Master pun tak tahu bagaimana mahu membiakkan pokok bunga ini.
Ada 3 warna pada masa kejadian iaitu putih, pink dan kuning, cuma yang berwarna pink tak berapa kelihatan kerana ia kontot sahaja.
Tok Mak ada beri tunjuk ajar cara membiakkan pokok bunga ini iaitu dengan mengambil anaknya.
Tunggu masa sesuai, bolehlah mula cuba melakukannya.

Kasut badminton baru!

Semalam Master beli kasut badminton baru.
Harganya RM 80 jenama Power dari kedai Bata. Ia bukanlah kasut badminton pun tetapi kasut training dengan tapak yang agak lebar, sesuai untuk stabilkan diri di atas gelanggang.Ini pertama kali Master beli kasut sukan berharga lebih RM 30.Sebabnya Master mula rasa lebih cergas selepas mula bermain badminton pada minggu lepas.Jadi pelaburan ini diharapkan berbaloi untuk kesihatan Master.Selepas ini mungkin Master akan melabur dengan membeli reket yang lebih bagus pula, iaitu reket yang memang pemain badminton guna.Ditambah dengan belanja RM 10 seminggu untuk sewa gelanggang di Kompleks Sukan Airport Bandar Baru Nilai.Selain itu, Master juga mula main besi selepas habis masa kerja, setakat untuk kuatkan pergelangan tangan.Majulah sukan untuk kesihatan.

Dipanggil guru kelas!

Imej
Sedang asyik Tedi menelaah pelajaran, telefon Tedi berbunyi. 15 September 2014.
"Tedi, sila ke bilik guru, Cikgu R nak jumpa" - lunak suara Miss D kedengaran melalui telefon.
Ah sudah, Tedi dah tahu apa sebabnya ni. Tedi segera membetulkan tali leher supaya nampak segak.
"Ye cikgu, cikgu nak jumpa saya?" "Okay Tedi. Sila duduk." "Ada apa ni cikgu?" - kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu... "Bulan lepas Tedi selalu datang lambat. Kenapa?" "Rumah Mommy cikgu, jauh..." "Kamu tinggal di mana?" "Sepang"

Tedi tengok muka Cikgu R, sebenarnya dia tak berminat pun nak tahu di mana Tedi tinggal. Kalau tinggal di Antartika pun, Tedi harus datang awal.
"Jadi jalan sesak di mana?" "Di Lebuhraya Pantai Baru je cikgu, lebih sejam dan pernah sampai 2 jam" - Tedi menambah perisa untuk melariskan produk.
Tedi tahu Cikgu R tak berminat nak dengar kisah tu juga.
"Jadi macam mana Tedi nak perbaiki?" …

Loji Janakuasa Amerika Syarikat adalah pencemar bumi terbesar

Imej

MH#30 Sunken City

Imej
Akhirnya Tedi berjaya menjejakkan kaki ke Sunken City, memandangkan kawasan ini masih baru, banyak yang perlu dijelajahi.
Pra-keperluanPerolehi Sunken Souvenir dari Muridae Market Cartographer228,000 keping emas90 Molten GlassPangkat Diperlukan Count/Countess
Pengenalan Kawasan Semuanya bermula di Stesen Shuttle Selaman Laut. Sebelum menyelam kita kena kumpul Oxygen Canisters sebagai bekalan ketika menyelam ke dasar laut nanti.
Salah satu helah adalah dengan mengumpul seberapa banyak oksigen, sebelum menyelam ke dasar laut dan kumpul barangan untuk naik-traf perangkap hidro. Taktik ini sebaiknya dimulakan dengan 500 oksigen sekali selaman. Helah kedua adalah kumpul 110 oksigen, menyelam, timbul, kumpul 210 oksigen, kemudian 510 dan seterusnya 1010. Taktik ini mengambilkira pembelian Fishy Fromage yang membantu meningkatkan kadar pengumpulan oksigen. Selam kejap, kemudian beli Fishy Fromage - kata kunci di situ.
Langkah 1 – Pengumpulan OksigenGunakan perangkap hidro terkuat yang kita ada…

Kursus jenazah tak laku

Semua Orang (Tedi kembali)

Imej
Tadi Tedi terdengar sebuah lagu berjudul Everybody oleh Backstreet Boy. 
Mari Tedi hancurkan lirik lagu itu... hehehe

Semua orang... yeah... Keraskan badan... yeah...
Tedi kembali... bagus! ... ... Oh Tuhan! Tedi kembali! Abang, kakak, semua menyanyi... Akan Tedi bawa rencah, tunjukkan bagaimana... Tedi ada soalan, baik jawab cepat... yeah
Adakah Tedi ini asli? Yeah Adakah Tedi ini seekor? Yeah Adakah Tedi ini seksual? Krik krik krik
Adakah Tedi yang manusia perlukan? Baik keraskan badan sekarang ... ... Sekarang angkat dan hayunkan tangan di udara Lambaikan seperti kalian tak kisah apa Jika nak adakan jamuan, sila dengarkan suara anda Kerana Tedi akan teruskan, terus adakan.
Jadi semua manusia, di mana sahaja Jangan takut Tedi akan maklumkan seantero dunia, biar semua faham Selagi ada muzik, Tedi akan kembali

Best tak lirik Tedi tu? Hehehehe


Sturgeon China menuju kepupusan

Imej
Laporan media tempatan China melaporkan bahawa Sturgeon China di Sungai Yangtze tidak membiak tahun lepas.
Ini mungkin menunjukkan mereka sedang pupus.
Akademi Sains Perikanan China menyatakan mereka sedang memantau proses pembiakan semulajadi spesies sturgeon yang terancam itu. Mereka memulakannya pada 32 tahun lalu dan tahun ini buat pertama kali mereka tidak menemui apa-apa.
...
...
Seorang penyelidik, Wei Qiwei bimbang jika sturgeon tersebut telah pupus.
Di antara punca yang sedang dipantau jabatan tersebut adalah penagkapan ikan terlampau, kehilangan habitat semulajadi, dan kualiti air yang rendah yang mungkin berpunca daripada pembinaan empangan.
Pada tahun ini, tiada telur sturgeon ditemui, dan tiada anak sturgeon kelihatan berenang-renang di sungai tersebut.

Dinosaur bermuncung buaya, berkaki itik diperkenalkan

Imej
Pemangsa setinggi 50 kaki ini adalah satu-satunya dinosaur yang banyak menghabiskan masanya di dalam air.Raksasa yang dinamakan Spinosaurus aegyptiacusitu telah lama diketahui saintis melalui penemuan fosil beberapa lama dahulu, cuma kebanyakan tulang-tulangnya musnah di Jerman semasa Perang Dunia ke-2. Sekarang, selepas 70 tahun, rangka baru ditemui di Maghribi yang memberitahu dinosaur ini adalah lebih akuatik daripada apa yang disangkakan. Spinosaurus mempunyai leher yang jinjang, tangan depan bercakar dan kuat, rahang yang kuat dan tulang padat seperti penguin. Dia berenang di dalam air dengan kaki rata yang mungkin berselaput, seperti yang ditunjukkan dalam kajian oleh Journal Science yang baru diterbitkan Khamis lepas. Raksasa ini juga punyai sirip berduri setinggi7 kaki di belakangnya semasa ia hidup 95 juta tahun dahulu."Kami seperti bertemu makhluk asing," - kata ketua kajian, Nizar Ibrahim dari University of Chicago."Ia sangat berbeza" - katanya lagi.Parad…

Dari Stesen Salak Tinggi ke Bangsar South

Imej
Salah satu pilihan yang ada untuk ke tempat kerja Master adalah menggunakan tren.

Tren atau keretapi atau kereta lipang yang ada di kawasan sekitar Salak Tinggi untuk ke Bangsar South ada 2 jenama iaitu Komuter dan ERL (Express Railways Link).

ERL tentunya lebih laju kerana ia keretapi laju manakala Komuter pula mungkin keretapi perlahan... hehehe...

Dua-duanya laju, cuma ERL mungkin sekali ganda lebih laju.

Untuk menguji kepantasan ERL ini, Master telah mengujikaji pada awal bulan September lalu.

Selepas menaiki tren ERL di Salak Tinggi dan mendarat di KL Sentral, Master bergegas pula mengejar tren LRT ke Bangsar South (terminal LRT Kerinchi).

Selepas mendarat di LRT Kerinchi, Master bergegas menyeberangi jejantas khas ke Bangsar South yang merentangi Lebuhraya Persekutuan.

Namun harus diingat, Master melakukan semua transaksi menggunakan kad Touch 'n Go, maka beliau menjimatkan masa yang diperlukan untuk membeli tiket di kaunter atau di mesin layan diri.



Sekian.

Apple tiru kami... Samsung

Imej
Kelakar betul apabila Tedi tonton iklan terbaru Samsung ini.
Selain itu Tedi berasa cukup kagum bagaimana mereka dengan efektif boleh keluarkan iklan dalam masa terdekat selepas saingan mereka melancarkan produk terbaru dikenali iPhone 6.
Samsung melancarkan iklan yang mengingatkan bagaimana pasa suatu masa dahulu siri telefon Galaxy keluaran mereka dilabel "raksasa" dan juga "pembakar roti" dek kerana saiznya yang besar.


Dalam iklan itu juga diselit "kini pesaing kami tidak menolaknya (telefon pintar bersaiz besar), malahan mereka menirunya!".
Mereka juga memasukkan komentar penganalisis yang berbunyi, "Adakah saya sahaja? Atau iPhone 6 memang kelihatan seperti Samsung Galaxy 2?"
Apa-apa sahajalah.. para peminat kedua-dua jenama ini pun mungkin bertelagah sesama sendiri telefon siapa lebih bagus.
Tedi pula tak kisah asalkan telefon tu berfungsi dengan baik dan boleh sejajarkan semua data yang Tedi punya seperti buku telefon, email, kalendar, f…

Kebaikan dan keburukan muzik ke atas otak

Imej
Muzik boleh merangsang pelbagai fungsi berbeza pada otak.
Jadi tidak hairanlah manusia boleh berasa gembira apabila mendengar lagu yang mereka suka, tetapi pada masa yang sama  lagu kegemaran manusia itu juga mampu membawa mereka mengimbau nostalgia.
Ahli kaji neuro Amerika Syarikat telah menggunakan teknologi pengimbas pengimejan resonans magnetik untuk memetakan aktiviti otak 21 orang sukarelawan muda.



Subjek dipilih kerana mereka mendengar pelbagai jenis muzik termasuk rock, rap dan klasik.
Kajian ini dilakukan dengan memainkan 6 buah lagu, iaitu 4 lagu ikon kepada setiap genre, 1 lagu yang asing kepada subjek, dan 1 lagu lagi adalah lagu kegemaran subjek.
Saintis melihat corak aktiviti yang memberitahu sama ada subjek suka atau tidak dengan apa yang mereka dengari.

Kalau Tedi dengar apa yang Tedi tak suka, tentu sahaja Tedi akan hantukkan kepala ke meja!
Saintis juga mendapati terdapat satu tanda yang memberitahu lagu kegemaran mereka sedang dimainkan.
Lagu yang disukai tapi bukan…

Senarai susu tanpa laktosa untuk kucing Malaysia

Imej
Okay, sebelum ni Tedi kata kucing Malaysia (dan yang sejenis dengannya) tak boleh minum susu yang ada laktosa.Tak kisahlah kucing anda tu anak kucing, baru lahir, anak yatim, mak kucing bunting, ibu kucing menyusukan anak, bapa kucing, datuk kucing, nenek kucing... susu tanpa laktosa untuk keluarga kucing memang amat sesuai untuk mereka.
Masalahnya di Malaysia ni apakah jenama susu tanpa laktosa yang sesuai untuk kucing?
Ini senarainya seperti yang dimaklumkan pihak CatsnDogs.my


ImejNamaKeteranganJangkaan Harga
Bengy Barry Animal Milk Powder, 350g Vitamin A, B & C.Nutrisi penuh untuk anak kucing.Jaminan penghadaman lemak susu optimum.Sesuai untuk kucing sakit RM10.90
Green Empire Goat Milk for Cats, 250g 100% semulajadi.Bagus untuk sistem imunisasi. Bebas laktosa.Kaya dengan vitamin B kompleks, enzim dan KalsiumSesuai untuk anak, bapak dan mak kucing.. datuk nenek pun boleh juga.Sesuai untuk ibu yang sedang menyusukan anak …

Orang berbuat jahat terus dipandang jahat? Ermm...

Imej
Semoga Kak Hana tak marahkan Tedi... hehehe...
Ini adalah sedikit coretan Tedi selepas membaca komentar Kak Hana bertajuk  "Orang berbuat jahat terus dipandang jahat." di http://onitsukahana.blogspot.com/2014/09/orang-berbuat-jahat-terus-dipandang.html.
Bukan nak menjawab cuma nak melempiaskan apa yang Tedi terfikir.

Persepsi manusiaMereka yang pernah ada buat jahat itu memang sukar diterima walaupun dia berubah kerana manusia sukar lupakan pengalaman pahit.Selain itu manusia juga gemar menyebarkan kesilapan sesama manusia, menyebabkan semakin sukar seseorang itu dipandang baik, walaupun si penyebar itu tidak terkesan pun dek kesilapan bekas si "penjahat" itu.Ketika inilah terserlah sifat pemaaf seseorang, dan Allah SWT ternyata yang paling hebat sifat pemaaf-Nya, kerana apabila seseorang itu bertaubat, dosanya gugur seperti bayi baru lahir.Atas dasar inilah, apabila seseorang "penjahat" itu mahu berubah, dia digalakkan berpindah ke tempat lain, untuk me…

Maklumat nama: Jebat

Imej
Asal nama Jebat

Manusia dengan nama Jebat kelihatan berasal dari seluruh pelusuk dunia, tanpa penekanan kepada mana-mana daerah.Ia digunakan pada lelaki dan perempuan.Ia bukan nama yang terkenal di dunia. Maksud nama JebatZabad - perkataan Arab yang bermaksud "Tidak diketahui".Zabat - perkataan Arab yang bermaksud "sejenis musang yang keluarkan bau kasturi" atau dipanggil di Malaysia sebagai Musang Jebat atau nama omputehnya "chivet" yang juga berasal dari perkataan "zabat". Adakah nama Jebat terkenal? Tidak! Ia amat jarang digunakan.Ia terletak pada kedudukan 21021 di dunia.Dijangka hanya ada 4300 manusia menggunakan nama ini, iaitu 0.001% daripada populasi dunia.

Dinosaur pertama Malaysia ditemui di Pahang

Imej
...
Kajian ini melibatkan kerjasama Universiti Malaya dengan 2 buah universiti Jepun iaitu Waseda University dan Kumamoto University.Ketua penyelidik Waseda University, Professor Ren Hirayama, seorang pakar paleontologi reptilia mengenalpasti bahawa salah satu daripada gigi yang ditemui, dikenali sebagai UM10575 adalah milik kepada dinosaur spinosaurid. ...




Beza temuduga di syarikat kecil

Imej
Dalam persediaan mencari kerja baru, manusia perlu ditemuduga.

Sekurang-kurangnya mereka perlu melalui proses temuduga untuk mendapatkan mana-mana kerja.Persediaan untuk temuduga pun bukannya susah kerana pada zaman siber ini maklumat berada di hujung jari dan di depan mata.Masalahnya kebanyakan tips temuduga itu selalu bersifat umum iaitu fokus kepada syarikat besar.Sedangkan manusia itu selalunya perlu bermula dengan bekerja di syarikat kecil.Ini beberapa tips untuk temuduga di syarikat kecil Minat dan bersemangatSelalunya di syarikat kecil manusia akan ditemuduga oleh pemilik atau pengasas atau bos syarikat itu sendiri.Bagi seorang bos, adalah penting baginya mengetahui calon pekerjanya benar-benar berminat dan mempunyai semangat.Lebih bagus jika semangat calon pekerja itu serupa dengan semangat bos itu sendiri. Mudah muat di mana-mana Dalam syarikat kecil, jabatan berlainan selalunya bekerjasama dengan erat.Oleh itu calon pekerja itu mungkin akan ditemuduga oleh beberapa wakil jaba…

Bacaan ke 100 ribu

Imej
Setelah sekian lama, akhirnya cecah juga seratus ribu paparan.
Tak sangka coretan Tedi yang mengarut pun ada yang sudi membacanya.

Walau bagaimanapun mungkin kunjungan akan berkurangan selepas ini dek penangan malware pada pekhidmatan pingbusuk.org.my.

Sumbangan pingbusuk tu banyak juga dan cuma itu sahaja perkhidmatan yang Tedi suka guna, malas nak letak banyak-banyak dalam interpretZZ.

Selepas ini kena bergantung kepada carian organik dan suapan sahajalah.

Terima kasih semua.

Lapan Dua Dua Lapan

Imej
Cuba ingat nombor ini, ia mungkin menghantui anda!


Esok adalah harinya, di mana rakyat Malaysia akan menyokong kontijen Malaysia buat sekian kalinya.Master turut serta pada tahun ini dan telah 2 minggu menjalani latihan intensif naik tangga 6 tingkat."Apakah Master telah bersedia untuk larian tahun ini""Ermm, semalam pun masih semput-semput lagi, nampaknya tahun ini memang akan pancit!"Adakah Master akan kepancitan pada keesokan hari? Sama-sama kita saksikan!Esok agak mencabar kerana kami perlu ke Dataran Merdeka, tidak ke Putrajaya sebelum ini.Mungkin kena naiki kereta, singgah di pejabat Master dan kemudian naiki LRT ke Masjid Jamek.

Eksperimen Sangkar Baja

Imej
Kepada pihak yang berkenaan,

Kasihan melihatkan pokok-pokok Tedi kekurangan kasih sayang...
Merujuk kepada subjek di atas, Tedi dengan rasminya ingin memaklumkan semua warga Malaysia bahawa Tedi telah melancarkan Ops Sangkar Baja.
Ini gara-gara Tedi terjumpa satu produk dipanggil Fertilizer Funnel ketika merayau di MYDIN Mall Seremban 2 pada hujung minggu yang baru berlalu.
Benda ini hanya berharga RM 8.90 (lapan ringgit sembilan puluh sen) untuk 10 (sepuluh) unit.
Benda ini membolehkan Tedi meletakkan baja tidak di atas tanah tetapi di dalam sarang khas. Idea utama Tedi adalah untuk mengelakkan baja-baja yang diletakkan dihanyutkan begitu sahaja jika ditimpa hujan. Selain itu ia membantu Tedi menyukat baja dengan mudah... isi sahaja sampai penuh, hehehe...
Selain itu Tedi juga telah membeli sejenis baja yang kami gelar Baja Kuning dengan nombor jersi 40 bercap Baja Serbajadi.
Pembelian baja ini adalah hasil perbincangan Tedi dengan seorang pakcik yang menerima tips untuk menggunakan…