Toon Tiger kembali beraksi dengan pembukaan aksi Liga Perdana Inggeris


Setelah sekian lama, tahun ini Tedi membantu Master untuk kembali menyertai Liga Fantasi EPL 2014/2015.

Bezanya kali ini skuad Toon Tiger bukan hanya main tangkap muat sebaliknya melalui proses pemilihan yang agak memeningkan kepala Tedi.

Skuad Perlawanan #01 Toon Tiger.

 

Barisan skuad bolsasepak Toon Tiger dengan formasi 3-5-2. Kelihatan juga penaja EA FIFA 15.

 

  • Formasi:
    • 3-5-2 menjadi pilihan kerana Tedi tidak yakin dan tidak berpengetahuan mengenai barisan pemain pertahanan, maka Tedi memilih untuk mendapatkan mata melalui pemain tengah dan serangan.
    • Awalnya Tedi mahu gunakan formasi 3-4-3 tetapi Marouane Chamakh tampak takkan menyerlah dalam perlawanan menentang Arsenal, maka dia terpaksa digugurkan.
  • Penjaga Gol:
    • Thibaut Courtois dipilih kerana dia adalah pemain Chelsea yang dijangka akan mempunyai barisan pertahanan kental. Tedi terpaksa bertaruh Courtois akan dipilih Jose Mourinho berbanding Petr Cech.

 

  • Pertahanan
    • Glen Johnson merupakan pertaruhan yang agak mendebarkan kerana dia dijangka bermain menggantikan John Flanagan dan Jose Enrique yang cedera.
    • Martin Skrtel mungkin tak perlu dibahaskan lagi kerana dia adalah nadi pertahanan Liverpool dan bagusnya dia ini selalu sertai serangan.
    • Leighton Baines dari Everton sebenarnya adalah pilihan utama Tedi bersama pasangannya Seamus Coleman, tetapi Coleman cedera maka Tedi terpaksa memilih pemain Liverpool.

 

  • Pemain Tengah
    • Remy Cabella adalah pemain baru Newcastle United, dipilih berdasarkan kuota oleh Master yang mahukan 3 pemain NUFC ada dalam skuad ini. Cabella dijangka menjadi pemain yang akan menyinar di NUFC.
    • Moussa Sissoko adalah pemain tengah terbaik NUFC untuk musim lepas selepas pemergian Yohn Cabaye.
    • Eden Hazard dari Chelsea tak perlu diperkenalkan lagi, 2 musim bermain di EPL dengan markah di sekitar 200.
    • Juan Mata pula pernah mendapat 212 mata semasa di Chelsea sebelum dijual ke Manchester United selepas Jose Mourinho lebih selesa menggunakan Eden Hazard.
    • Ahmed Elmohamady dipilih kerana murah dan dia mampu menyumbang mata walaupun tak konsisten.

 

  • Penyerang
    • Emmanuel Riviere  adalah penyerang baru Newcastle United dan dia dipilih selepas Papiss Demba Cisse dijangkakan tidak bermain.
    • Diego Costa adalah pemain baru Chelsea dijangka menggantikan Didier Drogba yang cedera. Bekas penyerang Atletico Madrid ini tentunya bukan calang-calang apabila dipilih Mourinho.

20140816