Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Hantar Mommy ke Jazeerat El-Rahah, Bandar Baru Bangi

Imej
Sudah lama Mommy cari saloon rambut Muslimah di sekitar rumah.
Saloon yang terhampir adalah di Bangi, mungkin susah nak cari saloon rambut muslimah ni sehinggakan kami terpaksa ke Bangi pula.

Bangi adalah suatu kawasan yang agak kurang Master kenali dan jelajahi, jadi jalan di sana Master kurang ngerti.

Pada mulanya kami set ke Hajaba, kerana dalam peta Jazeerat El-Rahah tu ada disebut pasal Hajaba. Semasa Mommy telefon pun mereka sebut pasal Hajaba.

Sebenarnya sebelum itu Master cuba set Waze ke Jalan Seri Bangi 8/35, namun Waze tak kenal, maka kami terpaksalah berpandukan kepada Hajaba.


Apabila set ke HAJABA, kami dihantar ke Jalan 8/5, bukan Jalan 8/35.

Master terpaksa periksa Waze semula dan cari peta secara manual kerana ternyata apa yang ditunjuk dalam Waze itu adalah palsu walaupun alamatnya betul. Mungkin ada manusia yang salah set?

Nasib baik dekat je Jalan 8/35 tu, maka kami segera sampai, tapi sekali lagi kami tak ketemui HAJABA tu. Apa yang kami jumpa adalah Sendayu Tinggi…

Apakah itu syarikat Ali Baba?

Imej
Istilah "Syarikat Ali Baba" mungkin pada suatu hari nanti tidak boleh digunapakai! Istilah ini sering digunakan untuk:

merujuk kepada perbuatan pihak tidak beretika yang menggunakan individu atau syarikat bumiputera untuk mendapatkan kontrak (dari kerajaan selalunya) sebelum kontrak itu dijual atau diserahkan kepada syarikat bukan bumiputera.atau sebuah syarikat yang mempunyai seorang penama bumiputera yang digunakan namanya untuk mendapatkan kontrak di mana dia digaji dalam syarikat itu semata-mata untuk status bumiputeranya. Tedi tak pastilah sama ada kegiatan ini masih berlaku kerana Tedi sudah lama tidak membacanya. Pada zaman dulukala, istilah ini syarikat Ali Baba atau perniagaan Ali Baba popular di dalam majalah dan akhbar.


Namun istilah ini mungkin akan "lapuk dek hujan, lekang dek panas" kerana nama AliBaba memang digunapakai pada sebuah syarikat di China.
AliBaba Group adalah sebuah kumpulan syarikat yang berasaskan perniagaan atas talian seperti yang boleh…

Proton SAGA BLM susah dihidupkan selepas jalan jauh

Imej
Hari ini sempat hantar kereta Mommy untuk diselenggara.
Semasa pembayarn dibuat Master sempat meminta tips daripada bos pusat servis itu.

Master: "Kalau kereta susah nak hidup tu apa masalahnya?" Bos: "Ada crank tak?" Master: "Crank? Crank tu apa?" Bos: "Crank tu bunyi enjin nak hidup." Master: "Owh, ada." Bos: "Banyak punca tu, kena periksa dulu." Master: "Dia susah nak hidup selepas berjalan jauh, kalau sebelum jalan tu tiada masalah." Bos: "Owh, boleh jadi ada angin. Masalah ni selalu jadi pada Proton SAGA BLM." Master: "Angin? Angin masuk dalam enjin?" Bos: "Yup. You selalu pandu berapa? Lapan puluh? Seratus?" Master: "Seratus."
Bidaah je Master tu, dia pandu lebih seratus dua puluh kilometer sejam (120 km/j)

Bos: "Angin. Ramai kena sampai enjin tak boleh hidup lansung."
Rupa-rupanya kereta pun boleh kena angin ek? Nasib baik tak naik angin. Nak kena bekam kot ke…

Makan malam di MR KB, Cyberjaya

Imej
Letihnya badan Tedi, bangun awal pagi pun masih keletihan?
Tapi Tedi tetap mengambil peluang ini untuk mencoret sesuatu kerana pengalaman semalam rugi jika dibiarkan begitu sahaja.

Kisah bermula apabila kami kelaparan dan mengisi minyak di Cyberjaya. Selalunya di Cyberjaya kami akan singgah makan di Restoran Saba atau Sanaa (yang Master dah senaraihitam sebab khidmat dan hidangan tak memuaskan padahal masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan). Adalah sekali kami singgah ke Restoran Sedap Senghoti.

Tapi malam itu, Master nak mencuba kedai lain pula, maka kami berlegar di kawasan The Domain. Persekitaran di sana agak meriah mungkin kerana ramainya warga Timur Tengah yang belajar di Malaysia, menetap di sana.

Di kawasan yang ceria itu, ada satu kedai yang amat menarik perhatian dek rupanya iaitu Mr. Kabab & Biryani.

Selebihnya, biarlah gambar yang berbicara.










Nikmat jus alpukat @ alvokado

Imej
Mommy mula kenali jus alpukat ni mungkin semasa kami bercuti ke Padang, Indonesia. Jus alpukat atau alvokado ini tentunya dibuat daripada buah alvokado yang dikisar bersama ais, susu dan coklat cair (bukan cair di mulut atau cair di tangan, memang coklat cair.Semenjak hari kejadian, Mommy rajin membuat jus alpukat ini...Bezanya jika di Indonesia, kekelatan alvokado itu terasa, jus buatan Mommy lebih manis. Bagi Tedi, jus alpukat ini yang istimewanya sebab rasa kelatnya itulah.Malam ni Mommy buatkan lagi, dan memang nyaman diminum dalam cuaca panas pada waktu malam ini.Tedi sungguh mengantuk, sakit badan, dan mahu lelapkan mata.Insya-Allah jika terjaga awal, Tedi akan kerjakan kerja sekolah yang bertimbun itu...




*** Peringatan buat diri yang selalu lupa ***
Surah MARYAM
Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. (27)  Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanl…

Kad jemputan birthday Irsyad

Imej
Masa demi masa berlalu...Diam tak diam hari kelahiran Irsyad bakal menjelma.Kami sekali lagi menerima jemputan memeriahkan sambutan ulang tahun kelahirannya.Kad jemputan yang diterima kali ini agak comel dengan adanya lukisan karikatur Irsyad sebagai hiasan.

Eksperimentasi jalan

Imej
Percubaan jalan baru Alkisahnya minggu ini Tedi selalu lewat ke sekolah, walaupun telah cuba gerak awal dari rumah.Malangnya, apabila semakin awal kami gerak, semakin teruk kesesakan melanda.Oleh sebab itu Master telah melakukan beberapa ujikaji untuk melihat pilihan jalan yang ada untuk ke sekolah Tedi.Beberapa jalan yang telah kami uji adalah seperti:Taman Desa - Jalan Kelang Lama - Jalan Kampung PasirTaman Desa - Jalan Kelang Lama - Jalan Syed SirajuddinTaman Desa - Jalan Kelang Lama - Lebuhraya PersekutuanKuchai Lama - Jalan Kelang Lama - Jalan Syed SirajuddinNamun ujikaji ini boleh dikira gagal kerana:Tedi tetap sampai lewat di sekolah.Kami sesat dalam 3 daripada 4 ujikaji tersebut.Namun seperti biasa, kami tiada kecewa kerana kami kini semakin kenali jalan-jalan di Kuala Lumpur, seperti kata pepatah, "Jauh berjalan, luas pandangan", yang bermaksud semakin banyak kita merantau/mencuba, semakin banyak pengalaman ditimba.


--- Surah al-Humazah (PENGUMPAT)
Dengan menyebut nama…

Mouse Hunt: Pemburuan Master Furoma

Imej
Furoma Master HuntLokasi:Meditation Room/DojoPerangkap:Sphynx Wrath
Keju: Combat/Glutter/Susheese/Maki
Tangkal: Luck/Power


Strategi: Pertandingan ini memerlukan sekurang-kurangnya pangkat Baron dengan Sphynx Wrath untuk mendapatkan trophy huntersPerangkap minimum adalah menggunakan Dimensional Chest Trap
Terdapat 2 (dua) lokasi untuk dipilih,
Meditation Masters bernilai 25 mata seekor, lebih daripada Mojo/SojoDinasihatkan guna Super Luck/Power CharmsFokus kepada seekor Master yang senang diburu anda mengikut bilangan tangkapan sebelum ini atau jenis keju yang ada.
Dojo Tujuan utama adalah menangkap Assassins bernilai 100 mataRisiko tinggi untuk kalah jika gagal bertemu Assassin.Students bernilai 20 mata seekor (5 mata kurang berbanding Masters tetapi boleh ditampung 100 mata Assassin jika bertemu)
Pembahagian kawasan  3 ahli diDojo dan bakinya di MeditationSemua ahli di Meditation (semua ahli perlukan Sphynx Wraph dengan super charms/champion charms)Semua ahli di Dojo

MH-17: Mereka pulang ke Malaysia

Imej

Kisah Logo Kereta Super

Imej
Lamborghini
Pada awal 60-an (enam puluhan), Ferrucio Lamborghini sering meluangkan masa bersama penternak lembu jagoan Sepanyol di Seville.
Watak ganas lembu tersebut amat terkesan di hati Lamborghini sehingga dia memilih lambang lembu mengamuk newakili namanya.

Ferrari
Gambar kuda berdiri ini sebenarnya dilukis pada sebuah pesawat pejuang Itali dalam Perang Dunia Pertama.
Ibu kepada pemandu pesawat pejuang itu meminta Enzo Ferrari meletakkan gambar itu pada semua keretanya dengan dakwaan ia membawa tuah.
Hampir 100 tahun kemudian, logo itu masih digunakan dengan tambahan latar belakang kuning Modena.


Chevrolet
Lambang "Bowtie" yang digunakan Chevrolet dikatakan berasal dari Perancis. Digunakan pertama kali pada tahun 1914, ia sebenarnya adalah corak kertas dinding sebuah hotel yang dihinap William Durrant, pengasas General Motor.



Toon Tiger luka parah!

Imej
Serba tak menjadi!
Umpama Van Daal yang mengalami kekalahan pertamanya di Manchester United, Tedi pula hanya mampu menggigit jari melihat Toon Tiger hanya mampu mengutip 30 mata dalam perlawanan pertama.

Tedi berjanji akan menebus kesilapan ini dengan membuat pertukaran pemain besar-besaran untuk perlawanan akan datang.



......

Musuh terbaru GOOGLE!

Imej
Ramai sedia maklum bahawa Google sering bercakaran dengan Apple.

Persaingan mereka itu melibatkan banyak masa dan wang.Namun kini ada musuh yang lebih ganas menghantui Google berbanding musuh tradisinya si Apple.

Tak sangka musuh mereka kali ini datang dari kalangan kawan-kawan Tedi iaitu Sang Jerung.Sang Jerung telah diumumkan melanggar dan mengunyah kabel fiber optik bawah laut milik Google yang merentasi Lautan Pasifik sejauh 100,000 (satu ratus ribu) batu.Dikhabarkan bahawa Sang Jerung keliru dengan denyutan elektrik yang dihasilkan kabel tersebut yang menyerupai denyutan elektrik yang dihasilkan mangsa mereka.


Sebagai langkah perlindungan, Google tidak meminta bantuan Abang Long Fadhil, sebaliknya mereka membungkus kabel itu dengan bahan ala-Kevlar.Tidak dapat dipastikan apakah bahan yang mereka gunakan itu, tetapi Kevlar melindungi daripada serangan pisau dan yang setanding dengannya.Kevlar takkan dapat menyembunyikan denyutan elektrik yang menariik minat Sang Jerung, namun pastin…

Santai bersama zirafah di Giraffe Manor, Nairobi

Imej
Satu peluang yang luar biasa untuk bercuti dan bersantai bersama Sang Zirafah.

Sedangkan kita nak jumpa zirafah pun susah, dalam Zoo Negara pun belum tentu bertemu.

Namun di Nairobi ada satu tempat di mana kita boleh berkongsi hidup dan menimba pengalaman bersama zirafah-zirafah di sana.

Cuma hotel yang dinamakan Giraffe Manor itu adalah hotel percutian mewah, maka kita kena jadi kaya dulu baru boleh berangan nak ke sana.

Hotel ini terletak di Kenya dengan tanah seluas 12 ekar tanah peribadi dan 140 ekar hutan asal.

Cerita banyak tak guna, kalau nak bercuti di sana boleh Google sahaja melalui laman web.

Tedi ringkaskan pengalaman yang bakal dialami oleh para pengunjung di sana melalui koleksi foto di bawah.







Puting beliung ekori pesawat RyanAir

Imej
Ini adalah foto sebuah pesawat Boeing 737 yang berlepas di Britain berlatarbelakang Awan Corong (terjemahan terus kepada funnel cloud)

Awan Corong adalah awan berputar yang selalunya menjadi asas atau paksi kepada pembentukan Puting Beliung.

Foto yang dramatik ini seolah-olah menunjukkan Awan Corong itu begitu hampir kepada pesawat, tetapi walau sejauh mana pun ia, kalau Tedi dalam pesawat tu, semestinya sudah kecut perut.

Toon Tiger: Skuad Perlawanan Pertama

Imej
Toon Tiger kembali beraksi dengan pembukaan aksi Liga Perdana Inggeris 2014/2015
Setelah sekian lama, tahun ini Tedi membantu Master untuk kembali menyertai Liga Fantasi EPL 2014/2015.

Bezanya kali ini skuad Toon Tiger bukan hanya main tangkap muat sebaliknya melalui proses pemilihan yang agak memeningkan kepala Tedi.

Skuad Perlawanan #01 Toon Tiger.
Formasi:3-5-2 menjadi pilihan kerana Tedi tidak yakin dan tidak berpengetahuan mengenai barisan pemain pertahanan, maka Tedi memilih untuk mendapatkan mata melalui pemain tengah dan serangan.Awalnya Tedi mahu gunakan formasi 3-4-3 tetapi Marouane Chamakh tampak takkan menyerlah dalam perlawanan menentang Arsenal, maka dia terpaksa digugurkan.Penjaga Gol:Thibaut Courtois dipilih kerana dia adalah pemain Chelsea yang dijangka akan mempunyai barisan pertahanan kental. Tedi terpaksa bertaruh Courtois akan dipilih Jose Mourinho berbanding Petr Cech.
PertahananGlen Johnson merupakan pertaruhan yang agak mendebarkan kerana dia dijangka bermain me…

AirAsia: Pesawat AK 5671 tidak terhempas di KLIA

Imej
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menafikan khabar angin pesawatnya terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



Menurut Ketua Komunikasi AirAsia Berhad Aziz Laikar, berita tersebut adalah palsu dan menasihati pengguna media sosial agar tidak menyebarkannya.

"Khabar angin tersebut tidak benar. Adalah lebih baik pengguna untuk tidak mengendahkan sebarang pesanan SMS dan WhatsApp yang diterima mengenai khabar angin tersebut dan berhenti dari menyebarkannya," katanya kepada Astro AWANI.
Khabar angin yang tersebar sejak tengah hari semalam menyebut pesawat AirAsia penerbangan AK5671 dari Kuching telah terhempas di KLIA. Mesej itu turut disertakan imej sebuah model kapal terbang mainan yang diterbalikkan.