Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Surau ar-Raudhah Sri Jerus

Imej
Setelah lama tersangkut dalam kesesakan lalulintas di Pasir Puteh, kami singgah di sebuah Stesen Minyak CALTEX di pertengahan jalan.Seperti yang telah dijangka, kesesakan lalu lintas takkan dapat dielakkan apabila ke Kelantan.Jadi pada hampir jam 6 petang kami singgah di sebuah stesen minyakCALTEX Malaysia.Untung di sana ada Surau Ar-Raudhah Sri Jerus.Kami berehat sebentar di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Wakaf Bharu.Tedi dapati Stesen Minyak CALTEX di Kelantan ni memang banyak, seolah-olah menjadi stesen minyak rasmi di Kelantan.Sedangkan di negeri lain, Tedi susah menemukan stesen minyak ini.Adalah menjadi fenomenabiasa apabila melalui Lebuhraya Timur Barat, berbondong-bondong lori CALTEX dalam perjalanan menghantar minyak.Label:Stesen Minyak Sri Jerus. Alamat : Lot 415, Kg Jerus, Mukim Jerus, 16800 Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia.

Sakinah dan kerusi itu...

Imej