Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Skuad Piala Dunia 2014 yang Tedi sokong?

Imej
Jujurnya Tedi tidak menjadi penyokong kepada mana-mana pasukan pun.
Pagi ini Tedi menculik komputer Mommy untuk menjenguk interpretZZ. Walaupun komputer ini tidak punya cukup kelengkapan seperti markas rasmi interpretZZ, memadai untuk Tedi mengisi laman yang terbiar sepi.... chewah, ayat novel lak dah...Ramai bertanya Tedi sokong pasukan mana sempena Piala Dunia 2014 ini, dan jawapannya seperti biasa Tedi tiada pasukan untuk disokong, selagi Malaysia a.k.a Harimau Malaya tidak menjejakkan kaki mereka ke Piala Dunia.Namun jika Tedi menonton Piala Dunia 2014, Tedi nak melihat persembahan Jerman, Belanda dan juga Perancis.Jerman kerana gaya mereka bermain amat menarik buat Tedi.Belanda kerana mungkin mereka berwarna oren?Perancis kerana ramai pemain kegemaran Master ada di sana?
Ironinya kali ini pada masa ini ketiga-tiga pasukan itu berprestasi baik.Dan pada pagi ini buat pertama kali Tedi menonton siaran langsung Piala Dunia 2014, melibatkan pasukan Jerman, hasil tajaan bank CIMB pada s…

Selamat tinggal InterpretZZ ???

Imej
Pagi ini Tedi bersiap-sedia, merelakan satu pemergian.Pakcik Fikri telah berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia.Dan dia memerlukan sebuah komputer riba untuk membantu menyelesaikan tugasannya.Bantuan biaya belajar masih belum diterima dan zaman sekarang pula zaman siber, maka komputer adalah amat penting kepada mereka para penuntut ilmu.Di atas sebab-sebab itu, Master meminta Tedi meminjamkan komputer riba Tedi yang juga markas rasmi interpretZZ.Tedi rela, kerana nak bagi duit, Tedi tak punya, komputer riba usang ini sahaja yang boleh Tedi hulurkan buat mereka yang pernah menghulurkan RM 20 kepada Master ketika dia masih belajar, walaupun keluarga Pakcik Fikri sangat memerlukan duit ketika itu.Kata Master, RM 20 yang diterimanya itu takkan terbayar sampai bila-bila.Selamat tinggal, interpretZZ... ada jodoh kita bersama semula...

Hanya untuk para karyawan

Imej
Selamat pagi!

Hari ini Tedi bangun awal, sekitar jam 5 pagi, tapi bukan disebabkan Piala Dunia! 
Nak pergi jenguk Brazil lawan Croatia pun Tedi malas, kerana bolasepak itu memang menarik jika ditonton, tapi kalau tak ditonton ia tak menarik, maka Tedi tak berasa rugi apa-apa pun kerana Tedi tak menontonnya.

Pagi ini Tedi cuma nak beri amaran kepada kekawan yang berkunjung ke Medan di Indonesia, sila jangan serbu mana-mana tandas di sana lebih-lebih lagi jika anda bukan seorang karyawan!

Ternyata orang Medan menyanjung tinggi para karyawan sehinggakan ada tandas khas buat mereka...


Cinta mereka berakhir di Poring

Imej
Tidak pernah Tedi sangka bahawa lawatan Tedi ke Poring akan disambut dengan sebuah kisah cinta...Foto ini Tedi ambil selepas selamat mendarat daripada canopy walk di Poring Hot Spring.Ia adalah puisi daripada seorang makcik kepada pakcik yang bernama Syadney Arthur Morrell.Pakcik ini "tidur" ketika lawatan mereka ke kawasan perlancongan ini, tak pasti sama ada beliau "tidur" selepas mendaratkan kaki ke bumi.Tedi syak yang makcik itu akan selalu ke Poring untuk mengimbau kenangan mereka di sana.

Kuga! Kuga! Kuga!

Imej
6 Jun 2014, 10:04 pagi : Tedi mencari Sakinah yang baru bangkit dari tidur.
Cari punya cari rupa-rupanya dia ada dalam bilik bacaan.

"Sakinah buat apa tu?""Eik... ", balas Sakinah pendek, sambil merenung 2 ekor makhluk.
"Owh, Sakinah borak dengan Tetot ek?""Etot.." 
"Ha'ah, nama dia Tetot.." Sakinah pandang semula Tetot dan tiba-tiba memanggil, "Kuga!""Bukan Kuga la, nama dia Tetot, dia tu katak!""Kuga" "Kuga" "Kuga"

Lantaklah Sakinah oii, malas Tedi nak layan... Kuga pun, kuga la...

Kompleks Sukan Muadzam Shah {2}, Asrama Hijau Kuning.

Imej
Akhirnya Tedi dapat melihat wajah sebenar kompleks ini pada waktu siang.Alhamdulillah, ujikaji berjaya! Akhirnya thumbnails hadir kembali dalam interpretZZ.Jadi sebagai mengenang jasa foto-foto semalam, Tedi muatnaik lagi foto-foto Kompleks Muadzam Shah, kali ini pada waktu siang.Ternyata panorama kompleks ini pada waktu siang agak menyamankan.








Kompleks Sukan Muadzam Shah, Alor Star {1}

Imej
Usai mendarat di Kuala Kedah selepas tiba dari Langkawi, kami mencari tempat penginapan...
Kisah ini kisah 2 tahun lalu, Tedi tiada niat nak publish, tapi disebabkan interpretZZ ada masalah dengan thumbnails, maka Tedi perlukan sesuatu untuk dikirim sebagai ujikaji.Jika gambar-gambar ini ada thumbnails, maka ujikaji Tedi berjaya.


 Kami sampai tu pun main tanya je jika boleh sewa bilik. Kalau ikut sunyi dan gelap tu memanglah kami mungkin akan berpatah balik, tapi bila tang harga, memang amat berbaloi! Lagipun kami nak tidur semalaman sahaja sebelum balik ke negeri masing-masing. Kami sewa 2 bilik dan minta 1 tilam tanpa dikenakan bayaran. Tilam tu pun mereka yang tawarkan kerana mereka lihat kami berlima sedangkan katil cukup untuk 4 orang.Bila kami mendaftar masuk sahaja, tiba-tiba datang pula penyewa lain tanyakan bilik untuk disewa. Tedi tiba-tiba juga berasa kehadiran Tedi di sana membawa tuah kepada pengusaha atau pengurus Kompleks Sukan Muadzam Shah ini.Gambar kompleks pada waktu…

Tedi DIY: topup kad sim ADT

Imej
Selalunya dalam masa beberapa bulan, sistem ADT kami akan keluarkan bunyi beep yang membingitkan telinga.
Apabila hal itu berlaku, Master faham benar yang kredit prepaid telefon GSM untuk ADT itu telah kehabisan. Untuk pastikan, Master akan periksa panel pantauan kawalan ADT, dan selalunya lampu kuning akan menyala dengan mesej "masalah komunikasi" dipaparkan.
Kemudian Master akan semak jika telefon Master berfungsi kerana Master menggunakan penyedia perkhidmatan yang sama iaitu Celcom. Jika tiada liputan, itu bermakna ada masalah dengan rangkaian, tapi jika telefon Master berfungsi dengan baik, maka sahlah kredit ADT itu kehabisan.Selalunya Master akan pindahkan kredit, tetapi jika mahukan tempoh luput yang lebih lama, Master akan topup nilai kad sim itu.Masa inilah Master kena buka kotak kawalan komunikasi ADT dan cabut kad sim sebelum topup nilainya.Kemudian Master kena reset sistem komunikasi itu dengan cara memutuskan dan memasang semula bekalan elektrik.Langkah di atas …

Kali kedua, sepuluh ribu...

Imej
Setelah bertungkus-lumus, akhirnya dapat juga 10000 paparan pada bulan lepas. :)





Di pasar malam Puchong Prima

Imej
16 September 2013: Hantar Sakinah ke rumah Mak Ngah Zira, singgah sebentar di pasar malam Puchong Prima.



Kami ke pasar malam tu bukanlah nak membeli sangat pun, cuma sekadar melihat-lihat tempat orang.Baguslah pasar malam tu kelihatan sibuk dan meriah, menunjukkan kegiatan ekonomi yang memberangsangkan.Kebanyakan pengunjung adalah warga asing yang menetap di Malaysia, mungkin menunjukkan bahawa mereka lebih mengutamakan harga murah dalam pembelian berbanding warga Malaysia?Kehadiran warga asing ini ternyata menyumbang kepada kegiatan ekonomi seperti ini dan para peniaga tentunya bersyukur dengan kehadiran mereka.Tedi tiada masalah dengan kehadiran mereka di bumi Malaysia ini jika mereka tidak mendatangkan masalah. Lagipun bukannya kita bayar mereka jutaan ringgit Malaysia seperti 2 ekor panda China yang dibawa khas ke Malaysia.Semoga aktiviti ekonomi sebegini terus rancak di Malaysia.

Rupa rumah asal peneroka pada awal penubuhan Felda Sungai Lui.

Imej
Tok Abah selalu bertanya, mana rumah asal peneroka Felda?
Mungkin ada yang perasan sudah seminggu Tedi tak kirim apa-apa pun dalam interpretZZ ni.

Bukanlah Tedi merajuk membawa diri dek kehadiran kawan-kawan Tedi si Panda tu... bukan pula Tedi membawa diri melawat mereka... kerana kehilangan Tedi tiada kena-mengena dengan mereka.

Sebenarnya Tedi sekeluarga sibuk memeriahkan majlis perkahwinan Mak Lang Yan dengan Pak Lang Epul, maka tiada ruang dan peluang untuk mencoret apa-apa pun.

Alkisahnya, kenduri kali ini turut dihadiri Tok Abah dan Nek Ma dari Kelantan. Mereka berdua dituruti Mak Su Zati, buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke bumi Felda Sungai Lui.

Apabila sampai di sana, soalan yang sering ditanya Tok Abah apabila melihat rumah-rumah peneroka yang besar-besar, ialah "Macam mana rupa rumah asal peneroka?"

Tedi pun tak tahu. Master pula tak pasti kerana Master tahu rupa bentuk rumah asal peneroka di Lui Barat, tetapi Lui Barat adalah Felda yang sangat muda berbandi…