Tulang dinosaur pertama Arab Saudi ditemui

Timur Tengah bukanlah kawasan popular buat Ahli Paleontologi.

Seekor Titanosaur

Ini adalah kerana bukti kewujudan dinosaur di sana hampir tiada, seolah kes MH 370 yang masih menjadi misteri.

Bezanya kini manusia tidak lagi boleh memperlekehkan kewujudan dinosaur di Timur Tengah kerana baru-baru ini sekumpulan saintis antarabangsa menjumpai bukti kewujudan dinosaur di Arab Saudi di kawasan pantai Laut Merah.

Penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal sains PLOS ONE, hampir sebulan lalu.

Ahli paleontologi Uppsala University di Sweden, Dr Benjamin Kear berkata bahawa tidak adil untuk mengatakan tiada penemuan di Arab Saudi selama ini, cuma masalahnya ialah bahagian yang ditemui terlalu kecil dan "boleh dimasukkan ke dalam kotak kasut."

Entah kenapalah beliau menggunakan kotak kasut? Tak faham Tedi dibuatnya.

"Sebelum ini kami boleh meneka jenis dinosaur berdasarkan serpihan kecil yang ditemui, cuma kami tidak boleh membina dinosaur itu semula. Jadi, penemuan kali ini adalah kali pertama yang membolehkan kami mengenalpasti dinosaur Arab pada mana-mana darjah tertentu" - kata pakcik Benjamin Kear.
Tulang belakang Sang Titanosaur




Beliau dan pasukannya menemui fosil yang berusia 72-juta-tahun:
  1. Siri tulang belakang ekor daripada dinosaur sauropod "ala-Brontosaurus" yang digelar titanosaur,
  2. Beberapa gigi daripada theropod,
  3. Beberapa gigi abelisaurid - dinosaur karnivor (maging) berkaki dua (bipedal) yang boleh mencecah tinggi 20 kaki.
Gigi Sang Abelisaurid

Sebenarnya pakcik Benjamin Kear sebelum ini pernah mencari dinosaur di daerah sama, dan kali ini beliau mengikut petunjuk yang diberikan oleh ahli geologi minyak yang menyatakan mereka mungkin terserempak dengan fosil dinosaur.
"Sebenarnya mereka telah menemui fosil yang kebanyakannya bukan daripada dinosaur, tetapi sebaliknya haiwan reptilia marin gergasi." - ulas Kear yang menyebabkan Tedi agak pening.
Pencarian sebegini di Arab Saudi pernah dilakukan pakcik Kear sebelum ini.


Adakah haiwan marin gergasi yang dimaksudkan beliau itu bukan dari zaman dinosaur? Tak fahamlah Tedi. Atau adakah keluarga ikan tidak diiktiraf sebagai dinosaur? Lebih banyak persoalan berbanding jawapan.

Semenanjung Arab pada zaman dinosaur dikatakan sebagai kawasan berair, dan fosil yang jarang ditemui itu mungkin kerana kebanyakannya telah dihanyutkan ke hilir dan keluar ke laut melalui sungai-sungai, dikatakan mungkin oleh satu banjir kilat yang berlaku pada zaman Late Cretaceous.

"Pakcik dan kawan-kawan pakcik telah lama mengusahakan kawasan ini, bermula beberapa tahun lepas dengan harapan seekor dinosaur akan menjelma. Jujurnya kami hanya menunggu masa, dinosaur-dinosaur itu akan muncul juga dalan batu-batuan laut yang dihanyutkan ke laut."

Selalunya perkatan "ke laut" ni Tedi guna apabila penyerang Harimau Malaya tendang bola jauh menyimpang daripada gol, rupa-rupanya ada guna juga perkataan ke laut ni dalam keadaan lain.

Siapa yang kutuk pakcik tu ha? nak kena gigit???

Titik buta


Sementara itu Dr Anne Schulp daripada Naturalis Biodiversity Center yang berpusat di Belanda menggunakan terma "titik buta" untuk menerangkan situasi kajian paleontologi di Semenanjung Arab.

Alamak.. kacak dan bergaya juga Dr Anne Schulp ni...

Beliau merupakan penemu jejak pertama dinosaur di Sana'a, Yaman.

"Sisa tulang yang kecil pun boleh membuatkan kami teruja. Gambaran penuh mula terhasil perlahan-lahan, tapi kawasan ini sangat besar dan banyak lagi yang belum ditemui."

Kita mungkin faham perasaan mereka, pada permulaan tragedi MH 370, kita sibuk nak tahu sehinggakan penemuan sampah-sarap lautan pun boleh menjadi sandaran harapan, dan hasilnya masih hampa sehingga kini kerana luasnya lautan ciptaan Allah.


Boleh merungkai sejarah pembentukan tanah di bumi


Louis Jacobs, seorang ahli paleontologi vertebrata dan profesor di Southern Methodist University, menerangkan bahawa penemuan ini mungkin akan membantu manusia menemui jawapan kepada persoalan yang telah lama berlegar - sejarah Bumi dan pembentukan muka buminya.
Pakcik Jacobs berkata apabila fosil-fosil itu mula-mula tertanam, Arab Saudi adalah sebahagian daripada  Gondwana - sub-benua yang membentuk sebahagian selatan Pangaea, dan mengandungi sebahagian Afrika moden.

Benua Pangaea sebelum dan selepas perpecahannya. Kelihatan Gondwana adalah sebahagian benua tersebut.
Pelik kan nama-nama tu? Tedi pun pening membacanya, namun jika tak kenal, maka tak cinta.
"India bermula lebih jauh di selatan Bumi, dan mengikut peredaran masa ia bergerak ke utara dan merempuh benua Asia, menghasilkan Himalaya. Tetapi pada masa itu ia telah melepasi Semenanjung Arab ketika dinosaur masih hidup. Apa yang menarik adalah dinosaur di Arab mempunyai hubungan dengan dinosaur India dan Gondwana pada masa tersebut.." - kata pakcik Jacobs.

Beberapa faktor kesukaran menemui bukti kehidupan dinosaur di Semenanjung Arab.

Kajian geologi di Arab Saudi lebih kepada pencarian minyak.
  • Kawasan sasaran tidak dapat dimasuki, di mana kawasan yang dijangka mempunyai banyak bukti kehidupan dinosaur di sana, adalah:
    • Syria - sekarang zon tidak digalakkan pergi kerana perang,
    • Yaman - tidak menggalakan sesetengah pengembara.
    • Arab Saudi - perlukan kebenaran khas untuk masuk
  • Kebanyakan tanah di Arab Saudi tidak sesuai untuk "menyimpan" haiwan selama berabad-abad
  • Arab Saudi tidak berminat dengan kajian sebegini kecuali kebelakangan ini.
 "Boleh dikatakan bidang geologi di sini sebelum ini dijalankan hanya untuk pencarian minyak"
Namun beliau menyatakan kajian paleontolgi mula mendapat lebih perhatian, buktinya  Agensi kerajaan Arab Saudi, Saudi Geological Survey telah mewujudkan satu jabatan paleontologi.
"Buat pertama kalinya kita boleh melihat tugas ini ada hala tuju dan menuju ke satu warisan yang berpanjangan. Pada masa akan datang kita boleh mengharapkan pameran dinosaur Arab Saudi di mana rakyat mereka boleh menikmati khazanah yang mereka miliki."

http://edition.cnn.com/2014/01/26/world/meast/when-dinosaurs-roamed-saudi-arabia/

pencarian tulang-tulang danasour

Ulasan

Trending