Tedi baru saja terjaga daripada lena.

Nasib baik ada saluran HtppTV Sport HD (701), boleh layan Liga Juara-juara.

Fuh, nasib baik baru jam 1 pagi, tapi macam awal sangatlah pula terjaga ni.

Pagi ni ada siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Juara-juara (Champions League) di antara pasukan Sang Singa Biru (Chelsea) dan juga The Indian (Atletico Madrid).

Siaran langsung melalui siaran Hypp TV saluran Hypp Sport HD (701).

Tedi tak sokong mana-mana kelab.

Chelsea vs Atletico: Pakai Taktik "Parkir Bus" Lagi ?

Di antara 2 (dua) kelab ini, Tedi tak sokong mana-mana, cuma Tedi teruja nak melihat percaturan taktikal Jose Mourinho (Chelsea) dan juga permainan hantaran pantas dan pendek Atletico Madrid.

Tambahan Atletico pada masa sekarang menduduki tempat pertama Liga Sepanyol di atas Barcelona dan Real Madrid!

Perlawanan pada jam 2.50 pagi nanti, tak tahulah sama ada Tedi yang tonton bola nanti atau bola yang tonton Tedi...

Tedi cuma harap Jose Mourinho akan tampil dengan taktikal menarik dan memenangi perlawanan ini.

Beliau telah dikecam hebat kerana dalam perlawanan sebelum ini menentang Atletico Madrid dan Liverpool kerana meletakkan 8 pemain bertahan di depan gol.

Taktikal ini disebut orang awam sebagai parkir bas.

Namun Tedi tak rasa dia akan guna taktikal sama kerana bagi Tedi dia ni di antara pengurus yang bijak mencatur kemenangan tanpa mengira cemuhan. Ini disebut disiplin dalam permainan bola sepak, yang sukar dicapai kerana tidak semua pengurus mampu mengawal pemain mereka tambahan yang bertaraf bintang.

Nak lawat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014.


Pagi nanti juga kami sekeluarga bercadang nak melawat PBAKL 2014 di tempat biasa, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kami memang boleh kata setiap tahun pergi sana. Kali ni tak tahulah Mommy nak borong buku siapa pula.

Kalau nanti Master mengantuk sebab teman Tedi tonton bola sepak, minta Mommy pandu kereta ke sanalah gamaknya, hehehe.