Semua orang Melayu mesti tahu bahawa kasturi itu adalah sesuatu yang berbau harum.

  • Dan Hang Kasturi adalah salah seorang pahlawan Melaka yang terkenal.
  • Ironinya, apabila Tedi periksa maksud Jebat, ia dihampirkan kepada Kasturi, kerana Jebat juga adalah sesuatu yang harum.
  • Ini terdapat pada nama Musang Jebat yang menghasilkan bau kasturi, sekaligus dipanggil juga Musang Kasturi,
  • Tidak hairanlah nama pahlawan yang menentang Hang Tuah disebut Hang Jebat dalam satu naskah, manakala disebut pula Hang Kasturi dalam satu naskah.
  • Sifat yang sama pada nama tersebut mungkin sahaja mengelirukan penulis?
  • Bagaimana boleh keliru jika ia adalah kisah sejarah?
  • Mungkinkah kerana mereka sebenarnya adalah insan yang sama?
  • Atau adakah kerana mereka adalah watak yang direka?
  • Atau kerana naskah sejarah itu sendiri bukan catatan sejarah sebenar yang mungkin ditulis kemudian dari zamannya?
Musang Jebat atau Musang Kasturi atau Malay Civet adalah sejenis musang yang sukakan durian. Nama saintifiknya adalah Viverra zibetha. Nama saintifik durian, durio zibethinus adalah sempena nama musang ini mungkin kerana musang ini terlampau gemarkan durian sehingga dijadikan umpan untuk menangkapnya, atau kerana bau durian adalah sama seperti bau yang dihasilkan musang ini. Erm, tak kisahlah asalkan Musang Jebat dan Musang Kasturi itu adalah sama.

Maksud nama Jebat adalah ... Makna nama Hang Jebat adalah ...

17 Mei 2014