Alkisahnya Tedi menghadiri satu mesyuarat laporan kemajuan.


Tedi melaporkan bahawa tugasan yang diserahkan kepada Tedi masih tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa halangan yang belum dapat diatasi sepenuhnya.

Tiba-tiba cikgu berkata, "Tedi tahu maksud komitmen?"
Tedi diam sebab tiada jawapan.
"Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak."
Tedi tak pasti adakah cikgu itu mempersoalkan komitmen  Tedi yang nampak riang ria dan balik tak berapa lewat berbanding kawan-kawan yang lain.
Tedi pun jawab (dalam hati je lah), "Memanglah... masalahnya bukan satu je komitmen."

20140509