Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Setiap Kali

Imej
Setiap kali mendapat nikmat Jarang ku sedari itu pemberian-Mu Terkadang rasa itu kerana segala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah Ku mengeluh, risau bertambah gelisah Hingga terlupa pada-Mu, Ya Allah Tempat kembali segala masalah
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang Leraikanlah aku dari keluh kesah yang membelenggu jiwa dan fikiran Ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan Singkapkanku hikmah segala ketentuan Moga sinar-Mu berikanku pedoman Hanya pada-Mu segala ketetapan
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang Leraikanlah aku dari keluh kesah yang membelenggu jiwa dan fikiran Ditambah dengan hasutan syaitan durjana  yang sentiasa mengarahku kepada kemurkaanmu
Kurniakanlah kepadaku ketabahan Singkapkan untukku hikmah segala ketentuan Moga sinar-Mu berikanku pedoman Hanya pada-Mu segala ketetapan Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini Mampu meraih cinta dan keredhaan-Mu Seandainya akulah insan yang terpilih Pimpini hidupku

Setiap Kali adalah nasyid dengan lirik yang amat m…

Pesanan buat diri

Imej
Kau kebuntuan namun tidak keseorangan Kau punya jalan, namun tidak ketemukan
Kau berasa dalam kegelapan walaupun disirami cahaya Mungkin kerana dadamu sesak ditekan masa
Tetapkan langkahmu, langkah satu-persatu Utamakan jalan yang lurus daripada yang berliku Semoga kau ketemukan destinasi yang dicari Dengan usaha diri dan ketetapan Illahi Rabbi Oleh itu teruskan berusaha dan berdoa
Jalan itu tidak semestinya lurus Ia kan ada persimpangan, punya halangan Pilihlah yang mana sesuai dengan keupayaan dan kekangan.
Kau punya masa, namun takkan pernah jadi pemiliknya Maka bahagikan ia sebaiknya
Manusia takkan pernah faham Maka jangan kau harap belas ehsan mereka Kerana hakikat manusia melihat hasil Berbeza dengan Allah yang melihat usahamu
Tetapkan niatmu Dan berserah kepada Illahi.
Dia Maha Penentu.

Tedi di sekolah ni, cuba menyiapkan projek yang terbantut.Mati idea dibuatnya padahal solusinya dah lama Tedi punya.Cuma mungkin kerana keterbatasan masa maka Tedi tertekan dan tak dapat berfikir dengan waras...

Senja Sakinah di Tanjung Bidara

Imej
01 Mac 2014, 19:03 - 19:18 : Masih di Pantai Tanjung Bidara.
Wah, penatnya Tedi kebelakangan ni... tak tahulah kenapa?interpretZZ pun dah beberapa hari ditinggalkan kerana Tedi tiada upaya.Semalam mungkin merupakan hari paling teruk di mana sebelum sampai ke rumah, Tedi dah berangan macam-macam untuk tolong Mommy.Tapi sebaik sahaja angkat kain di jemuran, terus Tedi pengsan keletihan. Penyangkut baju pun habis berteraburan di lantai.Malam ini Tedi gagahkan juga membelek foto-foto di Tanjung Bidara yang masih belum sempat Tedi kepilkan.Kali ni Tedi kongsi gelagat Sakinah pada waktu senja di Tanjung Bidara.









Masjid Mukim Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan

Imej
30 Januari 2013: Singgah di Masjid Mukim Pulau Lima untuk menunaikan solat Zuhur. Kejadian ini berlaku ketika kami menghantar menantu untuk satu majlis perkahwinan di Kelantan.

Pengantin adalah sepupu Mommy di sebelah Perak, kalau Tedi tak silap.

Tedi sukakan masjid ini kerana nampak terurus.















Jebat itu Kasturi?

Imej
Semua orang Melayu mesti tahu bahawa kasturi itu adalah sesuatu yang berbau harum.Dan Hang Kasturi adalah salah seorang pahlawan Melaka yang terkenal.Ironinya, apabila Tedi periksa maksud Jebat, ia dihampirkan kepada Kasturi, kerana Jebat juga adalah sesuatu yang harum.Ini terdapat pada nama Musang Jebat yang menghasilkan bau kasturi, sekaligus dipanggil juga Musang Kasturi,Tidak hairanlah nama pahlawan yang menentang Hang Tuah disebut Hang Jebat dalam satu naskah, manakala disebut pula Hang Kasturi dalam satu naskah.Sifat yang sama pada nama tersebut mungkin sahaja mengelirukan penulis?Bagaimana boleh keliru jika ia adalah kisah sejarah?Mungkinkah kerana mereka sebenarnya adalah insan yang sama?Atau adakah kerana mereka adalah watak yang direka?Atau kerana naskah sejarah itu sendiri bukan catatan sejarah sebenar yang mungkin ditulis kemudian dari zamannya?Maksud nama Jebat adalah ... Makna nama Hang Jebat adalah ...

Foto kandungan setitis air laut.

Imej
Pernahkah kita memikirkan apakah yang ada dalam setitis air laut?Air laut berasa masin, apabila kita telan, atau tertelan akan ia.Tentunya kemasinan air laut itu dek kerana ia kandungi garam.Tipikal, itulah pandangan kita terhadap air laut.Namun, tidakkah kita berasa ragu-ragu atau jelik dengan kandungan air laut yang kita tertelan itu?Foto di bawah ini mungkin bisa mengubah pandangan manusia terhadap air laut seperti mana ia mengubah pandangan Tedi.
 Sumber bacaan Tedi:
http://earthsky.org/todays-image/a-single-drop-of-seawater-magnified-25-times

Biarkan dia dengan besinnya...

Imej
11 April 2014 1503: Ketibaan kami di Jeff Sipadan di Pulau Mabul disambut aksi anak-anak Bajau Laut.Teruja juga Tedi melihat gelagat mereka yang sungguh pantas di dalam dan di permukaan laut.Ada yang gunakan besin je dah cukup sebagai sampan, belum lagi yang menggunakan perahu yang antik.


Singgah sebentar di Felda Lui Muda

Imej
4 Mei 2014: Selepas penat merayau mencari homestay sehingga ke Lui Selatan, singgah sebentar di Lui Muda untuk mengalas perut.Felda Lui Muda adalah sebuah tanah rancangan Felda yang agak kecil berbanding jiran-jirannya di DUN Lui.Tedi tak pasti sama ada telahan ini benar kerana Tedi hanya melihat secara luaran sahaja.Seperti Felda Lui Barat, Felda Lui Muda ini terletak di laluan strategik Kemayan - Bahau, nama jalan tu mungkin jalan Kemayan - Gemas.Seperti biasa dek kerana ia strategik, maka kedai di tepi jalan adalah satu fenomena biasa.Lui Muda juga mempunyai stesen minyak Shell yang agak usang, berbanding jiran-jirannya yang tiada stesen minyak.Deretan kedai ini jika ditambahbaik contohnya dengan kawasan yang luas untuk memberhentikan lori, mungkin akan menjadi tumpuan para pemandu berhenti rehat.Malangnya buat masa sekarang deretan kedai-kedai ini tidak semeriah mana.


Nak vakum ke tak?

Imej
13 Mei 2014: Perlukah daku melaksanakan tugasan ini?Alhamdulillah, jiran kepada jiran Master (bermakna jiran kami juga) rupa-rupanya telah mendapat cahaya mata. Punyalah kami tak sedar, maklumlah keluar semasa matahari terbit, sampai rumah tatkala mentari telah lama terbenam ke dasar laut. Tedi nak jadikan cerita, sepatutnya hari ini Tedi perlu menyedut-hampagas kawasan rumah kerana debu-debu telah lama menyelaputi kami.
Namun, penyedut-hampagas itu kan bising? Jadi ia tentunya akan mengganggu gugat ketenteraman si anak kecil yang baru lahir itu. Pada mulanya Tedi bercadang melupakan sahaja niat murni Tedi ini, demi keamanan si anak kecil, namun ia bukanlah pilihan yang bijak kerana debu-debu ini pula akan mengganggu gugat keamanan hidup Tedi sekeluarga. Seharusnya Tedi memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan tugasan yang mustahak ini. Setelah sekian lama Tedi bermuhasabah diri, Tedi memilih untuk melaksanakan tugasan yang mencabar ini pada jam 6 petang. Kenapa? Kerana waktu itu …

Tedi survey homestay Lui Selatan

Imej
4 Mei 2014: Kami mula mencari rumah inap desa (homestay) untuk diduduki semasa kenduri kahwin Mak Lang Yan nanti.Pencarian kami kali ini di Felda Lui Selatan 1, salah satu rancangan Felda yang berhampiran Felda Sungai Lui.Mungkin menginap di kawasan Felda tidaklah seseronok menginap di bandar terhampir iaitu Bandar Bera atau Bandar Sri Jempol, tapi ketika kenduri, jarak perjalanan amat diambil kira.Ini hanya perkongsian maklumat dan bukan iklan, sekadar membantu sesiapa yang mengalami kesukaran seperti kami ini, jadi lebih baik kawan-kawan pergi lihat sendiri situasi di sana.Tedi bagi gambar je la ek, senang sikit nak dibaca.