Ralik mencari tips belajar, akhirnya Tedi bersua dengan akak Nik Nur Madihah.

 

Dah lama tak dengar khabar akak ni, semoga dia belajar dalam pelajaran dan menjadi suri contoh kepada muslimah di Malaysia. Jika kawan-kawan tak kenal siapa beliau, kakak Nik Nur Madihah ni adalah pelajar yang mendapat keputusan 20A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di mana 19 A1 dan 1 A2.

Keputusan itu tampak lebih membanggakan apabila beliau adalah dari keluarga susah dan kita boleh kata ibu bapanya tidak belajar tinggi mana. Ini boleh menjadi satu aspirasi kepada semua pelajar bahawa kemiskinan dan kesusahan hidup takkan jadi penghalang untuk kita berjaya.

Kejayaan dalam SPM bukanlah satu destinasi akhir dalam kehidupan namun ia adalah pintu untuk para pelajar melangkah jauh terutamanya untuk memasuki universiti atau institusi pengajian tinggi. Ia adalah tiket penting terutama bagi mereka yang tidak berduit.

Jika anda ada duit tentu tidak jadi kesusahan nak belajar di mana pun, tetapi jika anda tiada duit, keputusan SPM adalah satu asas yang penting untuk mendapatkan pendidikan lebih tinggi.

Ini adalah info tentang beliau yang Tedi terserempak ketika merayau di alam maya sebentar tadi.

 
  1. Berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis.
    1. Baguslah akak ni, Tedi tak puasa sunat pun.... hari-hari duk ratah ikan.
  2. Bawa wang saku hanya RM 1 (seringgit) ke sekolah.
    1. Master kata dulu-dulu dia bawa 50 sen je ke sekolah, 20 sen beli roti, 30 sen simpan buat beli buku rujukan.
  3. Jawab soalan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
    1. Sebenarnya bahasa apa pun tak kisah asalkan faham.
  4. Hobinya adalah membaca terutama novel Faisal Tehrani.
    1. Hobi Tedi pun membaca, tapi baca tulisan sendiri, hahahaha.
 

panduan belajar pelajar cemerlang SPM Nik Nor Madihah

Keratan akhbar menunjukkan petua yang diamalkan Madihah untuk berjaya dalam pelajaran.

Kartun rezeki pelajar cemerlang SPM Nik Nor Madihah

Kartun di atas menunjukkan situasi di mana Madihah mendapat banyak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Nik Nur Madihah telah dibawa menjelajah satu Malaysia untuk memberikan suntikan motivasi kepada para pelajar di seluruh Malaysia. Beliau telah memilih untuk menyambung pengajian di Universiti Jordan. Tedi terdengar desas-desus bahawa pemergiannya ke Universiti diusahakan untuk disegerakan oleh para guru beliau kerana mereka kasihan melihat Madihah "dipergunakan". Mereka tak mahu Madihah menjadi mangsa keadaan.
Nik Nor Madihah bertemu menteri besar Kelantan ketika itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Madihah bergambar bersama keputusan peperiksaan SPM bersama keluarga berlatarbelakangkan rumah mereka yang uzur.
Nik Nur Madihah dihadiahkan rumah baru, rezeki untuk keluarga mereka.
Bergambar bersama keluarga di rumah yang uzur.
Makin tembam nampaknya akak Madihah ni, nampak keletihan tapi masih mampu ukir senyuman.
Nik Nur Madihah muncul pelajar cemerlang SPM 2008 walaupun dia hidup dalam kedaifan di Kampung Parang Puting di Pengkalan Chepa di Kelantan.
18 April 2014