Langkau ke kandungan utama

Dinosaur mungkin ada di Malaysia berjuta tahun lalu

Seronok Tedi membaca berita tentang Dinosaur Malaysia ni...


Ahli kaji bumi tidak menyangkal dinosaur mungkin pernah hidup di Malaysia berdasarkan bukti daripada beberapa kawasan di negara ini dengan batuannya berusia Jura-Kapur antara 203 juta hingga 65 juta tahun lampau sesuai untuk haiwan purba berkenaan hidup.

Ini dikuatkan lagi dengan penemuan tulang femur kiri, dinosaur sauropod yang pertama ditemui di Khon Kaen di Timur Laut Thailand pada 1976 dalam batuan berusia Jura-Kapur.


Beberapa ekor dinosaur sauropod dan bandingan saiz mereka kepada gajah dan juga manusia. Kenapa tiada perbandingan dengan beruang? Ini tentunya satu diskriminasi.
Dinosaurs of jurassic period


Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abd Razak, berkata kawasan berusia Jura-Kapur dijumpai di Gunung Panti, Johor dan di Gunung Gagau yang bersempadan dengan Terengganu, Kelantan dan Pahang memberi keyakinan bahawa fosil dinosaur boleh ditemui.
“Bagaimanapun setakat ini kami belum bernasib baik untuk menemui fosil dinosaur kecuali fosil tumbuhan berusia Jura-Kapur yang hanya ditemui dalam lapisan batu pasir setakat ini”, katanya kepada media selepas melawat lokasi penemuan fosil tumbuhan kuno berusia antara 270 hingga 340 juta tahun berhampiran kawasan projek pembinaan Ampangan Paya Peda, Hulu Besut, malam tadi.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan melakukan ekspedisi kajian di beberapa kawasan bagi membuat cerapan geologi untuk mencari fosil fauna termasuk flora lagi pada masa akan datang.

Yunus berkata, sejak 1974 beberapa kawasan dalam negara termasuk Sungai Chincin di Terengganu dan Panti di Johor dikaji tetapi hanya hasil fosil flora sahaja ditemui.

Beliau berkata, mungkin pihaknya akan mendapatkan pakar dari Thailand bagi mengesan fosil dinosaur kerana mereka berpengalaman melakukannya hingga menemuinya di negara mereka sebelum ini.

Katanya JMG dengan kerjasama Kumpulan Warisan Geologi Malaysia serta pakar geologi akan meneruskan kerja inventori, pencarian, pengelasan, penilaian dan penarafan berkaitan sumber warisan geologi di seluruh negara.

Katanya, usaha itu akan diteruskan dan hasilnya didedahkan untuk pengetahuan generasi akan datang. - Bernama, 28 Januar, 2014.

*****
haiwan purba ditemui

Ulasan

  1. wahhh kagum jap tengok pic perbandingan tuhhh :O

    BalasPadam
    Balasan
    1. pic perbandingan seperti ini dah banyak, malahan ada dinosaur yangg bersaiz ayam, membuktikan tanggapan Tedi bahawa dinosaur ni besar-besar belaka adalah salah.

      Padam
  2. tak mustahil kalau ad dinasour kat malaysia...klau ad petroleum kt offshore malaysia mesti ad hidupan pra sejarah juga... wait and see lor

    ZOMBIE DOG: SOVIET UNION EXPERIMENT

    BalasPadam
    Balasan
    1. x mustahil tapi x semestinya sebab petroleum boleh jer terhasil daripada reputan tumbuh-tumbuhan. :)

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Kiriman Berkaitan