Banyak bloglist dalam interpretZZ ni.


Itu belum masuk yang Tedi tak sempat kemaskini, kalau kemaskini tentu lagi banyak berjuta-juta lemon.

Bloglist ini penting bagi Tedi sebab di sana ada banyak kiriman yang Tedi gemari.

Malangnya Tedi rasakan kehadiran bloglist itu menambahkan berat badan Tedi... eh... memberatkan blog Tedi ni.

Hal ini diakui oleh satu pembaca interpretZZ yang setia, iaitu diri Tedi sendiri (Tedi memang suka baca interpretZZ... hahahaha)

Jadi Tedi merancang nak memindahkan semua senarai blog ikutan Tedi ke satu laman yang terasing.

Setelah Tedi mengkaji apa alternatif yang wujud di luar sana, akhirnya Tedi berjaya memindahkan bloglist yang ada banyak kiriman tu... semoga selepas ini interpretZZ akan lebih laju supaya senang Tedi baca tulisan sendiri.

Inilah hasil tangan Tedi... hehehe...


20140428