Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Tak dapat Tedi nak ikut...

Imej
Sekarang Tedi dah tak berapa rajin menaip...
Tapi Tedi masih rajin membaca beberapa blog.

Ada di antaranya yang kandungannya sungguh menarik, tapi tak dapat Tedi ikuti sebagai pengikut.

Sebabnya apabila Tedi nak ikut je blog yang tersebut, akan keluar satu mesej yang berbunyi,
"We're sorry... We were unable to handle your request. Please try again or return a bit later." Atau dalam Bahasa Malaysia ia berbunyi,

"Maafkan kami... Kami tak mampu melayan kehendak anda. Sila cuba semula atau kembali beberapa ketika nanti." Dah beberapa minggu masih macam ni... huhuhu.

Sakinah di Tanjung Bidara: bahagian 1

Imej
Ini kali pertama kami sekeluarga sampai di Tanjung Bidara





Sakinah, arnab dan kucing.

Imej
Sakinah datang menjenguk haiwan perliharaannya pada hujung minggu. Malam tadi Tok Mak, Tok Ayah, Pak Ngah, Mak Ngah dan Pak Su I datang ke rumah. Turut hadir adalah si kenit, Sakinah.

Mereka datang singgah sebab Tok Mak, Tok Ayah dan Pak Su I sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang, jadi mereka tumpang bermalam.

Hari ini si Sakinah tinggal seorang diri ditinggalkan Mak Ngah dan Pak Ngah.

Nasib baiklah dia ada kawan-kawan di sini, jadi Tedi tak payahlah susahkan diri kawan dengan dia.



Catatan lain tentang si Sakinah:http://interpretzz.blogspot.com/2014/02/sakinah-kemas-rumah.htmlhttp://interpretzz.blogspot.com/2013/09/lensa-tedi-aksi-raya-ako-mustapha.htmlhttp://interpretzz.blogspot.com/2013/08/sakinah-movie-2.htmlhttp://interpretzz.blogspot.com/2013/07/tedi-bersedia-merampas-kuasa.htmlhttp://interpretzz.blogspot.com/2013/07/tedi-merajuk.html

Sesak dada ...

Imej
Mungkin ini dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga?
Minggu lepas hantar kereta Mommy ke bengkel sebab kepala silinder enjin sudah retak.
Kereta tu masih belum siap lagi sebab barangnya hanya akan sampai esok.
Master pula telah meminjam kereta kawannya, Proton Savvy AMT. 

Masuk hari ini sudah 3 hari kami berulang-alik ke Kuala Lumpur dengan jarak 100 kilometer sehari menggunakan kereta itu. Kereta itu terasa ok, macam kompak dan teguh.
Tapi entah kenapa tadi semasa pulang dari pejabat Master, lampu penanda gear auto kereta tersebut menyala. Gear kereta tersebut pula secara automatik bertukar daripada D (drive) kepada gear manual contohnya gear 2 atau gear 4 mengikut kelajuan kereta.
Memang cuak kami dibuatnya kerana kami pasti yang lampu itu takkan menyala saja-saja.
"Mesti ada sesuatu masalah yang ingin dimaklumkan oleh kereta tersebut." Dan bila Mommy semak blog-blog yang ada, memang mengerikan baca pasal Proton Savvy AMT ni. Tak sangka kereta kegemaran Master ni ada macam-ma…

Jalaluddin Hassan dan budak sekolah menengah..

Imej
Peel Master ialah beliau akan mengambil masa sebulan sebelum memotong rambutnya.
Apabila rambut beliau memanjang, melepasi telinga, nampaklah sedikit serabut, walaupun masih handsome.
Buktinya apabila kawan beliau menegur, "Dah macam Jalaluddin Hassan, aku tengok rupa kau ni." Tedi pun tak tahu sama ada itu satu pujian atau satu sindiran? Tapi sebab Jalaluddin Hassan tu kira famous juga di bumi Malaysia ni, maka Tedi rasa pakcik tu memuji Master.

Manakala Master pula blur dan masih tak dapat merungkai pujian pakcik tersebut.

Jadi, disebabkan Master rasa terhina dek kata kawannya itu, beliau pun memotong rambutnya pada hujung minggu lepas.
Keesokannya, apabila Master pergi ke pejabat, kawannya yang lain pula menegur, "Macam budak tingkatan 4 rupa engkau ni." Master menepuk dahi beliau...
"Tak kisahlah, asal jangan kata macam Anuar Zain, sudah." - getus hati Master.

La tahzan dan tawakkal

Imej
Siri bercakap dengan Allah subhanahu wa ta'ala.
Master kata, Allah sentiasa berkomunikasi dengan kita. Sebab itu Allah bagi kita agama, supaya kita mengabdikan diri kepada-Nya dan menjadikan agama itu sebagai panduan.

Banyak cara Allah berkomunikasi dengan kita, cuma kita tidak sedar.

Suara muadzin atau bilal melaungkan azan contohnya, adalah panggilan Allah untuk kita menghadap-Nya.



Suara khatib berkhutbah, atau ustaz berceramah, adalah peringatan Allah kepada kita melalui hamba-hamba-Nya yang mewarisi tugas kenabian.

Dan tentunya ayat-ayat Allah sendiri, yang disampaikan melalui Rasul-Nya, yang menjadi mukjizat dan terpelihara sehingga kiamat, ayat al-Quran adalah pembimbing paling baik dan terulung, dijelaskan lagi melalui hadith-hadith Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam.

Malangnya kita kehilangan banyak masa untuk berkomunikasi dengannya dek leka dengan hal dunia.

La tahzan.
Hendak dijadikan cerita, selepas Subuh pada hari Sabtu yang lalu, Master telah membaca ayat…

Kepala silinder enjin kereta Mommy retak!

Imej
Semalam seperti dirancang, Master membawa kereta Mommy ke bengkel. Sebelum itu kami ke kedai cuci kereta, sebab enjin kereta perlu dicuci untuk kenalpasti di mana kebocoran minyak enjin berlaku.
Nasib baik di kawasan Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi ada kedai cuci kereta yang menyediakan perkhidmatan cuci enjin. Cuci luar kereta, dalam kereta dan enjin kereta cuma RM 15. Walaupun Tedi agak tak setuju kerana mereka basuh enjin gunakan air, tapi nak buat macam mana lagi?
Selepas siap, kami bergegas ke bengkel Keystone Motor Sport yang sebelum ini overhaul kereta Mommy kerana timing belt putus.
Sampai sahaja di sana, Master mengadu mengenai kekeringan air radiator dan juga kebocoran minyak, untuk kali kedua. Minggu lepas dah adu, mereka suruh cuci enjin dulu.
Tiada masalah? Si pomen pun tengok, kata "tiada bocor", semua okay. Bunyi enjin pun bagus.
Hek eleh, minggu lepas suruh cuci enjin sebab tak nampak punca bocor, sekarang kata tak bocor la pula. "You salah pasang ko…

Tedi mula yakini kewibawaan berita asing.

Imej
Sebelum 15 Mac 2014, Tedi sangkakan berita asing hanya memaparkan propaganda.
Ini adalah kerana mereka selalunya akan mendedahkan sesuatu berita dengan memaklumkan bahawa maklumat mereka itu diperolehi daripada "sumber yang boleh dipercayai".
Sumber mereka itu selalunya akan dirahsiakan.
Contohnya dalam kes MH 370, mereka kata maklumat diperolehi daripada Pegawai Tentera atau Pegawai Kerajaan Malaysia.
Tapi identiti mereka dirahsiakan sehingga Tedi tak tahu sama ada maklumat itu diperolehi daripada pegawai atau hanya kakitangan bawahan? Entah-entah maklumat daripada makcik cleaner, kita pun tak tahu.
Tapi apabila semalam pakcik Najib Razak memaklumkan melalui sidang media bahawa MH 370 telah dipandu dan transponder dimatikan oleh individu dengan tujuan tertentu, tapi masih belum dipastikan sama ada MH 370 dirampas, maka Tedi mula yakin dengan berita asing.

Kenapa?

Sebabnya apa yang dimaklumkan Perdana Menteri itu sudah berhari-hari Tedi baca dalam laporan berita luar negara…

Firma satelit British dakwa terima isyarat daripada MH 370

Imej
Isyarat ping boleh membantu cari pesawat MH 370.
Syarikat Inmarsat dari Britain mendakwa telah merakam isyarat ping daripada pesawat Malaysia yang masih hilang, MH 370.Tedi mengharapkan maklumat daripada mereka dapat membantu merungkai lokasi sebenar MH 370Inmarsat menyatakan bahawa isyarat komunikasi daripada MH 370 adalah perkara rutin dan automatik, tetapi tidak mendedahkan dengan lebih jelas.Inmarsat juga menegaskan telah berkongsi data itu dengan pakar komunikasi, SITA, yang di dakwa telah berkongsi maklumat sama dengan Malaysia Airlines.Inmarsat pada masa ini mengurus 10 satelit geostationary di mana mereka mengurus perpindahan data komunikasi satelit termasuk untuk sektor penerbangan. Namun, mereka tidak memaklumkan data itu diperolehi daripada satelit yang mana satu.Satelit geostationary adalah satelit yang terletak pada orbit geostationary yang berada 35786 kilometer dari permukaan bumi.Orbit ini pula berpusing selari dengan putaran bumi. Sumber: Satellite firm says it receiv…

MH 370 dirampas?

Imej
Berdebar Tedi tunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijangka berlangsung seketika nanti.
Ini adalah kerana AP melaporkan ada sumber daripada pegawai Malaysia yang memaklumkan bahawa MH 370 sebenarnya dirampas.

Perampas itu pula mempunyai kemahiran penerbangan yang tinggi kerana berjaya mematikan transponder dan terbang mengelakkan radar.

Ini mungkin jawapan kepada persoalan Tedi sebelum ini.

Tapi pegawai itu memaklumkan tiada sebarang tuntutan rasmi atau pengakuan daripada mana-mana pihak.

Kita tunggu apa kata Perdana Menteri.

Sumber: http://www.huffingtonpost.com/2014/03/14/missing-plane-probably-hijacked_n_4968532.html

MH 370 sedang dalam perjalanan ke Eropah

Imej
China tersilap paparkan gambar kawasan nahas?Berdebar Tedi tunggu setelah mendapat berita satelit China "menemui" suspek kawasan MH 370 terhempas.Namun debaran itu ternyata sia-sia apabila China khabarnya memaklumkan kerajaan Malaysia bahawa mereka telah "tersilap" menyebarkan foto itu dalam laman web mereka.Rasa nak marah pun ada! Tapi ini semua kerja Allah.Jika Dia tak mahu kita temui MH 370, mungkin ada sebabnya kenapa.Hari ini India mula tampil membantu dalam operasi menjejak MH 370, dan mereka memberikan tumpuan ke kawasan Kepulauan Andaman dan Kepulauan Nicobar.Kapal perang Amerika Syarikat, USS Kidd yang sepatutnya ke Teluk Siam juga mengubah haluan ke Lautan Hindi.Malaysia juga meluaskan kawasan pencarian menghala ke Kepulauan Andaman, dibantu oleh Tentera Negara Indonesia.
MH 370 dibawa lari ke Eropah?
Tindakan terbaru ini kelihatan menyetujui satu teori oleh para penyiasat Amerika Syarikat bahawa MH 370 telah ditawan dan dibawa lari menghala Eropah atau k…

Satelit China temui suspek tapak nahas MH 370.

Imej
Sebuah satelit China telah merakam gambar objek terapung yang besar di Laut China Selatan. Ia disyaki sebagai tapak pesawat MH 370 terhempas.

Foto yang dihantar mereka turut menunjukkan tumpahan minyak di sekitar kawasan tersebut.

Apa yang menghairankan gambar itu dirakam pada 9 Mac iaitu sehari selepas kejadian namun baru dihebahkan kepada umum.

Objek terbesar yang dirakam adalah bersaiz 78 kaki kali 72 kaki, di mana ada 3 serpihan besar ditemui.

Lokasi adalah separuh jalan di antara Malaysia dan Vietnam, hampir dengan laluan pesawat tersebut.



Tedi berdebar dan masih mengharap pesawat itu selamat, namun apa yang buruk bagi kita, mungkin sebenarnya baik bagi kita.

Hanya Allah subhanahu wa ta'ala yang Maha Mengetahui.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2579524/Chinese-satellite-finds-suspected-crash-site-Malaysian-Airlines-flight-370-South-China-Sea-did-three-days-release-them.html

Semuanya baik, selamat malam - ayat terakhir kru MH 370

Imej
Itulah yang dilaporkan oleh pusat kawalan udara Malaysia, ketika mereka menyerahkan kawalan udara kepada Pusat Kawalan Udara Ho Chi Minh.
Tetapi 3 minit kemudian pusat kawalan udara Vietnam itu mendapati MH 370 hilang daripada radar, manakala semua hubungan komunikasi terputus.

Semuanya berlaku hanya selepas sejam pesawat itu berlepas, di sempadan Malaysia dan Vietnam.



Kehilangan itu berlaku semasa cuaca baik, manakala kerosakan mekanikal dijangka tidak berlaku.

Tedi pun keliru dengan keadaan ini. Telah banyak Tedi tonton Air Crash Investigation tapi kes ini memang pelik!

Tapi inilah masanya manusia mula menyedari kebesaran Allah, bagaimana laut yang selama ini kita pandang enteng, tiba-tiba kelihatan sangat luas.

Rakit getah ditemui di Selat Melaka.
Tadi Tedi baca berita penemuan rakit getah di Selat Melaka, malangnya rakit itu tenggelam sebelum dapat diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Tedi agak terkilan walaupun pada mulanya agak keliru kerana setahu Tedi kapal te…

Merayau ke Masjid Kampung Baru dan Hospital Pakar al-Islam

Imej
Baru balik daripada Kampung Baru Medical Center.

Itu nama lamanya, nama barunya Hospital Pakar al-Islam. Hospital ni terletak di seberang jalan, menghadap Masjid Jamek Kampung Baru.

Tedi pergi ke sana sebab Mommy nak lawat kawan dia yang kematian bayi dalam kandungan, lebih tragis apabila makcik tu hanya menunggu hari untuk bersalin.

Insya-Allah, bayi itu akan menjadi wali kepada ibu bapanya di akhirat kelak.

Kemeriahan Masjid Jamek Kampung Baru.
Kami sampai di sana betul-betul ketika azan Isya' berkumandang. Master menuju ke masjid untuk solat berjemaah, manakala Mommy pula terus menuju wad yang berkenaan.

Suasana di masjid agak meriah, tak serupa dengan masjid-masjid lain yang Tedi pernah pergi. Masjid lain pun meriah, tapi masjid ni lain macam sedikit.

Tak tahu bagaimana Tedi nak kisahkan.

Kehilangan dalam penantian.
Semasa Tedi menunggu Mommy di lobi, ada peti televisyen yang menceritakan sedikit sejarah Hospital Pakar al-Islam ni.

Hospital ini rupanya hasil usaha Angkatan Be…

MH 370: Al-Quran bukan untuk menilik!

Imej
Hari ini Tedi ada terjumpa beberapa gambar yang mengaitkan Surah Yasin dengan MH 370.
Di antaranya ia menyebut Surah Yasin ada 83 ayat dan kejadian berlaku pada 8 Mac.

Tedi tak setuju dengan gambar tersebut. Tapi Tedi agak kegum dengan mereka yang mengutarakan "fakta" sedemikian. Mungkin Tedi jahil berbanding mereka.

Tapi Tedi tetap tak setuju.

Kerana apa?


Ayat Al-Quran bukan untuk menilik.
Memang benar al-Quran itu mukjizat Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam dan banyak perkara dalam al-Quran yang selari dan terbukti dengan sains.

Itulah dia sebabnya! Al-Quran sesuai sepanjang zaman. Bukan hanya pada 8 Mac sahaja! Apa kejadah mereka yang mereka-reka perkara sedemikian?

Adakah jika ada kapal yang tenggelam tidak pada 8 Mac maka ia menunjukkan Al-Quran tidak benar?

Atau adakah dengan mengira bilangan ayat atau kedudukan nombor ayat dalam sesebuah surah yang menceritakan mengenai sesuatu perkara, kita boleh tilik kejadian masa depan?

Kalau begitu silalah tilik bi…

Nahas MH 370: Amerika Syarikat hantar USS Pinckney, USNS John Ericsson dan US Navy P-3C Orion

Imej
Bantuan sebagai menghormati permintaan kerajaan Malaysia?
BERNAMA melaporkan bahawa Amerika Syarikat menghantar dua buah kapal tentera laut mereka untuk membantu usaha cari dan menyelamat pesawat MH 370 yang hilang dalam penerbangan ke Beijing.
Kedutaan Amerika Syarikat memaklumkan bahawa penghantaran aset tentera mereka itu adalah di atas permintaan kerajaan Malaysia.
Tedi memang dah agak mereka akan hantar bantuan sebegitu kerana ada rakyat mereka yang terlibat dan pesawat yang terlibat adalah produk mereka yang menawarkan ribuan peluang kerja kepada rakyat mereka.
Bantuan ini pada pendapat Tedi adalah sangat bagus kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dalam menangani nahas pesawat dek kesibukan penerbangan di negara mereka sendiri. USS Pinckney (DDG 91)
USS Pinckney adalah kapal pemusnah berpeluru berpandu daripada kelas Arleigh Burke yang membawa 2 buah helikopter MH-60R yang boleh dilengkapi dengan kelengkapan mencari dan menyelamat.
USNS John Ericsson (T-AO-194)
USNS John …

Pembantu juruterbang MH 370 yang hilang sedang dalam peralihan ke Boeing 777-200

Imej
Quest: Saya pernah terbang bersama Pegawai Pertama itu.  Berita CNN melaporkan bahawa Pegawai Pertama (Pembantu Juruterbang) penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang secara tiba-tiba sedang dalam proses transisi untuk menerbangkan Boeing 777-200.



Fariq Ab Hamid, warga Malaysia berusia 27-tahun dilaporkan telah membantu menerbangkan sebuah Boeing 777-200 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur, di mana dia mendaratkan pesawat itu di bawah seliaan seorang juruterbang senior merangkap kapten keselamatan, menurut koresponden penerbangan CNN, Richard Quest, yang turut berada dalam kokpit ketika itu.

"Amat menarik melihat bagaimana dia mendaratkan pesawat itu, memang sempurna." - ulasnya mengenai peristiwa yang berlaku pada 19 Februari lalu. Peristiwa itu turut dirakam CNN untuk dimasukkan dalam satu rancangan CNN Business Traveler.

Fariq telah melakukan 2763 jam penerbangan, menyertai MAS pada 2007. Dia sebelum ini menerbangkan pesawat lain dan sedang berpindah ke Boeing 777-200 se…

Tedi di Medan: Makan di Restoran Ayam Pop

Imej
Restoran Ayam Pop adalah restoran masakan Minang. Masuk bulan ni dah hampir setahun kami ke Medan. Tengok foto-foto lama ni teringat cerita di sana.

Gambar di bawah ini ketika kami di malam terakhir di Medan, pada waktu Maghrib selepas seharian berjalan di bandar Medan, singgah makan malam di sini.


Apa yang perlu diketahui semasa di sana, kedai makan selalunya akan hidangkan banyak lauk-pauk di atas meja. 
Mereka akan kira apa yang kita usik, jadi kalau rasa nak cuit sikit-sikit tu bolehlah fikir 4-5 kali, takut melopong semasa bayar. 
Lainlah kalau harga makanan itu telah ditampung oleh pihak ejen, ketika inilah rasa bertuahnya kerana ambil pakej, tak payah pening-pening fikir pasal bayar makanan.

Tengok sahaja bangunannya dah tahu Restoran Ayam Pop ini ada kelasnya, jadi mungkin gerun sikit nak menjejakkan kaki ke dalamnya. Kecuali bagi mereka yang urban, kedai macam ni biasa-biasa sahaja.


Seperti biasa kedai Minang akan menggunakan bumbung Minangkabau yang terkenal itu. Begitu j…

Mohd Irsyad kini berumur setahun

Imej
Nampaknya Sakinah kini mempunyai pesaing yang sihat!









Penganiayaan oleh penyeludup orang Rohingya kini merebak ke Malaysia

Imej
(Reuters) - Beratus-ratus penyeludup manusia dilaporkan telah mengurung orang Islam Rohingya di rumah-rumah di utara Malaysia , membelasah mereka, menafikan mereka makanan, dan menuntut wang tebusan dari keluarga mereka, menurut laporan terperinci mangsa.

Laporan kepada Reuters mencadangkan bahawa kumpulan pemerdagangan manusia memindahkan operasi mereka ke Malaysia kerana pihak berkuasa Thai memusnahk khemah di kawasan hutan berhampiran sempadan yang telah menjadi penjara bagi pencari suaka Muslim yang melarikan diri dari penganiayaan di Myanmar.

Polis di negeri-negeri utara Malaysia Pulau Pinang dan Kedah telah menjalankan beberapa serbuan di beberapa buah rumah dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk operasi pada bulan Februari yang menemui empat lelaki Rohingya diikat bersama dengan rantai logam di sebuah apartmen .

Tetapi wawancara Reuters mendedahkan rangkaian pemerdagangan pada skala yang lebih besar daripada apa yang pihak berkuasa akui setakat ini, dengan broke…